Selasa, November 09, 2010

Kerja Kursus Tingkatan 1

“Cara-cara pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah”

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Pn Jamiaah bte Kechut kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 1 Bestari, Pn Siti Mariam Mat Noh yang memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ................................... dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan ..............................

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini.

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar-pelajar Tingkatan 1 diwajibkan menjalankan kerja amali di sekolah. Pelajar-pelajar telah diberi pilihan untuk membuat suatu kajian merangkumi apa yang telah dipelajar.

Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “Cara-cara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 datang ke Sekolah”.

Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah selama lapan minggu.Setiap pelajar perlu menulis laporan selengkapnya dengan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan itu.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:- 1) Mengenalpasti cara-cara pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. 2) Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi cara-cara pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. 3) Mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. 4) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah –masalah yang dihadapai oleh pelajar SMK Taman daya 2 datang ke sekolah.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman daya 2 yang terletak di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck Seng Sdn, Bhd. Pada awalnya , kawasan ini adalah sebuah ladang getah dan ladang kelapa sawit. Oleh sebab itulah kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik. Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:- 1) Kaedah pemerhatian -Kami telah melakukan kaedah pemerhatian untuk mengenal pasti cara-cara pelajar SMK Taman Daya 2 datang ke sekolah. Saya dan ahli kumpulan saya telah duduk sebentar serta memerhati kehadiran pelajar di pagar sekolah pada waktu pagi. 2) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang mewakili pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 . Kesemua responden ini telah dipilih secara random dan terdiri daripada pelbagai kaum, agama, jantina, dan kelas. 3) Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.

Dapatan Kajian • Buat jadual

• Buat graf bar mudah • Tafsiran jadual dan graf - Daripada kajian yang telah kami laksanakan, kami dapati bahawa pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 telah datang ke sekolah dengan menggunakan pelbagai cara seperti menaiki bas, bas awam, kereta, basikal, motosikal dan berjalan kaki. - Daripada jadual dan graf bar di atas mengenai cara-cara pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 datang ke sekolah, saya dapat mentafsirkan bahawa jumlah pelajar sekolah ini paling ramai datang ke sekolah dengan menaiki ____________ iaitu seramai ______ pelajar daripada ___________ responden. Sementara itu, seramai ________ pelajar sekolah ini pula datang ke sekolah dengan menaiki ____________. Pelajar yang paling sedikit ialah yang datang dengan_____________ hanya ____________ responden sahaja. • Cara-cara dan faktor-faktor 1. Menaiki bas sekolah atau bas awam - Pelajar yang menaiki bas adalah terdiri daripada pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah. Majoriti pelajar ini tinggal di jalan ____________, _____________ dan _______________. 2. Menaiki basikal - Pelajar yang menaiki basikal pula adalah pelajar yang disediakan basikal oleh ibu bapa masing-masing danmereka selalunya berbasikal bersama-sama kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah pelajar. Pelajar ini selalunya tinggal di jalan ________________ 3. Berjalan kaki - Pelajar yang berjalan kaki pula adalah pelajar yang tinggal berdekatan dengan sekolah ini iaitu pelajar yang tinggal di flet Enau 20 dan flet enau 16. 4. Menaiki kereta - Pelajar yang menaiki kereta selalunya dihantar oleh ibu bapa masing-masing sebelum ibu bapa mereka pergi ke tempat kerja. • Masalah dan cara mengatasi 1) Kesesakan di waktu pergi dan pulang - Kesesakan berlaku sewaktu pergi dan pulang sekolah. Ini kerana kenderaan ibu bapa dan bas sekolah sesuka hati memberhentikan kenderaan mereka tanpa memikirkan kenderaan di belakang mereka. Ini menyebabkan kenderaan di belakang mereka tidak dapat bergerak. - Untuk mengatasinya, pihak sekolah perlu meletakkan pegawai keselamatan yang lebih tegas untuk memastikan kenderaan tersebut tidak berhenti sesuka hati mereka. 2) Pintu pagar yang terlalu kecil - Keadaan pintu pagar yang terlalu kecil menyukarkan pelajar untuk melaluinya dengan cepat. - Untuk mengatasinya, pihak sekolah perlulah membesarkan pintu tersebut supaya boleh memuatkan dua orang pelajar . Ini akan menyebabkan pelajar masuk atau keluar melalui pintu yang sama.

Rumusan

Secara keseluruhannya, kajian ini mengkaji tentang cara-cara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 datang ke sekolah. Kami telah membuat soal selidik dan mengenalpasti bagaimana pelajar hadir ke sekolah. Disamping itu,kami juga mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan mencadangkan langkah-langkah mengatasinya. Sesungguhnya, kajian ini telah banyak memberi kami ilmu pengetahuan yang mendalam serta memupuk semangat kerjasama di antara kumpulan dan kelas kami tanpa mengira jantina dan kaum.

Rujukan

Chong Mui Sen, Dr Azizan Bin Hj Abu Samah, 2002, Geografi Tingkatan 1, Selangor, Sasbadi Sdn Bhd. http://www.tamandaya.com.my

2 ulasan:

farhanah berkata...

salam.. cikgu cte izinkn sye untk copy paste maklumat ini untk info rujukan sye.. thanks

ika berkata...

salam ... cekgu cte izinkan sy untuk copy paste maklumat ini untk rujukan .. terime kaseh ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...