Sabtu, Januari 28, 2012

Peminat tegar...

Minggu lepas, tiba-tiba en suami saya mengelurkan lebih 10 keping CD.. CD tersebut  diatur dalam album CD khas yang dibelinya..

Setiap helaian CD dalam album tersebutt, en suami saya akan labelkan dengan  "marker"  dari nombor 1 hinggalah ....( tak kira pula saya...)

Masuk sahaja kereta, en suami saya akan memasukkan CD tersebut dalam  CD player kereta.. Sepanjang perjalanan asyik mendengar suara artis popular lelaki ini sahaja.. Kami anak-beranak tidak dibenarkan berbual kuat-kuat, habis ditegurnya..Kadang-kadang saya hendak bercerita juga dengan en suami saya ini maklumlah bukannya senang dapat duduk bersama-sama, namun nasib saya sama juga dengan anak-anak...kena diam..

Dari satu CD ke satu CD dimainkannya... saya dan anak-anak hanya ikut mendengarnya..
Kadang-kadang terfikir pula, masa dalam keretalah  kita boleh berbual dan bergurau senda dengan en suami serta anak-anak...tapi peluang tersebut ditutup dek artis popular dalam CD tersebut..

Namun, kali ini berlainan pula bila mana en suami saya ni sudah menjadi peminat tegar atau fanatik kepada artis lelaki popular  ini...Kadang-kadang geram juga tapi sabar ajelah..

Minat en suami saya kepada artis yang semakin popular ini bermula melalui youtube sahaja.. Tahun lepas, balik sahaja kerja, mesti en suami akan membuka youtube artis lelaki ini...macam dah lali saya dibuatnya..

Ingatkan kat rumah sahaja, sekarang dibelinya CD banyak-banyak dan didengarnya pula di dalam kereta..

Nasib baik kami positif dan hanyut juga mendengarnya..

Nak tau siapa yang diminatinya  tanpa mengira masa???







Khamis, Januari 26, 2012

Kasihan pada kura-kura...


Kisahnya berlaku pada malam Maharaja Lawak Mega..Disebabkan rumah saya ketiadaan Astro, jadi anak-anak minta saya pergi ke rumah adik saya untuk menonton  persembahan akhir lawak tersebut...

Tiba-tiba, adik saya bolehlah pula mempelawa anak-anak saya untuk membela kura-kura peliharaannya..Anak-anak saya sukalah tanpa memikirkan akibatnya..



Sebenarnya, kura-kura ini ada dua ekor...memang sukar untuk membelanya kerana airnya cepat kotor dan baunya sangat busuk...

Hari-hari, anak saya membasuhnya...pagi dan petang!

Apabila membasuk tempat kura-kura tersebut, kura-kura itu akan dikeluarkan dan macam biasalah kan...budak-budak...mesti  nak menyakat adik-adiknya yang kecil..

Jadi, kura-kura tersebut dicampak-campak ..mereka ingat jika kura-kura itu ada cengkerang, maka sukarlah nak mati...

Tup..tup...esoknya seekor kura-kura tak keluarkan kepalanya daripada cengkerangnya...MATI!

Tinggallah seekor...

Yang seekor ni pula pun suka  dibuat bahan permainan anak-anak..

Agaknya sebab geram, kura-kura ini telah menggigit perut anak  perempuan saya...terus dia fobia nak buat main lagi..

Masalah sekarang... saya sudah tidak mahu membelanya lagi...nak beri pada orang lain rasa sayang...tapi rasa kasihan pula jika nak dilepaskan ke tasik..

Kasihan kat Kura-kura tu...






Rabu, Januari 25, 2012

GEOMAGNET STORM AKAN MENIMPA BUMI???

GEOMAGNET STORM???

atau  Ribut Geomagnet, pernah dengar???

Saya sendiri pun tidak  pernah mendengarnya..Selama ini saya tidak mengambil tahu..tiba-tiba sahaja saya mendengar tentang hal ini dalam Bulatin Utama TV3...

Selalu senario aneh macam gini membuatkan saya takut..seperti tanda-tanda besar kiamat!

Walaubagaimana cuaknya saya pun mengenai senario ini, saya terus meng"explore" tentang  hal ini..

Saya tertarik dengan kisah ini dan saya pinjam sedikit maklumat yang saya dapat dari internet..

Ringkasnya,  senario ini berpunca daripada matahari.. berlaku letupan yang kuat di matahari dan hasilnya letupan tersebut membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju.

pinjam en google


Apabila zarah tersebut mengenai bumi, ia akan menolak ke dalam medan magnet bumi umpama  ditukul dengan sebuah alat pemukul yang besar!( begitu kuatnya  tolakan tersebut..)

Tenaga itu akan menyebabkan medan magnet bumi turun naik... dan memberi kesan kepada  syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan komunikasi radio frekuensi tinggi terutamanya di negara-negara Eropah..

Selain itu juga, ia akan menjejaskan grid kuasa dan operasi satelit...Jadi Angkasawan kapal Stesen Angkasa Antarabangsa  dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di bahagian-bahagian tertentu kapal angkasa untuk mengelakkan dos sinaran suria yang kian meningkat..

Untuk makluman anda semua, ribut magnet ini dijangka terjadi pada hari ini semalam atau hari ini... Semalam berita TV3  memaklumkan bahawa ia akan terjadi bila-bila masa sahaja!!!

Dan kita lihat apakah kesannya kepada kita di Malaysia...Berdoa sangat-sangat supaya tidak menjadi sesuatu yang buruk...


Saya kreditkan info ini dari blog  Deru Ombak  dan jika anda berminat untuk lebih detail, sila layari laman INI.


Selasa, Januari 24, 2012

Beraya ke rumah orang cina.

Semalam, selepas menghadiri  kenduri perkahwinan kawan en suami saya di Melaka, kami dipelawa untuk pergi beraya  ke rumah salah seorang kawan berbangsa cina en suami saya..


Memang besar rumahnya...nak masuk pun kena hati-hati sebab takut ada anjing....

Di sana kami dihidangkan dengan begitu banyak makan ringan..lepas satu, satu makanan ringan dihidangkan kepada kami...minuman pula kami dihidangkan dengan air kotak sahaja.., mungkin tuan rumah faham tentang makanan yang tidak boleh dimakan oleh kita..



Tatkala en suami berbual-bual dengan tuan rumah, saya dan anak-anak buat sesi berposing sahaja...



Kebetulan pula, di ruang tamunya ada ruang untuk gim...Jadi, duduk di situ sahaja...


Hanya makan keropok kentang sahaja.....

Mungkin ini kali pertama saya mengunjungi rumah  bangsa lain ketika hari pertama perayaan tahun baru ini, namun saya dapat membuat kesimpulan bahawa sambutan raya kita lebih meriah daripada bangsa lain..
Walaupun  promosi  begitu hebat di seluruh negara, namun tidak sama dengan sambutannya..

Budaya kunjung mengunjung sangat kurang dalam kalangan bangsa mereka..sepanjang saya melalui taman perumahan  ni, jarang saya nampak rumah mereka dikunjungi sanak saudara..bertutup dan senyap sunyi...

Mungkin mereka sudah berkumpul semasa malam raya kot...






Blog dan Laman Web Rasmi...Apa Beza???

Masuk tahun 2012 ini rasanya sudah genap setahun saya berblog di alam maya ini..Rasanya saya sudah menguasai separuh ilmu membuat blog ini..

Bukan nak megah atau meninggi diri..Namun membuat blog adalah sangat mudah  dan hanya menggunakan hujung jari sahaja...Jika kita tidak pandai pun, kita boleh mencari jalan penyelesaiannya di blog-blog lain yang menyediakan cara-cara membuat blog..





Namun sejak bulan ini, saya diarahkan melengkapkan laman rasmi sekolah saya.. Saya dapati banyak kesukarannya untuk saya menulis atau memasukkan gambar...

Semua kaedah sangat berbeza dengan kaedah blog..

Saya pening...

Buntu...

Di mana saya boleh mendapatkan cara-cara mengurus laman web  ini???

Memang saya sangat runsing...laman ini akan dilancarkan pada bulan Mac kelak...Saya kena bertindak sekarang..

Tapi saya tidak tahu bagaimana...

Ada tak kawan-kawan yang sudi membantu??

Atau cadangkan apa-apa buku??


Ahad, Januari 22, 2012

Sedang Menanti Pesta Bunga Api

Malam ni tiba-tiba hujan pula, dengar cerita orang cina memang ternanti-nantikan hujan sebegini.. Kata En suami, hujan merupakan satu rahmat bagi mereka jika  hujan turun  masa ini..

Sebenarnya, saya sendiri ternanti-nantikan juga...

Bukan ternanti-nantikan hujan tapi ternanti-nantikan  dentuman mercun dan percikan bunga api yang akan kedengaran sebentar lagi..

Seperti kebiasaan perayaan Tahun Baru Cina, suasana di taman perumahan saya ini seperti sedang berperang dengan dentuman mercun dan kepulan asap-asap tebal..Ramai yang tidak sayangkan wang mereka untuk membakarnya begitu sahaja..

Mereka umpama bersaing diantara satu sama lain.. mungkin untuk menunjukkan kemewahan masing-masing..


Malam ni macam mana pula yea...???

Bila Raya Mesti Banyak Kematian.. Ngeri ..

Sebenarnya, tanpa kita menyedari bahawa jumlah kemalangan jalan raya akan meningkat setiap kali munculnya perayaan-perayaan besar di negara kita..

Kerajaan selalu mengingati dan menasihati agar pengguna jalan raya berhati-hati serta berwaspada. Namun jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan kehilangan nyawa tetap juga bertambah dari masa ke semasa..

Ini bertepatanlah dengan kata-kata " Malang tidak berbau.."..

Memanglah kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi dengan perjalanan kita itu..Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya...

Oleh itu, bagi kawan-kawan yang pulang ke kampung atau pergi makan angin, mulakan perjalanan anda dengan memulakan "Bismilah....." dan bila tiba dengan selamat, ucaplah " Alhamdulillah..."




SELAMAT BERCUTI...

Sabtu, Januari 21, 2012

Limau...Limau...limau..Pemurah sungguh...

Sudah beberapa hari saya asyik makan limau mandarin..Tak pernah membelinya tapi ramai sungguh yang memberinya...memang pemurah sungguh...

Di sekolah pun, ramai pembekal memberikan limau secara percuma..mula-mula cikgu semua ambil seorang satu biji sahaja limau tersebut...hari berikutnya, nampak lagi dua kota di atas meja sofa dalam bilik guru..makan lagi..

Balik rumah sahaja, jiran yang kerja dengan kilang korea kat Pasir Gudang pun kasi banyak buah  limau...memang tak putus-putus buah limau...




Hari ini dapat lagi 2 kotak  dan sebakul buah limau..Suami dapat dari kawan-kawannya semasa pergi ke Tangkak, Johor..

Memang pemurah sungguh masyarakat berbangsa cina ini apabila munculnya Tahun Baru Cina...

Kenapa yea mereka suka memberikan buah limau ????

Jumaat, Januari 20, 2012

1 Malaysia....

Pertama kali pegang berus kaligrafi..lepas tu tulis pula di kertas warna merah..wah!!!

Semangat sungguh cikgu-cikgu bukan cina  ( melayu dan india ) di sekolah saya ini menyertai pertandingan kaligrafi anjuran Persatuan Bahasa Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina..

Macam-macam gelagat yang boleh dilihat semasa cikgu-cikgu ini menulis..lihatlah gambar-gambar di bawah...



Ustazah pun tidak ketinggalan menyertainya...



Para pelajar bukan berbangsa Cina juga turut memeriahkan tulisan kaligrafi cina ini...
Semangat 1 Malaysia..



Gembira sungguh cikgu ni bila dapat menyiapkan kaligrafi ini...

Ini hasil tulisan kaligrafi saya ( yang sebelah kanan tu..) dan kawan saya... Tulisan inilah yang menang tempat
ke 5...terkejut saya...ingatkan main-main aje...

Selepas itu, masing-masing mendapat sebiji limau..

Memang menyeronokkan apabila dapat menyertai pertandingan yang melibatkan pelbagai kaum ini..secara tidak langsung memupuk dan menyemai semangat 1 Malaysia dalam jiwa guru-guru dan para pelajar..

SELAMAT TAHUN BARU CINA...

Khamis, Januari 19, 2012

Hebat Tahun Baru Cina Tahun Ini..

Sudah beberapa hari saya melihat kelas-kelas di sekolah saya dihias indah sempena Tahun Baru Cina.  Bersemangat sungguh pelajar-pelajar Cina sekolah ini menyertai pertandingan menghias kelas tersebut. Selama ini mereka agak pasif sedikit untuk melibatkan diri dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.



Mungkin kerana ini adalah perayaan utama mereka. Jadi, mereka bersemangat untuk menjayakanya..

Hinggakan semasa saya mengajar pun mereka meminta kebenaran untuk menghias kelas mereka..mula-mula saya tidak membenarkannya namun mereka tetap merayu kerana hari ini merupakan hari penilaian pertandingan  , saya pun membenarkan juga..tapi sekejap sahajalah..

Tiba-tiba saya terasa macam berada di sekolah jenis kebangsaan cina pula...


SELAMAT TAHUN BARU CINA..

Selasa, Januari 17, 2012

Serupa ke?

Bila saya publish gambar  di bawah ni dalam facebook, semua cakap muka saya macam ustazah Nor Siti Bahyah...

Mana sama kan?

(muka yang sangat kepenatan...)

Saya tidak secantik ustazah..dan pendek sikit..bagai langit dengan bumi..
mana mungkin boleh sama...

Sebenarnya, gambar ni saya ambil semasa saya menghantar anak-anak saya pergi ke Seminar Anak Hebat anjuran SNB Kasih . Syarikat tersebut adalah syarikat ustazah Siti Nor Bahyah dan keluarga.

Seminar ini telah diadakan pada masa cuti bulan lepas dan diadakan di MRSM, Batu Pahat, Johor..


Inilah anak-anak saya yang saya hantar untuk hadiri seminar ini..anak ketiga saya tidak dapat menyertai seminar ini kerana sakit.

Alhamdulillah, seminar ini telah merubah sikap anak saya ke arah yang lebih baik...

Isnin, Januari 16, 2012

Pindah Tempat Baru..penat!

Sabtu lepas, semua guru dikehendaki hadir ke sekolah untuk bergotong royong mengemaskan bilik guru..Disamping itu juga, Kelab KEBIRUs telah mengadakan majlis kecil atau pot luck untuk meraikan  guru yang bakal berpindah dan cikgu yang baru berkahwin. 

Sebelum itu, kami semua mengemas bilik guru bersama-sama. Banyak barang yang perlu di buang..agak sayang juga lebih-lebih lagi hadiah-hadiah pemberian para pelajar. Tapi terpaksa membuangnya sebab dah terlampau lama..

Dikesempatan ini, saya mengambil keputusan berpindah tempat duduk. sudah lebih 10 tahun duduk di tempat yang sama, jadi hari sabtu lepas mencipta sejarah baru apabila saya mengambil keputusan berpindah tempat duduk yang baru pula..

Bila berpindah ke tempat baru, macam ginilah bersepahnya...banyak barang perlu disusun semula...
Ini sudah kali ke dua mengemas tempat ini..semakin dikemas semakin banyak kertas dan buku yang dibuang..tak habis-habis..  Sebenarnya, kalau boleh semuanya berharga dan sayang hendak dibuang namun untuk mengelakkan banyak kota di bawah meja, terpaksa pejamkan mata dan buang sahaja..

Untung pekerja sekolah sebab dapat duit tambahan dengan menjual kertas-kertas tersebut..sehinggakan mereka terlampau penat untuk mengangkat buku dan kertas lama itu.. ada yang sakit pinggang lagi..

Ini hanya sebahagian barangan dari tempat saya..

Untuk hari tersebut sahaja, kami telah temui tempat menternak tikus.. terdapat guru yang nampak keluarga tikus ini tapi cikgu lelaki tidak dapat menangkapnya..kira tikus tersebut masih ada dalam bilik guru dan masih bebas...

Apa-apa pun, gotong royong hari sabtu lepas sungguh memenatkan dan kerja mengemas di meja saya masih lagi belum selesai..

Jadi hari ahad semalam adalah hari merehatkan tubuh...


Isnin, Januari 09, 2012

Makan Nasi putih Dengan Lauk Orang Miskin.

Teringat masa kecil-kecil, keluarga saya tidak hidup mewah..dan masih tidak hidup mewah pun sekarang ni...

Kadang-kadang bila terasa lapar dan emak tak balik lagi dari ladang kelapa sawit, saya akan memasak nasi dahulu...

Kalau terlampau lapar, saya akan makan nasi putih yang masih panas dan campurkan dengan margerin...sedap......anda pernah ke rasa nasi nie?

Makan macam gitu sahaja...memang sedap!



Kalau margerin tak ada, saya akan ambil lebihan atau sisa minyak goreng ikan..dahulu emak saya suka kumpulkan lebihan minyak goreng ikan..bila dah 2 atau 3 hari , minyak tersebut akan menjadi pekat..

Ambil minyak yang pekat tu barang sesudu dua, selepas tu gaul dengan nasi putih panas..sedap juga!

Anda berani makan nasi macam gini???


Sekarang, saya tak pernah lagi makan dengan cara macam gini...dah gantikan dengan kicap..dahulu kicap pun kami tak mampu nak beli...mungkin mahal kot..

Alhamdulillah, anak-anak saya tidak merasai apa yang saya alami..makan pun sentiasa ada lauk walaupun tidak banyak...

Selasa, Januari 03, 2012

Aku cikgu ICT?

Pecah rekod!

Tahun ini saya mengajar ICT...

Ini semua gara-gara saya berblog.. mungkin cikgu yang paling berblog diantara cikgu-cikgu yang lain...

Puncanya bila saya membantu dalam diam Laman Web sekolah saya dan membantu membina blog bagi blog sekolah saya..

Walhal saya bukan cikgu ICT dan tidak pernah mengambil apa-apa kursus ICT...

Tahun ini, nama saya disenaraikan dalam jawatankuasa laman web sekolah dan ICT sekolah ...Pengetua juga mengarahkan saya mengajar mata pelajaran ICT bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2...Saya yang tidak tahu apa-apa nie bersetuju sahaja...

Malah saya jadikan satu cabaran untuk saya..

Dan tugas semakin berat pabila saya dan cikgu-cikgu ICT yang lain diamanahkan untuk melengkapkan laman web sekolah yang akan dilancarkan pada bukan Mac 2012 nanti....

Guru Ict??? lucu aje...

Isnin, Januari 02, 2012

Sukarnya Menyebut Penyakit Anak Saya Ini..

"HENOCH SCHORNLEIN PURPURA"




Inilah penyakit yang menimpa anak ketiga saya..Nurul Aqilah...
Menurut kata doktor, penyakit ini terhasil daripada sistem imun kita sendiri...Apabila  kita sakit, imun kita cuba melawan kuman yang terdapat dalam badan.. akan tetapi apabila   imun kita melawan sistem dalam tubuh kita juga, maka terhasillah penyakit ini..Doktor hanya panggil penyakit ini sebagai HSP sahaja...

Akibatnya, darah anak saya pecah di bawah lapisan kulit..Mula-mula hanya bintik-bintik kecil sahaja kemudian dalam masa yang singkat merebak seperti lebam-lebam.. Bila dah merebak nie, automatik anak saya tidak boleh berjalan..Terus saya bawa ke hospital dan di tahan...Sebelum itu, tangan anak saya sudah membengkak...menanggis saya  subuh hari tersebut bila melihat kesakitan yang dialami oleh anak saya itu...
Sebenarnya, kejadian ini berlaku pada hari krismas yang lalu.. dan sudah seminggu, lebam-lebam di kulit anak saya masih tidak hilang lagi...Jalan pun masih perlahan seperti orang baru bersalin...

Mudah-mudahan anak saya ini dapat bersekolah seperti biasa pada hari rabu ini...




Ahad, Januari 01, 2012

Tibanya Tahun Yang Penuh Cabaran...2012

SELAMAT DATANG 2011 DAN SELAMAT TINGGAL 2011...

*imej pinjam dgn en google*

Semakin bertambah tahun dan kita bertemu tahun yang baru, sebenarnya kita akan menghadapi cabaran yang berat..Cuma diri kita sahaja yang mampu menanganinya atau tidak..Jika kita dapat melaluinya dengan penuh ketabahan, maka cabaran tersebut akan menjadi satu jalan yang mudah tetapi bagi mereka yang tidak berupaya menanganinya akan beranggapan sebaliknya...

Selalu orang akan bertanya..Apa Azam baru Awak ???

Kadang-kadang saya sendiri tidak mampu menjawabnya kerana terlalu banyak cabang-cabang kehidupan yang perlu dilalui..kadang-kadang tidak terjangka...

Oleh itu, selalunya saya akan membuat azam baru setiap hari...

Dan saya selalunya berazam esok hari adalah hari yang terbaik bagi saya dan keluarga berbanding hari semalam...semoga apa yang diharapkan akan tercapai pada keesokan harinya..jika tidak tercapai, kita akan membuat azam yang baru pada malamnya...

Jadi, Apa Azam anda????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...