Khamis, Disember 30, 2010

Selamat Tinggal 2010

Semalam ialah hari terakhir bagi tahun 2010 yang penuh meninggalkan banyak kenangan terindah dan kenangan yang pahit...... maka secara tidak langsung akan bertambahlah lagi umur kita.... Äpa azam anda? Selalunya orang akan bertanya tentang azam baru..yealahhh tahun baru mestilah disertai dengan azam baru juga... Dahulu jika saya sebagai seorang pelajar, saya sentiasa menanam azam baru bagi setiap tahun baru...Selalunya saya berazam untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan...Ini kerana ibu dan bapa saya akn membelikan sepasang baju sekolah baru yang lengkap dan sepasang kasut sekolah baru....wah..seronoknya..jadi saya pun menanam azam yang tinggi untuk berjaya.. Saya rasa perasaan yang tersemat dalam hati saya tu sama sahaja dengan apa yang ada dalam hati pelajar-pelajar sekarang... Sekarang bila saya sudah bekerja sendiri dan mempunyai keluarga,saya masih lagi seperti dahulu mempunyai azam baru pada setiap kali menjelangnya tahun baru...Sebenarnya , saya takut jika saya tidak sempat untuk menjenguk atau menjengah tahun baru yang berikutnya... Oleh itu, adalah menjadi kawajiban saya untuk menzahirkan rasa bersyukur saya ke hadrat illahi kerana di setiap tahun baru, saya masih boleh bernafas di muka bumi ini... Syukur alhamdulillah...untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah swt,saya juga telah menanam azam untuk memperbaharui kehidupan saya supaya berubah menjadi yang terbaik dan tidak melanggar landasan-landasan yang ditegah oleh Allah... Begitu juga di tahun hadapan, saya berazam untuk mencurahkan bakti kepada pelajar-pelajar saya dengan cara saya sendiri dan mencurah lebih banyak idea dan ilmu pengetahuan di ruangan ini...Insya Allah.. Pada pendapat saya, jika kita hendak membuat azam yang baru, kita hendaklah berusaha untuk memenuhinya...janganlah kita menanam azam baru tetapi kita jadikan azam kita sebagai angan-angan sahaja...sekurang-kurangnya kita berusaha..jika tidak tercapai juga, kita tetap teruskan azam tersebut di tahun hadapan tetapi kita mestilah membuat perancangan strategi bagaimana untuk mencapai azam tersebut... Insya Allah, jika kita sentiasa berusaha , kita akan berjaya... Ingat!, jangan cepat berputus asa dan jadikan pengalaman di tahun 2010 sebagai pengalaman berharga dan panduan kepada kita untuk menerusakan kehidupan di tahun 2011 dan tahun-tahun yang seterusnya...selagi kita bernafas di muka bumi ini... Gambar ini saya ambil dari fb anak murid saya yang kreatif..Zulhusni.. SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010 DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2011....semoga kita akan lebih berjaya....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...