Sabtu, Oktober 30, 2010

Pengalaman di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

25hb Oktober 2010...anakku Nurul Awadah mulai demam siang..panasnya badan dia...nasib baik suamiku tidak bekerja hari itu so bolehlah dia menjaga awadah...tapi pagi 26hb Oktober 2010, aku pulak yag kena ambik cuti rehat khas bila awadah mulai panas semula...ingatkan panasnya makin surut namum tak terjangka oleh akal fikiran aku...nasib baik dengan izin Allah, awadah beransur sihat pada petang hari tu jgk...takut jugak kalau ada apa-apa yang terjadi sebab suamiku telah kembali ke Melaka pada malam semalam... Ingatkan aku boleh menarik nafas kelegaan....namun Allah maha mengetahui dan mahu menguji umatnya iaitu aku....petang Jumaat, 29hb Oktober 2010, Allah menguji aku samada aku boleh atau tidak menerima ujian daripadaNya...Sesungguhnya ujian ini telah memberikan aku satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan seumur hidupku... Sekembalinya aku dari menjual barangan kitar semula di sekolah, aku terus mengambil awadah daripada jagaan di Taska Teratai...Mudah sangat kerana awadah dengan sukarela berjalan sendiri ke kereta tanpa dipaksa...tapi kegembiraan ku tidak lama kerana kira-kira pukul 4 petang, awadah mulai merenggek2...aku ingatkan dia menanggis kesakitan kerana kesukaran membuang air besar namun sangkaanku meleset bila aku melihat terdapat tompokan besar di kaki kanannya disertai dengan bintik2 merah yang kecil di kedua2 belah kakinya....tapi aku sebagai ibu lima anak ni masih lagi tidak mengambil hirau tentang bintik2 merah itu sehinggalah awadah tidak mampu untuk berjalan kerana menahan kesakitan...ini menimbulkan kehairanan di hati aku.... Lalu aku bertindak untuk menghantarnya ke klinik yang berhampiran...Klinik Elizabert?, Klinik Adham? klinik Rosmawati? klinik Rozikin?...aku tak tau nak pergi kemana.....lantas aku segera mengambil kunci dan menekan minyak bergerak ke haluan yang tidak pasti...klinik Elizabert penuh, klinik Adham kosong tapi doktor tak datang dan hanya boleh ambik ubat je ( entahlah doktor tu..dah kaya sgt kot ), klinik Rosmawati dah tutup akhirnya pergi ke klinik Rozikin jelah... Bila doktor Haslina melihat bintik2 tu terus je dia menyatakan bahawa awadah perlu dirujuk ke hospital...terkedu aku..mcm nk nangis je bila doktor berkata sedemikian..perasaan berbelah bagi ....panik!..panik!....mcmne nak buat nie.... Balik klinik masih lagi panik....tengok bintik2 merah tu semakin membesar lagilah panik....apalah jenis penyakit anak ku nie...pembuluh darah di kaki pecah?...biar betul....suami ada kat melaka....mcmne aku nk buat sorang2 nie....balik rumah, kemas2...dan bawak asyraf dan aqilah buat peneman ke HSI bahagian kecemasan....daftar masuk je dah pukul 10 malam...masuk bilik 1 untuk pemeriksaan awalan ..pas ttu suruh keluar.....panggil lagi bilik 1....jumpa doktor dan ambik darah...pas tu suruh keluar semula....pas tu masuk lagi bilik 1 lagi...barulah dapat masuk wad....masuk keluar masuk keluar dah pukul 2 pagi....nasib baik suami aku sampai kul 1 pagi dari melaka...taklah aku dan anak2 aku berumah tangga kat hospital nie... Kadang2 siksa juga duduk hospital ni...doktor dah tiga kali ambik darah anak aku..tapi masih tak tau juga puncanya...tapi ini semua jadi pengajaran buat aku...bahawa aku tidak boleh mengambil ringan soal demam anak2...Sebenarnya apabila anak demam panas, batuk,dan selsema yang memakan masa yang lama, anak mungkin akan dijangkiti kuman...kuman tersebut akan menyerang perut dan menyebabkan cirit birit...apabila penyakit tersebut masih lagi lambat untuk sembuh kemungkinan kuman itu akan menyerang di kaki pula ...ini akan menyebabkan pembuluh darah akan pecah...dan kesannya akan timbul bintik2 merah yang banyak seperti demam campak atau chicken pork....kemudian binti2 merah ini akan pecah dan membesar ..akhirnya ia akan membentuk lebam berwarna biru kemerah2an dan amat menyakitkan...

Isnin, Oktober 18, 2010

Khasiat Daun Pegaga

Pegaga oh pegaga...sedap klu dimakan begitu saja..klu cecah ngn sambal belacan lagilah sedap...kadang2 buat urap pun sedap..skarang lagi mudah..dah ada jus pengaga...minum je lah..Daun pegaga selain dibuat ulam, ia juga boleh mengubati beberapa penyakit, antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal vagine ( hanya untuk perempuan) menghilangkan bintik2 hitam di muka dan ubat darah tinggi..Selain itu, daun pegaga juga boleh merawat kecantikan kita... a) Serikan wajah Klu nk serikan wajah, ambiklah secekak daun pegaga bersama akarnya..Lepas tu rebuslah dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan..Keluarkan dan tapislah air tu dan sejukkan dulu... Setelah itu...minumlah air rebusan tu sekali sehari selepas makan malam..Amalkan seminggu tiga kali....Insya Allah berserilah wajah anda nanti... b) Kecutkan peranakan Selalunya, kaum wanita ni senang sangat mengalami masalah peranakan kembang atau rasa x tak selesa selepas kedatangan haid..caranya ialah makanlah daun pegaga ni dibuat ulam atau dimasak ikut sukahati...tapi kena jadikan amalan setiap kali mengambil makanan... c) Menghilangkan bintik2 hitam di muka.. Klu anda menghadapi masalah bintik2 hitam di muka, cuba lah cara ini..mudah dan murah..caranyalah..ambil daun pegaga dan tumbuk halus..kemudian campurkan dengan bedak sejuk...klu nk terperinci, buatlah mcm gini...ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam dan ditumbuk halus...Kemudian campurkan campurkan ngan sedikit air garam, bedak sejuk dan sedikit air suam...jadikanlah masker dan pakai pada setiap malam dan cucilah keesokkan harinya...lakukan petua ini sehingga bintik hitam hilang... Untuk kaum hawa, janganlah putus asa..nak cantik mestilah kena ikut peraturan dan banyak2 bersabar...walaupun rasa daun pegaga ni pahit namun kalau diamalkan selalu macam dah tak rasa apa2 lagi..Alah bisa tegal biasa....

Ahad, Oktober 17, 2010

Majlis Doa Selamat

Pagi2 khamis lagi puan dah jumpa aku...ingat nk apa?...cuma nak tanya sama ada aku datang x umah dia pada ari ahad 17hb Oktober 2010 ni...berat gak nak pergi tapi aku cakap Insya Allah jelah... tah pe mimpi, pas ambik PTK semalam..aku terfikir nak g umah dia ngn pah...so jji ngan pah kul 10.30 pagi berkumpul kat sekolah sbb ramai cikgu nk konvoi ke umah pengetua... tapi bila dah sampai masanya...mulalah mcm2 masalah timbul...perasaan malas....call pah nk ambik dia kul 11.15 pagi...10.30 pagi ajak hubby g belanja kat Maslee sampai kul 11.15 pagi..pas tu hubby ajak breakfast kat rosmerah lak...x nk ikut nnti dikatakan derhaka lak..so ikutlah jugak dlm berat hati...hubby makan cepat2 dn tiba umah kul 11.45pagi...aku pun cepat2 tukar tudung dan start enjin Naza kuar g umah pah lak...dah kul 12.30...emmm mmg dah lambat bebenor... Tiba kat sana...kul 12.15 tengah hari...majlis dah usai...nampak cikgu2 lelaki duduk kat kerusi bawah khemah...yg perempuan tgh berator nak makan nasi....aku ngn pah pun terus masuk dalam selepas bersalam ngn puan...masuk dalam , makan laksa je...makan2, borak2,makan2 dan borak2...tulah keja perempuan....dapatlah jumpa ngan kak sum ( bekas kerani ) dan mazidah ( bekas guru SMKTD2)...seronok jugak... Kak Limah cakap"yam, walaupun ko x g haji tapi tudung ko dah gi haji dulu"..mula2 aku x faham jugak tapi baru aku teringat yang puan ada beli tudung buatan aku...tengoklah dalam gambo ni...tudung putih tu, akulah yang buatkan... sebelum balik, adalah juga aku berpeluk2kan ngan puan...cikgu2 lain pun sama juga...aku doakan puan selamat pergi dan selamat balik semula....pah mintak puan supaya doakan dia cepat dapat pindah...razali pun mintak jugak...tapi aku cakap " puan, doakan razali supaya selamat pergi dan kembali semula ke SMKTD2" ha ha ha...

Hi Tea 2010

Pada 10.10.2010, KEBIRU SMKTD2 di bawah seliaan Pn Salina telah menganjurkan satu majlis hi tea untuk guru2 sekolah ini..walaupun terpaksa membayar lebih untuk suamiku dan anak2 adhwa,afiqah,aqilah,asyraf dan awadah, namun aku gembira dengan kegembiraan mereka. Kami tiba lewat ke dewan jamuan yang diadakan di Hotel Selesa,JB....so terpaksalah berdiri jap krn x de tempat duduk untuk aku dn keluarga besarku itu...nasib baik kak wan uruskan satu meja kosong untuk kami yang terletak di nun hujung belakang dewan..x pelah..asalkan dapat duduk semeja udah lea... Gembira tgok anak2 mengambil bahagian dalam acarra yang dipertandingkan...x sangka dapat hadiah untuk buku rekod yang ceria cum cantiklah jugak...tp sedihlah x dapat hadian lucky draw untuk hadiah2 yang kaw kaw....no 62 aku tu mmg x bertuah sungguh...no 60,61,63,64,65 semua dapat hadiah bertuah..no aku je x dapat...geram jugak...hadiah pulak bukannya cap "ayam"....besou2 lak tu...tu yang jeles....

Isnin, Oktober 11, 2010

My Life

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...