Isnin, Disember 20, 2010

Cuti-Cuti Melaka

MELAKA - Negeri yang sudah kerap kali dilawati oleh semua orang. Tetapi bagi saya pula, melaka merupakan negeri kedua penting selepas Johor dalam kehidupan saya...Setiap kali cuti sahaja, kami sekeluarga akan bercuti di Melaka... Jadi, saya rasa ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bercuti bersama-sama dengan anak-anak di sana.. Disebabkan suami saya bekerja, saya terpaksalah meminta bantuan adik ipar saya menunjuk jalan untuk pergi ke Perigi Hang Tuah..Saya rasa sudah lama saya tidak menjejaki kaki saya di sana.Kali pertama dan terakhir saya pergi ke perigi ini ialah semasa saya darjah 6 lebih kurang 33 tahun dahulu...Wah..bayangkan bagaimana perubahannya. Ha..Inilah perigi Hang Tuah. Kata orang air di perigi ini sangat baik untuk pelbagai jenis penyakit. tapi entahlah...saya belum tau lagi khasiat yang sebenarnya. Selepas itu, kami pergi melawat ke rumah tradisional Melaka..Rumah lama itu memang cantik dengan ukiran2 yang begitu teliti pembuatannya. Tengoklah betapa cantiknya rumah ini..dan saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan adik ipar saya, isteri dan anak dia sekali Selepas penat berjalan, kami terus pergi ke Jaya Jasco Melaka..Pusat beli belah ini baru dibuka..Yang istimewannya di sini ialah patung santa claus yang berada di ruang tengahnya..Patung ini di buat daripada beribu-ribu botol minuman plastik 1.5 liter..dan telah dicatat dalam rekod malaysia. Lihatlah betapa tinggi dan besarnya patung ini..tingginya sama dengan 3 tingkat jaya jasco tebrau.. Pada hari berikutnya, saya bersama anak-anak saya sahaja pergi ke bandar melaka tanpa penunjuk arah. Saya memandu hanya mengikut papan tanda jalan sahaja..Kadang2 sesat juga.. tapi bandar melaka ni kecil sahaja..pi mai pi mai tang tu jugak... Rancangan kami pada masa ini adalah menaiki bot untuk menyusuri sungai Melaka. Seronok sebab dapat naik bot dengan melihat pemandangan bangunan-bangunan di tepi2 sungai...Di antaranya ialah kincir air ini... Dahulu kincir air boleh berpusing tapi saya tengok enjin dia dah berkarat dan tidak berfungsi lagi.. Selepas itu kami pergi menaiki Menara Taming Sari..saya dan keluarga sudah beberapa kali menaiki menara ini..walaupun mahal tetapi anak lelaki saya sangat suka menaiki menara ini.. Seronoknya menaiki menara taming sari ini ialah kita dapat melihat selat melaka dari atas...Selat yang merupakan selat terpanjang di dunia... Akhir sekali, kami pergi ke zoo melaka yang merupakan zoo terluas di Malaysia..Sebenarnya saya dah serik nak ke zoo ini tapi memandangkan permintaan anak-anak, saya ikutkan sahaja.. Seperti biasa, di dalam zoo memanglah banyak terdapat haiwan..tidak perlulah dinyatakan di sini sebab saya rasa semua orang tahu haiwan2 tersebut.. Yang istimewanya ialah anak saya, Afiqah dan Aqilah dapat menunggang kuda ketika di zoo tersebut.. Mula-mula diorang takut tapi lepas itu, ok dah..tapi yang tidak puasnya ialah bayar RM6 hanya untuk 2 pusingan sahaja...rugi juga tapi demi anak...ikut aja lah.. Inilah anak saya, Asyraf dan Awadah.. Muka yang sangat letih dan kepenatan yang sangat-sangat..sebenarnya yag penat ialah kakak-kakak dan emak dia sebab terpaksa mendokong Awadah... Inilah gajah yang ingin dilihat oleh anak-anak kecil ku..Gajah ini memang besar dan tinggi...Tapi kedudukan kandang gajah ini dihujung perjalanan zoo ini..memang sangat sangat sangat memenatkan..Apabila saya bertanya kepada anak-anak sama ada mereka mahu pergi lagi ke zoo ini pada masa akan datang..Mereka berkata "SERIK MAK"..ha ha ha emak pun serik juga, bisik hati kecil saya sambil tersenyum...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...