Rabu, Februari 29, 2012

Pasar Malam

Tempat anda ada pasar malam tak? Pernah pergi pasar malam?

Saya rasa semua orang pernah pergi pasar malam. Kadang-kadang ada sebilangan orang yang memang menunggu untuk pergi ke Pasar Malam di tempat tinggal masing-masing.

Sebenarnya, pasar malam ni sudah wujud sejak dari dahulu lagi. Dahulu di kampung saya, pasar malam dibuat pada setiap malam minggu..Saya tidak memanggil pasar ini pasar malam tapi kami panggil pasar lambak.

Jika hendak lebih murah dan meriah lagi,kami akan pergi ke pasar lambak pada pagi isnin di bandar Kota Tinggi..Di sana lebih banyak pilihan barangan,  tawaran harga murah dan meriahlah.

Saya terpanggil  membuat entry ini bila melihat pelajar-pelajar saya yang begitu bersemangat untuk pergi ke pasar malam di kawasan tempat tinggal mereka untuk menemubual penjual-penjual dan mengambil gambar senario pasar malam.

Kebetulan pula, malam ini ada pasar malam di jalan Sagu, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

****************************************************************************

Untuk pelajar-pelajar saya, saya kongsikan sedikit mengenai konsep dan jenis perniagaan pasar malam.
Semoga dapat membantu..


gambar pinjam di goggle.


Pasar malam merupakan sebuah pasar atau bazar yang perniagaanya dimulakan pada waktu petang sehinggalah  kepada waktu malam. Selalunya pasar malam ini umpama pasar jalanan  yang biasanya berada di kawasan perumahan di Malaysia.


Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih yang menjual barang-barang seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan dapur, baju, buku dan sebagainya ada dijual di sini. Pasar malam ini juga menarik ramai orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. 


Selalunya, pasar malam hanya dibuka hanya sekali dalam seminggu. Ini kerana para peniaga yang berniaga di pasar malam akan berpindah-randah ke kawasan pasar malam yang berlainan pada setiap minggu. Disamping barangan yang pelbagai, proses tawar menawar harga merupakan satu urusniaga yang biasa di pasar sedemikian.


Sekian

Cubalah masuk link ini untuk dapatkan dapatn kajian diwww.smktd2geografi.blogspot.com


Ahad, Februari 19, 2012

Tak Berbaloi buah cempedak dengan harganya..

Petang semalam belilah buah cempedak kat simpang jalan berdekatan dengan rumah saya..Hari-hari lalu hadapan kedai buah-buahan dan hari-hari juga mencium bau buah cempedak...akhirnya semalam belilah juga...

Sebenarnya, kedai buah tersebut baru sahaja dibuka..mungkin secara haram agaknya pada hujung tahun lepas..yang anehnya, begitu cepat kedai buah tersebut membesar...lebih-lebih lagi semasa tahun baru cina yang lepas..

Walaupun saya setiap hari melalui jalan tersebut, tidak terlintas pula hendak membeli buah-buahan di situ..namun petang semalam boleh pula rasa macam nak singgah sekejap..Kebetulan anak-anak sudah lama minta belikan buah pulasan.. RM10 bagi 3 kilo..kira bolehlah makan buah pulasan... kalau sudah singgah situ, mata pun berkeliaranlah nak mencari buah yang lain...kebetulan tuan punya kedai memberikan beberapa biji buah cempedak yang telah dibuka untuk dirasa...lalu belilah buah tembikai...

RM6.00 sekilo...mahalnya ..( saya rasalah...)  belilah sebiji buah  cempedak  yang sederhana besarnya...macam ringan aje...tapi kena bayar RM9.00 sebiji!!!!  bayar ajelah...

Malam semalam, saya pun bukalah untuk digoreng...



Sedih-sedih.....hanya sebelah sahaja yang ada butiran-butiran kecil buah cempedak!

Bila dikira-kira tak sampai 20 biji pun buah cempedak tersebut... terasa sangat-sangat... kalau beli cempedak goreng di warung pun dapat lebih daripada tu...

Lain kali beli yang siap digoreng ajelah  atau tunggu harga cempedak jatuh....

Dahulu, mak saya suka menjerukkan kulit buah cempedak tersebut...mula-mula mak saya akan membuang kulit yang mengerutu itu dahulu...kemudian diletakkan dalam telap yang diisi air serta garam... setelah  beberapa hari bolehlah dikeluarkan untuk dimasak  goreng ke ringbersama bawang dan ikan bilis serta lada besar..Tapi kulit tersebut mestilah diracik atau dikoyak-koyak halus... sedap.. ( saya tak pasti samaada masakan orang jawa atau orang banjar..)

Pernahkah anda rasa masakan tersebut?

Sabtu, Februari 18, 2012

TAJUK SOALAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012


Soalan Kerja Kursus Geografi sudah pun diketahui..Walaupun pihak sekolah belum menerimanya secara rasmi, namun ketua panitia sekolah saya telah bertindak cepat men"download"....Insya Allah pada minggu hadapan, taklimat ringkas akan diadakan kepada semua pelajar Tingkatan 3..

Di sini saya kongsikan tajuk-tajuk tugasan yang boleh dipilih oleh para pelajar dan berbincanglah bersama guru-guru Geografi sekolah masing-masing tugasan tersebut. Jika boleh tugasan tersebut hendaklah bersesuaian dengan keadaan tempat tinggal kita.

Untuk sekolah saya pula, disebabkan tinggal di kawasan perumahan jadi tugasan no 1 kurang sesuai . Kemungkinan besar kami akan membuat tugasan no 2 bertajuk  Perniagaan Runcit iaitu  Pasar Malam..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai panduan kerja kursus ini, silalah rajinkan diri melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Disitu, anda boleh mendapat melihat panduan yang lengkap dan jika anda mengikuti panduan tersebut sudah pasti kerja kursus anda akan mendapat CEMERLANG...


TUGASAN 1: EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN KAJIAN

C a l o n   d i k e h e n d a k i  me n j a l a n k a n   s a t u   k a j i a n   t e n t a n g   e k o s i s t em  h u t a n   t e r g a n g g u di kawasan kajian.


Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:


• Konsep ekosistem hutan
• Kepentingan ekosistem hutan
• Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
• Kesan ekosistem hutan terganggu
• Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


Untuk mendapatkan dapatan kajian tajuk ini sila layari www.smktd2geografi.blogspot.com


ATAU



TUGASAN 2: PERNIAGAAN RUNCIT
(PASAR MALAM/PASAR SARI/PASAR MINGGU/
PASAR TANI/PASAR TAMU/PASAR LAMBAK)

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan
perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar minggu/pasar tani/pasar tamu/pasar lambak sahaja
di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:

• Konsep dan jenis perniagaan runcit
• Kepentingan perniagaan runcit
• Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
• Kesan negatif perniagaan runcit
• Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Jika anda  ingin membuat kerja-kerja awalan bolehlah merujuk di SINI  
Dan jika anda  ingin dapatan kajian , sila pergi ke SINI
Terima kasih..

Isnin, Februari 06, 2012

Breakfast Pagi Cuti maulidur Rasul

Salam Maulidur rasul 2012

Pagi ini mood untuk memasak tiba-tiba hadir tanpa disangka-sangka..Pagi-pagi lagi sudah pergi ke kedai India Muslim ( india muslim ke? macam betul-betul india aje ) yang berdekatan beli gula kastor, telur dan kelapa parut..Entah kenapa kedai runcit  Acheh yang bersebelahan pula sudah kehabisan kelapa..

Apa-apa pun misi untuk memasak Apam Seri Ayu ini mesti dilaksanakan.. apam ini merupakan kegemaran anak-anak saya. Sebenarnya, saya juga  sedang menunggu kehadiran sahabat saya , Norwani yang turun ke Johor semalam dari Kuala Lumpur...Jadi saya pun buatlah kuih apam ini..Namun malangnya, sahabat saya terpaksa pulang cepat.. Tak apalah mungkin  bukan rezekinya..

Tahun lepas saya ada juga membuat kelas memasak  kuih apam ini. Kelas tersebut diadakan untuk mengisi program pelajar-pelajar selepas PMR.. Apam ini ada juga dijual di kantin sekolah saya tapi rasanya tidak sesedap apam yang ini..

Kuih apam ini memang sedap dan enak. Saya dapat resepi ini dari buku masakan.. maaf, sudah tidak ingat dalam majalah masakan apa...


APAM SERI AYU

Bahan-bahanya:
250gm gula kastor
300gm tepung biasa
1 sudu kecil penuh Quick 75 @ Ovalatte
1 sudu teh pes pandan ( saya gantikan dengan perasa pandan dan pewarna hijau )
3 biji telur
125ml santan pekat
1 sudu kecil serbuk penaik
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Pukul telur, gula kastor dan Quick 75 hingga kembang. Setelah kembang, masukkan santan, pes pandan dan dikacau rata.

2. Kemudian masukkan tepung  yang telah diayak bersama-sama serbuk penaik dan garam. ( kadang-kadang saya tak letak garam pun ) dan pastikan bancuhan tersebut pekat.

3. Bubuh sedikit kelapa parut ( yang sudah digaul rata dengan sedikt garam ) dalam acuan apam. Tekan kuat-kuat supaya kelapa parut tidak berterabur semasa kuih apam dipisahkan daripada acuannya.Tuang sedikit adunan kemudian kukus selama 15 hingga 20 minit. ( kadang-kadang 10 minit pun dah boleh diangkat ).

Cubalah...pasti nak buat lagi...macam kek kukus pandan rasanya...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...