Isnin, Februari 18, 2013

Rupa-rupanya tahun baru bagi orang Hokkien...

Pagi tadi, ramai cikgu tertanya-tanya kenapa malam tadi mercun kedengaran seumpama perang.  Berdentum sana berdentum sini...terlalu meriah sangat...


Hinggakan ramai yang bersunggut tidak dapat tidur dek bunyi mercun yang menganggu ketenteraman malam yang damai itu... Ramai juga yang tertanya-tanya,  orang cina menyambut  raya apa pulak?

Walhal, baru minggu lepas mereka menyambut tahun baru cina... dan ada bunyi mercun jugak...

Apabila ditanya dengan salah seorang cikgu cina di sekolah tadi pun tidak mendapat jawapan yang memuaskan... boleh pulak cikgu tu jawab " tak tahu"....

Tadi, saya bercerita dengan en suami saya berkenaan hal ini.... barulah saya tahu sedikit sedikit mengenai hal malam tadi....lalu saya terus goggle...

Rupa-rupanya hari ini merupakan tahun baru bagi masyarakat cina Hokkien...Hari ke sembilan barulah mereka merayakannya...



Patutlah bagai nak rak, mercun yang mahal-mahal meletup di sana dan di sini...

Apa-apa pun itu memang sudah budaya mereka ...tapi kan dalam hati saya kenapa  mereka boleh bermain mercun?

Nak tahu kenapa mereka suka bermain mercun semasa menyambut perayaan mereka...
Ini cerita yang saya dapat kat google...


Menurut Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, ustaz yang selalu keluar tv tu...

" Perayaan Tahun Baru Cina lahir dari rasa takut dan mitos. Legenda berbicara tentang binatang liar bernama Nien ( juga membawa maksud "tahun" ) yang muncul di akhir setiap tahun di Tanah Besar China suatu masa dahulu. Nien dikatakan bertindak menyerang dan membunuh penduduk kampung. Cara untuk menghalau dan menakut-nakutkan Nien adalah dengan menggunakan bunyi letupan ( mercun ) dan cahaya terang benderang ( bunga api).

Kejayaan menewaskan Nien ini telah disambut sebagai permulaan kepada Tahun Baru Cina dengan mengambil kira nama 12 binatang terpilih yang silih berganti setiap tahun...."


Barulah saya faham....betul tak?

Nanti hari ke 15, kita tunggu lagi dentuman mercun dan bunga api ini lagi sebab masyarakat cina akan meraikan penutup tahun baru cina iaitu hari Chap Goh Mei, hari terakhir bagi bulan penuh....

Selamat tahun baru cina....










Sabtu, Februari 16, 2013

Tahniah!...dapat baby boy lagi...

Tahniah..tahniah...tahniah..



Itu sahaja yang dapat saya ucapkan kepada adik ipar saya, Mohd Sukri dan Normani kerana Nor sudah selamat melahirkan anak lelaki kedua  pada 12hb Mac 2013 yang lalu...cantik juga tarikh itu kan?

Kebetulan saya sekeluarga pergi ke rumah mereka setelah bercuti di Pahang, dan kebetulan pula mereka baru berpindah ke rumah baru di Melaka dan mengajak kami tidur sekali...

Malam tu, saya asyik berbual dengan Nor mengenai tanda-tanda awal bersalin..Kelahiran anak lelaki pertama Nor dilahirkan secara pembedahan..Jadi, Nor sangat berharap kelahiran anak kedua ini secara normal.. Lagi pula, tarikh jangkaan bersalin lama lagi iaitu 20hb Februari 2013...

Saya yang telah melahirkan anak seramai lima orang ini hanya dapat menceritakan serba sedikit sahaja pengalaman saya melahirkan anak secara normal..tapi yang nyata memang menyakitkan...hanya perempuan yang pernah melalui sahaja mengetahui betapa sakitnya melahirkan anak.

Terkejut saya bila kira-kira pukul 3.30 pagi, adik ipar saya menghidupkan enjin kereta untuk menghantar   isterinya ke hospital..Sakit perut sejak pukul 1.00 pagi lagi...

Pukul 7.00 pagi, adik ipar saya pulang dan keluar semula sambil memaklumkan bahawa isterinya terpaksa dibedah kerana bayi sudah termakan najisnya sendiri..

Rasa sangat sekejap...

Akhirnya, adik ipar saya memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan..

Sayangnya baby ada masalah pernafasan...masih lagi dalam pemantauan hospital Melaka...Apa-apa pun saya doakan baby dan ibunya cepat sembuh dan dapat kembali ke rumah dengan segera..


Tahniah...

Isnin, Februari 04, 2013

Tumpang simpati

Terkejut tika saya membuka 'fb' saya semalam...

Terkejut dengan gambar kemalangan yang menimpa salah seorang guru sekolah saya..

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...begitu jugalah dengan nasib cikgu ini..


Beginilah keadaan kereta cikgu Che Rafidah Mohd Joni..

Kebetulan pula cikgu ni sedang bercuti kerana keretakan  yang menimpa kakinya...

Saat kejadian pula, cikgu ini sedang memandu bersendirian... masa  kejadian hujan lebat...


berlaku di laluan ini..


Jatuh dalam jurang yang dalam juga...


Kereta meluru terbabas ke bawah..


akibat melanggar penghadang besi ini..


Syukur alhamdulillah....cikgu tersebut selamat ..

Semoga che cepat sembuh yea...



Ahad, Februari 03, 2013

Jom buat kuih cek mek molek....kuih kegemaran keluarga kami..

Pagi-pagi ni, dah mula nak tunjuk kuih buatan sendiri untuk sarapan bersama keluarga...

Dah macam blog masakan pula...tapi sebenarnya, blog ini untuk semua...terutamanya untuk anak-anak dara saya...lain kali mereka bolehlah buat sendiri dengan merujuk blog saya ni...



Sebenarnya, resepinya memanglah mudah macam buat kuih tayar... kuih tayar?... tu panggilan saya untuk kuih keria...

Bahan-bahannya 

Keledek  - rebus dahulu dan letak garam, lepas tu lenyek
Tepung gandum - gaul bersama keledek lenyek
Gula 



Mula-mula bulatkan dahulu tepung tu... ikut suka hati nak saiz besar atau pun kecil... saya suka saiz XL...

Lepas tu buatlah lubang di tengah-tengahnya macam gambar tu...

Bubuhlah gara sesudu... ikut suka berapa banyak nak letak..tapi en suami saya kerap mengingatkan saya supaya meletakkan gula tu banyak sedikit...sebab katanya bukan untuk dijual...untuk makan sendiri...

 Selepas bubuh gula, tutuplah lubang tadi tu... kena tutup betul-betul ...jangan sampai gula terkeluar ..

 
Gentelkan guna kedua-dua tapak tangan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki..


Taburkan tepung dahulu sebelum meletak kuih cek mek yang belum digoreng... kalau tidak, kuih akan melekat kat pinggan...dah tak cantik rupanya...


Nah.... ini kuihnya bila dah jadi... kena masak dengan api yang sederhana...kalau tidak kuih jadi gelap warnanya dan tidak cantik...

dan bolehlah dihidangkan....

Sedap tau....

selamat mencuba...



Sabtu, Februari 02, 2013

Crepe durian untuk makan sendiri...

Macam mana entah saya dapat semangat ini...orang dah masuk ke crepe cempedak , crepe mangga dan lain-lain...

Musim durian jugak sudah semakin jauh meninggalkan musim lain..sekarang musim cempedak pulak...

Tapi tekak saya kepada crepe durian masih lagi terasa...bagai orang mengidam..

Puhhh...sedapnya bila dapat merasa crepe duria yang sejuk-sejuk gitu...bagai tertarik-tarik nak makan banyak-banyak...tapi MAHAL...

Kuatkan hati juga untuk membuat crepe durian bila tempahan crepe durian dekat seorang pembuat crepe durian berdekatan rumah tidak sampai-sampai walaupun sudah diletakkan no telefon dalam peti simpanan pesanan 'fb' tuan punya...

Last-last, terpaksa fikirkan untuk buat sendiri...

Akhirnya , resepi yang dianggap sukar rupa-rupanya amat mudah sahaja...


Mudah sangat sebab ikut resepi dalam blog masam manis....

Heboh sikit bila gambar crepe durian masuk 'fb"...kawan-kawan sudah mula bertanya...yang tak mengandung pun dah mula mengalirkan air liur ingin merasainya.... namun saya rasa segan sikit nak membawa ke sekolah...takut tak sedap...

Bawalah juga untuk teman yang duduk di hadapan saya, cikgu hadijah...bawa 4 biji saiz XL...satu untuk cikgu hadijah, satu untuk cikgu mahani, satu untuk cikgu suzana dan satu untuk cikgu Faidz....

Respond diorang?....sangat sedap...

Terima kasihlah kawan-kawan...kepada kawan-kawan yang tidak dapat merasanya, kalau ada rezeki, saya bawakan lagi yea...

Itu cerita hari isnin lepas...hari ini, saya buat lagi ...kali ini warna hijau pula...guna resepi yang sama...
masih matlamat yang sama...untuk hidangan keluarga juga...




Tapi malangnya dapat sedikit sahaja... itu pun menggunakan baki cream yang lepas...

Apa-apa pun saya gembira dengan hasil tangan saya ini...

Nak order?...

Taklah, saya belum berminat nak berniaga...perlukan banyak masa...masa bersama anak-anak
diutamakan...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...