Rabu, Disember 29, 2010

GEOGRAFI.....Kenapa saya tidak cemerlang?

Geografi???...Tidak cemerlang bermaksud tidak suka... betul tak??Kenapa saya tidak suka mata pelajaran geografi?...Di sini, saya membuat beberapa andaian yang memungkinkan para pelajar saya tidak suka dengan subjek ini... 1. Satu mata pelajaran yang susah....Mungkin pendapat ini betul jugak...tapi saya rasa tidaklah sesusah matematik..hanya ada pengiraan yang ringkas sahaja...ada banyak peta, gambar rajah dan gambar2 yang berwarna-warni lagi...tapi kenapa pelajar kata masih lagi susuah?.... 2. Tidak suka dengan cikgu Geografi ... yea jugak kan?..dulu kalau saya tidak suka seseorang cikgu tu, saya sukar hendak faham apa yang diajar dan lulus dalam peperiksaan...mungkin pengajaran cikgu tersebut tidak menarik atau guru terlalu garang dengan para pelajarnya...lagilah tidak suka...asyik takut sahaja...Agaknya kalau saya survey siapa yang suka Cikgu Siti Mariam? saya rasa ramai yang undi tidak suka.... 3. Tidak mengulang kaji pelajaran.. Ini memang alasan yang paling kuat sekali...pada pendapat saya , kalau kita tidak mengulangkaji sesuatu pelajaran itu, kita tidak akan boleh cemerlang...kalau kita hendak cemerlang dalam pelajaran, kita kenalah mengulangkaji pelajaran tersebut...barulah boleh cemerlang! 4. Geografi bukan pelajaran yang penting... Ada juga pelajar yang beranggapan sedemikian...Ada pelajar beranggapan bahawa kalau aku tidak lulus pun tak apa...lebih baiklah aku tumpukan kepada subjek Matematik ke, Sains ke, Bahasa Melayu ke...Geografi?...apa aku kisah! 5. Pengajaran guru yang membosankan....Kalau saya sebagai seorang pelajar dan cara guru yang mengajar mata pelajaran Geografi membosankan...sudah tentu ia akan melemahkan semangat saya untuk belajar...kalau guru tu bercakap lembut,tidak membuat lawak, tidak membuat apa-apa aktiviti...asyik menyalin nota sahaja...kalau adalah guru yang macam ini, saya pun tidak suka belajar.... 6. Aku memang bodoh dan lembap! Last sekali, alasan inilah yang selalu kita kena fikirkan semula...kalau sudah kerap kali kawan-kawan, ibu dan bapa kita, adik-beradik kita dan orang sekeliling kita asyik mengatakan kita bodoh! lembap!...last-last kita pun set dalam minda kita"agaknya memang aku ni bodoh dan lembap!"...tu yang kita anggap semua di atas jadi penghalang untuk kita berjaya...bukan subjek Geografi sahaja tetapi subjek yang lain jugak... Pada saya, alasan-alasan di atas tidak sepatutnya ada dalam minda seorang pelajar yang ingin berjaya...Jika kita mahu berjaya, kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh....tidak kira betapa susah subjek tersebut....bagaimana guru tersebut...dan lain-lain lagi... buang jauh2 anggapan yang negatif, fikirkanlah yang positif sahaja...jika kita tidak faham, jangan malu-malu untuk bertanya dengan guru... Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih... Kalau kita hendak berjaya, kita hendaklah berusaha untuk mencapainya....Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang...jangan jadi abu sebab kalau jadi abu dah tidak berguna lagi..jadilah arang sebab arang masih boleh digunakan untuk bakar satay....he he he

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...