Sabtu, Disember 11, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN

Malam tadi sedang khusuk menonton televisyen, Saya terpandang susunan buku-buku yang agak bertaburan di rak buku. Agak lama juga saya memerhatikan buku-buku tersebut dan membaca satu persatu tajuk buku yang boleh saya ambil untuk dibaca. Dalam banyak-banyak buku itu, pandangan mata saya tertumpu pada sebuah buku nipis berwarna biru yang bertajuk "SAKIT Apakah Ubatnya?". Menarik juga tajuknya. Buku ini dibeli oleh suami saya sejak lama dulu tetapi saya tidak pernah membacanya. Saya mula membelek-belek dan membaca sedikit demi sedikit, dari bab ke bab dan akhirnya sampai ke bab tanda-tanda kematian. Menarik juga. Rasanya tidak menjadi kesalahan jika saya ingin berkongsi dengan orang lain tentang tanda-tanda kematian ini. Semoga catatan ini akan dapat memberikan kesedaran dan ingatan bahawa setiap mahluk yang hidup akan mati jua akhirnya. Tanda 100 hari sebelum mati Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya. Kita semua akan mendapat tanda ini, cuma sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Tanda ini bermanfaat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda kematian kerana ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tetapi bagi mereka yang masih tiada kesedaran, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Saya sendiri tidak tahu sama ada saya akan dapat merasai tanda pertama ini. Tanda 40 hari sebelum mati Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah dia akan mmula mengikuti kita sepanjang masa. Kekadang malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini berlaku, mereka yang terpilih ini akan bingung seketika. Ya Allah,takutnya saya bila menghayati tanda yang ke dua ini. Adakah amalan saya mencukupi??? Tanda 7 hari Tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti orang sakit yang tidak berselera makan tetapi tiba-tiba mereka berselera untuk makan. Ini adalah tanda yang biasa kita dengar. Tanda 3 hari Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan kiri. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan. Emak mentua saya sering menceritakan tentang tanda kematian ini ketika bapa, ibu dan suaminya meninggal dunia dulu. Saya belum pernah mengalaminya lagi. Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya. Tanda Akhir Pada ketika ini akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Jika kita menyedarinya, kita hendaklah mengucapkan kalimah Syahadah dan bersedia menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula. Begitulah tanda-tanda kematian yang boleh saya kongsikan untuk kebaikan kita bersama-sama. Terasa takut kan?..Saya bukanlah ustazah yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi cuma manusia biasa yang masih mencari-cari arah kehidupan yang lebih sempurna. Sesungguhnya dengan membaca catatan ini dapat menginsafkan diri kita serta memberi kesedaran kepada kita. Semoga kita dapat memohon keampunan kepada Allah SWT dan rakan-rakan kita yang lain dari segala dosa yang telah kita lakukan di dunia ini. Wallahhualam..

1 ulasan:

teratai berkata...

salam ckgu cte,

terima kasih kerana berkongsi info yg amat berguna ini, beruntunglah mereka yg menyedari tanda2 kematian ini,sbb masih ada ruang utk bertaubat n beramal.Sesungguhnya Allah amat menyayangi kita, sbb itu diberi petanda2 utk menghadapi mati!Semoga kita digolongkan dlm kumpulan org2 yg beriman...amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...