Isnin, Februari 28, 2011

Guru Pemurahhhh...

Salam petang Isnin...

Pagi tadi, Asyraf menanggis dan meraung sebab tak mahu pergi ke taska dan sekolah.. Saya terpaksa mengheret ( kejamnya ibu ) dia masuk kedalam kereta..Awadah dengan muka selamba masuk sendiri ke dalam kereta... Anak perempuan saya yang kecil ini memang memahami saya...Tak tau apa hal dengan Asyraf...mungkin dia malu dengan rambut dia yang masih tak dibetulkan tu...

Tadi ada mesyuarat guru. Mesyuarat ni mula pukul 12 tengah hari sampailah pukul 3.30 petang. Kalau ikutkan pukul 3.00 petang dah habis tapi ada pulak celebrate birthday cikgu... ini first timelah ada potong kek??? pecah rekod...

Apa-apa pun, Selamat Panjang Umur untuk cikgu2 yang bergabung belanja kitaorang iaitu cikgu amri, cikgu norain, cikgu khairin dan beberapa cikgu lagi... sedap kuih muih, pulut kuning, kek, sate dan air sirap bandung tuuuu... tahun depan buat lagi yea...

Sebenarnya, saya nak ceritakan tentang saya ni yang saya rasa cukup penjimat dan kedekut dengan wang ni...Tapi akhirnya saya kalah jugak dengan satu orang pelajar perempaun tingkatan satu nie...

Pelajar ni memang pandai berkata-kata...yealah kan tak kan dia terpilih untuk masuk pertandingan syarahan kan??..tapi yang saya maksudkan di sini ialah dia suka jumpa saya untuk promote apa yang emak dia buat.. contohnya:-

"cikgu, emak saya ada ambil upah buat baju. kalau cikgu nak cepat , emak saya boleh buatkan.."

Saya senyum aje...sebab saya buat baju sendiri...

"yea ke?...berapa upah emak awak ambik?"tanya saya menguji pelajar tersebut.

"30 ringgit cikgu, cikgu-cikgu sekolah rendah ramai yang tempah dengan emak saya..." kata pelajar tu lagi.

"kalau emak awak buat baju, saya pula buat tudung.."saya tambah lagi...

"kalau cikgu tak nak tempah buat baju, emak saya ada jual jus manggis tau cikgu... bla bla bla bla jus mangga bla bla kebaikan bla bla..."panjang lebar pelajar tu menerangnya pada saya...

Lepas tu saya stopkan apa yang pelajar tu mahu terangkan untuk pengajaran seterusnya...

................................................................................

Hari yang lain pulak...

tetiba, saya pun tak tau kenapa mata saya mengantuk sangat...teramat mengantuk semasa nak mengajar dalam kelas.

tiba-tiba pelajar ni datang dekat saya..

"cikgu! nah ambil sedikit air nie...cikgu masukkan dalam mulut cikgu...atau cikgu lapkan kat mata cikgu..."pelawa pelajar terbabit.

"air apa ni???"

"jus manggisah cikgu"

untuk tidak menghampakan pelajar tersebut saya pun ambillah botol kecil tu dan lapkan ke kelopak mata saya... tak mengantuk sekejap....saya senyum aje..

.................................................................................

Hari lain pulak...

Kepala saya pening pulak...saya pun tak tau kenapa bila masuk ke kelas ni sahaja macam2 terjadi... sekarang kepala sakit pulak..

"cikgu ambillah botol nie..."

"botol ape nie"

"jus manggis!"

"berapa ringgit nie?"

"kalau yang kecil, saya jual 5 ringgit..botol besar 60 ringgit!"

"saya nak kena bayar ke???"

"tak, cikgu ambiklah.."

saya dah mula termasuk jarummmm....

..................................................................................

hari lain pulak..

tetiba sahaja, pelajar tersebut memberikan saya templet tentang jus manggis...saya terus ambil dan simpan dalam beg....sampai sekarang saya tak tau kat mana templet tersebut?????

..................................................................................

Hari jumaat lepas, masa bebudak sibuk-sibuk beratur nak balik...

"cikgu! nilah botol jus manggis...."tunjuk pelajar tersebut kepada saya...

saya pegang dan lihat jenamanye...

bila dah pegang...tak kan cakap tak ada duit pulak kan? so saya ambil jugak...

"cikgu! emak saya kasi diskaun 5 ringgit."

so saya pun ambik jugaklah kan...

habis duit saya buat pelaburan RM55.00....pandai-pandai budak nie buat perancangan strategik...siap ada pelan operasi lagi.. usaha tangga kejayaan..... ha.... tengoklah hasilnya... mesti emak budak perempuan ni bangga sesangat....

akhirnya saya jadi guru pemurah...

Wasallam

Kerja Kursus Geografi 2011 ( Part 1 )

Entri ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil PMR 2011

***PERHATIAN - KERJA KURSUS INI BELUM SIAP SEPENUHNYA. INI ADALAH SEBAGAI PANDUAN SAHAJA DAN SELEBIHNYA, ANDA KENALAH BERUSAHA MENGUBAHSUAI UNTUK DIJADIKAN SEBUAH KERJA KURSUS YANG LENGKAP..

Ini adalah contoh kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi tahun 2011. Kerja kursus ini hanya dapat dipaparkan sehingga kaedah kajian sahaja. Ini adalah sebagai panduan untuk pelajar-pelajar membuat persediaan dalam menghasilkan dapatan kajian. Selepas membuat kaedah kajian, pelajar dikehendaki untuk membuat soal selidik atau temu bual. Daripada dapatan tersebut, pelajar dikehendaki membuat dapatan kajian. Contoh dapatan kajian akan anda peroleh dari Kerja Kursus geografi 2011 yang telah saya sediakan..

Sebelum itu , anda dikehendaki melengkapkan kerja-kerja awalan seperti di bawah. Perlu di ingatkan bahawa contoh kerja kursus ini adalah sebagai panduan sahaja. Para pelajar tidak dibenarkan untuk meniru atau mencetak 100% daripada ruangan ini. Pelajar digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri supaya kajian dihasilkan lebih mantap.

Sila ikut panduan di bawah:-

1. Tajuk :

Pencemaran Alam Sekitar di Taman Daya, Johor Bahru ,Johor.

2. Senarai kandungan ( Rujuk Buku teks )

Perkara

• Penghargaan

• Pendahuluan

• Objektif kajian

• Kawasan kajian

• Kaedah kajian

• Dapatan kajian

• Rumusan

• Lampiran

• Rujukan

3. Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan _____________________kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 ____Pn/En .................................yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan ..............................

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini

4. Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Di ................................................"

Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Daya kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke Bandar raya Johor Bahru.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

5. Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6. Kawasan kajian

Ini contoh sahaja.

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Daya, Johor Bahru, Johor iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck Seng Sdn, Bhd.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bahru. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.

Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

sila sertakan

sila klik Peta daerah Johor bahru yang diwarnakan sendiri

Pelan Taman daya yang diwarnakan sendiri (Nanti saya akan berikan )

Bagi pelajar tempat lain...boleh gunakan google map...

7. KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian

-Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman daya dengan melihat system perparitan serta sistempembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai

2) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.

Atau ( pilih sama ada kaedah soal selidik atau Temu bual )

2) Kaedah Temu bual - kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.

3) Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.

Untuk contoh borang soal selidik sila dapatkan di SINI.

Untuk Dapatan kajian sila klik di SINI

Nak lihat contoh rujukan sila klik di SINI

semoga anda mendapat markah yang CEMERLANG

Peringatan pada para pelajar:

jika anda hendak copy and paste entry ini WAJIB minta izin dahulu dengan cara daftar di tetamu istimewa dan letakkan link anda di bawah.

Jika hendak lihat Kerja Kursus Sejarah sila k.lik di SINI

Saya hanya membantu sekadar yang termampu...anda boleh copy n paste atau sebagainya...saya harap calon-calon PMR 2011 akan mendapat cemerlang dlm peperiksaan nanti...

Good luck!!!

JIKA ANDA SUKA DENGAN ENTRY INI, SILA KLIK IKLAN DI BAWAH...JUST KLIK AJE TAK RUGI APA-APA...

Ahad, Februari 27, 2011

Mari Kita Bayar Saman...

Salam petang Ahad

Petang nie saya nak kongsikan catatan tentang saman.

Kepada sesiapa yang memiliki saman tertunggak ( yang tak pernah dibayar sejak azali lagi ) silalah bayar saman ini cepat. Tinggal 1 hari sahaja untuk anda melunaskan saman tersebut. selepas esok iaitu tulat ( hari selasa ), saman akan dibayar penuh tanpa diskaun 50 peratus...

Sesiapa yang memiliki saman tertungak mulai 1 Mac ini akan disenarai hitamkan dan mengikut Akta Pengangkutan Jalan yang dipinda tahun lalu, mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan, lesen memandu atau insurans kenderaan.

mereka yang disenarai hitamkan juga tidak boleh berurusniaga dengan JPJ termasuk mendaftar kenderaan baru atau terpakai selain tidak boleh memindah milik kenderaan.

Hari ni banyak pejabat pos dibuka untuk kemudahan pesalah trafik membuat bayaran...mentang-mentanglah gaji sudah keluar....habis dibuat bayar saman sahaja....pandai kerajaan ni...

kalau anda hendak bayar guna online boleh jugak...kan sekarang zaman ICT... bolehlah masuk je dalam laman WWW.myeg.com.my. Tapi tak jamin kalau nak masuk sekarang, mungkin sebelum subuh esok hari baru line clear..sekarang tengah sesak sangat sebab semua pengguna internet berlumba-lumba nak masuk laman ni secara serentak. Sebab dah budaya orang Malaysia ni suka sangat membayar sesuatu di saat akhir...Kenapa yek?

sebab pertama ialah rakyat malaysia ni suka sangat beratur panjang-panjang ..kalau beratur pendek-pendek tak meriah katanya...

sebab kedua ialah rakyat malaysia ni mahu tunjukkan bahawa mereka menyokong semangat 1 Malaysia kalau menyerbu disaat-saat akhir ni...kalau tidak, haram nak nampak pelbagai bangsa melunaskan saman nie...betul tak?

sebab ketiga pula ialah mahu menunjukkan siapa yang paling banyak mempunyai saman tertunggak..yealah....kalau dah pergi sana, lepas tu beratur panjang-panjang tak kan tak berbual kot..baik lelaki atau perempuan mesti meluahkan perasaan masa tu...jadi semua orang membandingkan berapa saman mereka...

Sebab keempat pula ialah mahu melihat reaksi atau riak muka pembayar saman. Kalau yang bayar cuma 1 hingga 2 saman sahaja, lepas bayar saman masih boleh tersenyum...cuba tengok muka orang yang bayar saman sampai 5 keatas....ada ke mereka tersenyum????orang lain pun takut nak tegur mereka kn???takut mereka akn ditempias pulak???betu tak?

sebab kelima pulak ialah tak sabar-sabar nak tulis dalam blog-blog mereka ...siap ambil gambar orang bersesak dan cerita tentang pengalaman mereka dan mengkomplin kerajaan...

Bercakap tentang saman nie, saya pun tak terkecuali kena saman jugak...nak tau berapa saman saya kena???

10 saman!!!! sejak tahun 2005 lagi..

tapi yang sedih nie... bukan saya yang memandu tapi en yusran lah yang memandu.... Kereta tu nama saya...kereta nilah yang dibuat untuk balik kampung...bila balik kampung kat kelantan tu bukannya dekat...kena laju-laju...tak capai 130km/j memang tak sah...kalau guna lebuhraya utara selatan lagilah tak sedar dah laju sampai 140km/j...memang patut pun kena saman...

Oleh sebab en Yusran yang pandu, maka en yusranlah yang kena bayar saman tu...nasib baik suami sendiri...kalau jual kereta tapi tak tukar nama ,lagilah nahaskan?....kira punya kira campur dengan saman en yusran sekali, kena bayar kira-kira RM1600.00....pokai duit en Yusran...Kalaulah saya dapat duit tu buat shopping-shopping lagi bagus....

Pengajarannya, bawaklah kereta laju-laju lagi yea...nanti kena saman...lepas tu bayar saman...kayalah kerajaan dan kakitangan kerajaan boleh dapat bonus yang banyak tahun nie...he he he

Wasallam

Sabtu, Februari 26, 2011

Kejutan anak-anak untuk Saya...

Salam Pagi Sabtu...

Pagi sabtu yang cerah dan ceria.....

Pagi-pagi lagi saya telah dikejutkan tidur oleh Aqilah ( sepatutnya emak kejut anak ...ni anak kejut emak pulak)...Aqilah mintak tolong hantar dia pergi ke sekolah sebab ada aktiviti ko-kurikulum. Wah....dah siap mandi dan pakai baju sekali aqilah ni...Selalunya saya yang kejutkan dia pagi-pagi...dan bukan sekali pujuk tapi berkali-kali!

Tup-tup, pagi ni dah jadi terbalik pulak...

Beginilah budak-budak kan...kalau bab pergi ke sekolah untuk belajar sungguh susah nak kejutkan mereka..tapi kalau bab main-main kat sekolah cepat pulak tu bangun...

Anak-anak saya yang kecil, Awadah dan Asyrah pun bangun cepat jugak...mungkin diorang ingat macam dah rutin biasa...pukul 7 pagi saja emak akan bawak mereka pergi ke taska...

Awadah memang suka pergi ke taska...lepas saya menghantar Aqilah saya suruh dia mandi sementara saya basuh kain...lepas tu pakai baju dan dia terus nak pergi ke taska...

"Hari ni tak pergi taska lah wadah! emak tak kerja..."

Terus dia nangis...nak pergi jugak...tak kan saya nak hantar juga dia ke taska walhal saya tak bekerja hari ni... nanti apa pulak di kata...macam tak sayang anak aje...

Terus saya buatkan susu...minum susu dan teruslah dia diam...( macam-macam anak-anak nie )

Asyraf pulak memang tak suka pergi ke taska...dia lebih suka duduk rumah sebab kat rumah ada Astro dan dekat Taska tak ada Astro...itu katanye...

Inilah taska Awadah dan Asyraf...Taska Teratai namanya...
Gambar ni saya ambil dari tingkap bilik saya..Taska ni dekat aja tapi kenalah merentasi jalan raya yang besar tu dulu...saya sendiri pun takut nak melintas jalan utama tu sebab kereta yang menggunakan jalan ini selalunya dipandu laju...jadi setiap pagi dan petang saya tetap kena ambil diorang dengan menggunakan kereta.. Nampak sahaja dekat tapi sebenarnya jauh...

Alamak!!!

Apa diorang buat dalam bilik air tu??? senyap aje????

saya pun siasatlah....terkejut beruk saya!!

Berteraburan rambut-rambut kat lantai bilik air...Sape punya kerja nie!!!... dan lihatlah apa yang terjadi seterusnya....

Habis...habis....mana pergi rambut kat jambul tu????

Dah tak lawalah awadah nie....jambul dah tinggal sikit jee........ hu hu hu

Sape tukang gunting amatur tu????

Inilah si tukang gunting amatur @ junior ...Asyraf...

Tengoklah rambut-rambut mereka....memang kena botakkan lah rambut asyraf nie....mesti terperanjat besar en Yusran bila tengok rambut anak lelaki tunggal dia nie....Dahlah en Yusran beria-ia nak simpan rambut dia panjang...tak ketersampaianlah nampaknya impian suami saya nie...

"Asyraf, nak jadi tukang gunting ke?? Kenapa gunting rambut macam gini?? nanti abah botakkan rambut asyraf, nak tak!"

menanggis asyraf bila dengar perkataan botak...dia cukup fobia dengan botak sebab dulu pernah botakkan dia sekali...memanjang dia pakai topi je...malu...tapi nak buat pesen apa kalau dah potong rambut macam gini??

apa-apa pun, nampaknya petang ni kena adjust baliklah rambut2 mereka....

macam-macam ragam anak-anakku ini...lepas ni apa pulak yang diorang akan lakukan....

Wasallam

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011

Bloglist bulan Mac 2011 dibuka hari ini. Jadi bagi sesiapa yang nak join, bolehlah berbuat demikian sekarang. Bloglist ini .. macam biasa akan bertahan hanya untuk sebulan sahaja. Jadi kalau nak join .. ikut tiga syarat mudah seperti yang tertera dibawah !

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011!

Syarat pertama ... buatkan satu post pasal segmen ini dengan tajuk 'Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011' Kemudian masukkan sekali gambar header kat atas tu.

Kedua .. Create satu link ke blog ini. Mudahkan !

Ketiga .. Pastikan anda meletak link blog ini diexchange link ataupun bloglist blog anda. Kalau tiada .. maka secara automatik .. penyertaan anda digugurkan! Segmen ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Tarikh tutup: 3 Mac 2011

Fda dan kawan2 lain jom join...

Wasallam

Jumaat, Februari 25, 2011

Air Mata Penyesalan Seorang Lelaki

Saya tak tahu dari mana patut saya mulakan. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman yang selama ini terpendam di lubuk hati. Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar.

Begini...biar saya mulakan dengan perjalanan hidup saya yang tampak mudah. Saya seorang lelaki yang langsung tidak pernah kisah dengan apa yang saya lakukan. Falsafah hidup saya senang, tak ambil peduli apa orang cakap.

Mungkin kerana wang ringgit yang melimpah, saya jadi lupa diri. Tapi betul ke begitu...saya sendiri pun tak tahu!. saya juga tidak pasti. Biarlah orang lain sahaja menilainya dan saya pasrah andai tiada siapa yang mampu memaafkan saya. Sejak kecil saya tidak pernah dididik untuk mengambil endah perihal orang lain. Sikap ayah yang pentingkan diri sendiri mempengaruhi saya menjadi anak yang bongkak, apatah lagi saya anak tunggal.

Saya akhiri zama bujang pada usia 30 tahun. Perkahwinan dengan Ellyanti cukup bahagia. Kami bagaikan belangkas yang langsung tak pernah berenggang. Ke mana saja kami pasti berdua.

Elly melayan saya cukup istimewa. Biarpun usianya baru mencecah 18 tahun namun saya lihat tidak ada cacat celanya elly sebagai isteri. Dia terlalu baik dan saya rasa bertuah memilikinya.

Kalau dahulu hidup saya tunggang langgang, setelah status suami saya peroleh, banyak perubahan berlaku. Sebahagian besar secara mendadak! saya tak lagi pernah jejakkan kaki ke disco mahupun mencari gadis-gadis sebagai buah tangan untuk dibawa pulang sebagai hiburan di hujung minggu.

Segala-galanya saya lupakan. Saya benar-benar bahagia. Hidup saya hanyalah untuk elly. Makan pakai saya lengkap dan terurus. Pergi dan balik kerja saya dilayan sepenuhnya.

Saya sebenarnya seorang lelaki yang cukup bakhil dengan cinta, tapi dengan elly semuanya saya curahkan. Tiga tahun mengenali elly sebelum kahwin, sepanjang tempoh itu saya langsung tak pernah setia.

Mungkin kerana itulah ketika diijabkabulkan saya lihat ada titisan air mata di pipi elly. Sedangkan saya... hanya pelengkap syarat! Yalah...selepas bertunang kami disatukan dengan restu keluarga kedua-dua pihak.

Alhamdulillah...saya bahagia sehingga saya lupa sejarah silam. Saya jauhi perkara mungkar dan mula membina hidup baru.

Tiga tahun usia perkahwinan kami, elly mendapat tawaran menjadi pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

Rupa paras elly yang ayu dan bentuk tubuh yang cantik, memudahkannya diterima sebagai pramugari. Memang itu pun cita-cita yang pernah disuarakannya pada saya sebelum kami kahwin lagi. Sebahai suami saya merestuinya!

Sejak itu, setiap kali elly terbang saya terpaksa mengurus diri.

Suatu malam, elly pulang daripada bertugas dalam keadaan muram. Saya sangkakan dia keletihan, saya biarkan saja. Esoknya baru saya diberitahu..."Elly mengandung , banggg!"

saya gembira bukan kepalang. Doa saya telah dimakbulkan Tuhan. Saya peluk elly sambil menyanyi-nyanyi, namun elly terus-terusan muram. Kegembiraan saya terbantut. Saya renung wajahnya dalam -dalam, air matanya tumpah lagi.

"Kenapa elly? Kenapa???"tanya saya.

Elly menggeleng-gelengkan kepala. Dia tunduk memandang lantai. Lama saya menanti, perlahan-lahan elly mengangkat mukanya dan memandang tepat ke dalam mata saya yang masih setia menunggu jawapan.

"Ingat tak abang...dulu elly pernah berkorban untuk abang. Dua kali elly lakukan atas permintaan abang. Kalau elly rela berkorban untuk abang, kali ini kita lakukan untuk elly?" ucap elly dalam kesenakan.

Tangkai jantung saya tersentap. Segala-galanya benar kata elly tu. Tapi ketika itu saya belum sedia,sekarang saya sudah sedia menjadi ayah.

"Boleh bangggg!"elly bersuara manja.

Tubuh saya longlai tidak bermaya. Air mata yang entah sudah bertahun-tahun tidak tumpah jatuh tiba-tiba. Saya kecewa!

Kata elly dia sayangkan kerjayanya. sebagai pramugari dia sememangnya tak dibenarkan hamil.

Lalu di sebuah klinik swasta Kuala Lumpur, sekali lagi janin itu kami gugurkan. Saya yang menunggu di luar bilik bedah menanggis semahu-mahunya.

saya tak menyalahkan elly. Benar, mungkin dia belum bersedia menjadi ibu seperti saya yang tak sedia menjadi ayah satu ketika dahulu sehingga dua janin digugurkan.

Tahun silih berganti. saya masih di sini, keseorangan tanpa anak-anak memanggil ayah. Ada rasa cemburu dalam diri setiap kali saya melihat anak-anak jiran berdakapan dengan ayah dan ibu masing-masing.

"elly janji, tiga tahun lagi elly mengandung." terngiang-ngiang kata-kata elly. Malangnya genap sembilan tahun usia perkahwinan kami - saya masih sendirian...

Kini, saya masih menanti penuh setia. Namun perut elly masih kempis. Ramping macam zaman anak dara. elly tetap tak berubah. Masih cantik jelita sedangkan saya semakin dimamah usia.

Biarpun begitu hubungan kami masih kental. Sayang saya pada elly sedikit pun tak berkurangan. Saya masih dan akan tetap menyayanginya seperti diawal perkahwinan kami dahulu.

Kini saya diburu rasa sunyi. Sunyi yang teramat sangat. Dan ketika bersendirian itulah suara tangisan anak kecil kedengaran memenuhi ruang kondominium kami yang terletak di pinggir bandar raya.

Setiap kali elly tak bertugas, kami menemui doktor, bahkan cara kampung pun kami lakukan, niatnya cuma satu - mahukan anak , tapi setakat ini ikhtiar kami tandus.

Beberapa kali elly memohon ampun di atas perbuatan menggugurkan kandungan ketiga itu, namun saya juga berdosa mencadangkan dua keguguran atas alasan belum sedia.

Apalah daya saya, suratan takdir menentukan begitu. Mungkin juga balasan Tuhan kerana semasa diberi kami menolaknya. Sesekali saya berdialog sendiri..."Kenapa aku tak dapat anak?"

saya kemudian seolah-olah mendengar suatu suara berkata "Dulu tak mahu kan, tak payahlah sampai bila-bila!"

Elly, ahhhh.... dia masih terbang di awan bersama cita-cita dan impiannya. Biarlah....biar saya sahaja menghadapi semua ini.

Kini ada kalanya, waktu bersendirian di malam hari, saya terdengar-dengar akan suara kanak-kanak memanggil...ayah! ayah!

Rasa kecewanya bukan kepalang. Sesekali yang lain, tanpa segan silu saya menanggis....menanggis sepuas-puasnya mengenangkan hukuman yang Tuhan jatuhkan pada saya.

Namun saya redha!..

Nukilan

Rozilan Baqli

Jom Joint Bloglist Pak Cek Biola

Akhirnya saya mengalah jugak dengan pujukan tuan tanah...

Sebelum ni saya termasuklah ke dalam blog anak bujang ni..walaupun bujang tapi dia suruh panggl Pak Cek Biola...tak taulah apa maksud tersurat atau tersiratnya..
Blog Pak Cek biola ni memang mengancam...
Kadang-kadang terfikir pulak didalam hati saya ni, ini blog perempuan ke blog orang lelaki?
Kenapa saya tulis macam gini...
sebab warna background dia tu...
tu yang saya kalah tu...
warna kegemaran saya jugak...
PINK
Mintak maaflah Pak Cek Biola....saya gurua-gurau aje...jangan kecil hati yea..
Berbalik pada blog Pak Cek ni, saya lihat ada entry Jom Joint Bloglist Pak Cek Biola...lantas saya pun tinggalkankan komen sikit kat bawahnya mengatakan bahawa blog saya sederhana sahaja dan tak sesuai untuk sertai blog dia...

Tak sangka pulak, tuan tanah tu tinggalkan pesanan kat shout box saya...
Jadi untuk tidak menghampakan harapan orang , saya buatlah entry ini...

Ni masalah bagi saya...nak masuk kategori mana nie...
Blogku Hot, Blogku Chill, Blogku Style atau Blogku Comel..

emmmm, saya pilih Blogku Chill lah...boleh ke???
Saya nak tag sape yea....
dan
(fda, akak tak lupa fdalah )

Maaf yea kekawan baru ku...
jomlah join bloglist nie...menarik...

Wasallam

Teka-teki al-Ghazali...

Dalam satu sesi, Imam al-Ghazali bertanya murid-muridnya.

"Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Salah seorang pantas menjawab "ibu bapa kita ustaz" Seorang lagi bersuara "sabahat karib."

Tiba-tiba seorang mencelah, "Guru...!"

Imam al-Ghazali menggeleng-geleng. "semua jawapan itu tak salah....tapi, yang paling dekat dengan kita ialah MATI,"katanya membuatkan para pelajarnya melopong. Beliau menyatakan , "hal ini sememangnya janji benar Allah bahawa setiap bernyawa pasti merasai mati.

"tak apalah...ini soalan kedua saya. kamu dengar betul-betul."

"Apakah yang paling jauh daripda kita?"

seorang pelajar yang duduk di belakang pentas selamba menjawab "Bulan" Rakan sebelahnya pula"Matahari" seorang pelajar berbadan besar pula menjawab "Bintang di langit, ustaz!"

Lantas imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu ada benarnya, tapi yang paling jauh adalah MASA LEPAS.

"walau dengan apa cara sekalipun, kita tidak dapat kembali ke masa yang lalu. Jesteru, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan amalan, sesuai mengikut ajaran agama," sambung ulama itu lagi.

Kemudian Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan ketiga..

"Siapa tahu....apakah yang paling besar di dunia?.

Seorang pelajarnya pantas menjawab "Gunung." "salah jawapan dia ustaz, sebenarnya lautan," seorang lagi mencelah. Seorang pula bingkas menjawab "Bumilah yang paling besar,"

kata Imam al-Ghazali, jawapan yang diberikan betul juga, tetapi yang paling besar daripada yang terbesar di dunia ini adalah NAFSU.

"Maka itu, kita haruslah berhati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu itu membawa kita terjerumus ke neraka," katanya membuatkan para pelajarnya berpandangan sesama sendiri.

Beliau kemudian melanjutkan pula dengan pertanyaan keempat..

"Apakah yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab perlahan, "Batu" Seorang lagi berkata, "Besi" Pelajar yang paling kecil, duduk pula di belakang mencelah, "Gajahlah yang paling berat."

"Sekali fikir jawapan yang kamu berikan semuanya betul..."kata Imam al-Ghazali seraya menambah, "tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH."

"Semua tumbuhan, binatang, gunung-ganang hatta para malaikat tidak sanggup ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah ( pemimpin ) di muka bumi ini.

"Tetapi manusia dengan sifat sombongnya menerima tawaran Allah. Lantaran itu banyak daripada mereka akhirnya masuk neraka kerana gagal memikul amanah itu."

Seterusnya Imam al-Ghazali bertanyakan soalan kelima..

"Apakah yang paling ringan di dunia ini?"

Seorang muridnya menjawab penuh yakin, "Kapas, ustaz" Ada yang terpacul dengan jawapan, "Angin...debu!" Seorang lagi spontan berkata, "Daun-daunan"

Imam al-Ghazali hanya menggeleng-gelengkan kepala. "Yang paling ringan ialah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan, kita alpa sehingga kerap mengabaikan solat atas alasan sibuk.

"Ini soalan akhir saya, dengar betul-betul"

"Apakah benda yang paling tajam di dunia ini?"

Pelajar-pelajarnya kali ini menjawab serentak, "Pedang!"

"Benar...." kata Imam al-Ghazali,membuatkan para pelajarnya bertepuk tangan..

Kemudian beliau meneruskan penerangannya "Yang paling tajam adalah LIDAH. Melalui anggota badan yang lembut itulah, manusia selalunya mudah berbalah. Menyakiti hati dan melukai perasaan semua saudara sendiri..

P/s: Banyak pelajaran dan pengajaran yang akan kita dapat daripada cerita di atas. bagi saya pula, walaupun jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah salah namun guru hendaklah menidakkanya dengan cara yang berhemah..

Kematian adalah perkara yang paling dekat dengan kita...kita tidak tahu bila Tuhan akan mencabut nyawa kita dan ada yang mendakwa bahawa mati adalah untuk orang-orang tua sahaj...hakikatnya mati sentiasa berdekatan dengan kita.

Masa lepas memang tidak boleh dikembalikan semual...buatlah macam superman yang boleh memusingkan bumi atau mesin masa yang boleh mengembalikan masa lepas...semua itu karut!..mana mungkin kita boleh kembali ke masa yang sudah berlalu...Apa yang penting, kita jadikan pengajaran.

Lidah manusia memanglah tajam..kadang-kadang dengan lidah manusia, manusia boleh hidup huru hara....yang penting kita jaga lidah kita...

Wassalam

Khamis, Februari 24, 2011

WASIAT ATUK...

Suatu petang, seorang remaja lelaki sibuk membersihkan beberapa barangan peribadi milik datuknya yang baru meninggal dunia. Ketika itulah dia terjumpa sepucuk sampul surat berwarna merah garang. Pada sampul itu tertera sebaris ayat... Khas buat cucuku...

Menyedari tulisan tersebut milik datuknya, remaja tersebut terketar-ketar mengoyak sampul surat itu. Lipatan kertas dari dalam sampul dibukanya perlahan-lahan..Dia mula membaca...

Kehadapan cucuku,

Beberapa tahun dahulu, cucu pernah datang berjumpa dengan atuk eminta nasihat. masih ingatkah, cucuku...Cucu pernah bertanya bagaimana atuk mencari kepuasan dalam hidup?

Atuk tak tau bagaimana nak menjawab. Pertanyaan itu lenyap begitu sahaja. Lama-lama atuk rasa berdosa pula keranan tidak memberikan jawapan pada persoalan cucu..

Menjelang hari-hari terakhir hidup ini, atuk berasa masih berhutang pada cucu. Jadi, disini atuk perturunkan apa yang atuk percaya ia merupakan jawapan yang tepat.

Semuanya bergantung pada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu perkara. Kerana itu, bukalah mata seluas mungkin!.

Cucu perlu sedar bahawa hidup ini peruh dengan kejutan. Banyak antaranya baik kepada kita. Jika amir tidak menjaga saat kejutan tersebut, cucu akan kehilangan separuh daripada keseronokan yang ada didalamnya.

Apabila cucu berdepan dengan cabaran, sambutlah kedatanganya, nescaya cabaran itu akan meninggalkan cucu dengan hikmah kebijaksanaan, kekuatan dan keupayaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tetapi apabila membuat kesilapan, bersyukurlah kerana ia memberi cucu iktibar.

Selesaikanlah denganmenggunakan balik pengajaran tadi dan ia akan membantu cucu mencapai matlamat. Cucu juga perlu ikut peraturan kerana apabila dipatuhi, hidup pasti akan berjalan lancar. Jika cucu berpendapat, boleh memperoleh sesuatu secara mudah dengan melanggar peraturan, cucu sebenarnya hanya memperbodohkan diri.

Seperkara lagi, amat penting untuk cucu putuskan dengan tepat apa yang cucu mahu. Kemudian pastikan minda memberi fokus terhadap sasaran itu sambil bersiap sedia mengharunginya.

Apabila usia meningkat, cucu juga bakal mendapat kasut yang lebih besar. Jadi, atuk mahu cucu bersiaplah menghadapi episod penghabisan sebagaimana misi ketika bermulanya cabaran dahulu.

Cucu atuk mesti berani untuk berpindah daripada suasana kebiasaan kepada sesuatu yang lazim. Hidup belum bermula sekadar mencecah puncak. Sebahagian daripadanya bergerak dari satu puncak ke puncak berikutnya.

Jika cucu berehat terlalu lama di antara kedua-duanya, mungkin cucu mudah mengalah. Tinggalkanlah kenangan silam. Buang perangai yang boleh lambatkan usaha dan sentiasa menjana tenaga.

Ingatlah bahawa pilihan cucu itu akan mencipta sama ada kejayaan mahupun kegagalan. Justeru nasihat atuk, ambil kira setiap langkah dan putuskan yang mana satu boleh jadi ikutan. Kemudian yakinlah pada diri sendiri, bangkit dan terus bergerak.

Pastikan cucu juga sesekali rehat sejenak. Ini kerana masa itulah cucu berpeluang memperbaharui iltizam untuk membentuk impian, keceriaan dan tanggapan baru.

Akhirnya dan paling mustahak, jangan mudah menyerah kalah. Orang yang berakhir sebagai juara, adalah insan yang berjuang untuk menang. Berikanlah kehidupan itu segala-galanya, dan kehidupan bakal memberi balik yang terbaik untuk cucu...

Atukmu.

p/s : Banyak nasihat dan pengajaran yang dapat kita ikuti dalam wasiat atuk kepada cucunya...jika kita mengikut jalan yang benar, maka laluan yang benarlah akan kitatempuhi...jika kita gagal sekali, bukan bermakna kita kakn gagal selama-lamanya...Jadikan ia sebagai pengajaran dan perbaiki lagi...

Wasallam

TIP untuk hidup tenteram..

Assalamualaikum...

Petang ni saya nak kongsi sedikit tentang tip yang saya rasa memang kita perlukan dalam hidup ini...saya pun kena aplikasikan tip ini...bukan kerana hidup saya tak tenteram ...tapi kadang-kadang dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan godaan-godaan yang menggoncangkan keimanan kita menyebabkan hidup kita menjadi tidak keruan...tidak tenteram...

Hidup yang aman damai adalah ibarat sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mekar...macam templet blog saya ni, saya rasa tenang je bila melihat bunga-bungaan ini... Taman yang penuh haruman bunga-bungaan dan juga saujana keindahannya menyegarkan jiwa kita.. betul tak? akan tetapi, bolehkah kita menikmati hidup yang sedemikian????

Janganlah bersikap negatif...jawab sahaja ..BOLEH!

tapi dengan syarat.....

1) bebaskan fikiran kita daripada perasaan bimbing, takut, dan risau.. Percayalah kepada kuasa Yang Maha Agung dan serahlan diri kita sebulat-bulatnya kepada bantuan Nya. Selalulah bermuhasabah untuk melihat kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri..

2) Untuk ketenangan jiwa dan minda yang cerdas, dapatkan tidur yang lena dan cukup. Walaupun tidur kita sering terganggu, jangan risau. Tidak boleh tidur bukanlah suatu masalah tapi masalah yang sebenarnya ialah kerisauan kita kerana tidak boleh tidur. Oleh itu, masuklah tidur awal dan berjaga awal, itulah amalan yang baik.Ini akan membantu kita mendapat tidur yang lena dan mencukupi.

3) Demi tubuh yang sihat, jaga kulit kita supaya bersih dengan melakukan senaman hingga berpeluh dan kemdian, cuci. jaga badan supaya sentiasa bersih dengan memakan makanan segar dan asli seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita mesti ingat bahawa kita perlu makan ketika kita lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jangan makan semasa anda sedang marah.

4) Minda yang bersih akan mententeramkan jiwa. untuk itu, pastikan fikiran anda sentiasa "bersih". Bagaimana?...Perlu ada perasaan seronok terhadap hidup. Untuk itu, tanamkan minat dan aktifkan diri dengan aktiviti sosial, khususnya yang menjurus kepada kesihatan diri dan ketenangan jiwa. Hobi akan membuatkan minda kita lebih cerdas, ia juga dapat melegakan tekana.

5) Untuk makluman semua, tubuh kita mempunyai 36,000 gen yang berbeza. Setiap satu ada keistimewaannya. Gunakan 'kuasa'yang ada pada setiap gen itu untuk melakukan sesuatu yang menarik dan tidak memenatkan seperti mendengar muzik, melukis dan bersukan. Hidup yang aktif dan berseronok dengan pengalaman-pengalaman baru akan membuatkan anda sentiasa sihat dan gembira. Seperkara lagi, sentiasa optimis dan bercita-cita tinggi supaya anda sentiasa bersemangat untuk melayari hidup ini.

6) Akhir sekali, kita fikirlah....berapa lama kita hidup bukanlah hal yang penting, tetapi bagaimana kehidupan itu kita lalui itulah yang lebih utama...

Dah baca?

bagaimana????

Sebenarnya, dalam melakukan apa-apa perbuatan pun kita sentiasa merasa bimbang, takut dan risau..betul tak? Kadang-kadang sebagai blogger ni, bila tidak ada orang jenguk blog kita pun kita dah mula give-up...nak follow blog lain pula, kita takut dia tak follow kita balik...betul tak?

Percaya atau tidak, kalau saya katakan bahawa ramai blogger yang kurang tidur???..kadang-kadang tu tidur hanya 1 jam atau 2 jam aja...Macam saya, setiap malam saya tidur lewat akibatnya bila saya duduk sahaja semasa mengajar, saya akan mengantuk...sebab tu saya tidak suka duduk semasa mengajar. Bila balik petang sahaja, saya akan tidur sekejap sebelum keluar semula untuk mengambil anak di taska..

Betul ke kalau kita sedang marah, kita akan makan dengan banyak??? macam ne dengan pendapat cikgu sains??? saya rasa macam betul jugak...tapi saya jarang makan bila sedang marah...kalau saya sedih sahaja saya akan melantak apa yang ada kat rumah...tu yang badan makin gemuk ni...

Semalam saya tidak buat apa-apa entry kerana saya kepenatan melangsaikan tanggungjawab membersihkan rumah yang macam tongkang pecah... ditambah pulak dengan kepala saya yang sakit berdenyut-denyut dari pagi hinggalah ke malam...tension dengan keadaan sekolah dan rumah yang tidak terurus... tapi selepas saya bersihkan rumah, barulah pening tu beransur-ansur hilang...dan hari ini, fikiran saya tenang dan tidak pening lagi...Ehhh, betullah...cuba lihat tip no 3 tu...tentang kebersihan...

Kekawan semua, saya rasa memang penting kita amalkan tip-tip diatas...kita akan tenang nanti...cubalah kalau tak percaya...

selamat mencuba...

Wassalam

Rabu, Februari 23, 2011

Kenangan Terindah : Sekolah Menengah ke 3

Sekolah Menengah ke 3 saya ialah Sekolah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.

Pindah lagi??

Rezeki lulus SPM....saya di tawarkan melanjutkan lagi pelajaran ke tingkatan 6..disebabkan sekolah lama saya tidak ada kelas tingkatan 6, maka saya terpaksa berpindah sekolah lagi...

Kalau dulu pindah SMK Bandar Mas kerana sekolah ini tidak menawarkan tingkatan 4 dan 5, begitu jugak dengan SMK Air Tawar ni...Sekolah ni juga tidak ada kelas tingkatan 6, so saya kena pindah lagi...

Di sekolah ini, saya ditempatkan di tingkatan 6 Rendah 2..begitu juga apabila saya naik ke tingkatn 6 Atas....kelas no 2 jugak...

SMK Tun Habab ni berada di bandar Kota Tinggi. Masa saya sekolah dulu, dewan sekolah ini baru dalam pembinaan.. Setiap hari saya akan mengalami pencemaran bunyi yang serius... Selama berbulan-bulan saya terpaksa mendengar bunyi "piling"" ( menanam cerucuk besi ke dalam tanah ) ...yang anehnya, bila saya balik ke rumah, bunyi tersebut sentiasa berada di ingatan saya...Merana sekejap...

Masa kat sekolah ini, saya dan rakan baik saya Rusminah Hj Maamin, mula suka mengacau-ngacau ( ushar ) bebudak junior....tak kira bangsa... saya masih ingat lagi, saya telah menegur seorang budak lelaki cina yang duduk berseorangan di depan sekolah...bila saya tanya, budak tu tak jawab-jawab... esoknya saya jumpa lagi...sorang jugak...last-last saya dekati budak ni...dia jawab terkial2...macam budak baru belajar bercakap...Macam ne ni duduk Malaysia tapi tak tau cakap Bahasa Melayu?..

Tanya punya lah tanya, macam soal siasat...rupa-rupanya dia pelajar Jepun! Patutlah tak ada kawan....Dulu ada progaram pertukaran pelajar-pelajar luar negara...Untung jugaklah dapat berkawan dengan orang Jepun...dapatlah cenderahati daripada budak tu...gambar rumah dia semasa musim salji...di belakang gambar tua ada alamatnya...Tapi saya tak pernah menghubungi budak Jepun itu selepas dia balik Jepun...

Ini pula gambar saya bersama-sama member kamcing saya...Rus, Nazim dan karim...

Kami duduk dekat-dekat...bukan apa, senang nak berbincang tentang pelajaran...bukan bercinta yea...

Di sekolah sinilah, barulah mata saya terbuka luas.. sentiasa ada cabaran baru....banyak perkara-perkara baru yang kena saya belajar...kami mula didedahkan dengan kertas kerja dan pembentangan...ala-ala universiti...

masuk sahaja tingkatan 6 atas, kami banyak sertai program2 sekolah....macam2 program...kadang-kadang sampai tidur di asrama....ni semua gara-gara nak lulus STPM

Terlalu banyak kisah menarik yang berlaku ...tetapi ini sahaja yang saya dapat kongsikan....

wasallam

Selasa, Februari 22, 2011

"Saya nak join bloglist Nelly The Strange"

Alamak!, sahabat baru alam maya saya ni berani betul tag saya supaya saya menyahut cabaran dia membuat entry kali nie...

wanfeedahoney

Sebenarnya saya tidak pernah masuk mana-mana contest atau cabaran bloglist...

bukan apa, saya rasa saya dah tak sesuai dengan semua ini...

pada saya , ini semua sesuai untuk orang-orang muda yaang memang sukakan cabaran sebegini... atau mungkin ada maksud lain...

Tapi demi, sahabat baru saya ni...saya mengalah jugaklah...

silalah klik di header bawah nie untuk maklumat lebih lanjut..

Alamak!, saya tak pandai nak link gambar nie lah...

klik kat bawah jelah...

Ini blog Nelly The Strange..

Tarikh tutup: 29 MARCH 2011

Kategori yang saya pilih ialah cool..

Sesuailah dengan umur dan jiwa saya nie...

Okey fda...akak dah buat nie....okey tak?

Masalah ni...nak tag pada sape yea...

saya ni blogger baru...mana ada kawan yang hendak di pelawa...

emmm saya yek?

kepada kawan2 di bawah jangan marah yea...

bloglist ni boleh bantu kita dapat lebih ramai kawan lagi...

joint yea...

Tag untuk

Suzie

mama sayang zakuan

teratai

Wassalam..

Ahad, Februari 20, 2011

Hari Minggu Hari Bersama Keluarga...

Seronok bila tibanya hari Ahad... hari untuk beristirehat bersama-sama keluarga...

Bersarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam bersama-sama...

Hari ini, saya sekeluarga telah pergi ke Festival Layang-layang Antara Bangsa di Pasir Gudang, Johor. saya diberitahu hari ini merupakan hari terakhir festival ini. Tahun lepas kami tidak pergi kerana terlupa mengikuti isu semasa. Jadi, tahun ini kami pergilah..

Sebenarnya, sudah beberapa kali kami pergi ke festival ini. Dua tahun dulu, kami tiba lewat. kira-kira pukul 5 petang..masa tu banyak layang2 yang dah turun..so kitaorang hanya main layang2 je...

Tahun ni, kami bertolak pukul 11 pagi supaya kami dapat melihat layang2 yang besar2 tu...lagi pula, kalau kami pergi waktu petang, nak parking kereta pun payah...terpaksa parking kereta jauh-jauh...

Kesian ngn layang2 teddy bear nie..dari saya datang sampailah saya balik...tak boleh naik2...naik sikit dah jatuh semula...

Ramai sesangat orang yang datang ke pesta layang-layang nie...Layang2 ikan!!!

Rehat2 kat bawah pokok sambil melihat layang-layang berterbangan di ruang angkasa....rupa2nya tempat duduk kami nie jauh nun di bawah bukit...hanya nampak sedikit layang-layang . tapi lepas kami beredar ke atas bukit, barulah kami nampak pelbagai bentuk layang-layang...

Sempat pulak berdating dengan suami...

Ini sahaja yang dapat saya kongsi untuk malam minggu ini...

Wassalam

Menghormati dan menyayangi GURU...

Selamat pagi semua..

Pagi ini saya nak kongsikan apa yang telah saya baca baru-baru ini...saya rasa semua orang tau tentang hal ini...dan anda sebagai pelajar pun sudah didedahkan tentang perkara ini berulang kali...

Namun, saya rasa tajuk ini sangat penting...lihatlah pelajar2 yang telah berjaya sebagai contoh...mereka semua mengamalkan petua ini....

Anda tidak mahu berjaya ke???

Jika hendak, amalkan adab-adab di bawah....Ini bukan saya reka yea tapi daripada pembacaan saya...

Guru adalah ibu bapa kedua bagi pelajar. Jika ibu bapa melahirkan anda dan menyediakan segala keperluan fizikal seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, guru pula mendidik, mengajar dan memberi pengisian rohani kepada anda..

Sebab itulah anda hendaklah menimbulkan dan mewujudkan kasih sayang kepada guru...Sentiasalah mendoakan guru seperti mana kita mendoakan kedua-dua ibu bapa anda. Anda hendaklah menghormati guru, dan sentiasa menjaga adab2 kepada guru.

Adab Umum Anda Terhadap Guru.....

  • Mendahului mengucap salam apabila bertemu dengan guru.
  • merendahkan diri di hadapan guru, walaupun usianya lebih muda.
  • sentiasa memuliakan dan menghormati diri guru dan majlisnya
  • pandang guru dengan pandangan hormat
  • mencium tangan guru yang soleh, tanda hormat dan kasih kepadanya.
  • patuhi segala permintaannya selagi tidak bertentangan dengan syariat
  • jangan menjawab soalan orang lain sebelum dijawab guru
  • tidak hanya bercakap dengan orang lain di dalam sesuatu majlis hingga mengetepikan guru.
  • tidak mengatakan ada pendapatnya yang bersalahan dengan pendapat guru lain
  • maafkan kesilapan guru, sama ada diminta atau tidak
  • jangan berburuk sangka terhadap perbuatannya yang buruk pada zahirnya kerana dia lebih mengetahui rahsianya.

Adab Anda Terhadap Guru di Dalam Kelas...

  • Berdiri ketika guru masuk kelas
  • menghadap atau melihat mukanya ketika guru sedang mengajar atau berkata-kata
  • duduk dengan sopan
  • jangan melintas di hadapan guru kecuali meminta izin
  • dengar apa yang dikatakan oleh guru dengan berhati-hati
  • jika bertanya, bertanyalah dengan sopan
  • jangan meninggikan suara terhadapnya
  • hendaklah banyak mendengar dari bercakap
  • minta kebenaran guru jika mahu keluar kelas. sebaik-baiknya tunggu sehingga kelas selesai.

Adab Anda Terhadap Guru di Luar Kelas...

  • Jangan segan silu untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru
  • berpakaian kemas sebelum berjumpa guru
  • jangan bergurau-gurau atau ketawa dengannya..
  • jangan rasa jemu bersama guru
  • jangan banyak bertanya ketika guru anda tidak selesa menjawabnya
  • membelanya jika ada orang memburukkannya
  • tidak memusuhi orang yang dikasihinya
  • doakan kesejahteraan guru sepanjang hayatnya
  • menjaga keluarganya ketika ketiadaannya
  • menziarahi kuburnya setelah guru anda meninggal dunia..
CTE : Baca baca buku PETUA PELAJAR CEMERLANG , petua Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah....ternampak pula tajuk ni.....salah satu petuanya so saya nak kongsikan jugak.....

Harap Anda boleh jadikan panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang...

Wassalam

Sabtu, Februari 19, 2011

Yang Tersirat....

Hanya ingin berkongsi cerita yang telah dibaca...

Petang itu,sewaktu pulang dari makan tengah hari, para pekerja di sebuah syarikat terperanjat apabila melihat sebuah nota dilekatkan pada cermin pintu masuk.

Nota itu memberitahu, salah seorang ketua yang selama ini menyusahkan dan menyekat prestasi mereka, sedang sakit tenat.

"Anda semua boleh menziarahinya di dalam khas, sebelah bilik mesyuarat utama."

Daripada sedih, kemudian timbul pula perasaan gembira di kalangan para pekerja tersebut kerana yang sakit tenat itu adalah ketua yang selama ini banyak menyusahkan dan menghalang kejayaan mereka. Baguslah, kata para pekerja itu. kalau dia mati, lagi bagus. Masing-masing tersenyum gembira.

Bagaimanapun, apabila mereka semakin hampir dengan bilik khas tersebut, para pekerja ini mula saling bertanya, "siapa ketua yang sakit itu?".

Pintu dibuka, seorang demi seorang masuk. Tiba-tiba mereka terdiam. Para pekerja itu memerhatikan sesuatu.

Sebenarnya, didalam bilik itu tiada sekujur tubuh ketua yang sedang sakit tenat, seperti yang mereka harapkan. Yang ada hanyalah sebuah cermin dan sesiapa yang memandang cermin besar itu akan melihat dirinya sendiri. Di sebelah cermin itu pula terdapat sebuah nota tertulis perkataan, 'ANDA'

"Andalah yang mengubah hidup anda sendiri. Hanya andalah saja yang mampu menjadikan hidup anda ceria dan mencapai cita-cita yang diinginkan. Hidup anda tidak akan bertukar apabila ketua, atau syarikat dan kawan-kawan anda bertukar".

"Sebaliknya, hidup anda hanya akan bertukar dan berubah apabila anda sendiri yang menukar sikap dan berubah, apabila anda melakukan sesuatu dengan baik, jujur dan lebih daripada yang diharapkan dan apabila anda menyedari bahawa andalah satu-satunya manusia yang bertanggungjawab kepada diri dan hidup anda sendiri."

Wassalam

Jumaat, Februari 18, 2011

Musim Bersalin.....Tahniah!!!

Rezeki awal tahun 2011....

Tahniah.....

Tahniah....

Tahniah....

Bila tengok baby ni macam seiras muka ibunya.. Tahniah kepada pasangan muda ini.. Cikgu siti Zaleha Mhd Jawawi atau ayong dan suaminya Nurul Azmunir.

Ini baby boy terbaharu sekolah saya...Lahir pada 14hb Februari 2011 yang lalu...Baby boy ni memang tak sabar-sabar untuk keluar melihat dunia sebab keluar 2 minggu awal daripada tarikh jangkaan doktor..

Mungkin ibu muda ini kepenatan dengan aktiviti sekolah yang semakin padat atau baby ini kesian dengan ibunya yang begitu letih mengandungkannya...

Kesian dengan cikgu ini sebab terpaksa melahirkan anak secara pembedahan. Tidak apalah ayong, cuti bersalin ni jagalah kesihatan tu....Tahniah dari saya...

Ini pula baby girl kepada Pn Jashida Mat Jaeh. Nama baby cute ni ialah Hazren Humairah bt Hasnizam. Baby ini lahir pada 6hb Februari yang lepas..

Tahniah untuk kelahiran cahayamata yang ke 3 nie...

Pn Jashida nie cikgu yang sungguh perihatin sebab dia cukup risau untuk meninggalkan pelajar2 tingkatan 3...sayang katanye...kalau boleh dia nak tunda kelahiran baby ni ...tapi memang dah tertulis, baby ni kuar masa ni..so dia redha ajelah..

Tapi dengar cerita, pn Jashida tidak ambil cuti 90 hari..cuma mohon 60 hari je...saya rasa mungkin dia sayangkan pelajar SMKTD2 atau pun nak simpan cuti untuk anak seterusnya...( jangan marah shida )...

Ini pula baby girl kepada Pn Fatimah Mohd Arif. Kalau tak salah saya, ini anak ke 4 beliau.

Cikgu Fatimah sebelum ini sudah mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan..Rasanya dah cukup kot..dengarnya dia sudah tak mau tambah lagi sebab tulah dia nak habiskan cuti bersalin 90 hari tu...

Nama pilihan bagi pasangan cikgu ini ialah Zarin Sofea Hanim bte Hanizan.. wow!!! anggunnya nama anak dara bongsu cikgu ni..

Untungnya Pn Fatimah ini kerana suaminya sangat-sangatlah membantu dia ketika berpantang...kira bapa mithalil lah tu...

Apa-apa pun ..Tahniah dari saya..

Tahniah juga saya ucapkan kepada ibu baby ini.

Baby boy yang comel ini kepunyaan Pn Norzalilah dan pasangannya..( maaf sbb saya tidak tau nama pasangannya )

Dilahirkan pada bulan 10hb Disember yang lalu.

Baby ini merupakan anak pertamanya.. Nama pilihan bagi baby handsome ini ialah Ainuddin Zahran... Hebat juga nama ini...sehebat ibu dan bapanya...

Terdapat seorang lagi guru yang melahirkan anak pada bulan lepas..iaitu Pn Hasnaliza ..cikgu ini telah melahirkan anak pada 23hb januari 2011 yang lalu..

Kesian dengan cikgu ni sebab selepas melahirkan anak, beliau telah ditahan kat wad kerana mempunyai masalah jantung pulak..

Tapi sekarang cikgu ni dah keluar hospital dan kini berpantang di negeri Kedah, kampung cikgu hasnaliza...

Malangnya, saya tidak dapat gambar baby cikgu nie..lagipun dia tiada akaun FB...Tapi saya harap semoga cepat sembuh dan tahniah juga...

Kepada cikgu-cikgu diatas, saya minta maaf jika saya tersalah catat. Terima kasih atas kebenaran menggunakan gambar2 yang comel2 ini...

Wassalam

Rabu, Februari 16, 2011

Kenangan Terindah - sekolah menengah ke 2

SMK Air Tawar, Kota Tinggi, Johor..

Inilah sekolah menengah ke 2 saya..sekolah ini terletak di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi , Johor. jauhnya lebih kurang sama dengan jauh sekolah pertama saya iaitu SMK Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor..kira-kira tempat tinggal saya macam ditengah2lah...kalau ke kiri ke SMK Bandar Mas..kalau ke kanan ke SMK Air tawar

Saya berpindah di sekolah ini pun kerana sekolah lama saya tidak menawarkan Tingkatan 4..Jadi di sekolah ini, saya berjumpa dengan kawan-kawan baru..Dahulu, kalau tak lulus Matematik dalam SRP, kita tidak boleh naik tingkatan 4...sape2 yang dapat masuk tingkatan 4 tu..pandailah jugak...saya pandai sikit je sebab saya masuk tingkatan 4 aliran sastera...

Sementara bebudak yang pandai pula masuk aliran sains dan bersekolah di bandar Kota Tinggi pula...Sekolah saya ini hanya untuk aliran sastera aje..bila dah masuk aliran sastera, cita-cita saya pun berubah...nak jadi peguam ( bukan citi-cita tapi berangan aje..)

Masa kat sekolah tu, saya masih lagi menjadi pelajar yang baik..( perasaan aje..) tapi memang betul..kalau tak percaya , tanyalah kekawan saya...

Pasukan unit beruniform saya ialah pasukan Puteri Islam..baju puteri islam senang je..kain dan tudung pink...xlah banyak budget....lagi pun x nak menyusahkan emak bapak..

Teringat masa tingkatan 4, saya cukup tak puas hati dengan satu cikgu sejarah tu..namanya Pn Azizah...cikgu ni mengajar cuma menyalin nota sahaja..cakap dia je yang betul...masuk kelas duduk dan baca nota...suruh pelajar tulis....bosan2 sesangat..

Satu hari, pn azizah ni suruhlah pelajar tulis dalam satu kertas dengan persoalan " apa yang anda tidak suka tentang saya".. lepas tu,cikgu tu suruh tulis nama kat kertas dan bagitau x akan bagitau pelajar...saya apa lagi...buatlah teks panjang menyatakan mcm2 benda yang saya tak suka dengan cara pengajaran dia...terus teranglah katakan...

Bila dia suruh hantar..saya pun hantarlah..tapi tak lama kemudian..boleh pulak dia suruh saya berdiri dan baca segala apa yang saya tuliskan tu...malu betul saya masa tu...sampai sekarang saya geram dengan dia...Dari situ barulah saya sedar..kalau nak kritik orang tu janganlah tulis nama...kan kerja bodoh tu.... (padan dengan muka saya..)

Itu kisah masa saya berada di tingkatn 4 ( x ingat nama kelas )..kelas yang ke 5 daripada 11 kelas aliran sastera...masuk je tingkatan 5, saya sudah berpindah kelas ke kelas yang ke 2..semangat SPM dah mula timbul... he he he..

Peristiwa menarik di sekolah tu ialah saya dapat bersalam dengan Tun Dr mahathir Mohammad , PM kita masa tu.. salam jugak dengan Datin Dr Hasmah Ali.. Masa ini, beliau nak merasmikan sekolah ini... Beliau datang ke SMK Air tawar ni dengan menaiki helikopter...

Peristiwa sedih ialah masih tak ada pak we...single ...( saja jea...) bukanlaaaah...sebenarnya peristiwa sedih ialah saya gagal dalam subjek konfiden saya iaitu Geografi...terlampau konfiden...lepas tu kuar cepat dari dewan exam...jawab salah....meraung tak berlagu...

So bila result keluar, saya gagal geografi....jangan terkejut yea... saya sekarang guru Geografi!!!

maaflah..saya tak de koleksi gambar di SMK bandar Mas dan SMK Air Tawar...gambar2 tu semua tak dapat diselamatkan....kena hujan...

Wassalam

Selasa, Februari 15, 2011

Kenangan Terindah - Sekolah Menengah 1

SMK Bandar Mas, Kota Tinggi

Ini sekolah menengah pertama saya. saya bersekolah di sekolah ini cuma 3 tahun sahaja iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Apabila saya lulus SRP ( sekarang dikenali sebagai PMR ) saya terpaksa berpindah ke sekolah lain sebab sekolah ini pada masa dulu tidak menawarkan tingkatan 4.

Sekolah ini jauh juga dari rumah saya ( lupa berapa km ) yang pasti jauh sebab ia terletak di Bandar Mas, Kota Tinggi, johor. Selepas habis sahaja penilaian dan darjah 6 di sk LKTP Air Tawar 5, saya terus bersekolah di sini..Inilah pengalaman pertama saya menaiki bas sekolah..

Disebabkan sekolah tersebut jauh, saya bersama-sama kakak saya pergi ke rumah driver bas pada pukul 6.30 pagi setiap pagi.Saya masih ingat lagi nama drivernya en shaari.. Dan kami akan tiba di sekolah sebelum pukul 7 pagi. hari masih gelap lagi...betul2 gelap

selalunya para pelajar akan beratur di dataran atau tempat parking kereta cikgu2 nie...sekarang saya dah tak tau kat mana..

Disekolah tersebut saya telah ditempatkan ke tingkatan 1 Mawar. Kelas ini adalah aliran pertanian. Dulu2, kelas aliran pertanian ini kelas yang sederhana sahaja. Kelas untuk budak pandai ialah kelas perdagangan..Wah! betapa sombongnya, bebudak yang dapat masuk kelas tersebut. Kata orang johor “Kerek”..saya memang jeles dengan diorang.

Seronoknya kami bila musim menanam sayur-sayuran. Sayur yang pernah saya tanam ialah sawi, kangkung, kobis, terung dan macam-macam lagi.. masa mula-mula kami ke tapak pertanian, kami telah diperkenalkan dengan cacing...masing-masing geli dengan cacing..tapikan alah bias tegal biasa..lama2 bergelumang dengan cacing dah biasa pulak...TAPI kalau sekarang..dah jadi geli balik. Jika hasil tanaman kami menjadi, kami membawa pulang hasil tanaman kami untuk dimasak..masa inilah kami akan “kerekkan” pelajar-pelajar lain pulak..

Semangat pelajar dulu dengan pelajar sekarang lain, bila saya sampai sahaja di sekolah, perkara pertama yang mesti saya lakukan ialah pergi ke kebun untuk menyiram sayur-sayuran saya..bayangkanlah waktu masa lagi gelap, kami terpaksa membawa lilin atau lampu untuk pergi ke kebun kami...tanpa rasa takut, tanpa rasa geli dan tanpa rasa jemu.

Lagi satu di aliran pertanian ini juga , kami diajar cara-cara menternak ayam. Masa tu dah tak mengenal bau taik ayam lagi...tak takut geli..

Di sekolah inilah baru saya mengenal cinta monyet...tah apa-apa jelah...Bukan apa..baru sedar ada budak minat kat saya..kelakar-kelakar.. Tapi paling tak dapat lupa bila first time dating kat belakang sekolah..punyalah ketar takut sesangat kalau kena tangkap dengan cikgu..Shhhh Rahsia yea...

Teringat dengan geng-geng kamcing zaman itu...salina jamsari, hanizan, dan Nor....rapatnya kita sampai kita beli beg corak sama masa kat sekolah...teringat juga masa pergi ke Desaru bersama-sama.....rindunya dengan kalian...

Selalunya kami lepak-lepak kat depan pintu pagar sementara menunggu bas sekolah ambik kitaorang balik rumah...sambil2 tu kitaorang belilah mee siput bersalut sambal ataupun tempe goreng cicah sambal kicap...sedapnya..

Sesekali saya lalu jugak di depan sekolah ini kerana bapa saudara saya duduk di Felda Papan Timur..Kalau terpandangkan sekolah ni pasti teringatkan kenangan dulu-dulu..ahhhh indahnya....

Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...