Jumaat, Mei 31, 2013

Kawasan Denggi pulak...

Panas...memang panas...Kawasan tempat tinggal saya merupakan salah satu kawasan yang paling panas kerana banyaknya tempat pembiakan nyamuk aedes..

Sekarang pun musim demam..kejap-kejap demam..lepas tu baik kejap...lepas tu demam semula...

Baru-baru ni jalan di belakang rumah saya sudah dipasang dengan banner-banner kecil daripada Pejabat kesihatan yang menyatakan kawasan perumahan belakang tu tempat denggi...

Mungkin terdapat penduduk di flat atau rumah belakang yang terkena gigit nyamuk berbelang ini hingga terkena penyakit denggi..

Natijahnya, petang hari tu rumah saya kena sembur  depan belakang sebanyak tiga kali...

ambil gambar buat kenangan..

Siap suruh dia masuk lagi parkir kat rumah...

Lepas tu rumah orang lain pulak...

Memang banyak nyamuk pun ...tak kira luar rumah ke atau dalam rumah....

Mudah-mudahan nyamuk ni akan berkurangan dan kami sekeluarga dijauhkan daripada penyakit bawaan nyamuk belang ini...

Teringat masa kecik-kecik dulu kat kampung...bila diberitahu ada penyemburan nyamuk ini, kami dikehendaki membuka semua pintu dan tingkap...tutup segala barangan yang perlu ditutup sebab semburan itu dilakukan sampai ke dalam rumah...

Tapi di bandar, ramai penghuni rumah tidak membenarkan pegawai yang menyembur ini masuk ke dalam rumah...malah ditutupnya pintu dan tingkap...manalah nyamuk kat dalam rumah boleh pening dan pengsan...
Nyamuk sekarang pun sudah pandai mencari tempat bersembunyi tau....

Apa-apa pun saya cuak juga kalau keluarga kami dijangkiti denggi...semoga dijauhkan...
Amin...





Selasa, Mei 28, 2013

Gara-gara suka makan makanan yang keras...

Bila umur sudah semakin meningkat ni, gigi pun dah mula meraggam..bukan sebab gigi rosak tapi sebab saraf...

 ni lah gara-gara suka benar makan atau meratah makanan-makanan yang keras ..memang saya penggemar kerepek dari kecil hingga lah umur macam sekarang...

Hari tu, tersangatlah sakitnya gigi saya ini sampai ke otak rasanya..bila pergi jumpa doktor gigi di klinik gigi berdekatan rumah saya, doktor hanya beri ubat gigi ini...


Aduh, ingatkan kasi ubat tahan sakit tapi dia kasi ubat gigi aje...

Payah nak terangkan mengenai sakit gigi yang saya hidapi ini...kata doktor saya perlu buat sarung gigi atau 'crown' gigi...ini disebabkan gigi saya sudah rata dan dekat dengan saraf gigi..sebab itu saya sentiasa sakit gigi...emmm...dah tua ni baru tahu ada sakit gigi macam gini..

'crown' gigi???


Tapi harganya terlampau mahal ...untuk sebatang gigi harganya lebih kurang RM400.00...doktor menyarankan supaya saya buat 4 gigi geraham saya... nantilah dulu...kalau  ada rezeki lebih, In shaa Allah saya akan meng'order' crown gigi ni..

Buat masa ini, saya terpaksalah tahan sahaja kesakitan ini...ikut nasihat doktor supaya tidak memakan  makanan yang keras, makanan yang terlalu manis, makanan yang mengandungi asam jawa atau asam keping dan pantang2 yang lain...

Tapi kadang-kadang tetap tak pantang jugak...padahnya, sakitlah gigi ini...dah haru pulak...

Wassalam...

Ahad, Mei 05, 2013

Koleksi jari-jari telunjuk di hari pilihanraya 2013

Hari ini, ramai yang post gambar jari-jari mereka yang telah dicalit dengan  dakwat biru yang menandakan mereka telah mengundi..

Sebelum tu saya nak cerita pengalaman mengundi hari ini, boleh pulak saya dan suami tersalah sekolah.. Dahulu pusat mengundi kami ialah SK Seri Perling, Johor Bahru..so kami pergilah ke sana...Rupa-rupanya kena mengundi di SMK Seri Perling... masuk saja pagar, mk oiii...ramainya orang...pergi waktu kemuncak memanglah...

Dalam hati dah berkata, berapa jamlah kena beratur ni???....

Tapi, nasib baik line 4 saya tu tak ramai...terus sahaja ke hadapan tak sampai 10 orang pun beratur...gembira sangat sebab dapat balik cepat...

Berbalik tentang koleksi jari ini...Lihatlah gambar-gambar jari mereka di bawah:-



Jari sahabat saya Lina Hamzah... manis sangat bila gambar yang diambil bersilang dengan gambar jari en hubby dia..

Gambar: Slesai tunaikan tanggungjawab...g menunaikan hajat perut plak...
 Jari Zul D'Warock, sahabat di Melaka

Gambar: Alhamdulillah.. dah mengundi. tersebar isu dakwat kekal yang tak kekal di Arau. setengah jam lagi nak basuh..
Jari Rozilah Mohd Rusdi, sahabat semasa  di UUM dahulu..

Gambar: sudahhhhhh
Ini dari wall sahabat saya Mohd Karim Jais, kawan sekelas tingkatan 6 di Kota Tinggi dulu

Ini jari sahabta saya, Afidah Adam yang mengundi petang tadi..

Ini jari si pelakon, pelawak, penyanyi dan lain2 lagi tu, Adhlin Shauki

Ini pula jari bekas guru di sekolah saya yang sudah berpindah ke key ell tu..


Jari bakal ibu, cikgu wan nursyamimi yang mengundi di Pahang.

Jari yang cantik ni milik cikgu Zaifah , cikgu SMK Taman Daya yang balik mengundi di Kota Bahru, Kelantan.

Ini sahajalah yang saya boleh paparkan , sebenarnya banyak lagi gambar gambar tapi banyak yang just friend sahaja...

jari saya????

malulah sebab gebu sangat..

Jumpa lagi 5 tahun lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...