Selasa, Januari 03, 2012

Aku cikgu ICT?

Pecah rekod!

Tahun ini saya mengajar ICT...

Ini semua gara-gara saya berblog.. mungkin cikgu yang paling berblog diantara cikgu-cikgu yang lain...

Puncanya bila saya membantu dalam diam Laman Web sekolah saya dan membantu membina blog bagi blog sekolah saya..

Walhal saya bukan cikgu ICT dan tidak pernah mengambil apa-apa kursus ICT...

Tahun ini, nama saya disenaraikan dalam jawatankuasa laman web sekolah dan ICT sekolah ...Pengetua juga mengarahkan saya mengajar mata pelajaran ICT bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2...Saya yang tidak tahu apa-apa nie bersetuju sahaja...

Malah saya jadikan satu cabaran untuk saya..

Dan tugas semakin berat pabila saya dan cikgu-cikgu ICT yang lain diamanahkan untuk melengkapkan laman web sekolah yang akan dilancarkan pada bukan Mac 2012 nanti....

Guru Ict??? lucu aje...

3 ulasan:

Gen2Merah berkata...

ehehehe.. kebetulan pula kan kak.. oleh kerana kita ni ada blog, terus pihak pentadbir berpakat nak lantik kita jawatan tu, padahal kita bukan hebat mana pun.. ehehe...

sometimes, kita kena juga sembunyi kebolehan kita ni.. maklumlah, pentadbir ni kalau dah tau kita serba boleh, asyik2 kita sajalah yang kena lantik..

Bukan tak ikhlas, tapi nampak sangat mcm nak membuli.. tak adil kita banyak kena arah sana sini berbanding rakan2 guru lain...''

apa pun, yang penting kita bersemangat utk mendidik anak2 bangsa kita kan...

Arizakiah berkata...

Sambut cabaran tu cikgu...

Malaysia boleh!!!!!!
Cikgu Boleh!!!!!!

Rumah Kuning berkata...

tahniah krn sanggup terima cabaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...