Khamis, Jun 30, 2011

BEREHAT SEKETIKA...

MINTA MAAF KEPADA KAWAN-KAWAN DALAM DUNIA BLOG INI..

SAYA TERPAKSA BEREHAT SEBENTAR DAN LARI DARI ALAM MAYA INI

UNTUK MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KERJA SAYA YANG SEMAKIN BERTIMBUN-TIMBUN...

BILA SUDAH TERLALU BANYAK HALANGAN DAN BEBANAN YANG TIDAK MAMPU DIPIKUL, MAKA SALAH SATU PENGORBANAN PERLU DILAKUKAN..

DIHARAP TEMAN-TEMAN DAPAT MEMAHAMI..

INSYA ALLAH, JIKA KERJA SAYA SUDAH BERANSUR TENANG, SAYA AKAN MENULIS DI SINI...

TERIMA KASIH KEPADA TEMAN-TEMAN YANG SUDI MEMBERIKAN ULASAN DAN PANDANGAN ...

MUDAH-MUDAHAN KITA AKAN BERSUA KEMBALI...

Khamis, Jun 16, 2011

JANGANLAH TIRU 100%

Budaya meniru memang sudah tidak asing bagi kita.

Baik meniru semasa peperiksaan, meniru kertas kerja, meniru orang lain dan macam-macam lagi

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah meniru untuk membuat kerja kursus Geografi dan Sejarah yang diwajibkan kepada para pelajar PMR tahun ini.

Kebetulan, saya membuat entry panduan untuk kerja kursus mata pelajaran ini. Tujuan saya adalah untuk membantu dan memudahkan para pelajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.Blog ini juga dibuat salah satu faktornya adalah untuk penyebaran ilmu kepada semua..

TAPI

Nampaknya, saya rasa sedih dengan sesetengah pelajar yang meminta izin untuk memciplak atau meniru 100% panduan saya tanpa mengubahnya dan seterusnya menjadi sebuah buku skrap. Beberapa kali juga saya sudah nasihatkan kepada mereka bahawa perbuatan mereka yang tidak bijaksana ini akan memakan diri mereka.

Ini kerana, saya membuat panduan untuk memahami mereka sahaja bukan kerja kursus yang lengkap. Saya mahu mereka berusaha mengubahnya untuk menjadi satu karya mereka sendiri dan sesuaikan dengan tempat tinggal mereka.

NAMUN

Saya kecewa...

Inilah yang saya hadapi dengan pelajar saya sendiri yang suka meniru 100 % panduan dan rujukan dalam blog saya ini.Akibatnya, saya terpaksa menyuruh mereka membuat semula sebahagian kerja kursus ini kerana ada maklumatnya tidak ada di kawasan kajian mereka.

Inilah sikap pelajar sekarang, bila kita kasi peha, mereka nak betis!!

Oleh sebab itulah saya membuat entry melekat di atas post ini sebagai ingatan kepada para pelajar supaya tidak meniru atau menceduk idea di blog ini 100%. Sebab saya hanya membuat panduan sahaja bukan satu kerja kursus yang lengkap...

Ahad, Jun 12, 2011

AKU BANGGA MENJADI GURU..

Tertarik dengan sajak di dada akhbar hari ini..Jom kita hayati...

AKU BANGGA MENJADI GURU...

Aku bangga menjadi guru,

kerana tulus hatiku,

sabar mendidik,

mengasuh anak-anak mengenali diri,

menjadi manusia,

berhati mulia taat pada Yang Esa.

Aku bangga menjadi guru

kerana tugasku mengajar

anak-anak,

mengerti hayati erti merdeka,

mengajar berbakti pada diri,

agama, bangsa dan negara.

Aku bangga menjadi guru

kerana ramai muridku hidupnya

berjaya

pegawai, doktor dan jurutera,

ada juga kontraktor dan

wartawan ternama,

ada yang menjual ikan di pasar

menjual air tebu di kaki lima,

menjadi buruh, petani atau

tentera,

yang baik dan setia

Aku bangga menjadi guru

kerana tugasnya mulia.

hasil nukilan,

SYED MASRI SAYED IBRAHIM

Kuala Terengganu

SELAMAT KEMBALI..

Cuti sekolah sudah pun berada di penghujungnya..

Kita masih lagi terpandang-pandang akan lambaian-lambaian terakhir orang-orang yang disayangi pabila kita berpaling untuk melambai semula... Aduh! sayunya....

Esok, kita semua terutama warga pendidik sudah mula memulakan tugas masing-masing. Begitu jua dengan para pelajar, sudah bersediakah mereka untuk belajar?

Namun, bagi negari-negeri sebelah utara dan pantai timur, mereka semua sudah bekerja dan belajar pada hari ini.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR, sudah semestinya naik cuti ini adalah minggu yang agak sibuk. Ini kerana masa inilah segala kerja kursus yang diwajibkan dikehendaki hantar kepada guru-guru mereka.

Bagi saya pula, naik cuti ni bermulalah kerja-kerja menanda kerja kursus Geografi PMR. Tahun ini saya mengajar empat kelas peperiksaan, jadi saya akan menanda kerja kursus pelajar lebih daripada 100 buku skrap.. Mudah-mudahan Allah permudahkan kerja saya..

Minggu depan juga akan bermulanya latihan rumah sukan. Anehkan?

Tahun ini, sukan tahunan bagi sekolah saya akan bermula bulan Jun. tidak seperti tahun-tahun lepas dimana sukan tahunan sudah diadakan pada bulan Mac. Macam manalah keadaannya sukan di pertengahan tahun ini yea??...

Apa yang pasti, saya berharap semua cikgu dapat bertugas dengan penuh didikasi dan lebih berintergriti dalam menaikkan prestasi sekolah dan seterusnya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang bijaksana.

Sabtu, Jun 11, 2011

BA : JOM KENAL BLOG SAYA

jOM kENAL bLOG sAYA
bLOG sEdERhANA
tAk sEHEBAt bLOG eN bEN aSHaaRI..
sILA LAH mASUk
jANGaNLAH sEGAn

TIBA-TIBA JADI PEMINAT BOLA SEPAK..

Malam ini sudah semestinya peminat-peminat bola sepak sudah sepakat bertentang mata di hadapan televisyen masing-masing, gara-gara ingin menonton perlawanan akhir bola sepak Piala PA..

Perlawanan akhir antara The Red Warriors dengan Skuad Penyu...

Tetiba sahaja entry ini berkenaan bola sepak...sebenarnya saya dan suami saya memang tidak pernah suka dengan sukan bola sepak ini...kadang-kadang terfikir di akal fikiran saya yang agak negatif ini, apakah halnya dengan orang-orang nie, ramai-ramai mengejar bola yang sebiji di kawasan padang yang besar...agak-agaknya ada pemain yang tak dapat menyepak bola langsung!...

Sebenarnya entry ini saya tujukan kepada suami saya..En suami saya ini sememangnya tidak suka dengan bola sepak.. seingat saya seumur hidup en suami saya ni, boleh kira dengan tangan berapa kali dia bermain bola sepak...

Tapi tahun ini boleh pulak jadi fanatik dengan bola...Ini semua gara-gara bola sepak Kelantan sudah semakin membanggakan dan popular..

Inilah anak didik en suami saya yang bakal jadi pengikut Red Warriors...

Malam ini mesti peminat Kelantan berdebar-debar...Terkejut juga membaca berita hari ini mengatakan sebanyak lebih 200 bas dari kelantan telah bergerak ke Kuala Lumpur...bersemangat sungguh peminat fanatik bola sepak Kelantan...

Seperti biasa, saya jarang menonton aksi-aksi akhir....takut terlebih teruja...

Untuk penyokong-pennyokong Kelantan, jangan taksub sangat.. takut pula kekecewaan terjadi dan hal yang tak diingini pula yang dilakukan...

Selamat berjuang

Sabtu, Jun 04, 2011

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU..

Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram?

Anda sedang menanti-nanti panggilan daripada si dia?

Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya?

Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar berdating?

Oh, jika jawapannya ya, anda sedang membuat kekasih Agung anda sangat cemburu..

Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah: "Allah s.w.t cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia"

Jumaat, Jun 03, 2011

"Role Model"

Bulan lalu saya ada membuat entry tentang siapa idola anda?

Hari ini saya hendak berkongsi cerita tentang "role model" pula. Selalu jugalah para guru dijadikan "role model" kepada para pelajar. Kadang-kadang, pelajar-pelajar juga dipupuk supaya menjadikan seseorang pelajar yang berjaya dalam akademik dan ko-kurikulum sebagai "role model" untuk mereka supaya boleh berjaya seperti pelajar tersebut juga..

Tetapi apa yang ingin dikongsi saya hari ini adalah berbeza. Saya harap entry ini boleh mengubah persepsi seseorang terhadap peranan "role model" tu sendiri.

"Role Model" adalah figura atau tokoh yang dikagumi, disanjungi dan dijadikan ikutan dalam perkara-perkara yang baik dan mereka kaya dengan nilai-nilai yang positif. Selalunya "role model" yang baik tampil dalam bidang akademik, kepimpinan, akhlak, kerjaya dan lain-lain.

Jadi, setiap orang Islam mestilah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai "role model" dalam kehidupan mereka. Dan "role model" didikan Allah ini adalah figura yang paling idea dan tidak ada cacat celanya.

Sayangnya, hari ini ramai remaja yang tidak mempunyai "role model" dalam hidup mereka. Mereka hanya ada idola yang menjadi pujaan dan sanjungan. Idola mungkin dipuja hanya kerana kecantikan, kekayaan, kepopularan dan faktor-faktor lain yang tidak semestinya positif untuk di teladani..

Islam melalui surat al-Fatihah telah menjelaskan bahawa "role model" kita ialah orang yang diberikan nikmat yakni para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Kita hendaklah meniru perilaku, cara dan sistem hidup mereka dalam kehidupan kita. Inilah "role model" yang dijamin oleh Allah akan kebaikan, keberkesanan dan kebenarannya.

Sumber: SOLUSI

Khamis, Jun 02, 2011

Sakit Orang Perempuan...

Tengok dari tajuk macam isu sensitif sahaja kan?

Jangan salah faham, bukan saya nak bincangkan tentang hal tersebut tapi tentang SENGGUGUT...

Berapa ramai dari kita yang pernah diserang senggugut?

Bagaimana SENGGUGUT berlaku?

SENGGUGUT berlaku bila berlakunya penggucupan rahim yang sangat kuat. Proses ini amat penting untuk mengeluarkan darah kotor melalui saluran pangkal rahim.

Saya teringat cerita kawan-kawan saya yang pernah diserang senggugut ni, memang menyakitkan dan sengsara. Pernah seorang kawan saya tu, dia terpaksa menggunakan sterika untuk menuam perutnya semata-mata untuk menghilangkan kesakitan akibat serangan SENGGUGUT...

Ini adalah penyakit biasa bagi golongan remaja dan yang belum berkahwin. Jenis ini dipanggil senggugut jenis primer..

Bagaimana pula jika kita diserang SENGGUGUT semasa jika kita sudah berumur?

Jika kita sudah berusia, senggugut ini dikenali sebagai senggugut jenis sekunder dan agak bahaya juga..Untuk keterangan lanjut silalah masuk blog Tinta Cinta ( Macam kembar saya saja..)

p/s: Entry ini saya buat kerana hari ini saya macam diserang senggugut..Sakit tak tertahan..Barulah saya tahu kesakitan orang-orang yang diserang senggugut..Nak bergerak pun tak selesa dan kesakitannya sampai ke urat kaki...

Rabu, Jun 01, 2011

Kampung Halaman Sedang Menunggu....

Hari ini hari terakhir kelas tambahan di sekolah saya, sudah pasti ramai cikgu-cikgu yang berduyun-duyun pergi ke Larkin naik bas untuk pulang ke kampung halaman. Begitu juga dengan cikgu-cikgu yang punya kenderaan, sudah pasti petang ini juga bertolak ke destinasi masing-masing.

Hari ini juga hari terakhir untuk sesi peluk cium bersama cikgu-cikgu yang akan berpindah..Sudah mesti ada sesi tangis tangisan..

Malam nanti pula, saya akan "mengepos" anak-anak perempuan saya, Adhwa dan Afiqah balik ke Kelantan. Ini merupakan pengalaman pertama mereka pulang ke kampung dengan menaiki bas. Di sana, pak cik mereka akan menunggu mereka. Cuak juga untuk mengepos mereka, namun untuk memberikan mereka pengalaman jadi saya teruskan juga.

Sementara saya pula akan bertolak ke Kelantan pada esok pagi. Sebenarnya, kereta saya punyai masalah enjin pada minit-minit terakhir ..( masa buat servis baru tahu) Jadi saya terpaksa menggunakan kereta suami saya yang kecil sedikit daripada kereta saya. Jadi untuk keselesaan, saya poskan 2 orang anak perempuan saya yang telah besar terlebih dahulu..

Bila saya dah berada di Kelantan, harap maklumlah bahawa saya agak sukar untuk berblog.Mungkin selama seminggu ni, saya akan berehat daripada dunia blog ini..Tapi mungkin sahaja...Kalau adik ipar saya ada BB, mungkin saya akan pinjam kot... Mana boleh tinggalkan blog saya bersawang...rindu sangat-sangat...

Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, ingatlah orang yang tersayang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...