Khamis, Jun 28, 2012

Semuanya first time...

Dah tua-tua ni baru nak belajar memasak..

Baru berani mencuba walhal resepinya sangatlah mudah...

Puding buah-buahan koktail..

 Pertama kali buat....resepi yang paling-paling senang pun baru sekarang buat..

Bila jamuan di sekolah sahaja, pemanis mulut ini mesti ada...kata orang pemanis mulut untuk orang kaya..sebab bahan-bahannya semuanya dalam tin dan mahal-mahal belaka..

Puding roti karamel...

Ini resepi ke dua yang senang juga..saya buat untuk cuba-cuba sahaja...Bila hubby makan,  dia kata sedap...kira okeylah tu..

Semua resepi, saya just taip sahaja kat google..memang sedap...

cubalah..


Ahad, Jun 24, 2012

Jangan Pening...

Foto: betull ...... nie lah sebab aq confuse mase geografi ..... cikgu Zaifah Abidin ...... ><

Peningkan?..

Kalau anda tidak suka geografi , hal ini mesti memeningkankan...Tapi inilah realitinya..

Jawapannya, silalah baca di SINI...

Isnin, Jun 11, 2012

Tengok gambar pun jadilah...

Impian ingin bertemu sudah lama terpendam dalam hati ini...

Mengenali blogger ini memang suatu yang sangat tidak dijangka sama sekali.. Bermula pada  tahun 2011, beliau beria-ia mengajak saya pergi ke perjumpaan para blogger Johor ke Sedenak..Namun dek kerana terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menolaknya...

Selepas itu, beberapa kali saya ingin  berjumpa dengan beliau, namun tetap tiada kesempatan...walhal beliau sering kali pergi ke Johor Bahru..hanya FB saya tempat kami berkomunikasi..

Beberapa minggu lepas, saya terjah ke Felda Sungai Sayong... saya tahu memang beliau tiada di rumah kerana beliau pulang ke kampung...melilau-melilau mata saya mencari  kedai makannya...namun tidak berjumpa juga...

Akhirnya, saya diberitahu oleh blogger ini bahawa kedainya berada di belakang stesen minyak...

Semalam, kawan saya yang tingga di Bukit Ramun telah mengirimkan gambar ini..


Kawan-kawan tahukan siapa blogger ini....tengok gambar kedai pun jadilah...

Siapa lagi kalau tak..CITARASA RINDUAN

Mudah-mudahan kita akan berjumpa juga yea...Insya Allah..

Ahad, Jun 10, 2012

Selamat Bertunang Adik Iparku..

Alhamdulillah malam semalam, saya sampai di rumah dengan selamatnya. Perjalanan dari Kelantan ke Johor  yang mengambil masa kira-kira 12 jam memang mementkan.. Sakit badan masih lagi tidak hilang..

Jika diikutkan, saya sekeluarga tidak mahu pulang ke kelantan tapi dek kerana adanya majlis pertunangan adik ipar saya, saya turutkan sahaja..Ini kerana, anak-anak terlibat dengan kem dan kelas tambahan..

Itu pun setelah saya memujuk adik ipar saya menunda tarikh pertunangannya dari 5 Jun kepada 6 Jun..

Ohhh, sangat terharu kerana  dia sanggup menunda  tarikh pertunangannya semata-mata mahukan kami pulang ke kampung..

Jadi  pada 5 Jun, sejurus mengambil anak perempuan saya selesai sahaja kemnya pada pukul 2 petang di  UNIKL Pasir Gudang..kami terus bertolak ke Kelantan...

Jadi entry ini saya dedikasikan untuk adik ipar saya, Maria...

Tahniah Maria...Semoga  berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Insya Allah..

Walaupun majlis tersebut sederhana, namun meriah dengan kehadiran sanak saudara jauh dan dekat..Ditambah pula bakal suami adik ipar saya ini adalah orang Johor..senegeri dengan saya...makin meriahlah keluarga ini dengan menantu yang  berasal dari pelbagai negeri.. 

Sebelum ini, saya menantu sulung keluarga ini berasal dari negeri Johor, Menantu ke dua pula berasal dari negeri Pahang, ketiga  dari  Kedah, ke 4, 5, 6 pula berasal dari Kelantan dan yang ini kalau panjang jodoh, orang Johor juga...

Foto

Nak selit juga gambar saya...



Selasa, Jun 05, 2012

Peluang melihat planet Zuhrah 100 tahun sekali


Semalam, saya ingin benar melihat gerhana bulan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan dengan awan umpama jerebu menutupi pandangan ruang angkasa.
Dan sekarang peluang kita untuk melihat planet Zuhrah pula melintasi matahari. Kejadian yang bukan senang berlaku dan hanya berlaku 115 tahun sekali ..( menurut Malaysia Lunar Eclipse..)
Kalau kita dapat tengok planet ini umpama satu titik hitam kecil sahaja.
Saya yang meminati dunia Geografi tetiba menjadi peminat astronomi, ingin sekali  melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini iaitu pada hari Rabu ini, 6 Jun 2012. Fenomena ini  berlaku selepas matahari  terbit pada pukul 7.12 pagi dan berlanjutan sehingga 1 petang.
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi. Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti bintik hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-perlahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.
Saya juga suka membaca dilaman ini..http://www.falak-online.net/portalfalak/node/1313. Banyak maklumat boleh diperolehi...




Isnin, Jun 04, 2012

Jom tengok gerhana bulan separa petang ni..

Petang ni akan berlakuknya gerhana bulan separa. Kalau mengikut kajian, gerhana bulan ini akan berlaku pada waktu maghrib..

Jadi kawan-kawan, silalah tengok arah Timur..Kalau tidak tahu arah timur kat mana, silalah lihat ke arah matahari terbit pagi sebab arah mata hari terbit ialah arah timur..




Akan tetapi, gerhana ini akan nampak hanya sedikit sahaja ..dimana bulan gerhana  yang tersompek sedikit ..macam biskut yang dimamah sedikit tu...Ini disebabkan hanya sedikit sahaja bulan ditutupi dengan bayang-bayang bumi..Tapi ini masih dikira gerhanalah...

Lihatlah betapa besarnya bukti kekuasaan ALLAH SWT...Subhana Allah...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...