Jumaat, Disember 24, 2010

SRP dan PMR

SRP - Sijil Rendah Pelajaran dan PMR - Peperiksaan Menegah Rendah...Apa bezanya... sama saja..kedua2 peperiksaan ini diambil oleh pelajar tingkatan 3. Zaman saya dahulu, sekitar tahun 1984 saya telah menduduki peperiksaan SRP di Sek Men Bandar Mas, Bandar Mas, Kota Tinggi..Zaman belajar saya dahulu berlainan daripada zaman belajar sekarang..dahulu saya masih lagi tidak kenal handphone jauh sekali komputer...dekat rumah saya pun tiada perkhidmatan talipon macam sekarang.. Dahulu, kalau tidak lulus Matematik dalam SRP, saya tidak boleh naik ke tingkatan 4..sebab tu saya belajar bersungguh-sungguh untuk lulus mata pelajaran tersebut..saya bukanlah seorang yang dilahirkan pandai..dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, matematiklah matapelajaran yang .... Susah, tidak suka, benci gila, killerrrr saya asyik tidak lulus sahaja...kalau lulus pun cuma mendapat 7 sahaja...oppss....7 tu samalah dengan D dalam PMR....cukup-cukup makan sahaja...Tapi saya sendiri pun tidak sangka saya lulus dalam SRP dan keputusan SRP saya pun tidak cemerlang dan paling tinggi saya dapat ialah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja...itu pun cuma dapat 3 sahaja...Syukur alhamdulillah..saya masih mendapat pangkat A dalam SRP.... Jadi, dengan keputusan cukup makan tulah saya telah dapat berpindah sekolah ke Sek Men Air Tawar, di Felda air Tawar 2 di Kota Tinggi...Sebab di sekolah lama saya tiada tingkatan 4.. di sekolah tersebut terdapat 11 kelas tingkatan 4...nak tau saya di kelas berapa????...jangan tak percaya.... Kelas ke 5....ha ha ha.... tengok, saya bukanlah seorang pelajar yang pandai dan cemerlang.... Tetapi...sekarang saya seorang guru....macam ne boleh jadi guru??? sebab saya belajar bersungguh2 tanpa mengenal jemu dan mahu membalas jasa ibu bapa yang bekerja keras menjaga saya dari kecil sampailah saya besar....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...