Memaparkan catatan dengan label catatan tentang keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan tentang keluarga. Papar semua catatan

Rabu, Mac 05, 2014

Musim Panas......Musim Pokok Pelam Berbunga..

Assalam..

Terasa panas semakin mencengkam..terik sesangat kan?
Kadang-kadang mahu sahaja duduk di bawah  air-cond lama-lama..tapi memandangkan tarif elektrik sudah semakin tinggi, terpaksa dilupakan...

Dalam-dalam panas terik  bulan ini..banyak pulak pokok-pokok pelam atau mempelam yang berbunga..sangat lebat pulak bunganya..

Tahun ini rasanya pertama kali pokok mempelam di hadapan rumah saya berbunga banyak...macam tidak percaya juga dengan bunga yang banyak itu..



Pokok pelam depan rumah saya..
Untungnya pokok mempelam  saya ini tidak putus-putus buahnya..sentiasa berbuah..

Tapi bila pokok ini terletak di luar pagar, bermakna buahnya juga akan dikongsi dengan pejalan kaki yang melalui jalan tersebut.. Pagi semalam, ketika saya menyidai kain,  orang bangla yang lalu kat depan rumah saya sudah tunduk-tunduk menjengok buah pelam tersebut...

Tak apalah..saya sedia berkongsi..mudah-mudahan  pokok ini akan dapat berbuah lebih banyak di tahun hadapan..

Kalau yang minta izin tu baguslah..saya izinkan.. tapi janganlah bawa guni pula..
Yang  tidak minta izin pula..saya halalkan...

Jumpa lagi..





Jumaat, Februari 28, 2014

Legoland ... puas 2 kali jelajahi..

Assalam..
Bertemu lagi dengan catatan yang mungkin ketinggalan, namun mahu juga saya abadikan untuk kenangan kami sekeluarga di blog ini..

Mungkin memang bukan rezeki saya untuk pergi ke Legoland semasa lawatan yang dikendalikan oleh sekolah saya..Yealah..kalau sekolah yang kendalikan, sudah semestinya saya akan dapat masuk percuma..Ini kerana jika kita membawa seramai 40 orang pelajar, guru pengiringnya sudah semestinya 4 orang..

Tahun lepas sahaja, unit bimbingan dan kaunseling sekolah saya banyak mengendalikan sesi lawatan ke Legoland..mungkin salah satu sebabnya ialah untuk meredakan  emosi pelajar..

Tahun lepas juga, nama saya 3 kali naik...bukan naik apa tapi sebab dicalonkan menjadi guru pengiring ke Legoland.. Namun setiap kali nama saya diberikan kepada pihak pentadbir, setiap kali itulah nama saya akan di'reject'... Ini semua kerana saya mengajar kelas PMR..tidak dibenarkan keluar..

Jadi saya pun menunggulah hingga selesai PMR...namun malang bagi saya sebab tidak dapat juga pergi kerana bertindan dengan tugas saya semasa itu... punyalah saya sedih.. ( itu pun nak sedih kan???...legoland aje...hi hi hi )

Akhir tahun lepas, saya berusaha untuk pergi juga dengan membawa  anak-anak saya..Dengan berbekalkan 2 kupon yang diperoleh dari pembelian biskut  Oreo...maka saya dapat berjimat sebanyak RM180.00..jimatkan...Lebih menggembirakan kami, bila saya mendapat 5 tiket percuma untuk bulan Januari...double2 gembiranya sebab boleh pergi lagi...


Dapatlah saya jejakkan kaki ke Legoland..dan dapatlah saya membawa anak-anak saya waktu cuti sekolah akhir tahun lalu..

 Gambar dahulu sebelum naik ibu naga yang besar..

Inilah  budak yang paling suka pergi sini..

dua anak dara saya yang memang suka sangat sampai dua 'round' naik bendalah ini..
Tetiba terjumpa dengan 3 budak hijau ni...terkejut sebab mereka adalah pelajar sekolah saya..sebelah saya tu tunggu PMR dan dua lagi tu tingkatan 2..sekarang tingkatan 3lah...

2 orang anak dara saya yang lebih 'exited' daripada adik-adik dia...

Mungkin kawasan terlalu besar dan permainan terlalu banyak, masa tidak mencukupi..lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang hujan pada lewat petang tidak membenarkan semua permainan  bergerak..kami terus balik ke rumah..

Akhir bulan Januari lepas, saya pergi lagi ke sana..kali ini saya membawa  seorang lagi anak dara saya yang balik bercuti belajar dan seorang sepupu anak-anak saya aka anak saudara sayalah yang sedang menunggu keputusan SPM..

Lagi sekali, saya menggunakan hanya satu kupon OREO..saya hanya membayar RM140.00 untuk saya dan anak kecil saya...yang lain FREE..

Perkara wajib sebelum masuk ke Legoland...bergambar dahulu...

macam betul-betul  bandar di belakang tu...kereta dan bas kecik2 tu bergerak jugak..LRT yang ada pun  bergerak mengikut laluannya..seronok anak saya dua orang ini..

Macam di KL saja...

Tak cukup sekali naik kenderaan ini..berulang-ulang kali...
suka hatilah anak-anak..ini hari awak...


Cukuplah cerita saya kali ini...cerita lama namun baru nak tulis sekarang...pintu pun dah ditutup..cerita pun sudah habis...

Bagi yang belum pergi tu..bolehlah pergi..tidak kira muda ke...tua ke...semua permainan boleh sahaja dicuba cuma hendak atau tak nak sahaja..

Semoga berjumpa lagi...

Wassalam..

Rabu, Disember 05, 2012

Kad kawin dulu dan sekarang..

Sedang saya mengemas2, tetiba saya terjumpa kad kawin saya tahun 1994 dulu.

Kenangan...... kenangan...




Muka depan kad kawin saya...( dah cuba nak melintangkan tapi tak boleh-boleh...mungkin dah lama sangat tinggalkan blog ni...)


Bahagian dalam kad kawin saya..


Dahulu, masa saya nak kawinlah...masa tu saya baru sahaja bekerja setelah  tamat belajar. rasa-rasanya baru 5 bulan bekerja.. Dahulu, gaji tidak sebesar orang sekarang..sekelumit aje...cukup-cukup makan pakai sahaja.

Dahulu juga, duit hantaran pun tidaklah banyak macam sekarang..jadi emak dan bapak lah yang memikirkan mengenai kad kawin ni...saya lengang kangkung aje...

Bapa saya buat kad kawin ni dekat pejabat felda sahaja. majoriti anak-anak felda menggunakan kad seperti ini sahaja. Jika yang berduit tu barulah tempah di kedai,,, cantiklah sikit tapi mahallah..

Kad kawin saya ini menggunakan kertas saiz A4 sahaja dan berwarna kuning..Bila siap dicetak oleh pejabat Felda, bapa saya akan bawa balik ke rumah untuk di lipat lagi supaya menjadi sehelai kad depan belakang..Selepas tu kami adik beradik akan membahagikan kad tersebut mengikut bilangan ahli dalam setiap blok...selepas siap, bapa saya akan berjalan menunggang motor berjumpa setiap ketua blok untuk menyerahkan kad kawin ini...

Begitulah nostalgia nya kenangan tersebut..

Sekarang kad kawin sudah pelbagai..nak jumpa kad kawin  seperti kad kawin saya ni pun dah tak ada...semua dah cantik, kreatif dan berbau wangi lagi..

Macam gini...


Akan datang tak tahulah macam mana agaknya kad kawin yea?



Sabtu, September 29, 2012

Lawatan ke Universal Studio Singapura..

Ini cerita lama..tapi saya nak abadikan juga dalam blog saya ini...

Pada 15hb September yang lalu, keluarga saya telah diberikan kesempatan untuk pergi ke USS ..memang rancangan yang tidak disangka-sangka pun.. Bulan Syawal pun belum habis lagi, sudah berjalan lagi ke Singapura..Walhal, kedudukan kewangan sudah berada dipenghujungnya...saat-saat genting.

Namun disebabkan hasrat untuk  melawat tempat tersebut pada tahun lepas tidak tertunai dan banyak sangat halangan, jadi pada tahun ini bila seorang cikgu  menawarkan pakej pelancongan ke sana, saya memang tidak melepaskan peluang tersebut...

Seperti biasa, saya  membawa semua ahli keluarga saya seramai 7 orang untuk melawat negara orang..

Memang satu pengalaman yang sangat "best"...dengan RM200 untuk dewasa dan RM165 untuk kanak-kanak..dengan pengangkutan pergi balik diuruskan.....akhirnya saya sampai juga ke Singapura...

Perkara wajib apabila tiba sahaja  di USS ni. mesti bergambar di sini...mercu tanda...Kalau dah masuk ke sini jangan lupa mengambil "goodies bag"... percuma sahaja...namun ramai pengunjung tidak tahu berkenaan hal ini dan terus masuk...dalam goodies bag tersebut, kita akan dibekalkan dengan sebotol mineral air  250ml, tanglung dan bag uss ...Kami beruntung kerana kami juga mendapat baucer makanan percuma sebanyak S$10 setiap seorang dan S$5.00 untuk pembelian cenderahati...

Bergambar dengan orang putih untuk watak "apatah"...tengok orang lain bergambar , kita pun beratur juga...

Sempat bergaya berlatarbelakangkan  zaman firaun...memang cantik..

Sungguh seksi perempuan ini berpakaian...tapi kami tetap nak bergambar jugak...percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran...Untuk masuk dan merasai keadaan dalam piramid, anak-anak saya sahaja yang masuk..ini disebabkan 2 anak kecil saya tidak mencapai ketinggian yang dibenarkan....Jadi,  saya terpaksalah berkorban...


Setelah penat melayan anak-anak mencuba pelbagai permainan dan  rumah bertema, waktu untuk makan pula walaupun sudah lewat...Hati-hati dengan pemilihan kedai makan di USS ini...ada yang halal dan ada yang tidak halal...Jadi  kita mesti tengok logo halal dalam  pamplet yang diberikan...Sangat penting tau...
Walaupun kadar tukaran wang kita sangat tinggi namun untuk makan sangat berbaloi...kebetulan kami mendapat baucer makan 10 dollar Singapura untuk setiap seorang...sudah cukup menjimatkan wang kami..


Pukul 6 petang beberapa jalan telah ditutup..kami pun berasa sangat hairan melihat ramai pengunjung beratur di tepi-tepi jalan...saya yang kepenatan pun mencari tempat yang strategik untuk duduk juga..rupa-rupanya, ada perarakan yang dipanggil "The Walk of Frame - Hollywood"..di sini, semua watak-watak dalam USS akan berjalan di jalan ini...
Jangan lupa untuk membeli botol-botol air yang pelbagai saiz dan mengikut watak-watak..Semakin besar saiz bermakna semakin mahallah...tetapi paling mahal pun berharga S$29.90..isimewanya, jika kita membeli botol-botol air ini, mereka akan mengisi air yang ditawarkan di  kios-kios terbabit.. dan kita boleh "refill" semula air yang telah habis dengan hanya bayaran S$2.00 sahaja di mana-mana sahaja di dalam USS...



Sesungguhnya,  kunjungan kami satu hari  ke sini merupakan satu kunjungan yang tidak dapat kami lupakan..sangat menarik...jika diberi peluang, kami ingin pergi ke sana sekali lagi kerana banyak lagi tempat-tempat yang menarik belum kami rasai dan berkesempatan masuk dek halangan waktu yang terbatas...

Lupa pula, untuk pengunjung Islam, disediakan juga surau untuk menunaikan solat...

* wasalam *


Isnin, Ogos 06, 2012

Rezeki Bulan Ramadhan Untuk Mak..

Alhamdulillah ..syukur kepada Allah

Semalam petang, mak saya menerima bantuan kerusi roda ..Ini semua atas usaha adik ipar saya yang sangat aktif dalam kelab keretanya iaitu Kelab Royal Star. Bantuan ini juga atas kerjasama pasaraya besar Carefore dan Pemuda UMNO cawangan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor.

Kebetulan pula, mak saya masih kurang sihat...kesan penyakit kencing manis pada kakinya pun belum sembuh lagi..ditambah pula dengan masalah penglihatannya yang semakin berkurangan...



Minggu depan, emak saya akan menjalani pembedahan mata di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru..Jadi senanglah kami menghantarnya dengan menggunakan kerusi roda..





Semoga pembedahan ini akan memulihkan penglihatan mak saya..dan kami boleh berhari raya dengan gembira..

Rabu, Julai 18, 2012

Alhamdulillah...sudah semakin pulih..

Minggu lepas sewaktu pulang ke kampung, saya berkesempatan melihat luka di kaki emak saya..
Kesan ini akibat penyakit kencing manis yang dihidapi oleh emak saya. 
Alhamdulillah, sudah semakin mengecil dan semakin baik..


Tahun lepas, luka ini sangat besar sehingga sukar untuk berjalan. Luka akibat penyakit ini memang sukar untuk sembuh dalam masa yang singkat kecuali  jika kita  kuat berpantang makanan yang berlemak dan manis..

Alhamdulillah, luka ini sudah semakin mengecil dan emak saya sudah boleh  berjalan dan melakukan aktiviti yang disukainya iaitu yasinan...

Tapi, emak saya masih dikehendaki berpantang dan memakan ubat yang dibekalkan oleh klinik kerajaan. 

Sebagai anak, saya sentiasa mendoakan kesihatan emak saya semakin baik...

Isnin, Julai 09, 2012

Untung Ada Jiran...

Hari minggu lepas, saya pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri tahlil perempuan pada waktu petang..Sudah lama emak saya tidak membuat apa-apa kenduri kerana masalah kesihatan diri yang tidak mengizinkan..

Alhamdulillah, majlis tahlil berjalan lancar dengan cuaca yang terang tanpa hujan..walhal sejak dua menjak ini, cuaca tidak dapat diramal...sentiasa hujan tidak mengira  masa..

Sebenarnya, saya begitu suka dengan cara jiran-jiran rumah emak saya.. almaklumlah duduk di kawasan felda..budaya bekerjasama dan tolong menolong antara jiran atau penduduk kampung masih kuat dan utuh lagi.. tidak seperti kita yang duduk di bandar ini...

Pepagi lagi, jiran-jiran emak saya sudah datang membawa pisau untuk membantu memasak apa yang ada...orang Johor panggil "rewang"...

Seronoknya ketika bab kuih muih ...macam gambar di bawah ini....


Banyaknya......

Semua kuih muih ni, diberi oleh jiran tetangga...emak saya langsung tidak membuatnya..

Selepas kuih ini disusun, masih terdapat beberapa kuih lagi yang dihantar oleh jiran ..untuk kuih karipap sahaja terdapat empat jenis karipap dari jiran yang berlainan....sampai saya sendiri tidak tahu nak letak di mana...

Walaupun kuih ini banyak namun semua kuih-muih ini licin di pinggan sebab setiap tetamu akan dibekalkan dengan  plastik kosong untuk diisi dengan kuih muih untuk dibawa pulang... tidak membazir kan?

Tapi...

Amalan ini tiada lagi di bandar-bandar...

Sedihkan?..


Sabtu, Januari 28, 2012

Peminat tegar...

Minggu lepas, tiba-tiba en suami saya mengelurkan lebih 10 keping CD.. CD tersebut  diatur dalam album CD khas yang dibelinya..

Setiap helaian CD dalam album tersebutt, en suami saya akan labelkan dengan  "marker"  dari nombor 1 hinggalah ....( tak kira pula saya...)

Masuk sahaja kereta, en suami saya akan memasukkan CD tersebut dalam  CD player kereta.. Sepanjang perjalanan asyik mendengar suara artis popular lelaki ini sahaja.. Kami anak-beranak tidak dibenarkan berbual kuat-kuat, habis ditegurnya..Kadang-kadang saya hendak bercerita juga dengan en suami saya ini maklumlah bukannya senang dapat duduk bersama-sama, namun nasib saya sama juga dengan anak-anak...kena diam..

Dari satu CD ke satu CD dimainkannya... saya dan anak-anak hanya ikut mendengarnya..
Kadang-kadang terfikir pula, masa dalam keretalah  kita boleh berbual dan bergurau senda dengan en suami serta anak-anak...tapi peluang tersebut ditutup dek artis popular dalam CD tersebut..

Namun, kali ini berlainan pula bila mana en suami saya ni sudah menjadi peminat tegar atau fanatik kepada artis lelaki popular  ini...Kadang-kadang geram juga tapi sabar ajelah..

Minat en suami saya kepada artis yang semakin popular ini bermula melalui youtube sahaja.. Tahun lepas, balik sahaja kerja, mesti en suami akan membuka youtube artis lelaki ini...macam dah lali saya dibuatnya..

Ingatkan kat rumah sahaja, sekarang dibelinya CD banyak-banyak dan didengarnya pula di dalam kereta..

Nasib baik kami positif dan hanyut juga mendengarnya..

Nak tau siapa yang diminatinya  tanpa mengira masa???







Khamis, Januari 26, 2012

Kasihan pada kura-kura...


Kisahnya berlaku pada malam Maharaja Lawak Mega..Disebabkan rumah saya ketiadaan Astro, jadi anak-anak minta saya pergi ke rumah adik saya untuk menonton  persembahan akhir lawak tersebut...

Tiba-tiba, adik saya bolehlah pula mempelawa anak-anak saya untuk membela kura-kura peliharaannya..Anak-anak saya sukalah tanpa memikirkan akibatnya..



Sebenarnya, kura-kura ini ada dua ekor...memang sukar untuk membelanya kerana airnya cepat kotor dan baunya sangat busuk...

Hari-hari, anak saya membasuhnya...pagi dan petang!

Apabila membasuk tempat kura-kura tersebut, kura-kura itu akan dikeluarkan dan macam biasalah kan...budak-budak...mesti  nak menyakat adik-adiknya yang kecil..

Jadi, kura-kura tersebut dicampak-campak ..mereka ingat jika kura-kura itu ada cengkerang, maka sukarlah nak mati...

Tup..tup...esoknya seekor kura-kura tak keluarkan kepalanya daripada cengkerangnya...MATI!

Tinggallah seekor...

Yang seekor ni pula pun suka  dibuat bahan permainan anak-anak..

Agaknya sebab geram, kura-kura ini telah menggigit perut anak  perempuan saya...terus dia fobia nak buat main lagi..

Masalah sekarang... saya sudah tidak mahu membelanya lagi...nak beri pada orang lain rasa sayang...tapi rasa kasihan pula jika nak dilepaskan ke tasik..

Kasihan kat Kura-kura tu...






Selasa, Januari 24, 2012

Beraya ke rumah orang cina.

Semalam, selepas menghadiri  kenduri perkahwinan kawan en suami saya di Melaka, kami dipelawa untuk pergi beraya  ke rumah salah seorang kawan berbangsa cina en suami saya..


Memang besar rumahnya...nak masuk pun kena hati-hati sebab takut ada anjing....

Di sana kami dihidangkan dengan begitu banyak makan ringan..lepas satu, satu makanan ringan dihidangkan kepada kami...minuman pula kami dihidangkan dengan air kotak sahaja.., mungkin tuan rumah faham tentang makanan yang tidak boleh dimakan oleh kita..



Tatkala en suami berbual-bual dengan tuan rumah, saya dan anak-anak buat sesi berposing sahaja...



Kebetulan pula, di ruang tamunya ada ruang untuk gim...Jadi, duduk di situ sahaja...


Hanya makan keropok kentang sahaja.....

Mungkin ini kali pertama saya mengunjungi rumah  bangsa lain ketika hari pertama perayaan tahun baru ini, namun saya dapat membuat kesimpulan bahawa sambutan raya kita lebih meriah daripada bangsa lain..
Walaupun  promosi  begitu hebat di seluruh negara, namun tidak sama dengan sambutannya..

Budaya kunjung mengunjung sangat kurang dalam kalangan bangsa mereka..sepanjang saya melalui taman perumahan  ni, jarang saya nampak rumah mereka dikunjungi sanak saudara..bertutup dan senyap sunyi...

Mungkin mereka sudah berkumpul semasa malam raya kot...






Selasa, Januari 17, 2012

Serupa ke?

Bila saya publish gambar  di bawah ni dalam facebook, semua cakap muka saya macam ustazah Nor Siti Bahyah...

Mana sama kan?

(muka yang sangat kepenatan...)

Saya tidak secantik ustazah..dan pendek sikit..bagai langit dengan bumi..
mana mungkin boleh sama...

Sebenarnya, gambar ni saya ambil semasa saya menghantar anak-anak saya pergi ke Seminar Anak Hebat anjuran SNB Kasih . Syarikat tersebut adalah syarikat ustazah Siti Nor Bahyah dan keluarga.

Seminar ini telah diadakan pada masa cuti bulan lepas dan diadakan di MRSM, Batu Pahat, Johor..


Inilah anak-anak saya yang saya hantar untuk hadiri seminar ini..anak ketiga saya tidak dapat menyertai seminar ini kerana sakit.

Alhamdulillah, seminar ini telah merubah sikap anak saya ke arah yang lebih baik...

Isnin, Januari 02, 2012

Sukarnya Menyebut Penyakit Anak Saya Ini..

"HENOCH SCHORNLEIN PURPURA"




Inilah penyakit yang menimpa anak ketiga saya..Nurul Aqilah...
Menurut kata doktor, penyakit ini terhasil daripada sistem imun kita sendiri...Apabila  kita sakit, imun kita cuba melawan kuman yang terdapat dalam badan.. akan tetapi apabila   imun kita melawan sistem dalam tubuh kita juga, maka terhasillah penyakit ini..Doktor hanya panggil penyakit ini sebagai HSP sahaja...

Akibatnya, darah anak saya pecah di bawah lapisan kulit..Mula-mula hanya bintik-bintik kecil sahaja kemudian dalam masa yang singkat merebak seperti lebam-lebam.. Bila dah merebak nie, automatik anak saya tidak boleh berjalan..Terus saya bawa ke hospital dan di tahan...Sebelum itu, tangan anak saya sudah membengkak...menanggis saya  subuh hari tersebut bila melihat kesakitan yang dialami oleh anak saya itu...
Sebenarnya, kejadian ini berlaku pada hari krismas yang lalu.. dan sudah seminggu, lebam-lebam di kulit anak saya masih tidak hilang lagi...Jalan pun masih perlahan seperti orang baru bersalin...

Mudah-mudahan anak saya ini dapat bersekolah seperti biasa pada hari rabu ini...




Rabu, Disember 14, 2011

Jom pergi Golok, Thailand...

Cuti lepas, saya berkesempatan pergi ke Naratiwat, Thailand. Saya bukannya mempunyai passpot antarabangsa. Pernah juga jejakkan kaki di Singapura, tapi menggunakan passport khas dan sudah tamat tempoh..

Semuanya tiada dalam perancangan saya...Suami saya ingin melawat saudaranya di Pekan golok, sudah lama pula kami tidak menziarahi dia. Kali terakhir kami menziarahi beliau pada 16 tahun yang lepas. Jadi dikesempatan ini, keluarga saya dan dua keluarga lagi bertolak ke Rantau Panjang untuk merentasi Sungai Golok yang merupakan sempadan Antarabangsa antara Malaysia – Thailand.

Gambar ni diambil oleh suami saya menggunakan kamera cap ayam aje..Ketika ini saya dan keluarga sebelah suami saya sedang menunggu bot dari seberang tebing..sementara suami saya sudah menyeberanginya terlebih dahulu...

Kedudukan Rantau Panjang dengan Pekan Golok tidak sampai 50 meter sahaja. Kalaulah sungai tu cetek, sudah pasti mudah sahaja untuk direntasinya. Terlalu dekat.

Untuk merentasi sungai tersebut, kita perlu menggunakan bot yang mengenakan tambang RM1.00 sahaja sementara budak pula percuma. Dan yang paling penting TANPA PASPORT!

Berdebar-debar juga...anak-anak mula cuak dan sentiasa berdoa agar tidak tenggelam...

Kata orang kalau kita berada di pekan Golok , nyawa kita umpama dihujung tanduk sahaja. Ini kerana penduduk di selatan Thailand ini bebas menggunakan senjata api. Takut juga saya namun buang sahaja perasaan tersebut. Almaklumlah, saya dan keluarga seperti pendatang haram tanpa izin. Kalau ada apa-apa yang terjadi, umpama MATI KATAK sahaja...

Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang.

Selasa, Disember 13, 2011

Selamat Hari Jadi Anakku...

Selamat bersua kembali..

Semalam. 12hn Disember 2011 genaplah 6 tahun umur anak bujang ku.

SELAMAT HARI LAHIR ASYRAF....

Semoga Asyraf menjadi manusia yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat..Amin..

Petangnya, bawa anak-anak berjalan-jalan dan cuci-cuci mata ke Danga Bay..

Kalau pergi waktu malam lagi seronok dan meriah...

Asyraf , emak sayang asyraf!

Isnin, November 07, 2011

17 tahun dah rupanya perkahwinanku...

Tanggal 5hb November yang lalu genaplah 17 tahun saya melayari pancaroba rumah tangga bersama-sama suami tercinta..Suami yang begitu sabar melayan karenah-karenah saya, suami yang begitu menyayangi dari saya, suami yang begitu mengambil berat tentang diri saya dan macam-macam lagi..Ditambah lagi dengan kehadiran lima orang cahaya mata yang sentiasa membuatkan rumahtangga kami riuh rendah dengan gelak ketawa...

Ya Allah ,
Tuhan yang menyatukan dua hati kami,
Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain,
sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad saw bersama Saidatina Khadijah r.ha. Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sabtu, Oktober 29, 2011

Misi Menawan Wonderland Melaka Berjaya...

Akhirnya perancangan yang diatur sejak sekian lama tercapai jua ..

Anak-anaklah yang paling gembira sekali..

Sebagaimana yang diketahui, rakyat Johor Bahru ( mungkin saya sahaja kot ) terutamanya, kurang tempat-tempat beriadah seperti ini. Saya dan keluarga pernah pergi ke Taman Tema Air Starhill di Kempas, tapi kurang menarik dan taman tema air di Tiram pula dalam kawasan bangunan pasar raya Giant. saya pernah nak masuk tapi macam tak berbaloi pula..

Dahulu semasa saya pergi ke Kuala Lumpur, saya sekeluarga merancang untuk mandi di Sunway Lagoon, namun tidak tercapai kerana kaunter tiket telah tutup...Terlewatlah...

Mungkin tempat ini tidak sama dengan Sunway Lagoon, namun berbaloilah dapat mandi sepuas-puasnya...Dengan melayangkan RM118.00 untuk saya dan anak-anak saya, anak-anak saya memang menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan...habis semua tempat hendak dicubanya...

Bergambar di hadapan pintu masuk ...
Semua tempat hendak dicubanya...
Ketawa gembira ..saya tetap nak mencubanya juga.
memang best......
Dua orang anak yang memang saya tak boleh hilang daripada pandangan saya...

Dalam pada itu jua saya sebagai ibu memang sentiasa memerhatikan mereka dan sesungguhnya saya cukup bimbang dengan keselamatan mereka. namun alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Rasanya selepas ini, misi untuk percutian taman tema air ini ialah di Gambang, Pahang..Kebetulan saya akan pulang ke Kelantan setiap tahun, jadi misi tersebut mungkin tercapai... Insya Allah
Hari ini, saya akan bertolak balik ke JB...Mudah-mudahan semuanya selamat...

Rabu, Oktober 26, 2011

Buat Lawatan sendiri...

Hari Isnin yang lalu, anak-anak sibuk nak pergi jalan-jalan.. maklumlah cuti seminggu..

Jadi, timbul pula idea nak bawa mereka pergi ke Kota Tinggi.. Niat hati nak jalan-jalan mencuci mata melihat kain baju sebab Pekan Kota Tinggi tu umpama "Syurga Kain."

Tengoklah betapa gembiranya anak-anak saya ini...siap berposing di hadapan peta yang besar ini...dah macam pahlawan zaman moden pula...

Tiba-tiba teringat nak melawat Muzium sejarah Kota Tinggi. Sekurang-kurangnya mereka dapatlah juga pengetahuan mengenai sejarah awal Kota Tinggi..

Sempatlah bergambar sekeping sahaja..

Tak dapat pegang meriam yang besar, meriam yang kecil jadilah....

Sebenarnya, kami tidak dibenarkan bergambar di dalam muzium, tapi degil jugak..kami tangkaplah gambar sikit-sikit...

Biasalah, bila bawa anak kecil ke muzium nie, mereka nak cepat keluar aje sebab mereka takut sikit.. almaklumlah.. suasana di muzium nie suram-suram sahaja...takutlah mereka...

Apa-apa pun mereka semua sangat gembira kerana dapat melawat muzium tersebut. Walaupun masa singkat ( tiba pukul 4.10 petang dan muzium tutup pukul 4.30 petang ), namun masa tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya...

Esok, Insya Allah kami akan bertolak ke Bandar Raya Bersejarah Melaka dengan menaiki kereta api...Nak drive sendiri, malas pulak...agak memenatkan so ambil pengalaman naik kereta api..

Akhir kata, Selamat bercuti dan selamat menyambut Deepavali..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...