Ahad, Mac 27, 2011

Pencemaran atau keracunan Bahasa...

BAHASA JIWA BANGSA

Salam Hari Minggu untuk semua...

Sudah lebih 5 bulan saya aktif berkongsi pengetahuan dan pengalaman, dan sudah banyak jugalah saya menerjah ke blog-blog yang ada di alam siber ini...Dan secara keseluruhannya, saya agak sedih dengan bahasa yang kita guna pakai sehari-hari semakin tercemar dan hampir hilang segala tatabahasanya..

Kasihan kepada guru-guru yang berhempas pulas mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita...dengan nahu dan tatabahasa yang betul....malangnya tidak diaplikasikan sesungguhnya...

Saya sebagai seorang guru, merasa agak terkilan dengan situasi ini.. walaupun saya bukanlah guru pakar bahasa melayu namun saya agak tersentuh dengan masalah keracunan bahasa ini...

Sudahlah bahasa dicemari , ditambah lagi dengan bahasa-bahasa yang kurang sopan menjadikan bahasa melayu kita ini semakin terpinggir...semakin dilupai...tidak dihormati dan macam-macam lagi..

Rasa bangga jika saya menerjah ke blog-blog yang santai namun mempunyai bahasa yang cukup santai tetapi masih menggunakan bahasa yang betul....

*********************************************

Cuba baca nie....

pejam celik dah nak habis cuti seminggu . mengapa masa berlalu begitu cepat ? mengapa ? adakah ini tanda-tanda dunia nak kiamat ? hm. itu la , sejam sekejap sangat . sehari pun sekejap. tak sempat nak buat apa-apa ? tidak ada kajian ke faktor-faktor ? tak apa la , yang aku tahu exam PMR semakin dekat . adakah aku sudah bersedia ? tidak maybe . tapi , mungkin akan aku usaha . entah la , aku tengok kawan aku study tak ada la lama mana , tapi dia dapat A , aku study serius pun sama ? mengapa ? kadang , sedih jugak aku . aku teruk , malu pun ada . duduk kelas pandai , tapi result teruk .KLIK SINI

bukankah senang difahami??? baru tingkatan 3, kira okelah bahasa tu..

*******************************************

Akan tetapi cubalah baca ni pula...

hye u all!!

khamis nie lwn hoki gler r! tkot siak.. nk wt cane nieh?? buntu aq nk pk psl bende nieh.. da la hoki clash ngn olahraga..

Sedih ....teringat dengan cikgu Sharipah yang menjadi KP Bahasa Melayu tahun lepas, beliau ada menunjukkan kepada saya beberapa skrip karangan pelajar yang memang suka menggunakan bahasa SMS dalam karangan mereka...sehinggakan cikgu Sharipah dan saya sendiri tidak tau apa yang ingin dituliskan....akhirnya terpaksa di gariskan ayat tersebut....dan di tulis dengan pen merah...JANGAN GUNAKAN BAHASA SMS DALAM KARANGAN SPM!!!....

Bila SPM keluar, sah pelajar ni tak lulus Bahasa Melayu.....

*******************************************************

kenapa saya tak suka mereka menggunakan bahasa cacamarba tu...

Ini kerana kualiti bahasa melayu akan menurun dalam kalangan pelajar...

Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul.

Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa.

Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Bukankah ia memalukan...

Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang

Apabila bahasa tercemar, ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.

Bahasa menjadi rosak

Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri.

*********************************

Maaflah...saya tak akan follow blog yang saya tak faham apa butir yang ingin diperkatakan...makin pening dan sakit kepala serta mata saya bila nak membacanya...seperti budak yang baru membaca...

Tolonglah menggunakan bahasa yang baik ...kalau otai pun tak kan nak otaikan orang lain...bahasa melambangkan keperibadian sesorang....janganlah menggunakan bahasa yang kurang sopan....Saya jadi malu dengan orang melayu yang sebegini...

Walaupun saya seorang guru, bukan bermakna saya tidak melakukan kesalahan...Pada saya kesalahan ejaan atau kesalahan menaip bukanlah satu kesalahan yang besar tetapi janganlah bahasa tu diringkas-ringkaskan sehingga hilang identitinya...Dalam berblog ni saya tidak menggunakan ayat yang betul-betul mengikut skema Bahasa Melayu. Ini kerana saya tau bahawa pembaca sekarang tidak gemar akan bahasa-bahasa seperti itu....umpama buku teks.....

Sabtu, Mac 26, 2011

SUSULAN KOPI GELATIN BABI..

Tadi saya dan keluarga menyambut sahutan JaM Bumi ( earth hour ) dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam...Oleh sebab gelap, so saya sekeluarga pergilah makan di Taman Mount Austin menjamu selera...

*************************************

Tadi pagi , saya ada buat entry tentang Kluang Rail Coffee yang telah diharamkan...Tapi hari ni saya terbaca pulak paper harian metro tentang hal ini...

bila baca berita di bawah, hati ini masih lagi ragu-ragu untuk menghalalkannya..

Perniagaan terjejas teruk

JOHOR BAHRU: “Dalam tempoh dua hari saja, perniagaan yang ditubuhkan sejak 73 tahun lalu merudum sehingga lebih 50 peratus akibat dakwaan terdapat gelatin babi dalam serbuk kopi yang kami hasilkan,” kata Pengarah Urusan Kluang Rail Coffee Sdn Bhd, Lim Jit Chiang ketika dihubungi di sini, semalam.

Premis menjual kopi milik keluarga Lim di Stesen Keretapi Kluang dan dua lagi di daerah berkenaan didakwa menjual minuman kopi bercampur gelatin babi hasil ujian makmal dijalankan Jabatan Kimia Johor, baru-baru ini.

“Ini adalah sabotaj, ada pihak cuba jatuhkan perniagaan keluarga kami. Ini kali pertama kami dituduh mencampurkan gelatin babi dalam minuman dijual.

“Sebahagian besar pelanggan Islam kami kini hilang. Walaupun masih ada yang datang, jumlahnya kecil dan mereka menganggap dakwaan itu sebagai tidak berasas,” katanya.

Menurut Lim, Jabatan Kesihatan Negeri Johor semalam, datang membuat pemeriksaan di kilang kopi syarikat berkenaan di Batu 4, Kluang, bagi mengesahkan kewujudan dakwaan gelatin babi dicampur di dalam serbuk kopi dijual kepada pelanggan.

Lim berkata, dia faham perkara berkenaan sensitif kepada umat Islam dan berharap diberikan peluang untuk membuktikan pihaknya tidak bersalah.

“Pada masa sama, kira-kira sebulan lalu, kami sudah memohon mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan proses berkenaan masih berterusan.

“Bagaimanapun, jika perkara ini terbukti benar, kami akan ambil langkah pembetulan dengan segera untuk memastikan keadaan dapat dipulihkan,” katanya.

Menurut Lim, pihaknya akan melakukan apa saja seperti menyamak premis dan barangan digunakan dalam perniagaan jika pihak berkuasa mengatakan memang ada gelatin babi di dalam serbuk kopi terbabit.

Pada masa sama, Lim turut berkata, pihaknya akan patuh pada segala kehendak digariskan Jakim bagi mendapatkan sijil halal berkenaan.

“Apa yang berlaku sekarang ialah kami sudah dihukum sebelum dakwaan dibuktikan benar atau sebaliknya.

“Saya tidak akan lakukan perkara bodoh hingga menyebabkan perniagaan kami yang ditubuhkan sejak 73 tahun lalu ditutup hanya kerana perkara ini. Tidak masuk akal saya mahu musnahkan perniagaan sendiri,” katanya.

Lim turut menafikan dakwaan terdapat gelatin babi di dalam serbuk kopi dihasilkan syarikatnya memandangkan pihaknya masih belum lagi menerima laporan rasmi ujian makmal berkenaan.

Dia kesal kerana perkara terbabit belum dibuktikan tetapi orang ramai sudah mempercayainya.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Semalam, laporan muka depan Harian Metro melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman mengesahkan terdapat gelatin babi di dalam serbuk kopi di sebuah premis perniagaan terkenal menjual minuman berkenaan di negeri ini.

Pengesahan berkenaan dibuat selepas analisis terhadap sampel serbuk kopi dijalankan Jabatan Kimia Johor ketika premis berkenaan diperiksa baru-baru ini hasil aduan ramai.

*****************************

Tadi saya bagitahulah tentang hal ini kepada suami saya...dia sangatlah terkejutnya...sebab suami saya pernah makan di sana...lepas saya kata bahawa kopinya ada gelatin babi...suami saya jawab "patutlah kopi dia sedap...."

Tapi lepas tu tak terkata apa-apa....macamne tu yea...kalau kita dah terminum?..

Jangan Terkejut orang JB???

Bagi orang JB yang suka pergi Kluang semata-mata ketagih dengan kopi dan roti bakarnya, patut baca entry ini...Tolonglah sebar-sebarkan sebab orang melayu lah yang paling banyak makan kat sini..

Jabatan Agama Islam Johor melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Sebabnya, pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini. Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan. Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Kluang Rail Coffee 300g

Nampak sedap, tapi tak HALAL..Ramai oran Islam yang dah jadi mangsa pemilik kedai ni yang tak bertanggungjawab.. Sepatutnya pihak yang berkenaan, sebar dan bagitahu maklumat mengenai HALAL atau HARAM ni.

.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek. Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu. Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. Ishhh takutnya..Jadinya, baiklah beli kopi yang dah tentu-tentunya dibuat orang Melayu. Macam Kopi Radix atau CNI ke..Lagipun, kedai ni mana ada tanda HALAL..ni yang kita orang Islam kena selalu alert.. Jadi darah daging ni tau..

********************************************

Teringat dulu suami saya ada bawak balik roti bakar yang dibeli daripada kedai ini... biasa-biasa saja kesedapannya...tapi makan habis jugak....

seorang kawan saya telah memberi saya beberapa paket kopi yang siap dibungkus kepada saya...sebenarnya saya tidak berapa minat dengan kopi dari kedai ini sebab terlampau pahit dan pekat.....kopi kedai ni tak tahan lama dan cepat masuk angin....

Terfikir jugak saya, macam mana dengan kopi jenama lain tu...macam kopi kapal api atau kopi appolo yang saya beli tu....halal tak??? kalaulah syarikat nie hanya letak sahaja logo halal macam mana???

sebenarnya banyak makanan yang kita boleh pertikaikan kehalalannya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...