Bulan lalu saya ada membuat entry tentang siapa idola anda?
Hari ini saya hendak berkongsi cerita tentang "role model" pula. Selalu jugalah para guru dijadikan "role model" kepada para pelajar. Kadang-kadang, pelajar-pelajar juga dipupuk supaya menjadikan seseorang pelajar yang berjaya dalam akademik dan ko-kurikulum sebagai "role model" untuk mereka supaya boleh berjaya seperti pelajar tersebut juga..
Tetapi apa yang ingin dikongsi saya hari ini adalah berbeza. Saya harap entry ini boleh mengubah persepsi seseorang terhadap peranan "role model" tu sendiri.
"Role Model" adalah figura atau tokoh yang dikagumi, disanjungi dan dijadikan ikutan dalam perkara-perkara yang baik dan mereka kaya dengan nilai-nilai yang positif. Selalunya "role model" yang baik tampil dalam bidang akademik, kepimpinan, akhlak, kerjaya dan lain-lain.
Jadi, setiap orang Islam mestilah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai "role model" dalam kehidupan mereka. Dan "role model" didikan Allah ini adalah figura yang paling idea dan tidak ada cacat celanya.
Sayangnya, hari ini ramai remaja yang tidak mempunyai "role model" dalam hidup mereka. Mereka hanya ada idola yang menjadi pujaan dan sanjungan. Idola mungkin dipuja hanya kerana kecantikan, kekayaan, kepopularan dan faktor-faktor lain yang tidak semestinya positif untuk di teladani..
Islam melalui surat al-Fatihah telah menjelaskan bahawa "role model" kita ialah orang yang diberikan nikmat yakni para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Kita hendaklah meniru perilaku, cara dan sistem hidup mereka dalam kehidupan kita. Inilah "role model" yang dijamin oleh Allah akan kebaikan, keberkesanan dan kebenarannya.
Sumber: SOLUSI
1 ulasan:
salam tengahari cikgu cte
sukar nak gambarkan role model belia kini
abis yang pandai campak, buang, baling, bunuh, sembunyi mayat baby tu siapa???
tiru siapa???
~sedih~~
Catat Ulasan