Khamis, Januari 19, 2012

Hebat Tahun Baru Cina Tahun Ini..

Sudah beberapa hari saya melihat kelas-kelas di sekolah saya dihias indah sempena Tahun Baru Cina.  Bersemangat sungguh pelajar-pelajar Cina sekolah ini menyertai pertandingan menghias kelas tersebut. Selama ini mereka agak pasif sedikit untuk melibatkan diri dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.



Mungkin kerana ini adalah perayaan utama mereka. Jadi, mereka bersemangat untuk menjayakanya..

Hinggakan semasa saya mengajar pun mereka meminta kebenaran untuk menghias kelas mereka..mula-mula saya tidak membenarkannya namun mereka tetap merayu kerana hari ini merupakan hari penilaian pertandingan  , saya pun membenarkan juga..tapi sekejap sahajalah..

Tiba-tiba saya terasa macam berada di sekolah jenis kebangsaan cina pula...


SELAMAT TAHUN BARU CINA..

4 ulasan:

ariana berkata...

sesekali kena bg peluang jg kat mereka ni kan Cikgu Ct :)

Unknown berkata...

memang terasa kemeriahnnya..
selamat bercuti cikgu cte

agak2 balik kampung ker?

azieazah berkata...

Wahhh seronok juga macam tu ya? Semangat kerjasama dan semangat bertanding. Kawan lain boleh tumpang seronok.

Ce'gu JAERA berkata...

wahhh, meriahnya cikgu... menarikk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...