Ahad, April 15, 2012

Selamat Hari Lahir Suamiku

Semalam, kami anak  beranak secara senyap-senyap meraikan hari lahir suami saya... menjadi juga sambutan tersebut walaupun terlalu sederhana...

Sebenarnya, hari lahir suami saya sudah pun berlalu.. iaitu jatuh pada 10hb April yang lalu..

Tapi, pada minggu lepas suami saya berada di Melaka.... kami tidak dapat meraikan hari lahirnya..Maka, semalamlah kami  dapat menyambutnya..

Petang semalam selepas mengambil  anak-anak berada di hotel Seri Malaysia kerana menghadiri kursus ,suami pun terus baring di sofa...saya dan anak-anak berpakat  menghidupkan lilin di kek yang telah kami beli pada petang Jumaat sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday"...

Tergambar  lagi wajah suami yang terkejut dengan kejutan yang tiba-tiba itu...

Dan anak-anak menghadiahkan dompet kepada ayah mereka tetapi dengan duit saya....

Apa-apa pun yang menyebabkan saya terharu ialah ucapan dari anak sulung saya ini di fb...

Bacalah...



"Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.
Amin Yarabbil-alamin
kepada abah yang tersayang"






Sabtu, April 07, 2012

Floor Manager???

Selama ini, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi "manager"..Dahulu sebelum saya menjadi seorang guru, saya pernah memegang jawatan kerani, kerani gred A, pembantu personalia, last sekali memegang jawatan sebagai payroll officer ( pegawai kira gaji )  Tapi saya tak pernah memegang jawatan manager..

Tidak terfikir juga bila mana menjadi  seorang guru, saya akan dilantik menjadi manager ..

Tiba-tiba selasa lalu, saya dipanggil oleh puan pengetua dan dilantik sebagai "floor manager" dengan rasminya..Saya terkejut dan tertanya-tanya...Flow manager??macammana kerjanya?? kenapa  saya??  mampukah saya??

Semua ini gara-gara Majlis Anugerah Cemerlang ..

Memang berat tanggung jawab ini..Mesti mengetahui segala perjalanan majlis ini  bermula dari  raptai pertama hinggalah hari "kejadian"...

Untuk mendapatkan kerjasama semua guru adalah satu perkara yang amat sukar. Bukan semua guru dapat memberikan kerjasama. dan bukan semua guru berfikiran sama..Lebih-lebih lagi dengan permintaan pihak pentadbiran yang inginkan semuanya  sempurna..

Begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh semua guru..

Hari ini,alhamdulillah kerana  puan pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana majlis berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kelemahan yang tidak disedari.

Walaubagaimana pun, tidak semua majlis yang sempurna tidak  mendapat kritikan.. terdapat juga guru yang tidak berpuas hati dengan kerjasama guru-guru lain..

Namun, saya berpuas hati...walaupun jawatan saya setakat hari ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru SMK Taman Daya 2, Johor Bahru, Johor kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk memeriahkan lagi majlis ini....

Ahad, April 01, 2012

Faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu

1. Pembinaan petempatan
- Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian saya ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Peningkatan permintaan rumah menyebabkan hutan  yang tinggal sedikit  dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan semakin pupus.


Gambar pinjam kat google aje..

2.  Pembinaan jalan raya
- Pembinaanjalan raya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu. pembinaan jalan raya  telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai  spesis tumbuh-tumbuhan  ditebang. Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitnya.


Gambar ni pun pinjam kat google..

3.  Pembinaan sistem perparitan
- Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan. Banyak longkang atau parit konkrit dibina di kawasan hutan. Sebenarnya pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan yang berdekatan terganggu.

4. Pertambahan penduduk
- Apabila penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap petempatan juga akan meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.

5. Pertanian
- Bertambahnya kawasan pertanian telah menyebabkan banyak kawasan hutan dicerobohi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekosistem hutan turut akan musnah. Pengusaha tanah pertanian ini tamak membuka ladang-ladang pertanian tanpa memikirkan tentang kesan kepada alam ini dan seterusnya kepada ekosistem yang sedia ada.

Sebagai penduduk , saya rasa bertanggungjawab  dalam memastikan ekosistem kawasan tempat tinggal saya terpelihara .

Dapatkan  hasil kajian mengenai KKG geografi  PMR di www.smktd2geografi.blogspot.com

Kepentingan ekosistem Hutan

Kepentingan ekosistem hutan

1. Habitat Flora dan Fauna
- Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ulat beluncasdan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok senduduk, pokok kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwan-haiwan tersebut.  Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas.

2. Menyederhanakan suhu
- Hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis.  Oleh itu kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara.

3. Membekalkan oksigen
- Pokok-pokok yang hidup seperti pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis.

4. Zon Penampan mengawal hakisan
- Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya mengurangkan keporosan  tanih . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuk ke bawah.

5.Kawasan Tadahan Air Hujan
- Kawasan  hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan air. Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan.  Air dari sinilah yang akan  mengalir  ke permukaan sungai-sungai utama.

6. Ekopelancongan dan rekreasi
- Kadang-kadang hutan juga satu bentuk pelancongan yang berhubung kait dengan alam sekitar. Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi unt uk penduduk sekitarnya seperti dijadikan kawasa beriadah, berjogging, dan   merehatkan minda bagi penduduk bandar.

7. Menyerap karbon dioksida
- Jika hutan ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang dan asap kenderaan. Secara tidak langsung hutan ini telah membantu mengimbangi lebihan karbon dioksida di udara.

Kita sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

* Untuk Pelajar PMR, sila nyatakan atau pilih 4 kepentingan sahaja dan 1 nilai murni.  Sila rujuk guru anda jika tidak memahami apa yang saya tulis diblog ini..

Terima kasih..

* Sila masuk ke blog Panitia Geografi SMK Taman Daya 2  untuk tajuk kesan dan cadangan mengurangkan kesan ekosistem *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...