Sabtu, Oktober 30, 2010

Pengalaman di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

25hb Oktober 2010...anakku Nurul Awadah mulai demam siang..panasnya badan dia...nasib baik suamiku tidak bekerja hari itu so bolehlah dia menjaga awadah...tapi pagi 26hb Oktober 2010, aku pulak yag kena ambik cuti rehat khas bila awadah mulai panas semula...ingatkan panasnya makin surut namum tak terjangka oleh akal fikiran aku...nasib baik dengan izin Allah, awadah beransur sihat pada petang hari tu jgk...takut jugak kalau ada apa-apa yang terjadi sebab suamiku telah kembali ke Melaka pada malam semalam... Ingatkan aku boleh menarik nafas kelegaan....namun Allah maha mengetahui dan mahu menguji umatnya iaitu aku....petang Jumaat, 29hb Oktober 2010, Allah menguji aku samada aku boleh atau tidak menerima ujian daripadaNya...Sesungguhnya ujian ini telah memberikan aku satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan seumur hidupku... Sekembalinya aku dari menjual barangan kitar semula di sekolah, aku terus mengambil awadah daripada jagaan di Taska Teratai...Mudah sangat kerana awadah dengan sukarela berjalan sendiri ke kereta tanpa dipaksa...tapi kegembiraan ku tidak lama kerana kira-kira pukul 4 petang, awadah mulai merenggek2...aku ingatkan dia menanggis kesakitan kerana kesukaran membuang air besar namun sangkaanku meleset bila aku melihat terdapat tompokan besar di kaki kanannya disertai dengan bintik2 merah yang kecil di kedua2 belah kakinya....tapi aku sebagai ibu lima anak ni masih lagi tidak mengambil hirau tentang bintik2 merah itu sehinggalah awadah tidak mampu untuk berjalan kerana menahan kesakitan...ini menimbulkan kehairanan di hati aku.... Lalu aku bertindak untuk menghantarnya ke klinik yang berhampiran...Klinik Elizabert?, Klinik Adham? klinik Rosmawati? klinik Rozikin?...aku tak tau nak pergi kemana.....lantas aku segera mengambil kunci dan menekan minyak bergerak ke haluan yang tidak pasti...klinik Elizabert penuh, klinik Adham kosong tapi doktor tak datang dan hanya boleh ambik ubat je ( entahlah doktor tu..dah kaya sgt kot ), klinik Rosmawati dah tutup akhirnya pergi ke klinik Rozikin jelah... Bila doktor Haslina melihat bintik2 tu terus je dia menyatakan bahawa awadah perlu dirujuk ke hospital...terkedu aku..mcm nk nangis je bila doktor berkata sedemikian..perasaan berbelah bagi ....panik!..panik!....mcmne nak buat nie.... Balik klinik masih lagi panik....tengok bintik2 merah tu semakin membesar lagilah panik....apalah jenis penyakit anak ku nie...pembuluh darah di kaki pecah?...biar betul....suami ada kat melaka....mcmne aku nk buat sorang2 nie....balik rumah, kemas2...dan bawak asyraf dan aqilah buat peneman ke HSI bahagian kecemasan....daftar masuk je dah pukul 10 malam...masuk bilik 1 untuk pemeriksaan awalan ..pas ttu suruh keluar.....panggil lagi bilik 1....jumpa doktor dan ambik darah...pas tu suruh keluar semula....pas tu masuk lagi bilik 1 lagi...barulah dapat masuk wad....masuk keluar masuk keluar dah pukul 2 pagi....nasib baik suami aku sampai kul 1 pagi dari melaka...taklah aku dan anak2 aku berumah tangga kat hospital nie... Kadang2 siksa juga duduk hospital ni...doktor dah tiga kali ambik darah anak aku..tapi masih tak tau juga puncanya...tapi ini semua jadi pengajaran buat aku...bahawa aku tidak boleh mengambil ringan soal demam anak2...Sebenarnya apabila anak demam panas, batuk,dan selsema yang memakan masa yang lama, anak mungkin akan dijangkiti kuman...kuman tersebut akan menyerang perut dan menyebabkan cirit birit...apabila penyakit tersebut masih lagi lambat untuk sembuh kemungkinan kuman itu akan menyerang di kaki pula ...ini akan menyebabkan pembuluh darah akan pecah...dan kesannya akan timbul bintik2 merah yang banyak seperti demam campak atau chicken pork....kemudian binti2 merah ini akan pecah dan membesar ..akhirnya ia akan membentuk lebam berwarna biru kemerah2an dan amat menyakitkan...

1 ulasan:

ATUL berkata...

alhamdulila anak cikgu shat da.....cikgu seorg yg saba n tabah.....cikgu cte ni MMG CIKGU TERBAIK...WALAUPN SYE SEOWG PLJA YG DGL MSE SKOL DLU...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...