Ahad, Mac 25, 2012

Konsep ekosistem hutan

Assalamualaikum semua..

Sudah lama saya tidak menulis di blog peribadi saya ini... Mungkin kerana terdapat banyak kekangan yang tidak dapat dielakkan, maka saya terpaksa membiarkan blog saya dipenuhi dengan sesawang liar.

Untuk entry kali ini saya ingin berkondsi tentang ekosistem hutan ... almaklumlah saya ni kan guru geografi ...memang tidak dapat lari daripada membincangkan tentang hal-hal berkenaan ekosistem ...

Sudah tentu ramai para pelajar yang  memilih tugasan  ke 2 kerja kursus geografi ingin tahu tentang konsep ekosistem ini...

Saya kongsikan sedikit maklumat yang saya dapat ini..

Mula-mula kita mestilah mencari maksud ekosistem...

Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda bukan hidup ( abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari dan sebagainya.

Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan  antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan  tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.

Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti  manusia yang sewenang-wenangnya  meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan.

Diharap maksud di atas membantu..

Terima kasih

Dapatkan  dapatan Kajian tentang tajuk ini  di laman www.smktd2geografi.blogspot.com

7 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu ..

Saya fail geo.. Tapi sgt sukakan flora Dan fauna..

Terima kasih atas perkongsian info.

pinky girls berkata...

slm.sye x knal cikgu...tapi sy kurang keyakinan n sdikit takut..sye harap cikgu dpt bantu sye..?

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin bertanya bahawa jika saya ingin tulis ekosistem hutan terganggu.Patutkah saya menulis seperti di atas atau perlu menambah sedikit...

Tanpa Nama berkata...

slam.....mksud di atas sangat mmbantu...
terima kasih

MeyL MeLty berkata...

salam.perkongsian ini amat memuaskan.
saya berpuas hati dengan perkongsian ini dan ia memenuhi kehendak saya. terima kasih cikgu.

Tanpa Nama berkata...

assalamuailaikum saya suka

al kahfi berkata...

ass

trima kasih catatan di ats sangat membantu saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...