Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Jumaat, Disember 31, 2010
Hari Keluarga SMK Taman Daya 2 Dalam Kenangan.....
Sebenarnya Hari Keluarga SMK Taman Daya 2 ni sudah lama berlalu..Hari keluarga ni di adakan pada 3hb hingga 4hb Julai 2010 yang lalu di Damai Beach Resort, Desaru .Cuma saya ingin mengabadikannya dalam blog saya ini sahaja..
Pagi 3hb Julai 2010, kira pukul 9.00 pagi..semua yang terlibat dengan Hari Keluarga ni telah berkumpul di lobi sekolah untuk mendengan penerangan ringkas dari Pn pengerusi KEBIRU..kemudian makanan ringan, stiker dan borang pertandingan ala-ala explore diagih-agihkan kepada semua keluarga..Selepas tu semua guru bergerak secara berkumpulan... Tempat pertama yang kami singgah ialah di stesen minyak berdekatan dengan Pasaraya Today di Ulu Tiram dan saya bersama-sama anak-akan saya sibuk mencari klu yang pertama...bila sudah dapat, kami bertolak semula untuk mencari klu-klu lain di sepanjang perjalanan dari kota tinggi ke Desaru..
Inilah Pengerusi KEBIRU SMKTD2 tahun 2010 yang begitu aktif dalam menyatukan kakitangan2 sekolah saya...Pn Salina...yang kecil molek tapi mempunyai suara yang nyaring seperti wisel...
Walaupun menuju ke tempat yang jauh, namun perjalanan ke stesen yang kedua, tidak terlalu membosankan...Ostrich Farm...Taman Burung Unta di Teluk Mahkota, Pengerang, Johor adalah distinasi kedua...
Setiba di sini, kami di beri penerangan tentang haiwan tersebut....bagaimana untuk mengenal pasti jantina haiwan, umur, telur dan macam-macam lagi...
Di sini, kami mendapat tugasan yang agak sukar iaitu mengira burung unta dalam sebuah kandang....dengan bau yang kurang menyenangkan, saya dan guru-guru yang lain sibuk mengira...saya rasa macam dah kira lebih sepuluh kali, namun masih lagi tidak pasti jawapannya...kejap kepala burung tu tinggi, kejap lagi tunduk..lepas tu burung-burung tersebut tidak duduk setempat..emmmm susahnya..akhirnya, saya HENTAM aje lah...
Selepas itu, guru-guru dipelawa untuk membeli da mencuba satay burung unta dan telur goreng burung unta...emmm tekak saya tak lalu untuk memakannya...namun begitu terdapat juga guru-guru yang berani mencuba seperti Pn Hadijah dan Pn Haryati.. yang lain ada juga tapi saya keluar dahulu kerana hendak mencari lombong Bauksit di Teluk Ramunia...Malangnya, hajat saya tak kesampaian kerana lombong ini tidak dijumpai...
Kira-kira pukul 2.00 petang saya dan keluarga check-in di Damai Beach Resort..kira-kira pukul 4.00 petang saya bersama-sama guru-guru perempuan yang lain sibuk menyediakan makanan untuk jamuan makan malam..Sebenarnya ramai guru perempuan dan lelaki bujang telah bergotong royong menyediakan ayam bakardan ikan di rumah cikgu Salina...Oleh itu, saya dan yang lain cuma menyediakan sambal kicap dan air asam sahaja..potong buah sedikit-sedikit.... Sementara guru-guru lelaki sibuk bermain bola tampar pantai...anak-anak pula sibuk lari-lari dan bermandi manda di kolam renang yang berhampiran..biasalah kan...
Bila malam sudah menjelma, tibalah giliran guru lelaki dan para suami guru-guru perempuan membakar ikan, sotong, udang serta jagung ...Makanan berat lain, kami order dari sekolah yang berdekatan..tidak salah saya sekolah Sains...atau sekolah Arab Bandar Penawar...
Pada malam tersebut, telah diadakan penyampaian hadiah explore..tuah kepada saya kerana saya adalah diantara pemenang utamanya iaitu hadiah wang tunai sebanyak RM20.00...kira okeylah tu... Terdapat juga kuiz-kuiz untuk anak-anak dan guru-guru..cukup seronok melihat guru-guru berebut-rebut menjawab soalan quiz yang mudah...Tetapi malangnya, ramai guru lelaki bergegas pulang awal ke bilik masing-masing kerana pada malam itu berlansungnya perlawanan bola sepak piala dunia...
Esok paginya, telah diadakan bermacam-macam sukaneka dan disertai oleh guru-guru, suami atau isteri serta anak-anak...Semua gembira dengan aktiviti-aktiviti tersebut...sebahagian aktiviti tersebut dikelolakan oleh pihak hotel...antara aktivitinya ialah lari dalam guni ke belakang, memancing lada dalam botol masuk dari belakang dengan menutup mata, memunggut gegelang getah, membaling telur tanpa pecah dan macam-macam lagi...saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini tetapi hanya mewakilkan 2 anak dara saya sahaja...aktiviti ini sungguh menggembirakan sehingga saya ketawa tidak henti-henti tanpa sedar air mata mengalir...sungguh geli hati melihat gelagat guru-guru....
Akhir sekali, diadakan pertandingan tarik tali...Lihat betapa gembira guru-guru ini ...Boleh dikatakan semua yang menyertai sukaneka tersebut mendapat hadiah...selepas permainan tersebut, semua guru-guru serta keluarga masing-masing terjun dan berendam ke dalam kolam....mandi manda...
Terlupa pula, terdapat juga pertandingan memancing..dan inilah pemenangnya...Pn Hadijah Misran....tidak sangka rupa-rupanya Pn Hadijah suka memancing...
Pukul 12.30 tengah hari, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk check-out dan meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru...Sebelum itu, saya singgah sebentar di Felda Air Tawar 5 iaitu rumah ibu bapa saya untuk menjenguk mereka...Malamnya barulah saya bertolak balik ke Johor Bahru...
Memang menyeronokkan dan menggembirakan..itu sahaja yang saya boleh katakan..rugi bagi yang tidak menyertai namun saya harap tahun 2011 nanti akan diadakan hari keluarga yang lebih menyeronokkan lagi di bawah naungan pengerusi baru iaitu Pn Hadijah...
Khamis, Disember 30, 2010
Selamat Tinggal 2010
Semalam ialah hari terakhir bagi tahun 2010 yang penuh meninggalkan banyak kenangan terindah dan kenangan yang pahit...... maka secara tidak langsung akan bertambahlah lagi umur kita....
Äpa azam anda? Selalunya orang akan bertanya tentang azam baru..yealahhh tahun baru mestilah disertai dengan azam baru juga...
Dahulu jika saya sebagai seorang pelajar, saya sentiasa menanam azam baru bagi setiap tahun baru...Selalunya saya berazam untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan...Ini kerana ibu dan bapa saya akn membelikan sepasang baju sekolah baru yang lengkap dan sepasang kasut sekolah baru....wah..seronoknya..jadi saya pun menanam azam yang tinggi untuk berjaya..
Saya rasa perasaan yang tersemat dalam hati saya tu sama sahaja dengan apa yang ada dalam hati pelajar-pelajar sekarang...
Sekarang bila saya sudah bekerja sendiri dan mempunyai keluarga,saya masih lagi seperti dahulu mempunyai azam baru pada setiap kali menjelangnya tahun baru...Sebenarnya , saya takut jika saya tidak sempat untuk menjenguk atau menjengah tahun baru yang berikutnya...
Oleh itu, adalah menjadi kawajiban saya untuk menzahirkan rasa bersyukur saya ke hadrat illahi kerana di setiap tahun baru, saya masih boleh bernafas di muka bumi ini...
Syukur alhamdulillah...untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah swt,saya juga telah menanam azam untuk memperbaharui kehidupan saya supaya berubah menjadi yang terbaik dan tidak melanggar landasan-landasan yang ditegah oleh Allah...
Begitu juga di tahun hadapan, saya berazam untuk mencurahkan bakti kepada pelajar-pelajar saya dengan cara saya sendiri dan mencurah lebih banyak idea dan ilmu pengetahuan di ruangan ini...Insya Allah..
Pada pendapat saya, jika kita hendak membuat azam yang baru, kita hendaklah berusaha untuk memenuhinya...janganlah kita menanam azam baru tetapi kita jadikan azam kita sebagai angan-angan sahaja...sekurang-kurangnya kita berusaha..jika tidak tercapai juga, kita tetap teruskan azam tersebut di tahun hadapan tetapi kita mestilah membuat perancangan strategi bagaimana untuk mencapai azam tersebut...
Insya Allah, jika kita sentiasa berusaha , kita akan berjaya... Ingat!, jangan cepat berputus asa dan jadikan pengalaman di tahun 2010 sebagai pengalaman berharga dan panduan kepada kita untuk menerusakan kehidupan di tahun 2011 dan tahun-tahun yang seterusnya...selagi kita bernafas di muka bumi ini...
Gambar ini saya ambil dari fb anak murid saya yang kreatif..Zulhusni..
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010 DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2011....semoga kita akan lebih berjaya....
Rabu, Disember 29, 2010
GEOGRAFI.....Kenapa saya tidak cemerlang?
Geografi???...Tidak cemerlang bermaksud tidak suka... betul tak??Kenapa saya tidak suka mata pelajaran geografi?...Di sini, saya membuat beberapa andaian yang memungkinkan para pelajar saya tidak suka dengan subjek ini...
1. Satu mata pelajaran yang susah....Mungkin pendapat ini betul jugak...tapi saya rasa tidaklah sesusah matematik..hanya ada pengiraan yang ringkas sahaja...ada banyak peta, gambar rajah dan gambar2 yang berwarna-warni lagi...tapi kenapa pelajar kata masih lagi susuah?....
2. Tidak suka dengan cikgu Geografi ... yea jugak kan?..dulu kalau saya tidak suka seseorang cikgu tu, saya sukar hendak faham apa yang diajar dan lulus dalam peperiksaan...mungkin pengajaran cikgu tersebut tidak menarik atau guru terlalu garang dengan para pelajarnya...lagilah tidak suka...asyik takut sahaja...Agaknya kalau saya survey siapa yang suka Cikgu Siti Mariam? saya rasa ramai yang undi tidak suka....
3. Tidak mengulang kaji pelajaran.. Ini memang alasan yang paling kuat sekali...pada pendapat saya , kalau kita tidak mengulangkaji sesuatu pelajaran itu, kita tidak akan boleh cemerlang...kalau kita hendak cemerlang dalam pelajaran, kita kenalah mengulangkaji pelajaran tersebut...barulah boleh cemerlang!
4. Geografi bukan pelajaran yang penting... Ada juga pelajar yang beranggapan sedemikian...Ada pelajar beranggapan bahawa kalau aku tidak lulus pun tak apa...lebih baiklah aku tumpukan kepada subjek Matematik ke, Sains ke, Bahasa Melayu ke...Geografi?...apa aku kisah!
5. Pengajaran guru yang membosankan....Kalau saya sebagai seorang pelajar dan cara guru yang mengajar mata pelajaran Geografi membosankan...sudah tentu ia akan melemahkan semangat saya untuk belajar...kalau guru tu bercakap lembut,tidak membuat lawak, tidak membuat apa-apa aktiviti...asyik menyalin nota sahaja...kalau adalah guru yang macam ini, saya pun tidak suka belajar....
6. Aku memang bodoh dan lembap! Last sekali, alasan inilah yang selalu kita kena fikirkan semula...kalau sudah kerap kali kawan-kawan, ibu dan bapa kita, adik-beradik kita dan orang sekeliling kita asyik mengatakan kita bodoh! lembap!...last-last kita pun set dalam minda kita"agaknya memang aku ni bodoh dan lembap!"...tu yang kita anggap semua di atas jadi penghalang untuk kita berjaya...bukan subjek Geografi sahaja tetapi subjek yang lain jugak...
Pada saya, alasan-alasan di atas tidak sepatutnya ada dalam minda seorang pelajar yang ingin berjaya...Jika kita mahu berjaya, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh....tidak kira betapa susah subjek tersebut....bagaimana guru tersebut...dan lain-lain lagi... buang jauh2 anggapan yang negatif, fikirkanlah yang positif sahaja...jika kita tidak faham, jangan malu-malu untuk bertanya dengan guru... Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Kalau kita hendak berjaya, kita hendaklah berusaha untuk mencapainya....Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang...jangan jadi abu sebab kalau jadi abu dah tidak berguna lagi..jadilah arang sebab arang masih boleh digunakan untuk bakar satay....he he he
Isnin, Disember 27, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU...
Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada semua pasangan pengantin di SMK Taman Daya 2 ini...walaupun sudah agak terlewat tapi tidak apalah....Saya meminta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis gilang gemilang pasangan pengantin-pengantin ini...
Dan saya juga memohon maaf jika coretan saya ini ada yang tidak menyenangkan ataupun saya terlupa akan sesuatu perkara...biasalah kan..usia dah semakin meningkat ni....
Ini adalah gambar perkahwinan cikgu Khairill Haffis dengan pasangannya...Cikgu Khairill ni memang perahsia orangnya...saya dan rakan-rakan saya sebenarnya tidak mengetahui pun bahawa dia sebenarnya sudah bertunang...dan kami pun tidak pernah cuba membongkar rahsia dia...tup-tup dia dengan selambanya memberikan kad jemputan perkhwinannya...terkejut beruk kami semua..eemmm diam-diam ubi berisi juga cikgu nie rupanya...Dengar cerita, isterinya akan mengajar di SMK Taman Daya 3...Maaf kalau salah..
Ini pula semasa perkahwinan seorang cikgu baru posting di sekolah ini..sebelum cikgu Suzana berkahwin, sebenarnya ada lagi seorang guru baru posting mendirikan rumah tangga...tetapi saya tidak mempunyai koleksi gambar beliau...Berbalik kepada cikgu Suzana ini, dia sebenarnya berkahwin di Kota Tinggi..sama dengan kampung saya..dan dia pun berkahwin dengan orang Kelantan katanya...okeylah tu..suami saya pun orang kelantan jugak...Semoga bahagia... Nampaknya cikgu ini terpaksa berpisah sementara dengan suaminya kerana suaminya bekerja di KL atau Selangor...
Ini pula gambar perkahwinan cikgu Nurelyana..Cantik sungguh pasangan Kelantan ini...Cikgu Nurel ini selalu meminta pendapat saya dan guru-guru yang lain berkenaan hari perkahwinannya..seperti baju, pelamin dan kad jemputan..apa-apa pun, semuanya telah berjalan lancar..Nampaknya nasib cikgu Nurelyana ni sama dengan nasib cikgu Suzana..terpaksa berjauhan dengan suami juga...saya tengok cikgu Nurel ni sangat cantik di hari persandingannya..Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...
Ini pula pasangan yang penuh kontrovesi di sekolah ini...Pasangan ini merupakan guru-guru di sekolah ini juga iaitu cikgu Sakinah dan Cikgu Farouk..orang Johor bertemu dengan orang Terengganu...Pasangan ini baru sahaja berkahwin iaitu pada 11 atau 12 Disember yang lepas...Malangnya bagi cikgu sakinah sebab terpaksa bertugas di sesi petang sebab sudah menjadi resam bagi sekolah ini, jika pasangan suami isteri tu bertugas di tempat yang sama..mereka akan dipisahkan..bukan pisahkan apa cuma masa saja..sorang pagi dan sorang petang...saya ucapkan semoga berbahagia ke anak cucu...
Ini pula semasa perkahwinan bekas cikgu sekolah ini iaitu cikgu Suhaily..Semasa cikgu ini berkahwin, kebetulan saya sedang bercuti di melaka so saya pun mengambil kesempatan menghadiri majlis beliau...walaupun cikgu ini sudah berumur pertengahan 30-an ..namun cikgu ni masih cantik lagi..Tahniah kerana akhirnya bertemu jodoh jua..
Alhamdulillah..semua sudah selamat..semoga pengantin-pengantin baru ini akan lebih bersemangat untuk bekerja kerana sudah mendapat pasangan yang diingin..Akhir sekali..Selamat Pengantin Baru untuk semua cikgu di atas....
Ahad, Disember 26, 2010
Emmmm Sedapnya MEE SIZZLING
Jika saya dan anak-anak pergi ke Tesco, Tebrau..anak-anak suka makan mee sizzling yang terdapat di medan selesanya...
Selalunya, saya order tanpa telur..kerana harga 1 biji telur agak mahal..kalau saya menambah telur..saya kena menambah 80 sen lagi..rugikan...
Tengoklah ..betapa sedapnya anak saya makan mee sizzling ini...sampai dia tidak perasan dengan orang sekeliling dia...
Sebenarnya, pada 2 tahun yang lepas, saya pernah mengikuti bengkel masakan di Taman Sri Skudai..Bengkel ini dikendalikan oleh Mak Ngah yang cukup dikenali di UTM..Mak Ngah merupakan pengusaha kedai makan yang besar di depan kawasan latihan Palapis UTM..Diantara resepi yang saya belajar ialah Mee Sizzling...Saya belajar memasak mee ini bukanlah hendak membuka kedai makan tetapi hanya memasak untuk hidangan keluarga sahaja..Ada beberapa resepi mee yang lain saya belajar seperti mee rebus, mee bandung dan mee kari..Resepi yang lain akan saya berikan di masa lain..
MEE SIZZLING
Bahan-bahannya:-
600gm cendawan kering ( direndam semalaman )
10 tangkai cili kering ( basuh dan terus poyong )
buku / 2 inci halia ( di racik halus-halus )
100gm bawang merah kisar ( lebih kurang 1 sudu besar )
100gm awang putih kisar
50 gm halia kisar
3 sudu makan serbuk lada hitam
3 sudu makan minyak bijan
200gm sos tiram
4 liter air
2 sdm / 2 kiub pati ayam
Daging ayam ( sesuka hati )
150gm tepung ubi ( cairkan dan tuang ikut kepekatan )
garam
gula
perasa
kicap pekat ( ikut hitam )
Cara-caranya :-
- Tumis halia racik, cendawan dan cili kering potong sehingga naik bau. Kemudian barulah masukkan bahan kisar.
- Bila semua sudah sebati, masukkan ayam, sos tiram, pati ayam, kicap pekat dan serbuk lada hitam
- Bila ayam sudah masak, masukkan pula minyak bijan, garam dan perasa.
- Akhir sekali baru pekatkan dengan tepung ubi…
- Siap untuk dihidangkan di hot plate atau pinggan biasa je..
- Kalau suka masukkan telur sebelum matikan api…lagi sedap..
Cubalah...saya sudah banyak kali membuatnya..kira okeylah rasanya..cuma kat rumah saya tidak ada hot plate..so bila kuahnya sudah masak..saya akan ambil kuali yang kecil sedikit..letak yee mee atau mee kuning..and then saya masukkan sedikit sayur..selalunya sayur yang saya masukkan ialah kubis atau daun salad yang macam bentuk kobis tu...pas tu masukkan kuah sampai tutup mee tersebut..panaskan sedikit, bila dah mendidih ..pecahkan satu biji telur di tepi mee sampai masak sikit jee..pas tu masukkan dalam mangkuk yang rendah...Yum..yum...apalagi makanlah...
REUNION...
Perjumpaan semula pelajar-pelajar tingkatan 6 tahun 1987/1988 Sekolah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor telah berjaya dilaksanakan dengan meriahnya di Hotel Myres, Kota Tinggi....Syabas kepada saudara Jai Jailani, saudara Kamal Tumin, Saudara Azhari Md Amin dan lain-lain lagi yang bersungguh-sungguh membuat rancangan untuk memastikan majlis ini dilaksanakan dan berjalan lancar...saya sendiri tidak menyangka bahawa saya akan hadir dalam majlis ini...Terima kasih sekali lagi..
Kalau dikira, sudah lebih 22 tahun saya tidak berjumpa dengan kawan-kawan tingkatan 6 saya tu..cuma sejak kebelakangan ini..dengan adanya ICT dan wujudnya facebook, maka seorang demi seorang kawan-kawan lama muncul...Dari sinilah, saya dapat mengikuti kehidupan kawan-kawan saya ini...jadi, dengan perjumpaan ini dapat merapatkan lagi perhubungan di antara sesama manusia yang pernah menduduki alam persekolahan.
Seronok melihat kawan-kawan yang telah berjaya...banyak perubahan yang telah berlaku kepada mereka..ada yang macam tidak dikenali lagi walaupun saya cuba mengingat-mengingat semula...mungkin kadar ingatan sudah menurun kot...
Namun kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai guru..tidak kiralah sekolah rendah ataupun menengah...ada juga yang telah menjadi guru kanan dan ada juga yang sudah mencapai guru penolong kanan...hebat..mantap..Tapi tahniah kepada Jai kerana punya perniagaan sendiri...begitu juga dengan Azhari md Amin, dengar cerita jadi taukeh kapal...wahhh hebat gitu..
Lihatlah..walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi masih lagi mesra..Ini gambar Cikgu Radizam, Cikgu Karim dan Cikgu Nazim....cikgu macam saya jugak...dan dibelakang tu ialah Idrus Omar...Banyak perubahan yang saya tengok pada mereka..lebih-lebih lagi dari segi fizikal dan rambut mula beruban sedikit....biasalahkaaan...tapi Nazim masih lagi mempunyai perasaan malu macam dulu-dulu juga...Idrus bawa isteri filipina dia...isteri indonesia pula tidak mahu ikut..itu kata dia..dengar cerita dia nak pasang lagi satu...ikut sunah nabi betullah Idrus ni....
Ini pula kawan-kawan perempuan yang hadir dan bergambar dengan saya iaitu cikgu Asiah, Saemah Tumin dan cikgu Rafeah... Tidak banyak yang berubah dengan rupa kawan-kawan saya ni...Malah mereka semakin cantik pulak...
Maaf kepada Saudara Jai kerana saya terpaksa pulang awal...biasalah..anak-anak kecil saya sudah mula bosan dengan majlis orang dewasa ini...
Dengan masa yang singkat, saya sebenarnya masih tidak berpeluang untuk berbual lama-lama dengan kawan-kawan saya itu...maaf kepada kawan-kawan yang saya lupa nama tetapi saya tidak akan lupa rupa anda...Kalau ada masa, kita akan berjumpa semula..kalau tidak di majlis yang macam sebegini, mungkin saya akan menjemput anda semua pada majlis perkhwinan anak-anak saya atau anda semua..Insya Allah...
Tetapi majlis ini masih lagi agak kurang penyertaannya...mana pergi kawan-kawan saya yang lain lagi nie...mana roslee nasbon?..mana kak hayat?..kak norwati?..rusminah?....
Sabtu, Disember 25, 2010
Selamat Hari Krismas....
Selamat hari Krismas kepada semua yang beragama Kristian...Ucapan ini khas saya tujukan kepada pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 yang menyambut perayaan ini terutamanya kepada Jessica, Puyau dan Alan Tan.
Tapi malangnya, perayaan ini jatuh pada setiap 25hb Disember setiap tahun dan kebetulan pula pada cuti sekolah...kenapa saya kata malang?... bukannya apa...cuma perayaan bagi agama lain selalunya jatuh pada hari persekolahan dan kerajaan akan memberikan cuti umum.....dan kita bolehlah bercuti...Tapi hari Krismas ni jatuh pada cuti panjang...
Kalau kita pergi ke pusat beli belah mcm Jasco, Angsana, dan mana2lah..mesti sambutan ini meriah...masa saya pergi ke Melaka hujung bulan November dahulu, Jasco kat sana dah meriah untuk menyambut Krismas...
Disebabkan kita ni 1 Malaysia, so kita pun bersama-sama merayakan perayaan ini bersama-sama...Kalau kita memperkatakan tentang Krismas mesti dalam minda kita sekarang tergambar pokok krismas dan santa claus...
Cuma, bagi orang-orang Islam, tidaklah seharusnya terikut-ikut menyambut perayaan ini sehingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus ...ini kerana ia bertentangan dengan ajaran agama kita....HARAM... Ini bukan saya yang cakap tau..tetapi saya baca dalam surat khabar semalam...
" Takut boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat islam.."
So, kita boleh merayakannya juga...kita juga boleh menziarahi kawan2 yang beragama kristian..itupun kalau dijemput... dan apa salahnya kita bergambar dengan pokok krismas dan santa claus.... seperti anak-anak saya bergambar dengan pokok krismas ini...Cantikkkk....
Gambar ini diambil semasa saya dan keluarga pergi ke Melaka hujung bulan November yang lalu di Jasco Melaka...
Selamat Hari Krismas......
Jumaat, Disember 24, 2010
SRP dan PMR
SRP - Sijil Rendah Pelajaran dan PMR - Peperiksaan Menegah Rendah...Apa bezanya... sama saja..kedua2 peperiksaan ini diambil oleh pelajar tingkatan 3.
Zaman saya dahulu, sekitar tahun 1984 saya telah menduduki peperiksaan SRP di Sek Men Bandar Mas, Bandar Mas, Kota Tinggi..Zaman belajar saya dahulu berlainan daripada zaman belajar sekarang..dahulu saya masih lagi tidak kenal handphone jauh sekali komputer...dekat rumah saya pun tiada perkhidmatan talipon macam sekarang..
Dahulu, kalau tidak lulus Matematik dalam SRP, saya tidak boleh naik ke tingkatan 4..sebab tu saya belajar bersungguh-sungguh untuk lulus mata pelajaran tersebut..saya bukanlah seorang yang dilahirkan pandai..dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, matematiklah matapelajaran yang ....
Susah, tidak suka, benci gila, killerrrr
saya asyik tidak lulus sahaja...kalau lulus pun cuma mendapat 7 sahaja...oppss....7 tu samalah dengan D dalam PMR....cukup-cukup makan sahaja...Tapi saya sendiri pun tidak sangka saya lulus dalam SRP dan keputusan SRP saya pun tidak cemerlang dan paling tinggi saya dapat ialah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja...itu pun cuma dapat 3 sahaja...Syukur alhamdulillah..saya masih mendapat pangkat A dalam SRP....
Jadi, dengan keputusan cukup makan tulah saya telah dapat berpindah sekolah ke Sek Men Air Tawar, di Felda air Tawar 2 di Kota Tinggi...Sebab di sekolah lama saya tiada tingkatan 4.. di sekolah tersebut terdapat 11 kelas tingkatan 4...nak tau saya di kelas berapa????...jangan tak percaya....
Kelas ke 5....ha ha ha.... tengok, saya bukanlah seorang pelajar yang pandai dan cemerlang....
Tetapi...sekarang saya seorang guru....macam ne boleh jadi guru???
sebab saya belajar bersungguh2 tanpa mengenal jemu dan mahu membalas jasa ibu bapa yang bekerja keras menjaga saya dari kecil sampailah saya besar....
Khamis, Disember 23, 2010
Tidak Perlu Bersedih....
Majoriti pelajar sudah pun mengambil keputusan PMR masing-masing di sekolah masing-masing pagi tadi...
saya tengok ada yang gembira.."horeyyyy aku berjaya..."
saya tengok ada yang bersedih juga..."mengapa result aku mcm gini????"
saya tengok juga ada pelajar yang tidak percaya dengan apa yang mereka dapat..."redha je lah.."
mesti ada pelajar yang berfikir-fikir.." apa aku nak cakap ngan emak aku ni???"
macam-macam yang terjadi pagi tadi.....
Tapi yang seronoknya melihat pelajar yang berjaya dan melihat ibu serta bapa mereka yang terharu dengan kejayaan anak mereka...sungguh tersentuh dan terharu aku...hu hu hu..
Dalam melihat mereka yang gembira, tidak kurang juga hati saya sayu melihat reaksi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan...ada pelajar yang terus balik saja tanpa berjumpa dengan kawan2..mungkin malu kot...
Tapi pada saya, janganlah anggap kegagalan pada masa ini akan membuatkan anda gagal untuk selama-lamanya...anggaplah ini sebagai pengajaran yang sangat berguna dan kita masih ada masa untuk mengejar apa-apa impian seperti mereka yang berjaya juga..tidak semestinya pelajar yang berjaya hari ini akan berjaya di masa akan datang..
Jangan bersedih lagi,..life must be go on...bangkitlah...bangunlah..teruskan perjuangan anda sebagai pelajar..cikgu-cikgu akan terus membantu dan memberi sokongan kuat kepada anda jika anda mempunyai keinginan untuk berjaya...Allah tidak akan mengubah nasib seseorang tetapi awak sendiri lah yang mencorakkannya...
Jumpa lagi padatahun hadapan dengan semangat yang baru....cayoooook...
Tahniah!!!
Tahniah bagi mereka yang telah berjaya mendapat keputusan PMR dengan cemerlang..Buat pelajar-pelajar saya yang dikasihi terutama di kelas 3 Aktif..Tahniah lagi sekali
Buat Alan (7A ), Tan Hui Ying (8A ), Thanusha ( 7A ), Nadrah ( 8A), Tiqah - kakak( 8 A )...saya memang dah menjangkakan keputusan awak semua...Tahniah buat atiqah (8A ), kavina ( 8A ) dan Krisnaveni ( 8A )...awak buat saya teruja kerana kesungguhan awak semua untuk berjaya telah tercapai..saya memang telah melihat pencapaian awak sejak dari percubaan lagi...Buat wani, tahniah juga walaupun mendapat 7A1B..
Tahniah juga pada SMK Taman Daya 2, kerana peratus PMR telah meningkat berbanding dengan PMR tahun lepas..walaupun beberapa peratus sahaja..
Tetapi dalam gembira ada sedih juga, bila peratus bagi mata pelajaran Geografi telah jatuh dengan banyaknya...tahun lepas dapat 89 peratus tetapi tahun ini hanya 82 peratus sahaja...jika begini kejatuhannya, maka saya sebagai ketua panitia Geografi kenalah bersedia dengan jawapan dalam mesyuarat post-mortem PMR nanti...Tapi menurut Tn Hj, keputusan Geografi bagi daerah Pasir Gudang sememangnya jatuh pada keseluruhannya...Akan tetapi saya tetap kena bersedia dengan jawapan dalam mesyuarat berkenaan..
Untuk Adhwa, walaupun kakak tidak mendapat keputusan yang secemerlang macam anak-anak murid mak tu..tapi di hati emak, kakak tetap cemerlang...Anggaplah itu semua rezeki diorang ..yang pasti kakak berusaha lagi untuk memajukan diri kakak di masa hadapan..Emak akan sentiasa menyokong dan membantu kakak supaya kakak akan berjaya macam mereka...Semua cikgu cakap kakak boleh..betul tak??? Emak nak tengok result SPM kakak cemerlang..Jangan hampakan harapan emak yea...
Akhir sekali TAHNIAH bagi semua pelajar yang berjaya, bagi yang kurang berjaya.. masih ada peluang untuk anda semua berusaha dan mengubahnya...
Selasa, Disember 21, 2010
Boling Ke Baling?
"Emak! Emak! Bila mak nak bawak kitorang pergi main boling? Emak kan dah janji dulu..kalau cuti sekolah, mak nak bawak kita pergi main boling..." rintih anak-anak saya.
"Emmm...macam mana ne?..pening..pening..hari-hari asyik mendesak aja..nak main kena bayar pulak..huhhh"desis hati saya..
Tapi janji tetap janji..janji mesti dikota..
So, petang tu jugak saya berangkat ke Johor Jaya untuk bermain boling..Gembira sungguh anak-anak saya dapat pegang bola boling.
Adhwa ni mula-mula jual mahal... tak nak main pulak dah..malu agaknya...
Afiqah pula memang exicted sangat2 sebab dapat main boling...tapi macam biasalah..asyik masuk longkang jee bola boling tu macam saya jugak...ha ha ha...
masa first round tu, Aqilah tak mau main..dia takut dan risau sebab dia ingat budak2 tidak boleh main boling...tapi bila dia tengok ada budak lain main, dia dah mula nak main jugak...so pada 2nd round dia pun main...mula-mula dia takut..saya pun ajarlah dia bagaimana cara bermain...
Tapi yang jadi ialah dia baling bola tu...DUM!!! orang sebelah asyik tengok je...Ini boling ke baling????malu aja emak yang ajar dia tadi...he he he..
Tapi itu semuakan pengajaran dan pengalaman...betul tak?..
Balik sajaha...anak-anak semuanya suka dan gembira...Aqilah juga bercadang nak bermain boling pada hari ahad berikutnya bersama-sama abah dia...Saya tidak kisah mereka nak bermain boling sebab nak diorang merasa permainan ini..Jika masa persekolahan di buka nanti, peluang mereka untuk bermain boling pun tertutup sebab mereka sibuk dengan sekolah, sekolah agama dan mengaji...
Pengalaman Pertama Menaiki Kereta Api.
15 tahun dahulu, semasa saya belajar di Universiti Utara Malaysia, saya sentiasa berulang alik ke Johor dengan menaiki kereta api. Bayangkan sahaja saya bersama-sama kawan saya menaiki kereta api di stesen KTM Johor Bahru pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pukul 5.00 petang. Pukul 8.00 malam baru bertolak ke utara dan sampai ke Alor Setar pukul 9.00 pagi keesokkan harinya...betapa memenatkan perjalanan ketika itu..
Disebabkan, sekarang saya sudah memiliki kenderaan sendiri jadi peluang untuk anak-anak menaiki kereta api agak tipis..Oleh itu, saya mahu anak-anak saya merasai kesukaran saya menaiki kereta api dan saya mahu mereka tidak jakun serta merasai sendiri. Jadi, saya pun membeli tiket kereta api dari stesen KTM Kempas ke Tampin, Negeri Sembilan untuk menuju ke Melaka. RM104.00 terpaksa saya laburkan supaya anak-anak saya dapat merasai pengalaman berharga ini.
Kami bertolak dari stesen KTM Kempas pada pukul 2.30 petang.
Malangnya, saya telah mendapat koc yang terakhir dan tempat duduk saya membelakangkan perjalanan..pening-pening kepala saya..
Tapi yang istimewanya, koc yang saya naiki ini sudah berubah sama sekali..tidak seperti dahulu...ber air-con..dan selesa..saya dan anak-anak mengadap tv.. dan saya tidaklah terasa bosan..
Inilah anak saya yang paling seronok menaiki train ini..Asyraf..dia memang gila kereta api..mainan dia pun banyak kereta api..sampaikan kartun pun tengok kartun kereta api..
Anak-anak yang lain juga gembira dan suka juga.. dan perjalanan yang mengambil masa 4 jam tetapi saya rasakan sekejap sahaja...sangat seronok.
Lihatlah sahaja muka anak-anak saya yang gembira ini...
Akhirnya, pukul 6.20 petang saya sampai ke distinasi yang dituju iaitu stesen KTM Tampin, Negeri Sembilan..
Pengalaman ini sememangnya menyeronokkan bagi saya dan keluarga..anak-anak saya pun sudah merasainya dan ternyata mereka juga sungguh gembira... Kalau ada rezeki lagi, kami akan menaiki kereta api ini lagi..
Isnin, Disember 20, 2010
Cuti-Cuti Melaka
MELAKA - Negeri yang sudah kerap kali dilawati oleh semua orang. Tetapi bagi saya pula, melaka merupakan negeri kedua penting selepas Johor dalam kehidupan saya...Setiap kali cuti sahaja, kami sekeluarga akan bercuti di Melaka...
Jadi, saya rasa ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bercuti bersama-sama dengan anak-anak di sana.. Disebabkan suami saya bekerja, saya terpaksalah meminta bantuan adik ipar saya menunjuk jalan untuk pergi ke Perigi Hang Tuah..Saya rasa sudah lama saya tidak menjejaki kaki saya di sana.Kali pertama dan terakhir saya pergi ke perigi ini ialah semasa saya darjah 6 lebih kurang 33 tahun dahulu...Wah..bayangkan bagaimana perubahannya.
Ha..Inilah perigi Hang Tuah. Kata orang air di perigi ini sangat baik untuk pelbagai jenis penyakit. tapi entahlah...saya belum tau lagi khasiat yang sebenarnya.
Selepas itu, kami pergi melawat ke rumah tradisional Melaka..Rumah lama itu memang cantik dengan ukiran2 yang begitu teliti pembuatannya.
Tengoklah betapa cantiknya rumah ini..dan saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan adik ipar saya, isteri dan anak dia sekali
Selepas penat berjalan, kami terus pergi ke Jaya Jasco Melaka..Pusat beli belah ini baru dibuka..Yang istimewannya di sini ialah patung santa claus yang berada di ruang tengahnya..Patung ini di buat daripada beribu-ribu botol minuman plastik 1.5 liter..dan telah dicatat dalam rekod malaysia.
Lihatlah betapa tinggi dan besarnya patung ini..tingginya sama dengan 3 tingkat jaya jasco tebrau..
Pada hari berikutnya, saya bersama anak-anak saya sahaja pergi ke bandar melaka tanpa penunjuk arah. Saya memandu hanya mengikut papan tanda jalan sahaja..Kadang2 sesat juga.. tapi bandar melaka ni kecil sahaja..pi mai pi mai tang tu jugak... Rancangan kami pada masa ini adalah menaiki bot untuk menyusuri sungai Melaka.
Seronok sebab dapat naik bot dengan melihat pemandangan bangunan-bangunan di tepi2 sungai...Di antaranya ialah kincir air ini...
Dahulu kincir air boleh berpusing tapi saya tengok enjin dia dah berkarat dan tidak berfungsi lagi..
Selepas itu kami pergi menaiki Menara Taming Sari..saya dan keluarga sudah beberapa kali menaiki menara ini..walaupun mahal tetapi anak lelaki saya sangat suka menaiki menara ini..
Seronoknya menaiki menara taming sari ini ialah kita dapat melihat selat melaka dari atas...Selat yang merupakan selat terpanjang di dunia...
Akhir sekali, kami pergi ke zoo melaka yang merupakan zoo terluas di Malaysia..Sebenarnya saya dah serik nak ke zoo ini tapi memandangkan permintaan anak-anak, saya ikutkan sahaja..
Seperti biasa, di dalam zoo memanglah banyak terdapat haiwan..tidak perlulah dinyatakan di sini sebab saya rasa semua orang tahu haiwan2 tersebut.. Yang istimewanya ialah anak saya, Afiqah dan Aqilah dapat menunggang kuda ketika di zoo tersebut..
Mula-mula diorang takut tapi lepas itu, ok dah..tapi yang tidak puasnya ialah bayar RM6 hanya untuk 2 pusingan sahaja...rugi juga tapi demi anak...ikut aja lah..
Inilah anak saya, Asyraf dan Awadah.. Muka yang sangat letih dan kepenatan yang sangat-sangat..sebenarnya yag penat ialah kakak-kakak dan emak dia sebab terpaksa mendokong Awadah...
Inilah gajah yang ingin dilihat oleh anak-anak kecil ku..Gajah ini memang besar dan tinggi...Tapi kedudukan kandang gajah ini dihujung perjalanan zoo ini..memang sangat sangat sangat memenatkan..Apabila saya bertanya kepada anak-anak sama ada mereka mahu pergi lagi ke zoo ini pada masa akan datang..Mereka berkata "SERIK MAK"..ha ha ha emak pun serik juga, bisik hati kecil saya sambil tersenyum...
Demam "wall Sticker"
Wall Sticker atau nama melayunya pelekat dinding merupakan satu produk terbaharu yang menjadi kegemaraan penghias rumah.. Sebenarnya saya telah mengetahui sejak lama dulu. tapi saya tidak ambil kisah sangat sebab penggunaan pelekat dinding ini pada saya akan meyesakkan pemandangan saya sahaja dan kadang-kadang kalau orang tengok, mereka akan mengatakan bahawa rumah kita macam rumah asuhan kanak-kanak pulak.
Tetapi itu pandangan yang negatif sahaja..Anak-anak saya telah menyedarkan saya bahawa penggunaan wall sticker ini akan mencantikkan dan menceriakan lagi dinding rumah kita...Oleh itu, saya telah memberikan mereka RM10.00 untuk mencari wall sticker yang berkenan di hati mereka. Dan inilah hasilnya....
Ini adalah bilik anak sulung saya, Adhwa dan anak ke tiga, Aqilah. Wall sticker ini telah di ubah suai oleh suami saya yang sememangnya kreatif.
Ini pula dinding di bilik anak ke dua saya, Afiqah. Dia dan adhwa yang melekatkan sendiri wall sticker ini..dan inilah hasilnya..
Cantik juga bilik anak saya ini..tetapi saya masih lagi tidak sanggup untuk menghias bilik saya dengan wall sticker ini.. entahlah..walaupun harganya semakin murah tetapi kalau hati saya tidak boleh terima, tidak boleh juga..sekarang harga untuk wall sticker di Tesco cuma RM10 untuk 7 keping...murah kan...
Kebaikannya, bilik mereka semakin cantik dan mereka juga sudah semakin rajin mengemas bilik masing-masing..
Langgan:
Catatan (Atom)