Ahad, Jun 12, 2011

SELAMAT KEMBALI..

Cuti sekolah sudah pun berada di penghujungnya..

Kita masih lagi terpandang-pandang akan lambaian-lambaian terakhir orang-orang yang disayangi pabila kita berpaling untuk melambai semula... Aduh! sayunya....

Esok, kita semua terutama warga pendidik sudah mula memulakan tugas masing-masing. Begitu jua dengan para pelajar, sudah bersediakah mereka untuk belajar?

Namun, bagi negari-negeri sebelah utara dan pantai timur, mereka semua sudah bekerja dan belajar pada hari ini.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR, sudah semestinya naik cuti ini adalah minggu yang agak sibuk. Ini kerana masa inilah segala kerja kursus yang diwajibkan dikehendaki hantar kepada guru-guru mereka.

Bagi saya pula, naik cuti ni bermulalah kerja-kerja menanda kerja kursus Geografi PMR. Tahun ini saya mengajar empat kelas peperiksaan, jadi saya akan menanda kerja kursus pelajar lebih daripada 100 buku skrap.. Mudah-mudahan Allah permudahkan kerja saya..

Minggu depan juga akan bermulanya latihan rumah sukan. Anehkan?

Tahun ini, sukan tahunan bagi sekolah saya akan bermula bulan Jun. tidak seperti tahun-tahun lepas dimana sukan tahunan sudah diadakan pada bulan Mac. Macam manalah keadaannya sukan di pertengahan tahun ini yea??...

Apa yang pasti, saya berharap semua cikgu dapat bertugas dengan penuh didikasi dan lebih berintergriti dalam menaikkan prestasi sekolah dan seterusnya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang bijaksana.

6 ulasan:

cucu umie berkata...

selamat kembli ke sekolah akak nak melaksanakan tugas..hehe

Citarasa Rinduan berkata...

selamat kembali bekerja semula ya cikgu cte..

ayu doakan team sekolah cikgu menang....
dan budak2 pmr akan cuba yang terbaik utk diri mereka..amin

Tinta Emas berkata...

terima kasih Citarasa Rinduan dan Cucu Umie..

semoga ingatan anda akan menebalkan semangat saya untuk mendidik anak bangsa.

CikguGeo berkata...

saya akan menanda lebih 250 hasil kerja pelajar dalam masa sebulan. setakat ini hanya 1 kelas sahaja yang sudah hantar. Hari sukan sekolah pulak bulan depan.

nini berkata...

selamat kembali ke sekolah cikgu =D

Gen2Merah berkata...

selamat kembali bertugas ya cikgu Tinta Emas..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...