Jumaat, Ogos 26, 2011

AL-FATIHAH

Baru sahaja disebut-sebut nama. Bukan saya seorang sahaja.. Malah dijadikan pula tajuk perbincangan tentang seorang pelajar ini. Bukan kerana masalah disiplin yang serius tapi masalah ketidakhadiran ke sekolah yang masih tidak selesai-selesai lagi.

Baru sahaja bercerita mengenai namanya... yang datang ke sekolah untuk memaklumkan bahawa dia dia tidak mahu lagi meneruskan pembelajaran. Tentang dia yang mahu bekerja . Bukan kerana kemiskinan tapi sebab pengaruh kawan-kawan... mungkin juga kerana ingin memiliki wang....

Baru sahaja bercerita tentang namanya... kawan-kawan menyuruh ustazah menyedekahkan al-fatihah kepada dia... meninggal dunia kah dia?....atau kawan-kawan hanya bergurau sahaja....Rupa-rupanya, baru diberitahu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berada di ICU..serta merta derma kilat dilancarkan..

Baru sahaja bercerita tentang namanya... terdengar berita tentang pemergiannya menemui Tuhan yang maha esa pada petang semalam, semasa ramai guru dan pelajar berada di surau sekolah bersempena majlis khatam al-quran dan majlis berbuka puasa......Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia....

Baru sahaja bercerita tentang namanya...MOHD SAUFI BIN RAHMAT... telah selamat dikebumikan pada pukul 2 pagi tadi...

Al-fatihah buat arwah.. seorang pelajar tingkatan 5 sekolah saya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan pelajar ini namun kami warga guru memang amat mengenali dia...mungkin disebabkan masalah-masalah disiplin terpencil yang telah dia lakukan....

Al-Fatihah juga , saya berikan kepada ibu cikgu Masrobi yang baru kehilangan ibu tersayang pada hari Isnin yang lalu...

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.....

Isnin, Ogos 15, 2011

Hampir-hampir hilang ANAK!

Musim beli belah bermula...Saya dan suami pun sudah merancang mahu membeli barang keperluan anak-anak untuk hari raya nanti. Kebetulan pula, suami saya mendapat bonus dan bolehlah kami membeli belah. Destinasi kami hanyalah Plaza Angsana.

Bagi penduduk Johor Bahru terutama sekali penduduk melayu, tempat yang paling sesuai untuk membeli belah adalah di plaza ini.

Penat jugaklah melayan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan gaya. Masa inilah mereka boleh memilih baju, seluar dan kasut baru untuk dipakai semasa hari raya. Memanglah saya menjahit sendiri baju melayu dan baju kurung anak-anak saya. Namun, untuk pakaian berjalan kenalah beli yang baru jugak.

Menjelang petang barulah saya selesai membeli semua barang keperluan anak-anak. Pada sebelah petangnya, kami berbuka puasa di Restoran Singgah Selalu berhadapan dengan Danga Bay. Memang cukup ramai yang berbuka di situ sehingga terdapat kerusi di letakkan di bahagian luar dan bawah pokok.

Lauk memang banyak dihidangkan. Disebabkan terlalu ramai, makanan yang enak-enak cepat habis.

Balik rumah, anak-anak sudah tidak sabar untuk mencuba pakaian dan kasut baru masing-masing. Seronok melihat mereka gembira. Teringat pula masa kita kecil-kecil dahulu...

Tiba-tiba, anak sulung saya memberitahu bahawa kasut yang dibelinya berlainan saiz.!!!!!!

*************************************

Esoknya, saya bersama suami sekali lagi pergi ke Plaza Angsana untuk menukarkan saiz kasut anak saya itu, Kali ini saya hanya membawa tiga orang anak-anak saya yang masih kecil. Walaupun baru pukul 11 pagi, namun plaza tersebut sudah penuh dengan orang.

Setelah selesai menukar kasut anak saya, tiba-tiba saya teringin membeli jam tangan. Sebenarnya saya sudah lama tidak memakai jam tangan sebab jam saya hilang. Rasanya tidak sampai dua minit menjamu mata di kedai tersebut, saya lihat anak perempuan saya yang paling kecil tiada....Comel mana?, Comel mana? Comel mana?

Panik!!!!

Panik sangat-sangat... Saya mencari di kawasan sekitar...Tiada juga!

Saya dan suami berpecah mencari Comel... Kemudian kami bertemu semula tapi tetap tak jumpa Comel....

Saya dah mula mengelabah...Tidak tahu nak cari kat mana...Saya pusing semula tempat-tempat yang menarik perhatian kanak-kanak...Dalam fikiran saya dah terbayangkan bermacam-macam hal. Saya takut jika anak saya diculik. Dalam masa yang sama, saya teringat drama Kasih Alia. Saya takut anak saya akan dijual organ, dipotong kaki atau tangan untuk dijadikan peminta sedekah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya takut kehilangan anak saya...

Comel......Comel.... mana comel pergi nie?????

Akhirnya saya telefon suami saya untuk bertanyakan hal anak saya...

Syukur Alhamdulillah....Suami saya dapat juga berjumpa dengan anak saya di kaunter pertanyaan....

Lepas saya berjumpa dengan anak saya, macam nak nangis sahaja.. Saya terus dukung dan peluk comel sambil cium pipi comel berkali-kali... Kesihan Comel.. Mata comel merah menandakan dia juga menanggis mencari saya....

Selepas itu, saya memang tidak ada mood nak membeli belah lagi...Saya nak balik sahaja....

***************************************

Moral of this story.......JANGAN CUAI

Memang menjadi pengajaran kepada saya dan suami...Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila... Mungkin satu masa nanti saya akan ceritakan kembali kepada Comel bila dia sudah besar kelak...

Terima Kasih Allah kerana menemukan semula saya dan anak saya....

Khamis, Ogos 11, 2011

Bulan membazir...

Percaya atau tidak...tanpa kita sedari, kita banyak berbelanja pada bulan ini. Banyak perbelanjaan kita adalah untuk membeli makanan juadah berbuka puasa.

Perasan atau tidak, bagi yang tidak memasak di rumah, mereka sudah semestinya berbelanja sekurang-kurangnya RM10 sehari. Bagi yang sudah berkeluarga, saya rasa mereka berbelanja lebih daripada RM30 setiap hari.

Saya sebenarnya tidaklah berkira tentang berapa banyak wang dihabiskan untuk membeli juadah berbuka puasa tersebut. Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah makanan yang dibazirkan. Terutama sekali kuih muih...

Setelah seharian kita berlapar, bila kita pergi ke bazar ramadhan, mata kita sudah menjadi rambang melihat pelbagai jenis kuih muih dan makanan-makanan lain.

Semua hendak dimakan...

Akhirnya, semasa berbuka sudah tidak larat hendak menghabiskan apa yang dibeli, jadi makanan tersebut terbiar sehingga masa bersahur. Apabila sudah terlalu lama terdedah, maka makanan tersebut dibuang ke dalam tong sampah...

Bukankah satu pembaziran.....

******************************************

Geram dengan peristiwa petang tadi...

Petang tadi, saya pergi ke pasar raya SMARTs kerana hendak membeli bahan-bahan untuk memasak juadah berbuka puasa hari ini..Apa yang saya nampak :.....

* Seorang pekerja lelaki melayu yang menjual daging lembu telah duduk di bawah meja jualan untuk menghisap rokok....

* Seorang wanita melayu bertudung sedang duduk menghirup air di bahagian belakang meja jualannya di bazar ramadhan.. Agaknya dia tak sedar saya lalu di belakang dia... kalau dah tak tahan nak minum tu janganlah minum di hadapan orang ramai...

Nasib baik mulut saya ni tak "laser"...kalau tak dah kena mereka itu....

Selasa, Ogos 09, 2011

KECELARUAN MINDA..

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 10 hari berpuasa....

Tanpa kita sedari masa sudah semakin cepat dan terasa singkat.

Dah 9 hari puasa.....jantung saya sudah mula berdebar-debar....

Berdebar bukan kerana apa tapi banyak hal yang belum saya selesaikan lagi...

So minda saya sekarang sedang bercelaru....

Celaru kerana baju yang kawan mintak tolong jahitkan belum lagi berjahit.....

Celaru kerana baju yang saya suruh kawan saya buatkan juga belum siap...

Celaru kerana baju-baju raya untuk anak-anak saya dan saya sekali pun belum terusik lagi ( belum jahitlah...)

Celaru kerana sudah tak tahu nak masak apa untuk hidangan berbuka...

Celaru kerana budget sudah lari!!!!!

Celaru kerana anak buat permintaan macam-macam....

Celaru kerana nak habiskan 30 juzuk al- Quran

CELARU

CELARU

Dan

CELARU

Isnin, Ogos 08, 2011

BONUS RAYA....

Alhamdulillah...

Syukur kerana dapat jugak bonus untuk persediaan hari raya aidil fitri kali ini.. Dengar cerita kakitangan awam akan mendapat bonus setengah bulan gaji...

Walaupun tidaklah semewah bonus kakitangan swasta, namun bonus yang dengarnya akan dibayar pada pertengahan bulan ini dah memadai bagi saya dan keluarga.

Bagi yang belum berkeluarga, memanglah tampak mewah. Tapi bagi saya yang berkeluarga besar ini, pemberian bonus ini amatlah bererti dan mampu membuatkan anak-anak tersenyum.

Jika ada rezeki lebih dan suami saya mendapat cuti, kemungkinan besar saya akan beraya di dua tempat iaitu di emak saya ( Kota Tinggi, Johor ) dan rumah emak suami saya ( Machang, Kelantan ). Jika apa yang dirancang tidak menjadi, maka saya akan pergi beraya di Melaka sahaja.

Mudah-mudahan apa yang dirancang menjadi kenyataan...Insya Allah

Bagaimana dengan persiapan rakan-rakan maya dalam menyambut Hari Raya ????

Apa-apa pun, terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana pemberian bonus ini.

Isnin, Ogos 01, 2011

TIKET KERETA API DAH HABISSS!!!!!1

Selamat menjalani ibadat puasa bagi semua umat islam..Bermula petang semalam, banyak sudah ucapan diterima di handphone saya dan keluarga.

Bermulanya puasa ini, ada sesetengah orang sudah memikirkan bagaimana untuk pulang ke kampung halaman. Kebetulan pula, saya tidaklah memikirkannya sangat sebab tahun ini giliran saya pula beraya di Johor. Jadi, saya masih boleh jimat belanja.

Tetapi yang saya ingin kongsikan di sini ialah pengalaman saya membelikan tiket kereta api untuk adik ipar saya. Adik ipar saya ni pula sedang pratikal di Hospital Besar Pontian. Jadi, dia pun meminta tolong untuk membelikan tiket kereta api pulang ke Kelantan.

Pihak KTM Berhad pula sudah membuat jadual untuk membeli tiket mengikut hari-hari yang tertentu. Jadi, adik ipar saya ingin bertolak pada 26hb Ogos nanti. Maka, saya kenalah membeli tiket tersebut pada 28hb Julai.

Pagi 28hb Julai yang lalu, saya pun pergilah ke KTM Kempas Baru untuk membeli tiket. Tiba di KTM tersebut dah pukul 8.15 pagi dan ramai orang sudah beratur. Beratur punyalah beratur sampai pukul 9.30 masih tak dapat beli tiket lagi..

Dihadapan saya hanya tinggal 4 orang sahaja yang beratur, tiba-tiba saya lihat kerani penjual tiket menampal sehelai kertas yang bertulis macam gini...

"TIKET UNTUK 28HB OGOS 2011 SUDAH HABIS TERJUAL"
"HARAP MAKLUM"

Pehh......tak berbaloi saya berdiri lama-lama....tiket habis pulak..

****************************************************

Nak dijadikan cerita, esoknya saya rancang nak beli pula tiket untuk 27hb Ogos pula.. So saya pun hubungi pak cik saudara saya yang bekerja di Kempas untuk beratur bagi pihak saya...

Pukul 6.40 pagi, pak cik saudara saya sudah beratur... ( selamat )

Pukul 7.30 pagi saya pun tibalah di stesen tersebut. Saya lihat barisan sudah pun panjang macam semalam. Saya pun teruslah kebarisan hadapan untuk mencari pak cik saudara saya...

Tapi, saya terkejut.......

Di hadapan pak cik saudara saya tu, terdapat 11 orang lagi yang beratur!!!! Anda rasa pukul berapakah mereka tiba?..

Puhhh.... penat berdiri dengan keadaan yang rapat-rapat dan berhimpit-himpit..

Pukul 8.30 pagi baru kaunter dibuka...

Orang dah mula berebut-rebut dan menyerbu kaunter...Ada pula yang baru datang terus meluru ke hadapan.

Dalam hati saya "kurang ajar punya budak..."

Baru seorang beli tiket, kerani tiket memberitahu bahawa tiket kereta api malam sudah habis!!!

Baru seorang beli dah habis????

Mengamuk orang-orang yang berdiri di belakang...walhal saya rasa ada kira-kira hampir 100 orang sedang beratur...

Stesen tersebut dah mula kecoh!...terdapat juga beberapa orang yang dah mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar di telinga..

Saya sudah seperti berada di negeri Kelantan...saya sorang sahaja orang Johor....keadaan hinggar binggar...semua menunjukkan muka tidak puas hati..

Saya cuma berharap tiket pulang ke kampung pada waktu pagi masih ada...namun bila tiba giliran saya di hadapan kaunter, cuma ada satu tiket sahaja sedangkan saya mahu membeli enam tiket... ( adik ipar saya 2 orang dan 4 lagi adalah kawan2 adik ipar saya )

TIKET HABISSSSS LAGIIIIII!!!!!!!...

Akhirnya, setelah dibincang-bincangkan dengan suami saya...maka saya pun belilah tiket untuk tarikh 24hb Ogos... Oleh itu, adik ipar saya dan kawan-kawannya terpaksa memohon cuti lebih cepat untuk pulang ke kampung...

p/s : saya sebenarnya hendak mengambil gambar masa suasana sedang kecoh tetapi saya takut pula akan dimarahi...

***************************

Apabila saya melalui pengalam ini, saya rasa sungguh bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai kenderaan untuk pulang ke kampung. Kasihan pada mereka yang mencari kerja di perantauan dan tidak mempunyai kenderaan untuk pulang ke kampung. Mereka terpaksa berebut-rebut untuk membeli tiket.

Ini juga pengalaman berharga bagi saya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...