Khamis, Disember 23, 2010

Tidak Perlu Bersedih....

Majoriti pelajar sudah pun mengambil keputusan PMR masing-masing di sekolah masing-masing pagi tadi... saya tengok ada yang gembira.."horeyyyy aku berjaya..." saya tengok ada yang bersedih juga..."mengapa result aku mcm gini????" saya tengok juga ada pelajar yang tidak percaya dengan apa yang mereka dapat..."redha je lah.." mesti ada pelajar yang berfikir-fikir.." apa aku nak cakap ngan emak aku ni???" macam-macam yang terjadi pagi tadi..... Tapi yang seronoknya melihat pelajar yang berjaya dan melihat ibu serta bapa mereka yang terharu dengan kejayaan anak mereka...sungguh tersentuh dan terharu aku...hu hu hu.. Dalam melihat mereka yang gembira, tidak kurang juga hati saya sayu melihat reaksi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan...ada pelajar yang terus balik saja tanpa berjumpa dengan kawan2..mungkin malu kot... Tapi pada saya, janganlah anggap kegagalan pada masa ini akan membuatkan anda gagal untuk selama-lamanya...anggaplah ini sebagai pengajaran yang sangat berguna dan kita masih ada masa untuk mengejar apa-apa impian seperti mereka yang berjaya juga..tidak semestinya pelajar yang berjaya hari ini akan berjaya di masa akan datang.. Jangan bersedih lagi,..life must be go on...bangkitlah...bangunlah..teruskan perjuangan anda sebagai pelajar..cikgu-cikgu akan terus membantu dan memberi sokongan kuat kepada anda jika anda mempunyai keinginan untuk berjaya...Allah tidak akan mengubah nasib seseorang tetapi awak sendiri lah yang mencorakkannya... Jumpa lagi padatahun hadapan dengan semangat yang baru....cayoooook...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kegagalan, jika dijadikan iktibar boleh menghasilkan kejayaan. Buatlah postmortem, apa yang anda telah lakukan sebelum ini??
1.kurang berusaha??
2.tak tumpu perhatian dlm kelas??
3.Perasan pandai??
4.Terlalu banyak mengumpat/mengutuk ckgu Razali n Pn JU??
Klu jawapannya no 4, buat pengakuan dan ckgu sedia maafkan. Wpun kami tak pernah berdoa untuk kegagalan anda

Tinta Emas berkata...

Jangan lupa no 5. derhaka kepada ibu bapa...x berkat hidup di dunia dan di akhirat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...