Ahad, September 15, 2019

SINGAPURA ... KAMI DATANG LAGI...

Percutian keluarga.. cuma 1 hari sahaja ke Singapura..
walaupun berpuluh-puluh tahun duduk Johor Bahru, namun untuk berjalan atau pergi ke Singapura bukanlah dalam agenda pelancongan kami.. entahlah...
Mungkin disebabkan kami duduk dekat sgt dengan Singapura.. menyebabkan kami tidaklah teruja sangat nak ke sana..
Namun memikirkan tentang anak-anak yang bersemangat hendak berkunjung ke sana .. saya aturkan jugalah tetapi kali ini kami pergi dengan menggunakan agen pelancongan pula..

Jalan-jalan  Singapore!!!

Dengan hanya RM99.00 kami bertolak dari Hotel Tune, Johor Bahru pada pukul 8 pagi dengan menaiki Starex..

Sebelum bergerak ke Singapura, kami bergambar dahulu.. kami bertolak dengan menggunakan dua buah Starex.. sangat  selesa sebab kami tak perlulah  turun ke imegresen Malaysia dan Singapore untuk cop-cop pasport kami.. tak macam  dahulu semasa kami pergi ke USS, Singapore.. kami menaiki bas.. bila tiba di imegresen  tersebut terpaksa turun dan beratur panjang-panjang untuk lepas laluan masuk dari peperiksaan imegresen.. sangat memenatkan.. 

Peristiwa lucu bila berbual dengan driver Starex tersebut  yang merasa aneh bila melihat kami sekeluarga dari Johor Bahru membuat lawatan ke Sinpaura...  Selama ini dia hanya membawa pelancong luar Johor Bahru.. Encik driver.. walaupun kami berpuluh tahun duduk JB, namun kami malas nak pergi ke Singapura sbb banyak peraturannya...sebab itulah kami pilih cara ini untuk berjalan-jalan ke Singapura..






Tempat pertama yang kami pergi , mestilah Globe USS.. tapi kami tak masuk sinilah.. sebab nak masuk Universal Studio Singapore ni makan satu hari pun tak cukup.. jadi kami bergambar depan globnya pun jadilah... Kan kami dah pergi beberapa tahun dahulu..


Kemudia kami di bawak ke tempat ini..entah apa namanya.. tapi ni jalan kaki aje ke stesen LRT ke Pulau Sentosa.. Cantikkan art belakang tu.. so bergambarlah..




Gambar di sini juga sebagai kenangan .. bahawa kami pernah jejakkan kaki di sini...





Dan masih lagi kawasan sekitar USS.. sebenarnya di sini, kawasannya sangat luas.. macam-macam pilihan boleh masuk .. ada 4D art dan lain-lain tapi mahal pulaklah  tiket masuknya.. walaupun hanya SDG12 sahaja.. 






First time naik LRT Singapore menuju ke  Pulau Sentosa... kejap je... entah berapa minit je.. macam tak puas aje.. alih-alih dah sampai...hi hi hi

Lepas tu kami menaiki tram yang disediakan.. tak dikenakan bayaran pun.. naik ajelah kalau ada tempat kosong.. nak yang terbuka boleh.. nak yang macam mini bas pun ada.. selesa..

Kami dibawa meninjau sepanjang pulau Sentosa itu.. Memang banyak permainan namun tujuan kami cuma ke Pantai pahlawan sahaja.. pun dah cukup cantik walaupun pantai buatan sahaja.. 
Walaupun panas  lit-lit, adalah dua atau tiga pelancong asing yang jakun dengan matahari Singapora menjemurkan diri di tengah matahari terik ini.. gambar tak ambik sebab nampak aurat...hi hi hi







Di jambatan gantung.. bawahnya air laut cetek aje.. tidak ada orang mandi pun...



Di Pantai Pahlawan ni... Belakang tu nampak dah Pulau Batam.. diorg cakap lah...



Selepas itu, kami pergi ke Masjid Sultan.. Disebabkan hari ini hari Jumaat, maka yang lelaki kenalah solat Jumaat.. Dapatlah   dengar Khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeris.. bahasa kebangsaan Singapura kan..

Yang perempuan pergi jalan-jalan dekat kedai tepi-tepi masjid.. banyak kedai jual kain... murah-murah tapi duit Singapura lah.. tukar duit Malaysia.. makan 2 @ 3 ratus jugak.. mahal oiii...

Habis solat, kami pergi makan dekat Arab Street.. depan masjid tu aje.. makan ala mamak jugaklah.. nasi beryani.. harga macam murah aje. SGD9.00 sahaja.. sekali duit Malaysia RM27.00... korang rasa mahal ke mahal?

Selepas tu kami di bawak ke Bugis Street.. dekat situ ada kedai SGD1 atau 1 dollar.. semua barang 1 dollar.. murahlah tu kan maksudnya 1 barang RM3.00 sahaja... Kalau  korang nak beli, beli ajelah... kami beli sikit aje.. coklat yang rasa boleh telan dek tekak ni aje.. kalau was-was... baik korang jangan beli... tapi banyak pilihanlah... cenderahati atau cendermata banyak dijual di sini.. tapi malangnya kami tak ambik gambar pulak..
Cuma kami rasa tak sesuailah kami di sini,.. bangsa cinanya ada yang tak mesra alam langsung dengan kami ...tapi kami cakap tak semualah ya... jangan terasa pulak orang Singapore..

Selepas tu kami di bawa ke Merlion Park.. Malang juga bagi kami sebab tak dapat bergambar dengan Singa atau Merlion yang besar tu... dalam penambahbaikkan lagi...kami bergambar dengan singa yang kecil aje...




Disebabkan tiada Merlion tu, jadi kami bergambarlah berlatarbelakangkan bangunan kebanggaan Singapore ni... 

Dekat sini, dah macam duduk negara orang putih... banyak cafe-cafe nya yang mewah-mewah.. semua menghidangkan  air yang kita haram minum tu... nak beli aiskerim pun was-was... beli ajelah air mineral... sedihkan...


Lebih kurang 6.00 petang kami  dibawa ke Garden by the bay...


Distinasi terakhir.. sementara menunggu pertunjukan cahaya pukul 7.30 malam.. Saya bergurau senda dahulu dengan si jantung hati dulu ya...



 Pertunjukan ini selama setengah jam lebih kuranglah... nak tengok pertunjukan ini kena duduk bersila di lantai.. kalau ada tikar, lagi elok... boleh baring-baring.. anak-anak rakam pertunjukan ini pun baring di riba saya.. mendongak aje.. sakit tengkok tau... memang cantik dan memuaskan hati..

habis sahaja pertunjukan, terus lari ke kenderaan untuk balik ke Malaysia... Kebetulan minta pemandu balik menggunakan Link ke 2. so jauhlah sedikit... dengan jem yang sangat panjang.. sebab ramai pekerja Malaysia balik ke Malaysia masa itu... mujur tak perlu turun ke imegresen untuk cop pasport.. kalau tak lagi lama sampai... akhir nya kami sampai  hampir jam 11 malam... sampai rumah semua tumbang...

Pengalaman yang tak dapat dilupakan juga.. tapi bagi sesiapa yang ingin ke Singapura.. Bagi perempuanlah.. bawalah atau belilah botol mineral sorang satu.. sebab sangat berguna kalau nak buang air kecil .. sebab di sana, kebanyakan bilik air tiada  disediakan paip.. tisu sahaja... jadi belilah botol mineral ya.. sebangai langkah-langkah keselamatan... jangna dibuang pula tau sehinggalah melepasi sempadan Singapura..

lagi satu, kalau  korang perasan.. saya ni kejap taip singapura... kejap taip singapore..
sbb orang JB tak sebut singapura.. tapi sebut singapore.. 
ok... harap maklum

sebelum  habis.. lupa pulak.. agen kami ialah Cik Anne .. no telepon dia 01163480806..

wasalam..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...