Khamis, Januari 26, 2012

Kasihan pada kura-kura...


Kisahnya berlaku pada malam Maharaja Lawak Mega..Disebabkan rumah saya ketiadaan Astro, jadi anak-anak minta saya pergi ke rumah adik saya untuk menonton  persembahan akhir lawak tersebut...

Tiba-tiba, adik saya bolehlah pula mempelawa anak-anak saya untuk membela kura-kura peliharaannya..Anak-anak saya sukalah tanpa memikirkan akibatnya..



Sebenarnya, kura-kura ini ada dua ekor...memang sukar untuk membelanya kerana airnya cepat kotor dan baunya sangat busuk...

Hari-hari, anak saya membasuhnya...pagi dan petang!

Apabila membasuk tempat kura-kura tersebut, kura-kura itu akan dikeluarkan dan macam biasalah kan...budak-budak...mesti  nak menyakat adik-adiknya yang kecil..

Jadi, kura-kura tersebut dicampak-campak ..mereka ingat jika kura-kura itu ada cengkerang, maka sukarlah nak mati...

Tup..tup...esoknya seekor kura-kura tak keluarkan kepalanya daripada cengkerangnya...MATI!

Tinggallah seekor...

Yang seekor ni pula pun suka  dibuat bahan permainan anak-anak..

Agaknya sebab geram, kura-kura ini telah menggigit perut anak  perempuan saya...terus dia fobia nak buat main lagi..

Masalah sekarang... saya sudah tidak mahu membelanya lagi...nak beri pada orang lain rasa sayang...tapi rasa kasihan pula jika nak dilepaskan ke tasik..

Kasihan kat Kura-kura tu...






6 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Salam Tinta Emas,,
Lepaskan saja ditasik, kerana disitu habitatnya, Dan percayalah dia pasti berterimakasih Dan bahagia.

whitecappuccino berkata...

kesiann dia. Dulu pun suami beli 2 ekor kura2 kecik ni untuk anak..saya tak suka sebab memang baunya busuk. Tapi tak lama, mati juga sebab anak lupa bagi makan kot. Kesian sungguh la.

Kakzakie berkata...

Ini baru dikata nak ditelan mati mak nak diluah mati bapak cikgu...

Budak-budak bukah faham dia ingat cengkerang tu keras macam batu hihi...

ariana berkata...

tu yg akak x kasi ank2 nk bela itu ini, sbb tggungjwb tu..dulu pernah pelihara kucing pun..baru2 je rajin akhirnya kita jg..huhu

Kesian plk kura2 tu dh tggal sekor ye..

Tinta Emas berkata...

memang kasihan..
saya rasa, saya akan lepaskan jua...

teratai berkata...

ohh kesianlah pulak dah hilang teman, baik lepaskan aje...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...