Selasa, November 19, 2013

Pertama kali masak telur pindang...

Ini cerita dulu-dulu...

Masa tu saya menjadi ketua  di bahagian makanan untuk majlis Maulidur Rasul sekolah...Ada permintaan untuk membuat telur pindang.. Nasib baik ada cikgu yang pandai memasak telur pindang iaitu guru penolong Kurikulum, Tn Hj Hamid..

Bahan-bahan untuk memasaknya dicari dan disediakan oleh beliau.. Telur-telur pula didermakan oleh guru-guru juga...Adalah dalam 300 hingga 400 biji semuanya...

Kami bergotong royong memastikan telur tersebut dimasak dengan betul..

Jadi, kerjasama antara guru-guru dan para pelajar amatlah penting..

Pelajar perempuan  menolong memisahkan daun dari rerantingnya..

Pelajar lelaki pun tidak ketinggalan membantu memisahkan daun pokok senduduk..
Langkah pertama -  dasar periuk diletak pelbagai dedaun..berselang seli dengan telur..

Di selang seli macam gini...


Langkah terakhir - tutup dengan baki dedaun yang ada...Selepas tu masak dengan api yang sederhana selama 2 hari .( 1 hari 1 malam )...
Nasib baik, pihak kantin membantu menjaga api..kalau tidak adalah cikgu2 yang kena tidur sebelah tempat masak ini...

Dan 
akhirnya, jadilah telur pindang ini..


Inilah hasilnya..

Sebenarnya, kalau cukup dedaunnya mencukupi dan masa yang bertepatan, warna telur akan menjadi gelap..kata orang, kalau semakin gelap warnanya bermakna semakin sedap..

Tapi ..
Bukan semua orang suka memakan telur pindang ini...

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya ini...catatan yang sudah lama tersimpan dan pagi ini baru ada kelapangan untuk menggongsikannya kepada umum...

Maaf jika ada silap dan salah..








Isnin, November 11, 2013

Dah tua baru kenal..

Hari-hari masak gunakan asam keping.. kalau masak ikan ke, daging ke, ayam ke dan lain-lain masakan mesti masukkan asam keping...

Dahulu, emak tidaklah pernah mengajar masak gunakan asam keping..semuanya gunakan asam jawa...tapi sekarang dah malas nak beli asam jawa sebab malas nak cairkan asam jawa dan curahkan dalam asam pedas...memanglah tidak berapa sedap jika gunaasam keping tapi nak cepatkan....

Masa belajar di Kedah dulu selalu jugak makan buah asam jawa..dan memang ada dijual di kedai-kedai menjual buah-buahan..

Tapi asam keping?..

Tidak pernah melihat buahnya..asam keping ni sebenarnya berasal daripada buah asam gelugur..

Sabtu lepas barulah diperkenalkan buah ini..Rasanya saya memamng tidak pernah melihat pokok dan buah asam gelugur ditanam di Johor..memang jakun betul!


Inilah buah asam gelugur...

Bila saya tanya dengan En suami...rupa-rupanya dia dah tahu...kat kampungnya di Kelantan, katanya tapi ada di rumah orang lain...rumahnya tiada tanam pokok ini..


Gambar ni ditangkap semasa saya dan rakan-rakan guru berserta pelajar-pelajar sekolah saya segerombolan melawat Taman Herba Nasuha di Muar, Johor pada sabtu lepas..

Memang jakun kami dibuatnya...para pelajar lagilah jakun...

Apabila masa kami dibawa ke ladang herba, kami mengambil kesempatan mengambil beberapa buah asam gelugur yang jatuh untuk di bawa pulang.. Sebenarnya kami dilarang mengambil apa-apa buah tapi biasalah bukan sahaja pelajar degil...kami pun degil jugak...


Kalau buah ini gugur di bawah, buah ini akan pecah mengikut ruas-ruasnya..

Mengikut Puan Rohaya, isteri Tn Haji Nasuha pemilik taman herba itu, buah  ini kalau dikeringkan menjadi asam keping..asam keping yang hitam tu bermakna asam gelugur yang telah masak..kalau asam keping tu cantik aje warnanya dan berkeadaan cantik juga bermakna ia menggunakan asam gelugur yang kurang masak...Jadi asam keping yang gelap warnanya tu lebih masam daripada yang berwarna cerah... itu yang diberitahulah...

Lagi satu khasiat yang bagus sekali ialah asam keping  direbus dan diminum airnya boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita...itu juga yang diberitahu oleh Puan Rohaya...

Sebelum lupa..kami juga suka makan pucuk daun asam gelugur ini..pucuknya berwarna merah...semua guru berebut hendak merasanya..memang sedap kalau dibuat ulam...rasa masam-masa sikit macam pucuk buah kedondong...

emm, lama sungguh saya tidak menulis di sini.. tetiba rasa bersemangat pula mengongsi perhal ini....

Terima kasih sebab sudi membaca...

wassalam..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...