Isnin, Disember 27, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada semua pasangan pengantin di SMK Taman Daya 2 ini...walaupun sudah agak terlewat tapi tidak apalah....Saya meminta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis gilang gemilang pasangan pengantin-pengantin ini... Dan saya juga memohon maaf jika coretan saya ini ada yang tidak menyenangkan ataupun saya terlupa akan sesuatu perkara...biasalah kan..usia dah semakin meningkat ni.... Ini adalah gambar perkahwinan cikgu Khairill Haffis dengan pasangannya...Cikgu Khairill ni memang perahsia orangnya...saya dan rakan-rakan saya sebenarnya tidak mengetahui pun bahawa dia sebenarnya sudah bertunang...dan kami pun tidak pernah cuba membongkar rahsia dia...tup-tup dia dengan selambanya memberikan kad jemputan perkhwinannya...terkejut beruk kami semua..eemmm diam-diam ubi berisi juga cikgu nie rupanya...Dengar cerita, isterinya akan mengajar di SMK Taman Daya 3...Maaf kalau salah.. Ini pula semasa perkahwinan seorang cikgu baru posting di sekolah ini..sebelum cikgu Suzana berkahwin, sebenarnya ada lagi seorang guru baru posting mendirikan rumah tangga...tetapi saya tidak mempunyai koleksi gambar beliau...Berbalik kepada cikgu Suzana ini, dia sebenarnya berkahwin di Kota Tinggi..sama dengan kampung saya..dan dia pun berkahwin dengan orang Kelantan katanya...okeylah tu..suami saya pun orang kelantan jugak...Semoga bahagia... Nampaknya cikgu ini terpaksa berpisah sementara dengan suaminya kerana suaminya bekerja di KL atau Selangor... Ini pula gambar perkahwinan cikgu Nurelyana..Cantik sungguh pasangan Kelantan ini...Cikgu Nurel ini selalu meminta pendapat saya dan guru-guru yang lain berkenaan hari perkahwinannya..seperti baju, pelamin dan kad jemputan..apa-apa pun, semuanya telah berjalan lancar..Nampaknya nasib cikgu Nurelyana ni sama dengan nasib cikgu Suzana..terpaksa berjauhan dengan suami juga...saya tengok cikgu Nurel ni sangat cantik di hari persandingannya..Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang... Ini pula pasangan yang penuh kontrovesi di sekolah ini...Pasangan ini merupakan guru-guru di sekolah ini juga iaitu cikgu Sakinah dan Cikgu Farouk..orang Johor bertemu dengan orang Terengganu...Pasangan ini baru sahaja berkahwin iaitu pada 11 atau 12 Disember yang lepas...Malangnya bagi cikgu sakinah sebab terpaksa bertugas di sesi petang sebab sudah menjadi resam bagi sekolah ini, jika pasangan suami isteri tu bertugas di tempat yang sama..mereka akan dipisahkan..bukan pisahkan apa cuma masa saja..sorang pagi dan sorang petang...saya ucapkan semoga berbahagia ke anak cucu... Ini pula semasa perkahwinan bekas cikgu sekolah ini iaitu cikgu Suhaily..Semasa cikgu ini berkahwin, kebetulan saya sedang bercuti di melaka so saya pun mengambil kesempatan menghadiri majlis beliau...walaupun cikgu ini sudah berumur pertengahan 30-an ..namun cikgu ni masih cantik lagi..Tahniah kerana akhirnya bertemu jodoh jua.. Alhamdulillah..semua sudah selamat..semoga pengantin-pengantin baru ini akan lebih bersemangat untuk bekerja kerana sudah mendapat pasangan yang diingin..Akhir sekali..Selamat Pengantin Baru untuk semua cikgu di atas....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...