Rabu, Disember 13, 2017

BERTAMBAH AHLI KELUARGA

Syukur alhamdulillah...
Setelah lebih setahun, barulah saya bersedia untuk berkongsi hari bahagia dan berkongsi kegembiraan menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga besar kami.

Masih terbayang-bayang di mata saya..bagaimana berdebarnya saya menghadapi hari yang penuh mencabar tersebut. Majlis Perkahwinan  anakanda saya..Nurul Adhwa ...




Cantiknya anak mak..





Wahai anakanda ku Nurul Adhwa, kini kamu sudah menjadi seorang isteri..


Bersama  ahli baru , Mohd Amir Arief Bin Mohd Jiwa..


Bride maids  - anak-anak perempuan saya, Nurul Afiqah dan Nurul Aqilah, anak saudara, Hasrina Adyani, Hasrina Adyana dan Shamimi Shafiqah...



Pertukaran hantaran - yang pahar putih daripada pihak perempuan ( simple sahaja ) dan pahar kayu putih tu daripada pihak lelaki..


Emak pengantin pun nak gambar juga - bersama adik ipar... Saliwati , orang pahang dan Normani pula orang Kedah... Emak pengantin dah macam pengantin..


Semoga kamu bahagia sehingga ke jannah..Insya Allah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...