Jumaat, Februari 28, 2014

Legoland ... puas 2 kali jelajahi..

Assalam..
Bertemu lagi dengan catatan yang mungkin ketinggalan, namun mahu juga saya abadikan untuk kenangan kami sekeluarga di blog ini..

Mungkin memang bukan rezeki saya untuk pergi ke Legoland semasa lawatan yang dikendalikan oleh sekolah saya..Yealah..kalau sekolah yang kendalikan, sudah semestinya saya akan dapat masuk percuma..Ini kerana jika kita membawa seramai 40 orang pelajar, guru pengiringnya sudah semestinya 4 orang..

Tahun lepas sahaja, unit bimbingan dan kaunseling sekolah saya banyak mengendalikan sesi lawatan ke Legoland..mungkin salah satu sebabnya ialah untuk meredakan  emosi pelajar..

Tahun lepas juga, nama saya 3 kali naik...bukan naik apa tapi sebab dicalonkan menjadi guru pengiring ke Legoland.. Namun setiap kali nama saya diberikan kepada pihak pentadbir, setiap kali itulah nama saya akan di'reject'... Ini semua kerana saya mengajar kelas PMR..tidak dibenarkan keluar..

Jadi saya pun menunggulah hingga selesai PMR...namun malang bagi saya sebab tidak dapat juga pergi kerana bertindan dengan tugas saya semasa itu... punyalah saya sedih.. ( itu pun nak sedih kan???...legoland aje...hi hi hi )

Akhir tahun lepas, saya berusaha untuk pergi juga dengan membawa  anak-anak saya..Dengan berbekalkan 2 kupon yang diperoleh dari pembelian biskut  Oreo...maka saya dapat berjimat sebanyak RM180.00..jimatkan...Lebih menggembirakan kami, bila saya mendapat 5 tiket percuma untuk bulan Januari...double2 gembiranya sebab boleh pergi lagi...


Dapatlah saya jejakkan kaki ke Legoland..dan dapatlah saya membawa anak-anak saya waktu cuti sekolah akhir tahun lalu..

 Gambar dahulu sebelum naik ibu naga yang besar..

Inilah  budak yang paling suka pergi sini..

dua anak dara saya yang memang suka sangat sampai dua 'round' naik bendalah ini..
Tetiba terjumpa dengan 3 budak hijau ni...terkejut sebab mereka adalah pelajar sekolah saya..sebelah saya tu tunggu PMR dan dua lagi tu tingkatan 2..sekarang tingkatan 3lah...

2 orang anak dara saya yang lebih 'exited' daripada adik-adik dia...

Mungkin kawasan terlalu besar dan permainan terlalu banyak, masa tidak mencukupi..lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang hujan pada lewat petang tidak membenarkan semua permainan  bergerak..kami terus balik ke rumah..

Akhir bulan Januari lepas, saya pergi lagi ke sana..kali ini saya membawa  seorang lagi anak dara saya yang balik bercuti belajar dan seorang sepupu anak-anak saya aka anak saudara sayalah yang sedang menunggu keputusan SPM..

Lagi sekali, saya menggunakan hanya satu kupon OREO..saya hanya membayar RM140.00 untuk saya dan anak kecil saya...yang lain FREE..

Perkara wajib sebelum masuk ke Legoland...bergambar dahulu...

macam betul-betul  bandar di belakang tu...kereta dan bas kecik2 tu bergerak jugak..LRT yang ada pun  bergerak mengikut laluannya..seronok anak saya dua orang ini..

Macam di KL saja...

Tak cukup sekali naik kenderaan ini..berulang-ulang kali...
suka hatilah anak-anak..ini hari awak...


Cukuplah cerita saya kali ini...cerita lama namun baru nak tulis sekarang...pintu pun dah ditutup..cerita pun sudah habis...

Bagi yang belum pergi tu..bolehlah pergi..tidak kira muda ke...tua ke...semua permainan boleh sahaja dicuba cuma hendak atau tak nak sahaja..

Semoga berjumpa lagi...

Wassalam..

Sabtu, Februari 22, 2014

Rewang dan kesakitan...

Rewang datang lagi...
Biasalah yea, kalau nak buat majlis Maulidur rasul...tidak sah kalau tidak menumbangkan seekor lembu...
Bila dah menumbangkan seekor lembu, siapa pula yang melapahnya...siapa pula nak menyiapkan bumbunya...
Kalau dah namanya sekolah , sudah pasti orang-orang nya para guru dan pelajarnya juga...
Seronok juga datang rewang ni..dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama cikgu...

Macam saya ni, duduk di taman perumahan..bukan di kampung...jadi budaya rewang amat kurang..

Jadi inilah masanya untuk merasai situasi sebegini..


Inilah lembu yang mahu ditumbangkan... hasil sumbangan wajib seorang cikgu RM50 sorang..Mahal jugaklah harga lembu ini ..RM3300.00.. kalau kat kampung mungkin murah lagi..


Seawal 2 petang, ramai  guru sudah mula merewang...para pelajar yang sukarela juga sanggup datang membantu...alhamdulillah.. 
Kalum lelaki memang kena kerja berat...melapah daging lembu..


Guru perempuan biasalah...buat kerja yng mudah sahaja...

Malamnya, kami dipelawa juga lagi ke sekolah untuk merasai sup pulak...makan bersama dengan roti...sedap...


Ini pula kerja pukul 11 malam tadi...bersungguh betul mereka ini...melipat  pamphlet untuk majlis esok..
sangat bekerjasama... Inilah semangat kerja berpasukan..

Malangnya, petang tadi sedang saya terlalu sukanya memotong lada besar, boleh pula saya terpotong  ibu jari sendiri..sampai hilang sedikit kulitnya...darah buka main lagi banyaknya..

Mula-mula, ingatkan hanya sedikit sahaja lukanya..tapi cuak juga bila darah tidak henti-henti mengalir..banyak tisu digunakan...

Nasib baik ada seroang pembantu kantin itu membantu... diambilnya serbuk kopi untuk berhentikan darah..sangat pedih memang tidak tahu hendak di cakap...tetapi darah tetap tidak mahu berhenti...

Kemudian diambilnya jari saya, dihisapnya darah tersebut lebih kurang 3 minit...terkejut saya dengan tindakan spontan dia...namun darah tetap juga tidak berhenti mengalir..besar sangat luka ini..

Dia suruh cari bawang putih tumbuk dan lekatkan  di tempat luka...tetap darah mengalir juga... akhirnya, diambil pula halia tumbuk dan dibalut dengan kain...bila sudah dibalut dengan kain, kuranglah sedikit pendarahan...

Cuai...itu sahaja yang boleh dikatakan...biasalah, bila rewang sebegini, buat kerja sambil berbual dan ketawa..inilah jadinya..lagi-lagi bila pisau yang digunakan baru sahaja dibeli dari kedai.. lagilah tajam..

Memang menjadi pengalamanlah rewang kali ini...mudah-mudahan luka ini tidak memudaratkan..
sebab esok saya hendak menyertai majlis Maulidur Rasul tu... 

Insya Allah..




Jumaat, Februari 14, 2014

Takziah puan...

Pagi semalam, tetiba mendapat berita mengenai kematian suami kepada puan Pengetua sekolah saya..Petang rabu lalu, ramai cikgu yang berpusu-pusu melawat suami puan di Hospital Sultanah Aminah. .. kritikal katanya..

Malangnya, saya tidak berkesempatan untuk melawat suami puan sebab saya perlu menyiapkan jadual waktu  sekolah sesi pagi yang sudah tertangguh selama seminggu..

Bila mendengar berita kematian suami puan itu, rasa macam terkilan sahaja kerana tidak sempat meluangkan masa melawatnya hari itu.. Hati ingin benar menziarahi..namun jenazah telah dibawa balik ke kampung halaman di pontian pula...begitulah wasiat arwah yang mahu dikebumikan di sana..

Nasib baik ada kawan yang menghantar gambar dan dapat meredakan perasaan ini..




Alhamdulilah, sudah disempurnakan...
Takziah kepada puan pengetua kita, Pn Hjh Zainab binti Laimang . Semoga roh arwah suami beliau tenang di sana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...