Jumaat, April 29, 2011

Esok hari yang tenang...Insya Allah

Hari ini saya balik ke rumah dengan hati yang agak tenang sedikit...walaupun saya saya masih lagi membawa pulang fail Lembaga Pengawas untu kerja masa cuti saya nie, namun hati saya agak selesa..

Ini kerana kita akan bercuti selama 3 hari...Inilah masa untuk saya merehatkan minda saya daripada kerja-kerja di sekolah yang sememangnya tidak pernah habis..

Esok petang saya bertolak pulang ke rumah emak saya di Kota Tinggi kerana emak saya akan mengadakan kenduri arwah...Seperti biasa, saya dan adik beradik saya akan berkumpul bersama-sama di sana...Bila dah balik tu, saya kenalah bermalam juga...biasalah, sekali-sekala kan???

Hari Ahad, 1 hb Mei...

Saya bercadang ingin membawa anak-anak saya pergi menghirup udara laut di Tanjung Balau... tapi saya bukan berkelah cuma melihat keindahan ciptaan Allah sahaja....rasa tenang je...Insya Allah...

Hari isnin nanti baru saya balik semula ke Johor Bahru...bila sudah berkeluarga nie, saya jarang hendak meninggalkan rumah saya lama-lama....cepat rindu sangat....tak tahu kenapa tapi saya suka lepak di rumah....

Ini bermakna mulai esok petang , saya tak kan berblogging dan berfb...sebab kampung saya di Kota Tinggi tidak mendapat liputan ICT...tak taulah saya kerana kampung saya tu bukannya duduk di Hulu Tembeling macam di Pahang tu namun kalau nak bukak internet guna broadband masih lagi tak dapat terima...walhal saya menggunakan broadband celcom...Namun kata adik saya, kalau nak layari internet, kena pakai maxis, boleh pulak....

Okeylah semua, selamat berhujung minggu...dan semoga ceria selalu...

wassallam

Khamis, April 28, 2011

SANDWICH BOMBA...

Salam ceria..

Sejak dua menjak ini, saya agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang tidak pernah habis-habis...Sekarang saya sedang sibuk untuk memunggut kerja kursus Geografi para pelajar saya...selepas memunggut kesemuanya, saya sibuk pula untuk menanda buku skrap tersebut...

Memang minggu yang sibuk

Sebenarnya, setiap hari rabu adalah hari ko-kurikulum atau para pelajar saya suka menyebutnya sebagai hari koko....

Dan saya pula adalah antara guru penasihat Kadet Bomba...entahlah kenapa saya minat sangat kat kadet bomba ini.....

Di sini, saya ingin kongsikan tentang pengalaman saya mengendalikan aktiviti kadet bomba ini...

Kami telah mengadakan pertandingan membuat sandwich...Akan tetapi, ahli kadet bomba dikehendaki memasak dengan kreativiti masing-masing seolah-olah mereka sedang berada di dalam hutan @ camping..

Lihatlah gelagat pelajar-pelajar saya ini...

Dalam menyediakan sandwich bomba yang tersendiri...

Ahli kadet bomba berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan mula mencari kayu-kayu mati serta tempat memasak yang bersesuaian....

Aktiviti memasak bermula...ada pelajar yang memasak sardin.....ada yang memasak telur hancur...sampingan , ada yang memasak maggi ( tak termasuk dalam pertandingan...)

Seronok melihat dan memantau bagaimana mereka memasak dan menyediakan sandwich ini....kalau tengok mereka ini, teringat saya sewaktu kecil-kecil dahulu suka sangat bermain pondok-pondok di belakang rumah emak saya....

Kadang-kadang, saya memasak nasi dalam tin susu sahaja tapi tak ada lauklah....dahulu, saya agak susah jugak...nak beli roti pun tak mampu...

Sandwich dah siap!!!
Sekarang sudah dihidangkan.....dan cari pemenang pula....

Inilah antara pemenang-pemenangnya....setelah dipilih berdasarkan kekreativiti, kebersihan dan cara penyediaan...kami, guru-guru memilih 5 sandwich sahaja...

Akhirnya sandwich yang menang ialah sandwich yang dilapis dengan telur hancur dan laipsan keduanya pula ialah sardin...kira 2 dalam satu sandwich lah.....

Saya adalah merasa sedikit sandwich ahli-ahli bomba ini ( untuk jaga hati) tapi kebanyakan daripada mereka tidak membawa garam...jadi sandwich mereka rasa tawar.....

yang penting di sini, mereka sangat gembira dengan aktiviti ini...

Pernah tak makan kelapa sawit bakar....sedap tau tapi mulut akan menjadi oren...saya selalu bakar kelapa sawit nie....main pondok-pondoklah....

Isnin, April 25, 2011

UBAT TIDUR...

Ubat tidur atau pil tidur....sama aja kan

Ubat ini berfungsi menolong kita tidur bagi orang-orang yang mengalami kesukaran tidur....

Kadang-kadang ubat ini menolong jugak bagi orang yang berputus asa dan tidak mahu hidup...kalau kita makan banyak-banyak ( overdose ) boleh menidurkan seseorang itu sampai bila-bila ( kens bunuh diri..)

Sebenarnya saya tak pernah melihat bagaimana ubat tidur nie, mungkin lebih kurang macam di bawah agaknya.. dan saya pun tidak pernah menelan pil tidur ini....

Teringat kisah lama dulu, masa tu saya dan kawan-kawan yang tinggal bersama ibu bapa dikehendaki bermalam di asrama. Semasa itu telah diadakan program untuk pelajar-pelajar STPM.. Seperti biasa, walaupun kami bukan penghuni asrama tetapi kami terpaksa mengikuti peraturan asrama... Bila masuk solat subuh, saya lihat seorang kawan saya ni, bersembahyang jugak..

Yang bestnya, dia sembahyang asyik menguap-menguap sahaja....memanglah mengantuk kena sembahyang awal subuh tapi cara menguapnya berlainan pulak...lagi hairan bila dia sembahyang asyik menutup mata sahaja...seolah-olah sedang tidur..

Apabila saya tanya kenapa?..barulah saya ketahui bahawa itu adalah kesan daripada pemakanan ubat tidur...

Ini kisah saya pula, petang ini saya rasa macam telah memakan ubat tidur dua tiga biji...

Tersangatlah mengantuknya sehinggakan untuk berbual dengan kawan sebelah saya pun saya tidak larat hendak membuka mata...hanya ingin tidur sahaja

Tepat 2.30 petang, saya terus balik ke rumah...walaupun MIL saya ada di rumah namun saya terus masuk ke bilik dan melabuhkan kepada ke bantal...tak sampai 5 minit saya sudah terlelap...macam tidur mati lagaknya...bila saya sedar, mata saya masih mengantuk juga....mengantuk dan terus mengantuk...kenapalah macam gini?....

Saya usahakan juga bangun sebab tak elok dipandang MIL jika saya terus tidur...

Bila saya fikirkan semula, kenapa saya boleh jadi macam gini...barulah saya sedar...rupa-rupanya saya telah memakan makan di bawah ini....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

NASI LEMAK

Saya sendiri tak tahu kenapa saya allergik sangat dengan nasi lemak...

Kalau saya memakan nasi lemak di awal pagi, saya akan rasa mengantuk sangat sejam selepas itu...Jadi, seboleh-bolehnya saya akan cuba elakkan memakan nasi lemak sepanjang musim peperiksaan ...ini kerana saya pernah menjaga peperiksaan dalam keadaan tidur sambil berdiri... anehkan?

Dan peristiwa petang ini semakin membuktikan kepada saya bahawa nasi lemak memang punca saya akan mengantuk seperti saya menelan ubat tidur.....

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati lagi ...dan kalau boleh saya akan cuba elakkan daripada memakan nasi lemak atau saya elakkan terus....

Wassallam

Ahad, April 24, 2011

GELEMBUNG BUAYA.....

Pagi tadi, kira-kira pukul 10.30 MIL saya baru sampai dari Kelantan...Suami sayalah sibuk mengambil MIL saya tu...saya dan anak-anak awal-awal pagi mengemas rumah... dalam masa 3 jam mesti rumah sudah bersih....biasalahkan sekali-sekali MIL datang....kalam kabut jugak...

Semalam saya pulang lewat ke rumah sebab ada kursus kepimpinan di sekolah...Jadi tadi malam, saya tidur cepat sebab kepenatan...

Begitu juga dengan anak-anak sebab Adhwa dan Afiqah juga menyertai kursus berkenaan...dari pagi sampailah ke petang...Tapi diorang seronok dan suka sangat kerana dapat menyertai kursus itu...

Berbalik dengan kehadiran MIL saya dari Kelantan tu, dia memang tak lokek dengan cucu-cucunya di sini....MIL telah membawa oleh-oleh buah lai, buah mangga, keropok ( oleh2 wajib ), dan dua bungkus kuih...

Gelembung Buaya

Macam ginilah rupanya.....sedap jugaklah...ada rasa kelapa parut...

Inilah rupanya gelembung buaya..

Tak tau kenapa dipanggil gelembung buaya...mungkin ada ceritanya yang tersendiri...hanya orang kelantan sahaja yang mengetahuinya....Mungkin saya kena tanya Kalam Hati sebab selalunya dia tahu bab-bab makanan yang aneh ini....

Tapi yang pasti, anak-anak saya suka memakannya......tapi manis sangatlah....saya tak tahan manis!..

Wassallam

Jumaat, April 22, 2011

SELAMAT HARI BUMI..

Hari ini adalah Hari Bumi

Saya pun hampir lupa bahawa hari ini adalah hari bumi... nasib baiklah saya melihat iklan di TV9 berkenaan hari bumi ini..

Sebagai seorang guru geografi, saya memang minat dengan hal-hal yang berkaitan dengan bumi. Lebih-lebih lagi bila saya sedar bahawa bumi kita sudah semakin uzur ( berjuta-juta tahun umurnya..) dan terlalu banyak pencemaran.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyambut hari bumi dan menyokong segala bentuk program yang dianjurkan oleh kerajaan atau swasta bagi memastikan bumi kita terpelihara...

Sebenarnya hari Bumi disambut setiap 22 April setiap tahun adalah khusus untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada khazanah alam yang semakin pupus, disebabkan peningkatan jumlah manusia, keperluan untuk pembangunan serta ketiadaan pemuliharaan yang tersusun.

Sebenarnya banyak cara kita boleh sambut dan menyokong program ini

Salah satunya kita sokonglah kempen alam sekitar seperti program kitar semula.

Kitar semulalah barang-barang yang boleh dikitar semula seperti akbar lama, botol plastik, botol kaca, tin minuman dan sebagainya. Dengan car ini , anda telah menyokong hari bumi tanpa anda sedari.

Selain itu juga saya pernah membuat entry tentang sisa minyak masak yang boleh digunakan untuk sumber alternatif lain..sila klik SINI

Selain itu, sisa-sisa makanan seperti sayur-sayuran boleh juga dikitar semula....kita boleh jadikan baja kompos. Baja kompos ini merupakan baja semulajadi 100%. tidak langsing menggunakan bahan kimia..

Seperti gambar di bawah ini...

Beberapa tahun lepas, saya melalui Persatuan Geografi dan Alam Sekitar telah mencuba membuat baja kompos. Cara pembuatannya kena banyak bersabar terutama sekali bab bau dia ( sangat tak tahan ). Ini kerana terdapat campuran sisa sayur-sayuran, rumput, daun-daun, dan najis haiwan ( kami gunakan najis gajah yang diperoleh dari zoo johor )..

Ini adalah baja selamat...

Selain itu ada banyak lagi cara kita hendak menyelamatkan bumi daripada terus musnah..

Tanamlah pokok-pokok di sekeliling kita agar dapat menghijaukan bumi... secara tidak langsung dapat menyedarhanakan suhu bumi..

Elakkan menggunakan penyembur ubat nyamuk kerana penyembur tersebut mempunyai bahan kimia ( kloroflorokarbon ) yang boleh menipiskan lapisan ozon...

Sebenarnya banyak cara kita boleh menyokong program-program kesedaran ini...yang penting diri kita sendiri. sama ada mahu atau tidak..

Marilah kita bersama-sama menyambut hari bumi...

Wassallam

Khamis, April 21, 2011

Hati-Hati dengan makanan Sekarang..

Bagi sesiapa yang suka milo dan sardin , sila baca entry ini...saya peroleh daripada fb...

Ceritanya..... macam di bawah nie..

Pernah satu jabatan kerajaan tu membuat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yang di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalauanda bau kuah sardin tu hanyir dan lagi satu sedap kan …nak tahu apa resepinya…kalau tak percaya terpulang lah…..tau kenapa orang cina suka makan katak??? jadi agak2 andan dapat tak jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tu... ..Katanya lagi.. sardin jenama apa??? ..yang paling mahal dan glamer…’

AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…

Saya tak berapa suka dengan sardin cap ayam nie...selalunya saya beli sardin yang murah sikit...saya pun dah lupa brand apa....tapi murahlah sikit....Agak-agaknya dimasukkan apalah pulak tu....

Lagi satu, satu serbuan telah dilakukan di kilang membuat makan yang ternama jugak... anda tau apa yang dijumpai.....Agak2 anda pernah tak rasa daging cacing???? mesti anda selalu minum milo jkan....yea...daging cacing telah dicampur dalam serbuk milo...kalau ada bau hanyir itulah dia... kalau nak confirm lagi katanya... campurkan milo dengan gula sahaja lepas tu tengok ada tak minyak atau lemak kat milo tu.... kalau ada, memang confirm...

Ini perkara baru yang pernah saya dengar....anak-anak saya memang suka sesangatt dengan milo...kalau makan di luar, memang order atau menu wajib bagi mereka...kadang-kadang saya beli milo peket besar pun tak sampai hujung bulan dah habis...anak-anak saya memang suka meratah milo gitu-gitu aje....tapi lepas ni mesti saya bagitau diorang hal ni....

Dan saya juga tertarik dengan panduan untuk kita jika kita ingin membeli makanan di pasaraya...Carilah kod E110...Jika ada kod tersebut dalam makan tersebut, jangan beli sebab ada lemak khinzir.....

Saya pernah diagihkan dengan sehelai kertas yang penuh dengan kod-kod yang tidak halal...memang banyak kod....Kadang2 kita berfikir, kalau dah memang haram, kenapalah mereka hendak masukkan benda tu dalam makanan....

Nak tau cerita selanjutnya sila klik SINI

Selasa, April 19, 2011

Aku Rasa Berdosa ....

Untuk entry kali ini , saya terpaksa menggunakan kata ganti nama diri 'aku' untuk menggantikan penggunaan kata ganti nama diri pertama saya selama ini..( macam ajar tatabahasa sahaja...)

*******************************************************

AKU RASA BERDOSA ...

Aku rasa berdosa..

jika aku membiarkan pelajarku membuat kesalahan demi kesalahan

Kesalahan yang tak sepatutnya diulangi...

Aku rasa berdosa ...

jika aku tidak menegur pelajar-pelajarku yang bertudung pendek.

pendek sehingga menampakkan kegebuan leher dan jaluran rerambut yang tergedik-gedik keluar..

membiarkan mereka dari terus berdosa...

Aku rasa berdosa...

jika aku hanya melihat pelajar-pelajar kesayanganku itu hanyut dalam mengejar arus kemodenan,

sibuk mengejar bayangan yang tidak pasti

sehinggakan sanggup melupakan nasihat ibu bapa yang mendayu-dayu inginkan mereka belajar bersungguh-sungguh...

Aku akan rasa lebih berdosa...

Jika aku terus membiarkan pelajar-pelajarku bercinta sebelum waktunya

Membiarkan mereka terus hanyut dengan impian dan angan-angan yang tercipta hasil ungkapan-ungkapan yang belum pasti..

Aku akan rasa lebih berdosa ...

Jika aku membiarkan pelajar-pelajar perempuanku memakai pakaian yang ketat..

< div="">

<>

membiarkan kemontokan tubuh mereka mengiurkan pandangan mata-mata yang liar

mata-mata yang rakus memamah setiap inci tubuh mereka

seterusnya membuka sedikit pintu Jahanam

********************************************

Sebenarnya, hari ini saya terasa kurang senang dengan pemakaian baju sekolah oleh pelajar-pelajar saya, kadang-kadang saya ingin menutup mata sahaja dan tidak mengendahkan mereka...namun saya rasa berdosa jika saya tidak mengambil tindakan apa-apa...

Mungkin berbelas tahun saya menjadi guru disiplin, jadi saya terasa dengan situasi ini....

Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi...

Fikirkanlah...

Ahad, April 17, 2011

Anugerah Allah semuanya cantik!

Semalam, di sekolah saya telah berlangsung majlis sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Sejak dua menjak nie saya terpaksa menggunakan gambar yang dipinjam dengan en. google..Ini disebabkan "card reader" saya telah menghilangkan diri ...jadi saya menghadapi masalah untuk meng"upload" gambar ke komputer saya...

Tak apalah...asalkan apa yang ingin saya kongsikan terlaksana, kira okeylah tu yea...terima kasih kepada en . google kerana meminjamkan gambar-gambar ini...

Berbalik kepada majlis tersebut, sekolah telah mengorbankan seekor kerbau untuk dijamu kepada pelajar-pelajar sekolah...ramai telah memuji keenakan daging kerbau tersebut hinggakan nasi yang dihidangkan cepat habis....Malangnya, saya tidak memakan daging kerbau...tak taulah kenapa tapi tekak saya tetap tak boleh terima....

Sebenarnya saya nak berkongsi tentang anugerah Tuhan yang diberikan kepada semua manusia iaitu ....

II
II
II
II
II
II
II

wajah kita...

Walaupun wajah kita berbeza-beza namun Allah telah menganugerahkan sepasang mata, hidung dan mulut yang sempurna...jadi manusia itu mempunyai kecantikan yang tersendiri...Kadang-kadang Allah bagi bonus kat wajah kita dengan menganugerahkan lesung pipit dan tahi lalat yang memikat...bukankah itu cantik?...

Semalam juga saya lihat ramai pelajar perempuan seperti berlumba-lumba untuk mempertontonkan gaya masing-masing dengan gayaan baju serta tudung yang cantik-cantik mengalahkan guru-guru perempuan..

Tapi saya tetap bersyukur mereka masih lagi menutup aurat...

Ramai pelajar perempuan yang bersoleh sakan...malah anak saya juga begitu....siap memakai maskara lagi...lentik sahaja bulu matanya...Begitu juga dengan pelajar-pelajar perempuan yang lain...masing-masing bersolek sakan...ada yang memakai bulu mata palsu lagi....

Macam bulu mata palsu dibawah nie....Tapi yang diorang pakai bulu mata palsu berwarna hitam..dan cikgu pun tak cam sama ada bulu mata tu palsu atau betul...

Jangan sampai jadi macam artis Amyza Adnan ,yang terpaksa ditahan di wad kerana matanya bernanah disebabkan jangkitan kuman kesan daripada penggunaan gam untuk memakai bulu mata palsu.....

Ada juga yang lebih teruja...dek kerana mata yang dianugerahkan kurang terserlah maka, mereka memakai kanta lekap atau contact lens

Macam mata kat bawah nie...

Kami, guru-guru hanya dapat melihat dan menegur ala kadar sahaja...mungkin ini memang keterampilan mereka ketika diluar sekolah atau ini memang dah trend pelajar sekarang kot...

Apa-apa pun, mereka masih lagi bersopan dan menghormati majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah....

Jumaat, April 15, 2011

Klorox untuk bersihkan hati yang telah hitam!!

Betul ke hati yang telah bertahun-tahun penuh dengan kehitaman boleh dibersihkan dengan hanya mencurah klorox ( pemutih kain )??? biar betul.......

Tertarik dengan al-kuliyah di TV3 jam 5.00 petang tadi tentang "asal buruk jadi baik"

Kita boleh gunakan klorox untuk memutihkan hati yang telah mempunyai noda-noda hitam..Kata penceramah jemputannya ( tak sempat nak ambil nama ustaz tersebut ), seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa..

Itulah kata-kata simbolik dari ustaz tersebut untuk menarik minat penonton supaya seronok mendengar ceramah agama...

Klorox di sini adalah perbuatan-perbuatan yang baik seperti bersembahyang, berpuasa, beramal soleh, bersedekah , berzikir dan lain-lain lagi perbuatan yang mendekatkan diri dengan Allah...Klorox inilah yang akan dituangkan ke dalam hati yang hitam dan sekali gus membersihkannya sehingga hati tersebut menjadi putih..

Saya juga tertarik dengan isu tarian poco-poco..

Tarian poco-poco telah diharamkan kerana mempunyai rentak-rentak tarian agama kristian, namun sebenarnya kita sebagai umat islam masih boleh mencipta tarian poco-poco yang berbentuk keislaman yang boleh dipraktiskan untuk ditarikan...betul kan???

Saya juga tertarik dengan statement tentang yoga..sebagaimana yang kita ketahui bahawa senaman yoga itu memanglah sungguh berkesan dalam menenangkan fikiran, emosi dan fizikal kita..namun disebabkan yoga itu mempunyai unsur-unsur agama Hindu, jadi umat islam dilarang mengamalkannya...Namun kita boleh menggantikan senanam tersebut dengan yoga cara islam iaitu dengan bertaffakur atau mengingati Allah ( berzikir dalam hati )...menarik bukan?? selain bersenam kita juga akan mendapat pahala lagi....

Sesekali mendengar ceramah agama pun seronok jugak...banyak pengetahuan yang boleh kita peroleh... dan sememangnya kita ini memang insan yang kerdil yang masih lagi mempunyai banyak lubang-lubang yang kosong ( kurang ilmu akhirat ) yang belum dipenuhi...

Khamis, April 14, 2011

Heabtyna Oatk Ktia!!!!

Oatk ktia mmapu membca apa sjaa aayt wlaauupn eajanyna baynk ynag sliap.
Dnegan sayart hruuf petrama dan treakihr breada pdaa temapt ynag beutl...
Membcaa hruuf dmei hruuf tetpai sebrais aayt selakigus..
Heabtkan???

Haramkah rezeki dia tu??

Saya tak terfikirlah yang saya terkena kali ini...

Sejak saya gunakan streamyx nie, macam-macam hal yang berlaku....

Mula-mula CPU tak ada power...kenapalah CPU ni tak ada power...letih memikirkannya sampai saya menggunakan kabel periuk nasi saya untuk menyambungkannya namun tetap tak ada power jugak...Mintak tolong kawan husband tolong baikinya....syukur alhamdulillah akhirnya baik jugak..

Tak lama selepas tu monitor pulak buat hal.... kejap ada gambar, kejap hilang gambar kat skrin tu....geram...geram...Call kawan husband minta tolong baiki tapi tak angkat-angkat talipon sampai la nie...terpaksa guna khidmat suami kawan kat sekolah pulak...

Kali ke dua bawa untuk dibaiki, dah rumah nie tak ada komputer... tinggal lappy aje...dua minggu nie, asyik berebut-rebut dengan anak-anak...ikut turn kalau nak guna internet...

Malang lagi menimpa, bila lappy tak boleh guna internet, wireless tak berfungsi....ingat telekom potong line, tapi bila rujuk telekom tak ada apa-apa berlaku...call 100 buat aduan kerosakan...esoknya datang dua orang budak nak baiki internet....tengok apa yang patut...check sana check sini...dah okey....saya pun suka hati sebab dapat guna internet semula...tanya berapa caj...budak tu cakap RM40.....saya bayar aje...

Lepas budak tu balik, malamnya cuba test tapi masih tak boleh jugak guna internet so terus call budak tu lagi suruh baiki...

dua hari kemudian , budak tu datang...check lebih detail sampai tukar sana tukar sini...kata line talipon ada masalah pendawaian...dan macam-macam lagi alasan yang saya sendiri hanya boleh anggukkan sebab saya tak pandai bab-bab pendawaian ini...Akhirnya, berjaya juga selesaikan masalah...alhamdulillah...sebelum balik, tanya lagi berapa caj? RM40 jugak...campur-campur dah kena bayar RM80...tapi tak apalah sebab macam tak boleh hidup kalau tak ada internet...

Semalam komputer saya berjaya dibaiki dan dihantar ke rumah...alhamdulillah, anak-anak pun gembira sebab tak perlu berkongsi dan berebut komputer lagi...Bila cerita-cerita bab internet masa tengah pasang komputer tu baru saya disedarkan oleh suami kawan saya tu bahawa saya tak perlu bayar kepada sub-kontruktor Telekom tu kalau saya membuat aduan di talian 100...????

Cehhh! habis duit saya kena pow dengan budak tu ...RM80 tau....kalau kasi derma untuk buat majlis maulidur rasul sekolah kan lebih baik!...senang-senang saja saya ken tipu....dah tentu budak tu dapat claim lain lagi dengan pihak telekom...melampau betul......

Dalam hati nak aje saya haramkan rezeki budak tu.....tapi memikirkan budak melayu beragama islam pulak, tak sampai hati pulak...

Biarlah dia .....

Dalam hati , haramkah rezeki dia tu????

Selasa, April 12, 2011

Nak salahkan Siapa???

Nak salahkan siapa kalau cikgu disiplin ditumbuk pelajar sampai retak tulang hidung ??

Ini berlaku di negeri perlis, apabila seorang guru disiplin perempuan cuba meleraikan pelajar yang sedang bergaduh dan diarahkan mereka ke bilik disiplin...Baru tingkatan 2 dah pandai menumbuk cikgu...perempuan pulak tu...

Nak salahkan siapa kalau cermin tingkap kereta cikgu dipecahkan ??

Hal ini berlaku di sekolah lama saya yang mana pelajar telah membaling seketul batu bata dan telah memecahkan cermin tingkap cikgu lelaki tersebut..

Nak salah kan siapa kalau tayar kereta cikgu dipancitkan??

Ini memang fenomena biasa yang selalu dilalui oleh seorang cikgu yang mempunyai kenderaan...

Nak salah siapa kalau rumah cikgu di bakar??

Hal ini berlaku beberapa tahun yang lepas, dimana rumah cikgu tersebut dibakar oleh pelajar-pelajar bermasalah setelah cikgu berkenaan merujuk hal mereka kepada pihak atasan...

Nak salahkan siapa apabila sekolah di bakar???

hal ini berlaku di sekolah-sekolah berjiranan dengan sekolah saya...Habis separuh bilik guru terbakar dek kerana dendam pelajar kepada sekolah..begitu juga dengan sekolah lagi satu tu dibakar walhal, dewannya baru sahaja dibina...

Nak salahkan siapa kalau selepas sekolah pelajar tidak bekerja???

Nak salahkan siapa kalau pelajar menjadi perompak terkenal??

Nak salahkan siapa kalau akhirnya ada pelajar yang menembak guru???

Rasa cuak untuk menghadapi cabaran-cabaran di hari esok..

Dan sesungguhnya, saya berharap bagi bakal-bakal guru, janganlah putus asa untuk menjadi seorang guru....

Janganlah tujuan untuk menjadi guru hanyalah untuk kepentingan diri sendiri...hendak mencari gaji lumayan, nak hidup mewah....akhirnya akan lahir pelajar-pelajar seperti di atas....

*********************

Salam Takziah kepada CITARASA RINDUAN kerana kehilangan bapa mertua beliau yang sangat disayangi.. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman..

Al-Fatihah

Ahad, April 10, 2011

Selamat Hari lahir...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....HAPPPY BIRTHDAY TO YOU....HAPPY BIRTHDAY TOOOO YOUUUU.......HAPPY BIRTHDAY TO YAU... ( nyanyi )

Semalam saya tak dapat buat entry baru sebab hari sabtu, saya bersekolah ganti. Pada petangnya saya sibuk mengemas baju nak balik rumah emak saya keran adik bongsu saya, Shima ada buat makan-makan di rumah..Jadi inilah masanya untuk saya berkumpul adik beradik..

Sebenarnya, semalam adalah hari lahir adik perempuan saya ...dan kebetulan pula hari ini, 10hb april pula adalah hari lahir suami saya...Jadi saya berkongsilah dengan adik saya untuk meraikan sambutan hari lahir ini...

Yang gembiranya ialah adik saya sebab adik yang ke 5 buat kek untuknya..yealah adik saya yang bongsu ni belum kahwin....sementara suami saya pula tak adalah resepsi memotong kek.. dah berumur......

Selamat hari lahir shima, saya sebagai kakak hanya mampu mendoakan agar shima beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat...semoga panjang umur, adikku...

Buat suamiku, selamat hari lahir.. harapan saya...emmmm (maaf, tak boleh kongsi kat sini...)

begitu juga dengan anak perempuan saya, Nurul Afiqah yang telah menyambut hari lahir pada 22hb Mac yang lalu....selalunya saya buat majlis potong kek bersama-sama dengan ayahnya....Semoga iqa beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat juga....rajin2lah belajar yea...

bercakap tentang majlis hari lahir ini, ingin saya berkongsi sedikit mengenai sambutan hari lahir menurut agama islam....

Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

Maaflah tak dapat masukkan gambar dlm kamera ....cuma boleh pinjam kat google aje...

Jumaat, April 08, 2011

Menyelerakan tapi...

Hari nie entah kenapa mata saya tetiba tertumpu pada sebuah buku di library sekolah..terus sahaja saya pinjam...

Info nya mengenai makanan...tapi bukan resepi....

Dahulu, kalau ikut pemahaman saya mengenai diet, kita digalakkan memakan makan yang dipanggang atau direbus...betul tak???

Tapi kalau nak tahu, makanan yang dipanggang atau dibakar seperti sate, ikan bakar, ayam bakar, udang bakar......emmmm sedapnya ( terliur pulak.) sebenarnya merupakan salah satu penyebab...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

KANSER!!!!

Dan jika anda membakar ikan sehingga hangus tapi tak dibuang malah dimakan ( takut membazir ) akan menggalakkan pengeluaran zat karsinogenik iaitu zat penyebab kanser...

Kalau bercakap tentang kanser...semua orang takut membincangkanya...penyakit yang paling ditakuti oleh ramai orang kerana penyakit ini boleh membawa maut..

Jadi, kita cegahlah...tapi kadang-kadang kita hendak juga makan makanan yang dibakar kan???

Ikut tip ini.....

* Jangan panggang di bawah api yang baru menyala dan berasap..

*Kalau boleh gunakanlah pemanggang elektrik atau pemanggang gas supaya tidak ada lemak yang menitis pada bara api atau api yang tengah pijar... sebab ia kan menmbentuk zat penyebab kanser...

* Gunakan alas pemanggang jika memanggang terus pada api...guna daun pisang...

*Jangan makan makanan yang telah hangus...buangkan bahagian yang hangus atau hitam

*Jangan panggang daging yang telah diawet dengan garam...,p>

*Jangan guna minyak yang berulang-ulang..

" Lebih baik mencegah daripada mengubati"

Khamis, April 07, 2011

Ehhh! Nak ikut Sape nie???

Nak kongsikan satu cerita yang dipetik dari majalah Iskandariah Mesir "Manar Islam". dan sebenar-benarnya cerita ini saya peroleh daripada Mimbar Raudatul Jannah sekolah saya.

Manusia : Hari ini nak pakai apa ye?
Malaikat : Pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, tak de style langsung, nampak kampung!!!!

Manusia : Azan sudah kedengaran...
Malaikat : Bersegeralah menunaikan kewajiban.
Syaitan : Ehh, panaslah, tak de style langsung, nampak kampung!!!!

Manusia : Eh, eh...tak boleh tengok ni, berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu..
Syaitan : Perggghh...best tu...rugi kalau tak tengok ni...

Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia.....
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah...

Manusia : Elok aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Nasihat-nasihatlah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri fikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah... pandai-pandailah

Manusia : aku telah berdosa
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun....
Syaitan : Tangguhlah dulu...lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugilah...

*******************************************

Lihatlah, apa sahaja kebaikan yang kita hendak lakukan , tetap cuba dihalang oleh syaitan...Syaitan ada di mana-mana....Hanya kita sahaja yang dapat menentangnya...iaitu dengan percayakan ALLAH dan beriman kepadaNya...

KAKI BANGKANG?

Hari ini , saya nak bincangkan tentang masalah kaki bangkang dalam kalangan pelajar..

Pengalaman saya sebagai seorang guru disiplin, kaki bangkang ini biasanya dikaitkan dengan pelajar yang suka melawan cakap guru. Pelajar sebegini seolah-olah tidak bersetuju dengan apa-apa sahaja yang dilakukan di dalam bilik darjah.

Biasanya, guru akan menghadapi masalah dan tekanan yang hebat untuk menangani masalah tingkah laku pelajar seperti ini hingga guru berasa rimas dan kurang senang untuk melangkah masuk ke kelas yang terdapat pelajar seperti ini.

Selalunya, pelajar yang mempunyai sikap kaki bangkang ini mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:-

a) sentiasa mencari helah untuk melepaskan diri daripada menjalankan sesuatu tugas yang diberi.

b) membangkang peraturan yang ditetapkan oleh guru dengan alasan bahawa peraturan tersebut tidak adil.

c) Membangkang jadual tugas atau rutin yang telah ditetapkan.

d) membangkang apabila guru tidak mahu menerima alasannya yang tidak kukuh.

Jadi kita sebagai guru memanglah sangat geram dengan pelajar yang mempunyai sikap sebegini...Kadang-kadang tu rasa nak naik sahaja tangan kita ini ke muka mereka...

Jadi, kita ( guru atau bukan guru ) cuba bertenang...cuba kenalpasti punca-punca sebenar mengapa mereka berbuat demikian...

kadang-kadang mereka perlukan perhatian daripad kita.

kadang-kadang mereka sebenarnya ingin lari dari masalah atau kekecewaan..

kadang-kadang mungkin mereka terlalu letih, jadual terlampau padat, lapar, atau mahu ke tanda segera...

selain itu juga, kadang-kadang pelajar menjadi kaki bangkang ini disebabkan terlalu ingin mencapai kejayaan..

Jadi bila menghadapi pelajar yang sebegini, kita tidak haru bertindak dengan menunjukkan emosi anda atau anda menganggap bahawa pelajar berbuat demikian kerana mempunyai masalah peribadi...

Kita juga tidak sepatutnya menghukum pelajar berkenaan atau menguggut untuk memberitahu masalah ini kepada ibu bapanya. Dan lebih rumit lagi jika anda mengatakan kepada pelajar berkenaan bahhawa dia akan gagal dalam pelajarnya...

Ketahuilah bahawa doa kita seperti doa seorang ibu kepada anaknya.....

Rabu, April 06, 2011

PENDENGKI???

Dari Anas sesungguhya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"DENGKI ITU MEMAKAN KEBAJIKAN SEBAGAIMANA API MEMBAKAR KAYU."

Hadis Riwayat Al-Imam Ibnu Majah

"Hairan betul dengan si Jamilah tu, kenapalah dengki sangat dengan di Alif. Apa yang Aliff buat semuanya dia kata tak betul dan tak kena di mata dia. Kalau Aliff kena puji dengan bos mesti dia kutuk kat belakang. Satu ofis ni tau si Jamilah tu memang dengki dekat si Aliff tu..Kesian tengok dia, asyik kena kutuk je dengan Jamilah."

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

Pernahkah anda berperasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat, lalu disertai dengan niat yang buruk terhadap seseorang?

Kalau ada perasaan sedemikian, anda adalah salah seorang pendengki tersebut!

Dalam dunia hari ini sifat dengki atau iri hati merupakan asam garam kehidupan..tanpa asam garam ini macam tawar sahaja dunia ini...betul ke?

Sebenarnya sifat pendengki ini banyak memberikan keburukan kepada sesebuah oraganisasi..tak kiralah jika kita bekerja di mana sahaja...sekolah ke, pejabat ke, pasar raya ke, dunia blogger ke, mana-manalah....akan merugikan.

Apa pandangan rakan sekeliling, apabila mereka mengetahui yang kita ni mempunyai sikap pendengki???

Adakah mereka masih hendak menghampiri kita?, berbuat baik dengan kita? berkongsi makan dengan kita?

Semestinya kita akan dipulaukan!

Bagaimanakah pula dengan balasan daripada Allah?

Anda berfikiran waras, anda jawablah.....

******************************
Entry ini saya rumuskan daripada buku yang saya baca iaitu " Watak-watak Dalam Organisasi"hasil nukilan kawan saya sendiri. Sila klik di SINI untuk info lanjut...

Isnin, April 04, 2011

Pantun untuk pengawas...

Pagi tadi sekolah saya ada mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas bagi tahun 2011. Alhamdulillah, berjalan lancar. Tetapi majlis pelantikan pengawas sesi petang terpaksa ditangguhkan kerana beberapa halangan yang tidak dapat diterangkan di sini.

Walaupun demikian, majlis ini masih ada kekurangannya. mungkin kerana kurang persediaan dan latihan yang secukupnya..

Cuma saya berharap agar pengawas 2011 ini akan cemerlang, gemilang dan terbilang..

Untuk itu, saya telah mereka beberapa pantun dua kerat untuk Lembaga Pengawas sekolah saya.

PECAH KACA PECAH GELAS,

BANYAK TUGAS PERLU DIGALAS.

KALAU TUAN PERGI KE JAWA,

JADILAH PENGAWAS YANG BERWIBAWA.

KALAU ADA SUMUR DI LADANG,

SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN PERLULAH BERBINCANG.

TERBANG TINGGI SI BURUNG HELANG,

LEMBAGA PENGAWAS 2011 TERUS CEMERLANG.

<

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2011

TAJUK KAJIAN

Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor.

SENARAI KANDUNGAN

-Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib,

PENGHARGAAN

< font=""><>

Bersyukur ke hadrat illahi denga limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga mentiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada __________, pengetua sekolah menengah___________ dan puan atau tuan____________ selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3________ yang banyak member bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ayah_____________, ibu__________ ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan – rakan perjuangan yang lain iaitu _________, __________, _________, dan _________ kerana banyak memberi kerjasama dengan kongsi pengetahuan.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita. “ Objektif kajian adalah seperti berikut:-

1.

Melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih.

2.

Saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat majlis bandaraya Johor Bahru untuk membangunkan bandaraya Johor Bahru.

3.

Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.

4.

Menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:

1. Melayari internet.

Maklumat-maklumat mudah diperoleh melalui internet. Internet dapat membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.

2.

2. Keratan akhbar.

Saya juga mencari maklumat yang berkaitan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam beberapa buah akbar.

3.

3. Membuat temubual

Saya juga telah mencari maklumat dengan pergi sendiri ke pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru, mengambil gambar dan menemubual salah seorang pegawainya yang bertugas di sana.

HASIL KAJIAN

1. Institusi Pentadbiran Tempatan

Nama Rasmi bagi MPJB ialah Majlis Perbandaran Johor Bahru
Lokasi sila klik SINI
Matlamat sila klik SINI
Sila Klik Sini untuk mendapatkan carta organisasi MPJB

2. Latar belakang

LATAR BELAKANG MBJB

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pejabat Majlis Bandaran Pejabat Majlis Perbandaran
B
bangunan MBJB
untuk maklumat lanjut sila klik SINI

3 Peranan

- Ekonomi

- Pendidikan

- Keagamaan

- Kemasyarakatan

- Kebudayaan

- Perayaan

- Pelancongan

- Kebajikan

(Pilih mana-mana empat aspek dan huraikan... saya tak dapat bantu anda di sini ....)

4 Perkembangan

- Sumber kewangan

- Pembangunan prasarana / Fizikal

- Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan

- Kemajuan yang dicapai

- Pengiktirafan / Penghargaan

- Cabaran yang dihadapi

- Perancangan masa hadapan

- Saranan dan harapan

(Pilih mana-mana empat aspek dan huraikan mengikut institusi tersebut...)

RUMUSAN

Kesimpulannya, Institusi pentadbiran tempatan amatlah penting dalam membangunkan sesebuah kawasan dan seterusnya memajukannya.Tanpa pentadbiran yang cekap, akan lemahlah sesebuah bandar tersebut.

Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengetahuan yang saya peroleh mengenai hala tuju sesbuah pejabat pentadbiran kerajaan tersebut. dan saya sesungguhnya beruntung kerana saya dapat mengetahui tentang Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan lebih mendalam.

sesungguhnya, saya amat berbangga menjadi seorang penduduk di bandaraya Johor Bahru dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia amnya. Saya juga berharap Majlis Bandaraya Johor Bahru akan terus maju dan membawa kemodenan kepada penduduk Johor Bahru dan seterusnya memajukan negara.

(ini bukan kajian yang lengkap, sila rujuk guru sejarah anda dan minta pendapat guru sejarah yang lebih berpengalaman)

TUGASAN 2

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Institusi pentadbiran tempatan merupakan institusi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi pentadbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan sebagainya. Tajuk kajian saya adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional di negara kita. Majlis bandaraya Johor Bahru juga memainkan peranan dalam usaha memperkukuhkan semangat ini melalui pelbagai acara kebudayaan dan keseniaan rakyat yang telah dianjurkannya seperti persembahan kebudayaan yang melibatkan semua kaum, permainan tradisional dan meraikan perayaan-perayaan setiap kaum.Melalui acara tersebut, setiap kaum akan dapat menghargai dan mengamalkan tradisi serta budaya bangsa walaupun berbeza agama .

selain itu, untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional ini juga, MBJB telah mengadakan program-program yang bermotifkan permuafakatan masyarakat. ini secara tidak langsung telah menarik minat ramai masyarakat Johor Bahru tanpa mengenal agama. Antara program yang telah dilaksanakan ialah ceramah, motivasi, aktiviti keagamaan, gotong royong dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memupuk semangat muhibah dan bersatu padu antara masyarakat. Melalui cara ini, masyarakat dapat berinteraksi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Apabila tibanya sesuatu perayaan ,MPJB juga telah mengadakan program-program khusus untuk meraikan perayaan tersebut. Contohnya Perayaan hari raya Aidil fitri, MPJB telah mengadakan rumah terbuka di Danga Bay..Dalam acara sebegini, penduduk yang berbagai kepercayaan akan hadir untuk memeriahkannya. Ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan antara semua masyarakat yang berbilang kaum.

MPJB juga telah menjalankan tugas dan peranannya sebagai pihak berkuasa tempatan dengan adil dan saksama.Permasalahan yang sering ditangani ialah berkaitan dengan kemudahan awam dan telah dilaporkan . Pihak MPBJ telah berusaha melakukan perkara terbaik untuk memuaskan hati semua masyarakat dan seterusnya menyatupadukan supaya masyarakat dapat hirup bersatu padu.

***********************************

Terima kasih kepada Cik Hasliza kerana kerja sama dalam menyediakan kerja kursus Sejarah ini...

Kepada pelajar, ini adalah panduan sahaja, jika ada yang kurang silalah tambah sendiri yea...kalau saya silap..minta maaf banyak-banyak..

Persoalan tentang element?

Element 1 : cari segala maklumat tentang Institusi pentadbiran dan buat salinan ( photocopy ) ..cari risalah, keratan akhbar, majalah, internet, gambar dan lain-lain..

Element 2 : Buat seperti di atas ( Tugasan 1 )

Element 3 : Tugasan 2

Kepada pelajar yang inginkan tajuk FELDA sila klik di SINI
Jika anda LIKE entry ini, silalah klik di bawah ini...just tekan sahaja....

Ahad, April 03, 2011

Kenapa Perlu Mengampu!!!!

"Allah membenci orang yang munafik, oleh sebab itu, kedudukan orang munafik adalah hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya, tetapi si munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu salah. Justeru, Allah meletakkan meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah. Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya di perjuangkan."

Mari kita berkongsi kisah ini sambil minum petang....

Pada suatu hari, raja memanggil semua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negara ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerahi bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya...Baginda membuka dan menghidu lalu berkata " Minyak wangi apa ini? busuk baunya."

Kemudian , raja menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini...". Minyak wangi ini diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata "Betul Tuanku, Minyak wangi ini memang busuk."

Begitulah seterusnya, botol itu diedarkan kepada para jemputan yang ada di balai rong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh raja...

Akhirnya sampai giliran memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, beliau memberi respon. "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Semua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."

Mendengar kata-kata memanda menteri itu, raja tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana ingin mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat daripada jawatan. Mamanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."

*************************************

Benarkah banyak pengampu dalam organisasi kita sekarang ini?..

Pengampu ni selalunya ibarat "talam 2 muka"... bermuka-muka ...

Seperti dunia blogger nie...semua orang tak mahu menegur jika ada blogger yang membuat sesuatu statemant yang bertentangan...sebagai follower kita kena mengikut sahaja dan menganggukkan kepala sahaja....Ini tidak betul...kalau memang salah, salah! dan jika betul caranya barulah kita ikut...dan sesekali mereka perlu kita sedarkan....

BLOG NI SAYA RASA PATUT POPULAR LAA ..

Lagi nak join segmen blogger muda nie...

Sementara nak buat dapatan kajian kerja Kursus Geografi SMKTD2

5 blog yang saya rasa patut popular dan kenapa ?

  1. Ini blog seorang blogger wanita yang tak mengenal penat..CITARASA RINDUAN..Nama empunya blog ialah ayu. saya sangat menghormati beliau kerana beliau memang pemgomen tegar blog saya..Beliau juga banyak membantu saya supaya terus mencatat di blog saya...beliau juga tidak lokek ilmu serta sentiasa membantu blog-blog orang baru...

    Ini blogger wanita yang saya hormati, saya banyak belajar daripada blog beliau...Blog beliau dikenali sebagai Kalam Hati...Banyak entry beliau yang sangat menarik dan tertarik-tarik untuk saya membacanya...Saya belajar bahasa kelantan di blog ini..

    Ini Blog seorang blogger wanita yang baru menyertai dunia blogger..Nama beliau Siti, Seorang guru yang ingin berkongsi pengalaman, pengetahuan dan macam-macam lagi..Entry beliau banyak berkenaan cabaran kehidupan hari ini dan hari depan (^_^)

    Ini Blog seorang blogger lelaki yang dikenali sebagai padlie...Blogger ini, tidak menjadi follower saya namun sering datang untuk memberikan pendapat dan cadangan yang sememangnya logik berdasarkan fakta dan pengalaman beliau...Dan saya kagum dengan beliau ialah seorang yang ...kliklah sendiri....

    Ini blog seorang blogger wanita yang sangat baik...nama beliau ialah fida...kenapa saya kata dia baik kerana saya tak pernah mengenali dia tapi dia tetap melayan saya seperti sudah lama kenal...seorang yang peramah dan ceria..Seorang yang paling banyak membantu saya dalam hal menyertai segment en Ben...

    Pada pendapat saya , apa yang patut dilakukan untuk popularkan sesebuah blog itu ?

  2. Aktif berblog.-Sentiasa aktif membuat entry yang berguna dan menarik perhatian pembaca. Kerap berjalan-jalan ( Blog walking ) - Sentiasa kerap menjengah blog orang lain supaya mereka juga menjengah blog kita..tinggalkan jejak atau memberi komen... Buat entry yang menarik. -Sentiasa memikirkan tajuk yang menarik perhatian dan intipati yang memberi input berguna kepada pembaca.. Berkawanlah dengan blogger popular... -Kerap menggunjung blog2 orang popular untuk mempromosikan diri..

    Pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa ?

  3. Penting bagi yang mencari populariti tapi pada saya kalau entry yang dibuatnya menarik dan memang orang Malaysia cari dalam Google Search, pasti blog tersebut akan popular...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...