Selasa, Mac 11, 2014

Tiba-tiba Nama Kapten Norudin Abd Majid menjadi sebutan...

Dahulu, tiada siapa yang peduli dengan nama ini..Lebih-lebih lagi  kita yang tinggal di kampung-kampung.. mana pernah menaiki kapal terbang...lagilah jauh nak kenal dengan nama pemandu-pemandu kapal terbang ini ( pilot )..

Sejak tragedi MH370 sudah masuk hari ke 4, tiba-tiba nama kapten ini terpancul keluar..Saya pun tidak kenal gerangan nama ini..jumpa jauh sekali..

Hari ini, ramai pula yang berkongsi status dan video tatkala empunya nama ini ditemuramah oleh tv3..saya pun tidak berkesempatan  bersiaran langsung menonton wawancara tersebut..hanya melihat di video yang tersebar luas itu sahaja..

Siapa Kapten Norudin Abd Majid tu???




"Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 mas dan sekarang dilantik sebagai pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia...Beliau mengikuti  kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi ..."

Apabila  beliau meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan MH370 ini dengan mengatakan " HILANG..FULL STOP!" menyebabkan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau..

Sejujurnya, saya tidak begitu terkejut dengan kenyataan beliau itu.. cuma kita tidak dapat meluahkan.. begitu juga dengan pemimpin-pemimpin tertinggi kita itu..tidak dapat meluahkan juga..sedangkan jawapan kepada status kapal terbang tersebut sememangnya HILANG...

Cuma dalam dunia sains dan teknologi ini...perkataan tersebut tidak dapat digunapakai sehinggalah sains dapat membuktikan..

Tapi kita sebagai umat Islam yang mempercayai kekuasaan Allah swt sudah pasti mempercayai apa yang terjadi ini..

Seperti yang diluahkan  oleh kapten ini " Ketika dunia teknologi di tahap tertinggi, inilah keajaiban Allah swt mengatasi teknologi... Sebagai orang beriman, kita kena percaya kuasa Tuhan.. "

Sesungguhnya.. apa yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya...

Kita bersama-samalah mendoakan keselamatan penumpang dan kru pesawat MH370 ini..selagi tidak ditemui, selagi itulah masih ada harapan...sama ada berita baik atau buruk, kita sebagai manusia hendaklah redha dengan segala kemungkinan..

Seperti kata bekas PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad " Seluruh dunia sedang melihat kita ( Malaysia )..Jadi janganlah kita memalukan nama negara kita sendiri..."

Jadi sebagai rakyat Malaysia...Janganlah  perkara ini dijadikan bahan lawak jenaka..kerana  ia melibatkan banyak nyawa...

Wasalam ..






Rabu, Mac 05, 2014

Musim Panas......Musim Pokok Pelam Berbunga..

Assalam..

Terasa panas semakin mencengkam..terik sesangat kan?
Kadang-kadang mahu sahaja duduk di bawah  air-cond lama-lama..tapi memandangkan tarif elektrik sudah semakin tinggi, terpaksa dilupakan...

Dalam-dalam panas terik  bulan ini..banyak pulak pokok-pokok pelam atau mempelam yang berbunga..sangat lebat pulak bunganya..

Tahun ini rasanya pertama kali pokok mempelam di hadapan rumah saya berbunga banyak...macam tidak percaya juga dengan bunga yang banyak itu..



Pokok pelam depan rumah saya..
Untungnya pokok mempelam  saya ini tidak putus-putus buahnya..sentiasa berbuah..

Tapi bila pokok ini terletak di luar pagar, bermakna buahnya juga akan dikongsi dengan pejalan kaki yang melalui jalan tersebut.. Pagi semalam, ketika saya menyidai kain,  orang bangla yang lalu kat depan rumah saya sudah tunduk-tunduk menjengok buah pelam tersebut...

Tak apalah..saya sedia berkongsi..mudah-mudahan  pokok ini akan dapat berbuah lebih banyak di tahun hadapan..

Kalau yang minta izin tu baguslah..saya izinkan.. tapi janganlah bawa guni pula..
Yang  tidak minta izin pula..saya halalkan...

Jumpa lagi..





Ahad, Mac 02, 2014

Uban...terlambat kalau tidak amalkan semasa muda...

Salam pagi Ahad..

Uban..

Rambut putih yang menunjukkan umur seseorang... betul ke???

Biar pun ramai beranggapan sebegitu, namun sebenarnya banyak faktor mengapa uban hinggap di halaman kepala kita..

Jika  uban  berada di rambut orang muda, kita akan beranggapan bahawa  rambut mereka bermasalah atau berpenyakit.. jik orang yang berumur seperti saya ini..bagaimana?

Entry saya kali ini bukanlah hendak mengkaji tentang  faktor atau punca tumbuhnya ubah di kepala seseorang.. cum saya rasa terpanggil berkongsi ilmu yang ada dalam diri saya sendiri..

Mungkin untungnya seorang wanita yang bertudung..orang tidak akan nampak sama ada kita sudah berubah ataupun tidak..lainlah benar dengan  penampilan lelaki..jelas-jelas uban terpancar dan berkilat di celah-celah helaian rambut mereka..

Sebab itulah lelaki ramai yang memotong rambut pendek  atau memakai gel rambut yang tebal untuk menutup keputihan rambut mereka itu...itu pendapat sayalah..jangan marah jika ada  yang terasa...

Melalui pengalaman saya..dalam umur yang sebegini, saya masih tidak ditumbuhi uban yang banyak..saya yang lahir tahun 1969 ini..alhamdulillah, masih lagi boleh dikira dengan jari  uban yang pernah dicabut dari kepala saya.. cabutlah juga sebab gatal dan nampak di cermin...

Bila saya fikir-fikirkan semula..ternyata apa yang saya amalkan semasa remaja dahulu mungkin salah satu  faktor rambut saya kurang beruban..

Dahulu, kami tidak mampu untuk membeli syampo rambut..masa tahun 1980-an dahulu, harga syampo terasa sangat mahal.. maka saya selalu membasuh rambut dengan sabun cap kapak atau sabun mandi buku..jika ada serangan kelumumur, saya akan basuh atau lumur dengan hirisan limau nipis..masa tu tidak pernah pula saya membaca apa-apa petua..

Tapi yang kerap saya buat ialah sebelum tidur saya suka melumur rambut saya dengan pati santan..macam mana nak dapatkan pati tu???

Mula-mula saya akan ambil perahan santan kelapa..selepas tu saya biarkan lama sedikit sehingga patinya berada diatas sementara air berada di bawah.. patinya tulah saya akan pakai dan melumuri rambut saya semalaman dengan membungkus rambut saya dengan tuala..keesokkan paginya, saya akan basuh rambut saya..

Sebenarnya, saya amalkan pati santan ini kerana saya ingin lebatkan rambut saya..yealah orang dulu-dulu kan suka berambut panjang mengurai..jadi hendak rambut yang lebat , saya pun amalkan petua ini..tidak sangka pula bila sudah tua ini, rambut saya tidak banyak uban..

Namun, sejak dua menjak ini..saya rasa faktor bahan kimia dalam syampo rambut yang pelbagai jenama ini juga mempengaruhi pertumbuhan uban ini.. betul tak??

Bagi yang muda lagi tu..cubalah petua ini..rasanya ramai yang tahu dan telah mencubanya..
Berbaloi...

Wasalam..




Sabtu, Mac 01, 2014

Maulidur rasul...cinta akan rasul dan kesedihan

Assalam...

Tetiba sayu di hati terasa tatkala terpandang wajah-wajah kecil anak-anak yatim yang dibawa menyertai majlis sambutan maulidur rasul di sekolah saya kali ini...

Sangat comel dan manis mereka berkopiah dan bertudung..duduk penuh tertib..

Di satu penjuru, kelihatan beberapa orang cikgu perempuan mengesat air mata..terlalu sayu mengenang nasib anak-anak ini yang sudah ditinggalkan sewaktu kecil lagi...

Begitulah suasana yang menyelubungi majlis maulidur rasul sekolah saya kali ini...

berselawat bersama-sama..

comel kan....

Persembahan daripada  anak-anak yatim yang agak besar..

Berbalik kepada majlis maulidur rasul ini...sesungguhnya majlis kali ini amat bermakna kepada semua warga sekolah saya.. bukan kerana kehadiran anak-anak yatim ini sahaja akan tetapi kehadiran tetamu-tetamu yang istimewa seperti penceramah dan pelajar-pelajar daripada Iqra'...

Malahan persembahan pelajar sekolah ini pun mantap.

Pasukan nasyid terbaik sekolah ini...

Semua berselawat tanpa mengira pangkat..

berqasidah dan semangat cintakan rasulullah..

Marilah kita berqasidah bersama-sama...

Betapa Beruntungnya Kami.....  Ya Hanana
....................................................

Ya Hanana
Zhoharoddinul mu'ayyad bizuhurin Nabi Ahmad...2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzzlikal fadhlu minallah..
Yahanana...8x

Khusso bissab'il ma tsaani
wahawaa luthfal ma'aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa 'alaihi anzalallah
Yahanana..

Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi 'alaa kullil anam

Yahanana..
Athyabunna sikholqon
wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa 'iru walhamdulillah

Yahanana...

Shollu 'ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu 'alaihi wasallimmu
Yasy fa' lana yaumazziham
Yahanana...

======================

"Betapa beruntungnya Kami"

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (saw)
itulah anugerah dari Allah..

Betapa beruntungnya kami...

Diistimewakan dengan as-Sab'ul Matsany ( al-Fatihah )
Penghimpun rahsia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya ( Muhammmd SAW)

Betapa beruntungnya kami..

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya ( Muhammad SAW)
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjadi dibanggakan di atas seluruh manusia

Betapa beruntungnya kami.
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya dan teragung akhlaknya.
semua berzikir ke atasnya sama ada di barat atau di timur
segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia yang terpilih
sang bulan purnama
sampaikan salam kepadanya, moga akan diberi syafaat pada hari kebangkitan

betapa beruntungnya  kami...

.............................


Kredit kepada..rawatanislam2u.com

wasalam...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...