Ahad, Mac 25, 2012

Konsep ekosistem hutan

Assalamualaikum semua..

Sudah lama saya tidak menulis di blog peribadi saya ini... Mungkin kerana terdapat banyak kekangan yang tidak dapat dielakkan, maka saya terpaksa membiarkan blog saya dipenuhi dengan sesawang liar.

Untuk entry kali ini saya ingin berkondsi tentang ekosistem hutan ... almaklumlah saya ni kan guru geografi ...memang tidak dapat lari daripada membincangkan tentang hal-hal berkenaan ekosistem ...

Sudah tentu ramai para pelajar yang  memilih tugasan  ke 2 kerja kursus geografi ingin tahu tentang konsep ekosistem ini...

Saya kongsikan sedikit maklumat yang saya dapat ini..

Mula-mula kita mestilah mencari maksud ekosistem...

Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda bukan hidup ( abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari dan sebagainya.

Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan  antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan  tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.

Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti  manusia yang sewenang-wenangnya  meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan.

Diharap maksud di atas membantu..

Terima kasih

Dapatkan  dapatan Kajian tentang tajuk ini  di laman www.smktd2geografi.blogspot.com

Jumaat, Mac 09, 2012

Ada ke lagi orang yang lurus bendul sekarang???

Entahlah, tetiba sahaja saya nak kongsikan tentang isu lurus bendul ini...

Kita selalu dengar orang menyebut tentang lurus bendul  dan  langkah bendul...apa dia bendul tua yea...
Seingat saya,bendul  itu masih digunapakai dikampung kampung-kampung yang masih mempunyai rumah kayu tradisional.Setiap pintu hadapan rumah mereka yang memisahkan antara ruang tamu dengan beranda itulah dipanggil bendul...Selalunya bendul tersebut lurus..Agaknya sebab tulah dipanggil lurus bendul...(kalau salah minta maaf)..

Selalunya kita  akan memanggil orang  lurus bendul ini adalah seorang lurus hatinya . Kalau kita memberikan  arahan, mereka akan mengikutnya tanpa banyak alasan dan tanpa memikirkan kesan dan akibat
nya.. Selalunya orang yang sebegini akan dipergunakan oleh orang lain..Kasihan kan??

Ada orang tidak dapat menerima panggilan tersebut...Kenapa yea?

Mungkin panggilan tersebut memalukan mereka...

Apa-apa sahaja panggilan untuk mereka,ketahuilah mereka juga manusia dan punya perasaan....

p/s : teringat pada kawan saya yang saya panggil si lurus bendul...Maafkan saya,jika awak tidak senang dengan panggilan tersebut...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...