Selasa, Jun 02, 2020

Hobi baru...




Assalamualaikum semua..

Pagi ni nak imbas kembali sahaja...

Musim PKP dulu...mulalah nak rajin nak bercucuk tanam..sambil beli tanah sesikit- sedikit... itu sahaja yang boleh dilakukan..sebab musim PKP 1 tu ketat yang amat kawalannya..hanya boleh keluar depan rumah sahaja..

So apa lagi dgn umur 50 an ni..kita tanam pokok sayur lah kan..

Dan kelakarnya PKP ke 4 baru dapat hasilnya...
Tanam dalam bekas besen yang pecah aje...

Bolehlah untuk sekali makan sahaja

Nampak segarkan..

Akhirnya dimasak gini sahaja..sedap ..fresh...
Semoga aura bercucuk tanam tak cair bak air mengalir...

Terima kasih kerana sudi membaca..


Sabtu, Mei 30, 2020

KOLEKSI SEDONDON HARI RAYA KELUARGA YUSRAN....

Assalamualaikum...

Salam raya ke 6....

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. Hari ini, saya nak berkongsi tentang koleksi sedondon hari raya pertama setiap tahun..

Dahulu..suami saya tidak mahu memakai warna sesondon bersama anak-anak..namu setelah dibiasakan..akhirnya suami saya sekarang okey sahaja..begitu juga dengan pemakaian sampin di hari raya pertama. Suami saya  suka memakai kain pelikat..dia malu nak.memakai sampin namun apabila pulang ke kampung..hampir seluruh penduduk kampung memakai sampin..barulah dia hendak memakainya..

.
Tahun 2010...
Raya pertama di Kelantan.. baju perempuan jahit sendiri..specialnya tudung pun jahit sendiri


Tema purple tahun 2011... di Kota Tingg, Johor.


Tahun 2012..
Tahun 2012..
Tema warna merah hati..meroon...beraya di Kelantan...bergambar di rumah  Che Husin..bapa saudara belah suami..
Baju lelaki perempuan..tempah aje..


Tahun 2013...
Baju perempuan..jahit sendiri...mudah je ..baju kurung...lelaki hantar kedai jahit... 

Tahun 2015..
Bersemangat dak berjari raya..baju jahit sendiri..baju lelaki tempah khas..

Tahun 2016..
Masa ni semua sibuk tema songket...belilah ala-ala songket murah..buat kain..jahit sendiri juga..lelaki jahit kat sabri tailor, Kg Melayu Majidi..
Sedih tahun ni sebab arwah emak meninggal tahun ni... Al-FatehH untuk arwah emak..😭😭😭

Tahun 2017..
..Baju perempuan buat sendiri juga..baju lelaki seperi biasa tempah kat Larkin...
Tahun  ni sedih sedikit sebab anak perempuan sudah berkahwin dan beraya di rumah mak mertuanya di Kuala Lumpur.. ni tahun terakhir dapat berhari raya bersama arwah abah..Al- fatehah untuk abah..😭😭😭

Tahun 2018..
Tahun ni tema baju kain lace...penat jahit...dan pilih kain..last² baju sendiri anak saudara tolong jahitkan..dah tak sempat...pening sebab ada lapisan dalam...
Alhamdulillah dapat berhari raya di Kelantan bersama anak-anak, menantu dan cucu...

Tahun 2019..
Apabila ibu dan bapa saya telah meninggal dunia..rutin raya kami sudah tidak bergilir lagi..kami raya di Kelantan setiap tahun..Mak mertua masih ada lagi..
Seperti biasa..tema tahun ni kain batik indonesia...kain ajelah...persalinan perempuan..jahit sendiri..lelaki kena tempah khas ikut badan jgk..

Tahun 2020..
Hari raya di rumah sendiri...PKP...covid 19...
Kebetulan anak bekerja pada hari raya pertama..
Perancangan raya tahun ni sepatutnya kami semua termasuk cucu akan berhari raya di Johor Bahru selama beberapa hari..dn kemudian kami akan bertolak ke Kelantan pula selama seminggu..kan cuti sekolah..
Tahun tak tau nak pilih warna apa..dh puasa seminggu pun masih terkial-kial mencari warna..last-last  pilih warna meroon..
Pakaian perempuan beli di face book sahaja..sehelai rm50..bolehlah..saya pakai baju lama sahaja..
Pakaian lelaki beli di Jakel..first time beli baju siap..suami kata okey dan murah jgk..lepas ni beli ajelah...

Tahun depan warna apa ek?

Semoga kita berjumpa Ramadhan dan Syawal 202q..Insya Allah..
Aamiin...



















Rabu, Mei 27, 2020

Kaedah penjimatan sabun pencuci pinggan...


Asalamualaikum...
Berjumpa lagi ..musim PKP ni sinki rumah saya sentiasa penuh dengan pinggan mangkut bagai..dek kerana rajinnya anak-anak  meminta makanan dan kerajinan yang melampau oleh mak mereka sendiri memasak tanpa mengira waktu..

Selepas masak..banyak  yang perlu dibasuh..sebenarnya petua ni ramai yang dh buat..tetapi saya masih was-was untuk membuatnya sehinggalah saya rasa sangat cepat sabun pencuci saya habis..saya suka menggunakan sabun pencuci jenama sunlight tu..mahal sedikit..skrg satu botol sahaja sudah mencecah lebih rm6..

Tiba-tiba menantu saya ambil garam dan dimasukkan ke dalam botol  pencuci tersebut dn menggoncangkannya...barulah saya tau cara membuatnya..memang jimat...


Satu botol Sunlight tu perlu dibahagikan kepada 4..maksudnya perlukan 4 botol dan dimasukkan ¼ cecair pencuci tersebut..selepas itu, ambil secawan air masukkan 2 sudu besar garam..saya guna garam halus...kacau sampai garam cair dn tuangkan dalam botol yang ada ¼ cecair tersebut..tambah air sehingga penuh..goncang dan sebatikan...siap...
Jimat tau..sebab satu botol pencuci pinggan tu kita boleh dapat 4 botol...memamg jimat..

Tengoklah..memang banyak sangat buihnya..dn tidak perlukan tuangan cecair pencuci yang banyak..sedikit sahaja sudah berbuih banyak..memang puas hati...

Cubalah..mungkin anda semua sudah tahu kan..tapi yang tidak tahu..bolehlah cuba ni..memang sangat menjimatkan..

Okey...terima kasih kerana sudi membaca..

Assalamualaikum
Bye..bye..











Selasa, Mei 26, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum semua..
Lama sungguh tidak menulis di sini..malam ni terasa rindu pula untuk memahatkan kenangan- kenangan terindah yang terjadi semalam sempena sambutan hari raya pertama dalam masa pkp ini..

Seperti biasa, sebagai seorang ibu...sudah semestinya inginkan yang terbaik utk anak-anak mereka..kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan kita juga.. Apabila Perdana Menteri Malaysia berucap tidak boleh pulang ke kampung halaman..bukan bermakna tiada raya untuk anak-anak..

Okeylah...malas nak berbicara panjang ( berleter 🤭🤭)..saya hendak kongsikan kenangan berhari raya di blog ini..semoga tersemat di hati dn menjadi kenangan kepada anak-anak kelak..


Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin dari saya dan suami...

Tahun ini kami berhari raya di rumah kami sahaja..di Johor Bahru..kalau ikutkan giliran berhari raya..memang tahun ini kami bercadang berhari raya di Johor..selalunya kami balik Kelantan..rumah mertua saya..tetapi disebabkan anak saya bekerja..jadi kami sepakat berhari raya di Johor. Selepas tu baru kamo akan pulang ke Kelantan kerana  cuti pertengahan penggal persekolahan yang panjang...

Tapi..sejak pkp ni..semua tidak boleh balik kampung merentas negeri..

Jadi  raya di Johor sahajalah...meriah jgk kan..


Mula-mula kenalah bergambar dengan suami tercinta..barulah dengan anak-anak....nak ambil gambar ni pyn susah jgk sebab terpaksa setting kamera..masih lagi guna kamera..sbb handphone agak susah sikit..sebenarnya tak pandai pun..

Inilah keluarga besar saya..tahun ni bertambah lagi seorang anak bulus..tak pernah bela anak bulus sebelum ni..tahun boleh pulak anak perempuan saya bawa balik rumah..nak bela anak bulus katanya..lama-lama timbul sayang...

Barsama anak- anak perempuan saya yang semakin membesar bagai juara...Nurul Awadah, Nurul Afiqah dan Nurul Aqilah..

Bersama anak lelaki saya ..Amirul Asyraf dan Amirul Afif

Tahun ni sepatutnya turn anak menantu dn cucu beraya bersama-sama di Johor..tapi tak berkesampaian disebabkan PKP..Anak perempuan sulung saya..Nurul Adhwa bersama menantu saya Amir Arif  dan cucu sentiasa di rindui..uwais al-qarni..

Petang raya berkejar ke Kota Tinggi untuk berjumpa kakak sulung saya...pengganti arwah emak dan arwah abah...2 minit sampai saya..keluarga adik lelaki saya  pun sampai jugak..

Gambar anak-anak saudara ...gembira mereka..walaupun baru dapat raya sehari sahaja namun mereka memanfaatkan perjumpaan tersebut untuk mengenali sepupu-sepupu mereka dengan rapat..seronok tengok mereka gembira...

Bergambar kenangan sebelum balik ke JB.. org kita panggil balik ke Johor..Johor tu bermakna bandaraya JB..😅😅

Okeylah..ini sahajalah catatan saya kali ini.. tak sangka boleh pulak menaip panjang..
Disebabkan terlalu lama tak buka blog ni sampai terlupa nama blog ni..tua dah saya ni...nak log in pun lupa email dan password lagi...terpaksalah tanya pak cik google...Alhamdulliah dapatlah menaip kenangan raya PKP ni...

Terima kasih kerana sudi membaca...maaf jika tersalah bahasa dn mengguris perasaan ya..

Assalamualaikum semua...
Bye..bye..








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...