Selasa, Disember 21, 2010

Pengalaman Pertama Menaiki Kereta Api.

15 tahun dahulu, semasa saya belajar di Universiti Utara Malaysia, saya sentiasa berulang alik ke Johor dengan menaiki kereta api. Bayangkan sahaja saya bersama-sama kawan saya menaiki kereta api di stesen KTM Johor Bahru pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pukul 5.00 petang. Pukul 8.00 malam baru bertolak ke utara dan sampai ke Alor Setar pukul 9.00 pagi keesokkan harinya...betapa memenatkan perjalanan ketika itu.. Disebabkan, sekarang saya sudah memiliki kenderaan sendiri jadi peluang untuk anak-anak menaiki kereta api agak tipis..Oleh itu, saya mahu anak-anak saya merasai kesukaran saya menaiki kereta api dan saya mahu mereka tidak jakun serta merasai sendiri. Jadi, saya pun membeli tiket kereta api dari stesen KTM Kempas ke Tampin, Negeri Sembilan untuk menuju ke Melaka. RM104.00 terpaksa saya laburkan supaya anak-anak saya dapat merasai pengalaman berharga ini. Kami bertolak dari stesen KTM Kempas pada pukul 2.30 petang. Malangnya, saya telah mendapat koc yang terakhir dan tempat duduk saya membelakangkan perjalanan..pening-pening kepala saya.. Tapi yang istimewanya, koc yang saya naiki ini sudah berubah sama sekali..tidak seperti dahulu...ber air-con..dan selesa..saya dan anak-anak mengadap tv.. dan saya tidaklah terasa bosan.. Inilah anak saya yang paling seronok menaiki train ini..Asyraf..dia memang gila kereta api..mainan dia pun banyak kereta api..sampaikan kartun pun tengok kartun kereta api.. Anak-anak yang lain juga gembira dan suka juga.. dan perjalanan yang mengambil masa 4 jam tetapi saya rasakan sekejap sahaja...sangat seronok. Lihatlah sahaja muka anak-anak saya yang gembira ini... Akhirnya, pukul 6.20 petang saya sampai ke distinasi yang dituju iaitu stesen KTM Tampin, Negeri Sembilan.. Pengalaman ini sememangnya menyeronokkan bagi saya dan keluarga..anak-anak saya pun sudah merasainya dan ternyata mereka juga sungguh gembira... Kalau ada rezeki lagi, kami akan menaiki kereta api ini lagi..

2 ulasan:

SUZIE APAI berkata...

ops....k yam super duper senior saya rupa2nyer... sy pun sintok gak!

huhuuuu...tak pnh naik ketapi lagi...cuma naik komuter,star kt kl je...

Siti Mariam Mat Noh berkata...

OOO..sama rupanye kita nie...dulu lain sekarang lain kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...