Isnin, Jun 04, 2012

Jom tengok gerhana bulan separa petang ni..

Petang ni akan berlakuknya gerhana bulan separa. Kalau mengikut kajian, gerhana bulan ini akan berlaku pada waktu maghrib..

Jadi kawan-kawan, silalah tengok arah Timur..Kalau tidak tahu arah timur kat mana, silalah lihat ke arah matahari terbit pagi sebab arah mata hari terbit ialah arah timur..




Akan tetapi, gerhana ini akan nampak hanya sedikit sahaja ..dimana bulan gerhana  yang tersompek sedikit ..macam biskut yang dimamah sedikit tu...Ini disebabkan hanya sedikit sahaja bulan ditutupi dengan bayang-bayang bumi..Tapi ini masih dikira gerhanalah...

Lihatlah betapa besarnya bukti kekuasaan ALLAH SWT...Subhana Allah...




Khamis, Mei 17, 2012

Hadiah Hari Guru Paling Bernilai

Salam bertemu kembali..

Selamat Hari Guru kepada kawan-kawan yang bergelar guru..Bersyukur ke hadrat illahi sebab pada tahun ini saya menerima hadiah yang paling istimewa dari pihak sekolah..

Hadiahnya berupa satu sampul surat di bawah ni...


Didalamnya terdapat wang tunai ...RM100.00 sebanyak 2 keping dan sekeping RM50.00.

Hadiah ini bukanlah  kerana blog saya ini...Ini blog peribadi, jadi tidak boleh masuk bertanding..

Jadi, selama dua minggu saya menghambakan diri  dengan alam maya ini untuk mereka blog  panitia sekolah yang baru . 

Syukur alhamdulillah, dengan pengalaman dan pengetahuan berblog selama lebih kurang dua tahun, saya akhirnya dapat membuat satu blog untuk memasuki pertandingan ini..

Blog yang simple tapi saya pastikan padat pengisiannya dan sesuai untuk rujukan  pelajar-pelajar buakan sahaja untuk pelajar sekolah saya tetapi para pelajar satu Malaysia...

Kalau ada masa, tengoklah blog di bawah..

PANITIA GEOGRAFI

Kalau ada apa-apa pandangan untuk tujuan penambahbaikkan, dipersilakan..

Terima kasih kerana meluangkan masa...

Wassalam

Selasa, Mei 15, 2012

Setelah 25 Tahun...



Setelah 25 tahun baru  berjumpa...

 

Perjumpaan pertama setelah 25 tahun tidak pernah berjumpa setelah peperiksaan SPM di Sek Men Air Tawar, Kota Tinggi , Johor.

Anehnya, pertemuan diatur di Mc Donald, Melaka Mall di Melaka. Sedangkan  3 ornag dari kami menetap di Johor Bahru dan 2 orang lagi menetap di Kuala Lumpur.

Memang mengharukan dan banyak cerita yang dapat dikongsi bersama...

Semoga ikatan ini berkekalan dan tidak akan terputus lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...