Khamis, Jun 02, 2011

Sakit Orang Perempuan...

Tengok dari tajuk macam isu sensitif sahaja kan?

Jangan salah faham, bukan saya nak bincangkan tentang hal tersebut tapi tentang SENGGUGUT...

Berapa ramai dari kita yang pernah diserang senggugut?

Bagaimana SENGGUGUT berlaku?

SENGGUGUT berlaku bila berlakunya penggucupan rahim yang sangat kuat. Proses ini amat penting untuk mengeluarkan darah kotor melalui saluran pangkal rahim.

Saya teringat cerita kawan-kawan saya yang pernah diserang senggugut ni, memang menyakitkan dan sengsara. Pernah seorang kawan saya tu, dia terpaksa menggunakan sterika untuk menuam perutnya semata-mata untuk menghilangkan kesakitan akibat serangan SENGGUGUT...

Ini adalah penyakit biasa bagi golongan remaja dan yang belum berkahwin. Jenis ini dipanggil senggugut jenis primer..

Bagaimana pula jika kita diserang SENGGUGUT semasa jika kita sudah berumur?

Jika kita sudah berusia, senggugut ini dikenali sebagai senggugut jenis sekunder dan agak bahaya juga..Untuk keterangan lanjut silalah masuk blog Tinta Cinta ( Macam kembar saya saja..)

p/s: Entry ini saya buat kerana hari ini saya macam diserang senggugut..Sakit tak tertahan..Barulah saya tahu kesakitan orang-orang yang diserang senggugut..Nak bergerak pun tak selesa dan kesakitannya sampai ke urat kaki...

7 ulasan:

emmiemarja berkata...

tak suka senggugut... sakit sangat... dari pinggang ke kaki memang rasa nak tercabut...:(

Cikgu Nurin berkata...

Saya pulak alhamdulillah dari dulu sampai sekarang x pernah sengguggut..tapi simptom sminggu sblm period..letih, emosi panassss je..sakit kepala

Ada kawan masa sekolah dlu, sampai pengsan..mula2 heran jugak, dah tiap bln pengsan, kta faham dah, klu pengsan kt sekolah, cikgu hantar blik sakit je...

Tinta Emas berkata...

@cik emmie :
Saya pun tengah tak suka nie...mood haru biru.

@Cikgu Nurin:
Teruk jugak kawan cikgu Nurin tua yea..sampai pengsan.. first time dengar ceita mcm gini...

Kalamhati berkata...

KH jarang kena senggugut..tp penah sekali dua kena..peerrgghh memang tak dpt nak gambarkan sakit dia..memang guling2 sakit

teratai berkata...

memang senggugut masalah serius terutama bila dah menyebabkan muntah2 n pengsan! Nasib baik saya tak mengalami masalah ini secara serius, tapi anak sulung saya agak teruk masalah senggugut ini. Selalu bagi tahu, jangan minum air batu,air bergas ,soalnya kena jaga pemakanan baru boleh kurangkan senggugut!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

Saya jarang2 kena segugut...tapi kalau kena mesti sakit teruk gak?

Tinta Emas berkata...

@Kalamhati
nie dah 2 hari sakit perut..guling2 jugak..

Teratai:
Wah, teratai dah ada anak besar yea...ada petua tuk dikongsi ..

BSB
saya rasa ni first timelah nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...