Khamis, Disember 19, 2013

Dah ada cop HALAL..

Rasanya sebelum cuti sekolah dulu, kami, cikgu-cikgu bercerita tentang botol ini..

Dulu, ada status kat fb berkenaan  botol ni tidak halal.. Dah ramai cikgu-cikgu kat sekolah  saya membuat spaghetti menggunakan botol ini.. rasa cuak pulak baut makanan guna bahan tidak halal..

Sampaikan cikgu Mahani mahu memberikan anak-anaknya air zam-zam ..

Tapi hari itu, saya belilah di pasaraya berdekatan dengan rumah..Sudah ada label halal..


nampak kan??
 Tapi kalau was-was jugak belilah barangan buatan Malaysia...
sedap jugak...

Apa-apa pun terserah kepada kita kan?

wassalam...

Rabu, Disember 18, 2013

Adunan Kek sedia ada..

Bila asyik-asyik buat kek ni..terpikir pula kecerewetan membuatnya...

Mana nak menimbang-nimbang lagi..nak menyukat-nyukat lagi...lagi benci kalau sukatan guna "gm" atau gram... kalau guna cawan ke...guna sudu ke... kan senang..

Bila nak mula membuat kek ni, mulalah keluarkan alat menimbang.. sangat leceh...anak-anak mula kacau..nak keluarkan tepung , gula, serbuk itu..serbuk ini...banyak sangat..

Jadi, saya pun terpikir nak memudahkannya.. bukan tidak ada di bakery yang telah siap packing tepung ready made.. tapi rasanya agak kuranglah..

Kena packing sendiri..lain kali mudahlah nak buat..cuma ambil set lengkap kek mana yang nak dibuat..dan tambah barang yang tak boleh dibungkus.. mudah kan???

Macam gini...


Semua jenis tepung masukkan dalam plastik yang berlainan...dan tulislah nama kek..ni belum masukkan resepi lengkap lagi.. kalau rasa macam nak buat kek, ambil sahaj satu bekas tu dan cari barang lain seperti telur, minyak, susu dan lain2..

Tak perlu nak timbang-timbang lagi..

senang bukan?.. 

Buat banyak-banyak.. bila nak buat kek dekat kampung pun mudah.. tak perlu nak beli barang-barang kat kedai...

Saya buat pun bukan hendak dijual..untuk kegunaan keluarga sahaja..

cubalah...


Selasa, Disember 17, 2013

Kek minyak yang sedap

Bila cuti ni, semakin keraplah saya berjalan-jalan kat fb kekawan yang ada gambar kek-kek yang mudah..dah lama nak buat kek marble..tapi tak pernah terbuat-buat..

Kerap jugak dapat tengok status fb ayu Citarasa Rinduan yang sudah semakin aktif berjualan kek marble ni.. cantik-cantik dan berwarna warni kek-kek yang dibuatnya..

Tetiba adik ipar saya kat Melaka dah tayang kek marble minyak yang saya nak buat.. jeleslah pula..

Kena buat jugak.. dan hasilnya memang menakjubkan.. sangat sedap dimakan  dan lembut..


Tadaaa.... tengoklah betapa cantiknya kek ini...saya buat bergilir-gilir dengan anak perempuan saya yang ke 2..iqah...

Dialah yang rajin setakat ini menolong saya di dapur..
Lapisannya rapat-rapat sebab menggunakan sudu  sahaja..kalau menggunakan senduk memang lapisannya besar-besar..



Tengoklah..cantik kan?

Tapi bila dah bakar, tak nampak pulak atasnya... samar-samar sahaja.. mungkin terlebih bakar kot..

Resepinya saya dapat kat satu fb ni..namanya  Ucu Tipah..

 
KEK MINYAK

Bahan2nya
5 biji telur A
1/2 cwn gula castur
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak jagung - saya guna minyak masak saja
2cwn tepung gandum ayak bersama 1 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil vanila
warna ikut suka

Cara-caranya
Telur,gula dan  ovellete dipukul sampai kembang . masukkan susu pekat  dan  vanila dan pukul sebati  kemudian masukkan minyak pukul sebati . Perlahankan mixer masukkan t/gandum  dan pukul sebati 

Bahagikan tiga bahagian dan masukkan pewarna setiap bahagian
Sediakan loyang  dan sapukan majerin serta alas dgn kertas.Masukkan adunan tadi satu persatu secara selang sampai habis. Bakar suhu 150 api atas bawah selama 45 minit .





Maka, jadilah seperti ini.. naik dengan jayanya... lain kali nak buat lagi..boleh jamu kawan-kawan kat sekolah..

senang sangat..

Cubalah.. tak rugi pun...



Isnin, Disember 16, 2013

Kek coklat moist kukus yang tak jemu-jemu dimakan..

Kek ini ialah kek kegemaran anak-anak saya.. budak-budak memang suka dengan apa sahaja makanan yang ada coklat.. Jadi sebagai ibu sudah semestinyalah saya kena membuatnya..

Banyak sudah resepi yang telah saya cuba..habis semua blogger makanan saya redah dan mencuba resepi mereka..terlalu banyak resepi..

Tapi dalam banyak-banyak resepi, saya suka resepi kat SINI. Sesiapa hendak resepi, jalan-jalanlah kat blog yatie yea.. kalau saya share kat sini nanti dikatakan ciplak pulak..

Lagi satu, saya suka kek ini sebab kek ini perlu kukus sahaja.. tidak perlu dibakar walaupun boleh dibakar.. sebab saya tak suka menggunakan oven..

Resepi kek ini memang moist sesangat...

Kek coklat ni saya buat khas untuk dibawa balik ke asrama anak sulung saya kat Kuala Lumpur.. Bolehlah dijamu kepada kawan-kawan  dia.. 

Dulu saya pun pernah duduk di hostel jugak..so memanglah sukar untuk makan kek-kek sebegini..memang dihargailah kalau dapat makan..



Ni kek yang baru saya buat .. sebenarnya kecil saja kek ni tapi sebab saya rakam dekat-dekat dah nampak macam besar..  atasnya saya letak topping coklat dan lepas tu saya parutkan keju...
walahhh...sedap sangat...



Ni pula kek saya buat masa bulan 10 lalu..kek birthday anak ke 5 saya .. Pertama kali buat topping, meleleh habis.. anak-anak suka makan strawberry cicah coklat... memang sedap...

Cubalah yea...



Ahad, Disember 15, 2013

Kek Span Keju Bersalji yang mencengkam kalbu..

Sekarang memang popular kek ni.. mana-mana penjual kek dalam fb, asyik promot kek-kek sebegini...sampai meleleh air liur ni bila terpandangkan kek keju bersalji yang meleleh-leleh tu.

Bila dah cuti  sekolah ni, mula anak-anak merengek-rengek meminta dan menyuruh buat kek itu dan buat kek ini...sampai tak terkata nak jawab " mak mu ini tak pandai buat kek bagai.."

Kali ini saya nak juga buat kek meleleh ni..jadi atau tidak belakang kira.. Explore punya eksplore terjumpa resepi ini kat blog yatie Sinar Kehidupanku....saya rajin merujuk kat blog ini, dan Insya Allah memang menjadi kalau mengikut resepinya..


Tengok...menjadi kan??? Kalau yati buat vanila coklat..saya buat vanila pink...sebab masa tu saya tak ada coklat emulco...tapi memang menjadi..lembut sesangat selepas masuk dalam peti ais..then keluarkan kejap...baru makan..mak oiiii...sedapnya..


Ni pula bahan-bahan kek nya...
kena timbang betul-betul dan pastikan semua bahan ada barulah saya boleh membuatnya...kalau kurang satu bahan pun, mood saya dah lari dan memang tidak akan menjadi kek ini..

Kalau nak resepinya  salin kat bawah ni..tapi kalau boleh mintaklah izin kat yatie dulu...

KEK SPAN CHEESE BERSALJI

Bahan-bahanya,

150 gm tepung kek - tepung lain boleh juga
1 sudu kecil serbuk penaik - ayak dengan tepung kek
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak
perisa vanilla
pewarna merah

Cara-caranya ialah:

1.    Satukan gula , ovalette dan telur dalam mangkuk , pukul hingga pekat dan gebu.
2.    Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3.   Tuang minyak berselang seli dengan tepung yang diayak bersama baking powder ke dalam   
      adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati
4.   Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi 
      letak warna merah. Gaul sebati semuanya.
5.   Sediakan tin pembakar, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan 
      berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah.
6.  Bila dah masak keluarkan dari oven dan telungkupkan  kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit,
      bagi mengelakkan kek kita kempis..
7.   Biarkan kek benar-benar sejuk barulah di hias.


Untuk krim

1 kotak cream cheese ( 250gm)
1/2 cawan susu pekat manis - satukan kedua bahan dan putar sehingga tidak berketul-ketul)


Untuk topping

1/2 kotak kraft cheddar cheese ( parutkan )


Cara menghias:

1.      Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di 
         atasnya
2.      Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek
3.      Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
4.      Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam... lepas tu baru potong..




Nilah kek yang saya buat masa pertama kali buat dulu.. nipis pulak..sebab bahagian bawah kek bantat..x naiklah..tapi separuh lagi memang lembut macam kat secret resepi...tu kata adik ipar sayalah...

Bila saya tanya orang yang jaga kedai bakery, mungkin terlebih pukul telur agaknya... betul ke?..

Tak pelah.. yang pasti kek ini adalah pengalaman pertama saya... kek kat atas tu adalah kek yang ke 2 saya buat.. jadi kan?

cubalah... memang sedapppp..





Selasa, November 19, 2013

Pertama kali masak telur pindang...

Ini cerita dulu-dulu...

Masa tu saya menjadi ketua  di bahagian makanan untuk majlis Maulidur Rasul sekolah...Ada permintaan untuk membuat telur pindang.. Nasib baik ada cikgu yang pandai memasak telur pindang iaitu guru penolong Kurikulum, Tn Hj Hamid..

Bahan-bahan untuk memasaknya dicari dan disediakan oleh beliau.. Telur-telur pula didermakan oleh guru-guru juga...Adalah dalam 300 hingga 400 biji semuanya...

Kami bergotong royong memastikan telur tersebut dimasak dengan betul..

Jadi, kerjasama antara guru-guru dan para pelajar amatlah penting..

Pelajar perempuan  menolong memisahkan daun dari rerantingnya..

Pelajar lelaki pun tidak ketinggalan membantu memisahkan daun pokok senduduk..
Langkah pertama -  dasar periuk diletak pelbagai dedaun..berselang seli dengan telur..

Di selang seli macam gini...


Langkah terakhir - tutup dengan baki dedaun yang ada...Selepas tu masak dengan api yang sederhana selama 2 hari .( 1 hari 1 malam )...
Nasib baik, pihak kantin membantu menjaga api..kalau tidak adalah cikgu2 yang kena tidur sebelah tempat masak ini...

Dan 
akhirnya, jadilah telur pindang ini..


Inilah hasilnya..

Sebenarnya, kalau cukup dedaunnya mencukupi dan masa yang bertepatan, warna telur akan menjadi gelap..kata orang, kalau semakin gelap warnanya bermakna semakin sedap..

Tapi ..
Bukan semua orang suka memakan telur pindang ini...

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya ini...catatan yang sudah lama tersimpan dan pagi ini baru ada kelapangan untuk menggongsikannya kepada umum...

Maaf jika ada silap dan salah..








Isnin, November 11, 2013

Dah tua baru kenal..

Hari-hari masak gunakan asam keping.. kalau masak ikan ke, daging ke, ayam ke dan lain-lain masakan mesti masukkan asam keping...

Dahulu, emak tidaklah pernah mengajar masak gunakan asam keping..semuanya gunakan asam jawa...tapi sekarang dah malas nak beli asam jawa sebab malas nak cairkan asam jawa dan curahkan dalam asam pedas...memanglah tidak berapa sedap jika gunaasam keping tapi nak cepatkan....

Masa belajar di Kedah dulu selalu jugak makan buah asam jawa..dan memang ada dijual di kedai-kedai menjual buah-buahan..

Tapi asam keping?..

Tidak pernah melihat buahnya..asam keping ni sebenarnya berasal daripada buah asam gelugur..

Sabtu lepas barulah diperkenalkan buah ini..Rasanya saya memamng tidak pernah melihat pokok dan buah asam gelugur ditanam di Johor..memang jakun betul!


Inilah buah asam gelugur...

Bila saya tanya dengan En suami...rupa-rupanya dia dah tahu...kat kampungnya di Kelantan, katanya tapi ada di rumah orang lain...rumahnya tiada tanam pokok ini..


Gambar ni ditangkap semasa saya dan rakan-rakan guru berserta pelajar-pelajar sekolah saya segerombolan melawat Taman Herba Nasuha di Muar, Johor pada sabtu lepas..

Memang jakun kami dibuatnya...para pelajar lagilah jakun...

Apabila masa kami dibawa ke ladang herba, kami mengambil kesempatan mengambil beberapa buah asam gelugur yang jatuh untuk di bawa pulang.. Sebenarnya kami dilarang mengambil apa-apa buah tapi biasalah bukan sahaja pelajar degil...kami pun degil jugak...


Kalau buah ini gugur di bawah, buah ini akan pecah mengikut ruas-ruasnya..

Mengikut Puan Rohaya, isteri Tn Haji Nasuha pemilik taman herba itu, buah  ini kalau dikeringkan menjadi asam keping..asam keping yang hitam tu bermakna asam gelugur yang telah masak..kalau asam keping tu cantik aje warnanya dan berkeadaan cantik juga bermakna ia menggunakan asam gelugur yang kurang masak...Jadi asam keping yang gelap warnanya tu lebih masam daripada yang berwarna cerah... itu yang diberitahulah...

Lagi satu khasiat yang bagus sekali ialah asam keping  direbus dan diminum airnya boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita...itu juga yang diberitahu oleh Puan Rohaya...

Sebelum lupa..kami juga suka makan pucuk daun asam gelugur ini..pucuknya berwarna merah...semua guru berebut hendak merasanya..memang sedap kalau dibuat ulam...rasa masam-masa sikit macam pucuk buah kedondong...

emm, lama sungguh saya tidak menulis di sini.. tetiba rasa bersemangat pula mengongsi perhal ini....

Terima kasih sebab sudi membaca...

wassalam..





Ahad, Jun 02, 2013

Kentalnya wanita ini...



Terharu bila membaca luahan hati sahabat saya ini...Bacalah sendiri yea...

3 thn dulu, aku masih bergelar surirumah sepenuh masa..menguruskan rumah, anak2 sekolah dan 
suami..sekali sekala keluar bersama teman2, curi2 masa pegi aerobik, window shopping..balik rmh sambung keje rumah sampailah mata nk tutup..esok ulang lagi..Bila anak semakin membesar kebosanan mula menjengah, mulalah merengek kt incik somi nk buat sesuatu bg mengisi masa senggang..pernah cuba2 buat MLM tp ternyata bakat tk kesitu..rasa mcm nk keje jd salesgirl pun ada..tp semua abg tk bagi..hinggalah satu hari seorang rakan suami membuka peluang perniagaan melalui sistem franchise..bila dengar tu mcm tak percaya..buat endah tk endah je..sampailah incik suami btul2 maksudkan dan ingin mencuba..eh, ya ke ni?..bila nmpk kesungguhan incik somi menguruskan segalanya, takut2 berani terpaksa akur jg..selesai urusan semuanya, aku dihantar trainning 3 bulan bg mendalami selok belok dunia perniagaan..daripada sapu lantai, mop lantai, lap cermin, jd cashier, hinggalah kerja2 pengurusan perniagaan dgn paperwork yg bnyk..huhu..dgn umur yg dh nk senja baru terkial2 nk hafal semua benda..tenung skrin komputer sampai pening pinau bijik mata..bnyknya nk kena belajor! adoiiii..ada exam lg tu!..sib baik cikgu2 kt trainning centre dh mcm kwn2..dpt la tolong sikit masa exam hihi..nasib blh lepas....after trainning bermulalah rutin harian kt store sdiri..mula2 rasa mcm nk gostan je..tk konfiden langsung maklumlah jarang buat keje dgn pen..nk urus segalanya dlm satu masa..dlm hati, kalau tk btul2 blh tutup kedai aku ni..terasa beban yg terpaksa dipikul..pernah menangis tp diam2 je takut abg marah (nak keje sgt kan?) huhu..tekanan sana sini, sistem dh ada, kita just folow je tp tk blh tk buat nnti kena report kt HQ....hari demi hari gagahkan diri, masa kt rmh agak kurang tp incik somi tk marah blk lmbt, dia mkn nasi bungkus pun ok..tulah pengorbanan namanya..alah bisa tegal biasa..skrg boleh bernafas lega kerana rutin harian dpt diselesaikan dgn mudah dn boleh bahagi masa antara rumah dn kerja..skrg baru rasa kepuasan kerana dpt merasa hasil titik peluh sdiri dn dpt kongsi sikit rezeki dgn org2 yg tersyg..segalanya Allah dh atur dn kita sebagai hambanya sentiasa bersyukur atas rezeki yg telah ditetapkan..Tiada yg mustahil dlm hidup ini jika kita menginginkannya..Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Dah baca belum?...hayatilah...

Akhirnya... inilah kedainya...
7 eleven seksyen 17...

Akhirnya kan...berjaya juga wanita ini membuka franchise nie... Tahniah yea Pn Halina Hamzah..


Akhirnya dapat juga menggapai impian menjadi usahawan wanita yang berjaya...

Saya sebagai sahabat hanya tumbang gembira sahaj...Semoga akan lebih berjaya hendaknya...

Sabtu, Jun 01, 2013

Tapak Dialisis? Kena tanam ke?

Bulan lepas, saya sibuk sedikit sebab asyik berulang alik ke hospital Sultanah Aminah melawat emak saya yang ditahan di wad kerana  darah kurang... Doktor beritahu dia hairan kemana darah emak saya hilang!...
hilang?...saya lagi hairan...

Apabila dibuat teropong melalui mulut ke hidung...saya kurang pasti...doktor dapati tiada luka di dalam perut emak saya...jadi masuk air sahaja...

Semasa dalam wad, adalah jumpa doktor ni..nak ambik gambar doktor ni pun takut nanti kena saman pulak..  ambik gambar ni ajelah..

Tak sampai hati nak ambil gambar emak saya yang sedang sakit tu...gambar tangan sudah lah yea...

Nilah wad nya...mintak juga supaya mak saya dipindahkan ke wad 1 atau 2...tapi sebab tiada kekosongan, duduk sini ajelah...kasihan dengan pesakit kat depan mak saya ni...sebab en hubby saya cerita dia tetiba jatuh dari katil...tingggi tu... tak ada sesiapa yang bantu jadi en hubby sayalah yang tolong angkat...sempat dia bisik " sakit nak..."...hu hu hu  sedih tau...

Balik kepada cerita mak saya...

Pening bila doktor suruh emak saya buat tapak dialisis..Doktor perempuan cina tu cakap kena buat cepat takut kalau buah pinggang emak saya semakin lemah takut kena buat kat leher..Emmm keliru pula saya bila dengarnya...cuak pun ada...

Si doktor tu kasi pilihan sama ada pilih nak buat rawatan air ataupun darah..Rawatan air? pertama kali dengar jugak.. rupa-rupanya ada juga yea...kena beli mesin khas dan buat sendiri di rumah 4 kali sehari...cuci air dalam badan sebanyak 4 kali sehari...emmm, susah jugak nak buat keputusan...bukan tidak mampu nak beli mesin tersebut tetapi memikirkan boleh ke emak saya buat sendiri dengan matanya yang tidak nampak tu?...batal...

Terpaksa buat keputusan cuci darah atau dialisis..

Tetapi kena buat tapak..Tapak?...keliru lagi....

Terbayang diotak saya bagaimana adanya tapak di tangan emak saya...Tapak plastik untuk senang cucuk darah untuk rawatan dialisis...( minda orang tak tahu apa2 )

Rupa-rupanya, pembedahan buat tapak yang mengambil masa tak sampai sejam tu..bukannya pasang tapak tetapi menaikkan salur darah yang aktif ke bawah kulit supaya jarum cuci darah mudah mengalirkan darah bersih dan membuang darah kotor...

Macam2 yang didengar sehingga emak saya pun naik takut untuk buat pembedahan tersebut...

Sekarang tangan emak saya sudah ok...tidak dibalut lagi, jahitan pun sudah ditanggal..hanya menunggu hari isnin ini ada pemeriksaan lagi di HSA...dan mencari tempat untuk membuat dialisis...

Mudah-mudahan dipermudahkan selepas ini...


Jumaat, Mei 31, 2013

Kawasan Denggi pulak...

Panas...memang panas...Kawasan tempat tinggal saya merupakan salah satu kawasan yang paling panas kerana banyaknya tempat pembiakan nyamuk aedes..

Sekarang pun musim demam..kejap-kejap demam..lepas tu baik kejap...lepas tu demam semula...

Baru-baru ni jalan di belakang rumah saya sudah dipasang dengan banner-banner kecil daripada Pejabat kesihatan yang menyatakan kawasan perumahan belakang tu tempat denggi...

Mungkin terdapat penduduk di flat atau rumah belakang yang terkena gigit nyamuk berbelang ini hingga terkena penyakit denggi..

Natijahnya, petang hari tu rumah saya kena sembur  depan belakang sebanyak tiga kali...

ambil gambar buat kenangan..

Siap suruh dia masuk lagi parkir kat rumah...

Lepas tu rumah orang lain pulak...

Memang banyak nyamuk pun ...tak kira luar rumah ke atau dalam rumah....

Mudah-mudahan nyamuk ni akan berkurangan dan kami sekeluarga dijauhkan daripada penyakit bawaan nyamuk belang ini...

Teringat masa kecik-kecik dulu kat kampung...bila diberitahu ada penyemburan nyamuk ini, kami dikehendaki membuka semua pintu dan tingkap...tutup segala barangan yang perlu ditutup sebab semburan itu dilakukan sampai ke dalam rumah...

Tapi di bandar, ramai penghuni rumah tidak membenarkan pegawai yang menyembur ini masuk ke dalam rumah...malah ditutupnya pintu dan tingkap...manalah nyamuk kat dalam rumah boleh pening dan pengsan...
Nyamuk sekarang pun sudah pandai mencari tempat bersembunyi tau....

Apa-apa pun saya cuak juga kalau keluarga kami dijangkiti denggi...semoga dijauhkan...
Amin...





Selasa, Mei 28, 2013

Gara-gara suka makan makanan yang keras...

Bila umur sudah semakin meningkat ni, gigi pun dah mula meraggam..bukan sebab gigi rosak tapi sebab saraf...

 ni lah gara-gara suka benar makan atau meratah makanan-makanan yang keras ..memang saya penggemar kerepek dari kecil hingga lah umur macam sekarang...

Hari tu, tersangatlah sakitnya gigi saya ini sampai ke otak rasanya..bila pergi jumpa doktor gigi di klinik gigi berdekatan rumah saya, doktor hanya beri ubat gigi ini...


Aduh, ingatkan kasi ubat tahan sakit tapi dia kasi ubat gigi aje...

Payah nak terangkan mengenai sakit gigi yang saya hidapi ini...kata doktor saya perlu buat sarung gigi atau 'crown' gigi...ini disebabkan gigi saya sudah rata dan dekat dengan saraf gigi..sebab itu saya sentiasa sakit gigi...emmm...dah tua ni baru tahu ada sakit gigi macam gini..

'crown' gigi???


Tapi harganya terlampau mahal ...untuk sebatang gigi harganya lebih kurang RM400.00...doktor menyarankan supaya saya buat 4 gigi geraham saya... nantilah dulu...kalau  ada rezeki lebih, In shaa Allah saya akan meng'order' crown gigi ni..

Buat masa ini, saya terpaksalah tahan sahaja kesakitan ini...ikut nasihat doktor supaya tidak memakan  makanan yang keras, makanan yang terlalu manis, makanan yang mengandungi asam jawa atau asam keping dan pantang2 yang lain...

Tapi kadang-kadang tetap tak pantang jugak...padahnya, sakitlah gigi ini...dah haru pulak...

Wassalam...

Ahad, Mei 05, 2013

Koleksi jari-jari telunjuk di hari pilihanraya 2013

Hari ini, ramai yang post gambar jari-jari mereka yang telah dicalit dengan  dakwat biru yang menandakan mereka telah mengundi..

Sebelum tu saya nak cerita pengalaman mengundi hari ini, boleh pulak saya dan suami tersalah sekolah.. Dahulu pusat mengundi kami ialah SK Seri Perling, Johor Bahru..so kami pergilah ke sana...Rupa-rupanya kena mengundi di SMK Seri Perling... masuk saja pagar, mk oiii...ramainya orang...pergi waktu kemuncak memanglah...

Dalam hati dah berkata, berapa jamlah kena beratur ni???....

Tapi, nasib baik line 4 saya tu tak ramai...terus sahaja ke hadapan tak sampai 10 orang pun beratur...gembira sangat sebab dapat balik cepat...

Berbalik tentang koleksi jari ini...Lihatlah gambar-gambar jari mereka di bawah:-



Jari sahabat saya Lina Hamzah... manis sangat bila gambar yang diambil bersilang dengan gambar jari en hubby dia..

Gambar: Slesai tunaikan tanggungjawab...g menunaikan hajat perut plak...
 Jari Zul D'Warock, sahabat di Melaka

Gambar: Alhamdulillah.. dah mengundi. tersebar isu dakwat kekal yang tak kekal di Arau. setengah jam lagi nak basuh..
Jari Rozilah Mohd Rusdi, sahabat semasa  di UUM dahulu..

Gambar: sudahhhhhh
Ini dari wall sahabat saya Mohd Karim Jais, kawan sekelas tingkatan 6 di Kota Tinggi dulu

Ini jari sahabta saya, Afidah Adam yang mengundi petang tadi..

Ini jari si pelakon, pelawak, penyanyi dan lain2 lagi tu, Adhlin Shauki

Ini pula jari bekas guru di sekolah saya yang sudah berpindah ke key ell tu..


Jari bakal ibu, cikgu wan nursyamimi yang mengundi di Pahang.

Jari yang cantik ni milik cikgu Zaifah , cikgu SMK Taman Daya yang balik mengundi di Kota Bahru, Kelantan.

Ini sahajalah yang saya boleh paparkan , sebenarnya banyak lagi gambar gambar tapi banyak yang just friend sahaja...

jari saya????

malulah sebab gebu sangat..

Jumpa lagi 5 tahun lagi...

Khamis, April 18, 2013

Rokok elektronik jadi mainan budak sekolah...



Sedari tahun lepas lagi rokok elektonik ni sudah popular.   Orang cakap, rokok elektronik ni  membantu perokok tegar mengurangi ketagihan merokok..betul  ke?





Macam betul jugak…Seperti  en suami saya, saya dapati  hanya sekali sekali sahaja en suami saya merokok .  Tapi tabiat merokok menggunakan rokok elektroniknya  macam biasa aje..

Dari satu bentuk ke satu bentuk yang canggih, en suami saya beli…habis beratus-ratus jugalah duit tu.. macam membazir sahaja…

Itu cerita tentang en suami saya..

Baru-baru ini, saya terserempak sekumpulan pelajar yang menghisap rokok elektronik ni semasa mereka berjalan menuju ke sekolah..Kebetulan saya menggunakan jalan yang sama jadi saya Nampak dengan mata saya sendiri.. Saya hanyalah  membunyikan hon dan bergerak perlahan…saya lihat sekumpulan pelajar tersebut  berebut-rebut menyembunyikan rokok elektronik tersebut..

Cikgu sebelah petang pula membuat spot-check  kepada semua pelajar lelaki tingkatan 2. Ada pula pelajar yang tertangkap kerana membawa rokok elektronik.

Pelajar-pelajar sekarang pun sudah tahu menghisap rokok ini walaupun mahal harganya..

Wah...hebatkan para pelajar sekarang?

Walaubagaimanapun, rokok elektronik ini tetap rokok juga. maka, ia tetap barang larang ke sekolah dan  tetap akan dikenakan tindakan tegas juga..

rindu nak buat pemanis mulut ni lagi..

emmm sedapnya.





mcm dh lama tak buat...anak suruh
 buat tapi banyak sangat kekangan...
bilalah dapat buat lagi?



Rabu, April 17, 2013

Bila cikgu diugut...


Cerita 1
“Cikgu, macam mana nak buat bom?” Tanya seorang pelajar lelaki kepada seorang cikgu Sains.
“Kenapa awak nak buat bom?” pertanyaan pelajar tersebut dijawab dengan pertanyaan juga.
“Saya nak bom kereta cikgu Siti Mariam..” jawapan selamba pelajar tersebut..

Bagaimana perasaan anda bila mendengar cerita sebegini?..

Cerita 2
Cerita ni saya baca dalam twiter seorang pelajar perempuan tingkatan 4.  Hal ini terjadi bila mana saya menegur sekumpulan pelajar yang sedang bermain gitar di dalam kelas. Yang anehnya, pelajar yang bermain gitar tidak pulak memaki saya..tetapi pelajar yang mengelilinginya pula terasa yang amat..
Dalam twiternya ada menyebut macam gini…
“Budak2 bomba, esok jangan tolong kalau NAZA …. ( kereta saya) terbakar…”
Lepas tu ada pulak mereka nak bocorkan tayar kereta saya….

Bagaimana?

Cerita 3
“Cikgu Siti Mariam tu bergaduh dengan anak saya  kat fb” kata-kata seorang ibu kepada seorang kawan saya semasa  menunggu anak-anak di luar pagar sekolah kebangsaan.
“ Rumah saya mana ada internet, anak saya tak boleh bukak fb” sambung ibu tersebut…
Bila masa pulak saya bergaduh kat fb dgn pelajar ni pulak?...
Aduh!...susah betul lah ibu yang hanya mendengar sebelah pihak aje nie… saya pun tidak add pelajar tersebut…macam-macamlah !

Inilah sebahagian kehidupan saya sebagai guru…tegur pelajar salah…tak tegur lagilah salah…bila tegur jadilah perkara sebegini…

Isnin, April 08, 2013

Selamat Pengantin Baru Maria..

Semenjak dua menjak ini, saya tiada kesempatan untuk meng"up-date" blog ini... Maaf yea...
Terlampau sibuk sehingga blog ini pun hampir terbiar... Kalau ada entry pun, saya akan buat seringkas mungkin...

Cuti hari itu, kami sekeluarga pulang ke Kelantan untuk meraikan  majlis kesyukuran sempena  perkahwinan adik ipas saya, Maria..

Saya sebut majlis kesyukuran bukan majlis perkahwinan yea.. Masa saya di sana baru saya tahu bahawa majlis ini berbeza..

Kalau majlis kesyukuran, tiadalah salam kaut mengaut tu...pada majlis ini, tetamu tidak memberi duit kepada tuan rumah tetapi membawa barangan seperti susu dalam tin, gula dan lain-lain lagi.. Bagusnya di majlis ini, tuan rumah mendapat barang barangan dapur sementara pengantin mendapat banyak hadiah...Kalau di Kelantan ada penggilannya...tapi saya tak tahu mengejanya..takut salah eja, jadi maksud yang lain pulak...

Satu ekor lembu disembelih pada pagi majlis kesyukuran tersebut.. Selalunya kalau di Johor , sembelih lembu dilakukan pada sehari sebelum itu, rewang pada malamnya, esok pagi dah masak... tapi di sini, sembelihan dilakukan pada pukul 8 pagi hari yang sama..rewang masak pun pada hari yang sama jugak...

 Ini kaum perempuan yang sibuk memasak di luar rumah...kat belakang rumah...


 Ini pula yang sibuk di bahagian dapur...

Dalam sibuk-sibuk menyediakan juadah untuk hidangan makan tengah hari tu, masa ini jugalah pengantin disolekkan untuk diakad nikah di masjid yang berdekatan..

Bergambar dahulu sebelum diakad nikah...

Semasa akad nikah... pengantin lelaki orang Muar, Johor...samalah kita yea...

Lepas tu, macam biasalah...kena salam-salam, cium tangan, cium dahi dan lain-lain...

haaah.... ada karaoke lagi tau...

Makan-makan....dan makan- makan...

 Alamak gelapnya gambar...bukalah spek hitam tu....

Hahhh, barulah terang...

 adat renjis merenjis tidak boleh dilupakan... renjis bang jangn  tak renjis...

 Lepas tu makan beradab....

Dan...
alhamdulillah semuanya dah selamat...

Satin biru habis digunting,
Sehelai sepinggang tiadalah jua,
Pengantin baru canti bersanding,
Bagai pinang dibelah dua.....

Selamat Pengantin Baru Adik Iparku
Maria dan Fadzly..

Tidak ada harapan lain yang mesti dikatakan..
yang mesti cakap ialah...
Semoga bahagia ke anak cucu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...