Jumaat, Disember 31, 2010

Hari Keluarga SMK Taman Daya 2 Dalam Kenangan.....

Sebenarnya Hari Keluarga SMK Taman Daya 2 ni sudah lama berlalu..Hari keluarga ni di adakan pada 3hb hingga 4hb Julai 2010 yang lalu di Damai Beach Resort, Desaru .Cuma saya ingin mengabadikannya dalam blog saya ini sahaja.. Pagi 3hb Julai 2010, kira pukul 9.00 pagi..semua yang terlibat dengan Hari Keluarga ni telah berkumpul di lobi sekolah untuk mendengan penerangan ringkas dari Pn pengerusi KEBIRU..kemudian makanan ringan, stiker dan borang pertandingan ala-ala explore diagih-agihkan kepada semua keluarga..Selepas tu semua guru bergerak secara berkumpulan... Tempat pertama yang kami singgah ialah di stesen minyak berdekatan dengan Pasaraya Today di Ulu Tiram dan saya bersama-sama anak-akan saya sibuk mencari klu yang pertama...bila sudah dapat, kami bertolak semula untuk mencari klu-klu lain di sepanjang perjalanan dari kota tinggi ke Desaru.. Inilah Pengerusi KEBIRU SMKTD2 tahun 2010 yang begitu aktif dalam menyatukan kakitangan2 sekolah saya...Pn Salina...yang kecil molek tapi mempunyai suara yang nyaring seperti wisel... Walaupun menuju ke tempat yang jauh, namun perjalanan ke stesen yang kedua, tidak terlalu membosankan...Ostrich Farm...Taman Burung Unta di Teluk Mahkota, Pengerang, Johor adalah distinasi kedua... Setiba di sini, kami di beri penerangan tentang haiwan tersebut....bagaimana untuk mengenal pasti jantina haiwan, umur, telur dan macam-macam lagi... Di sini, kami mendapat tugasan yang agak sukar iaitu mengira burung unta dalam sebuah kandang....dengan bau yang kurang menyenangkan, saya dan guru-guru yang lain sibuk mengira...saya rasa macam dah kira lebih sepuluh kali, namun masih lagi tidak pasti jawapannya...kejap kepala burung tu tinggi, kejap lagi tunduk..lepas tu burung-burung tersebut tidak duduk setempat..emmmm susahnya..akhirnya, saya HENTAM aje lah... Selepas itu, guru-guru dipelawa untuk membeli da mencuba satay burung unta dan telur goreng burung unta...emmm tekak saya tak lalu untuk memakannya...namun begitu terdapat juga guru-guru yang berani mencuba seperti Pn Hadijah dan Pn Haryati.. yang lain ada juga tapi saya keluar dahulu kerana hendak mencari lombong Bauksit di Teluk Ramunia...Malangnya, hajat saya tak kesampaian kerana lombong ini tidak dijumpai... Kira-kira pukul 2.00 petang saya dan keluarga check-in di Damai Beach Resort..kira-kira pukul 4.00 petang saya bersama-sama guru-guru perempuan yang lain sibuk menyediakan makanan untuk jamuan makan malam..Sebenarnya ramai guru perempuan dan lelaki bujang telah bergotong royong menyediakan ayam bakardan ikan di rumah cikgu Salina...Oleh itu, saya dan yang lain cuma menyediakan sambal kicap dan air asam sahaja..potong buah sedikit-sedikit.... Sementara guru-guru lelaki sibuk bermain bola tampar pantai...anak-anak pula sibuk lari-lari dan bermandi manda di kolam renang yang berhampiran..biasalah kan... Bila malam sudah menjelma, tibalah giliran guru lelaki dan para suami guru-guru perempuan membakar ikan, sotong, udang serta jagung ...Makanan berat lain, kami order dari sekolah yang berdekatan..tidak salah saya sekolah Sains...atau sekolah Arab Bandar Penawar... Pada malam tersebut, telah diadakan penyampaian hadiah explore..tuah kepada saya kerana saya adalah diantara pemenang utamanya iaitu hadiah wang tunai sebanyak RM20.00...kira okeylah tu... Terdapat juga kuiz-kuiz untuk anak-anak dan guru-guru..cukup seronok melihat guru-guru berebut-rebut menjawab soalan quiz yang mudah...Tetapi malangnya, ramai guru lelaki bergegas pulang awal ke bilik masing-masing kerana pada malam itu berlansungnya perlawanan bola sepak piala dunia... Esok paginya, telah diadakan bermacam-macam sukaneka dan disertai oleh guru-guru, suami atau isteri serta anak-anak...Semua gembira dengan aktiviti-aktiviti tersebut...sebahagian aktiviti tersebut dikelolakan oleh pihak hotel...antara aktivitinya ialah lari dalam guni ke belakang, memancing lada dalam botol masuk dari belakang dengan menutup mata, memunggut gegelang getah, membaling telur tanpa pecah dan macam-macam lagi...saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini tetapi hanya mewakilkan 2 anak dara saya sahaja...aktiviti ini sungguh menggembirakan sehingga saya ketawa tidak henti-henti tanpa sedar air mata mengalir...sungguh geli hati melihat gelagat guru-guru.... Akhir sekali, diadakan pertandingan tarik tali...Lihat betapa gembira guru-guru ini ...Boleh dikatakan semua yang menyertai sukaneka tersebut mendapat hadiah...selepas permainan tersebut, semua guru-guru serta keluarga masing-masing terjun dan berendam ke dalam kolam....mandi manda... Terlupa pula, terdapat juga pertandingan memancing..dan inilah pemenangnya...Pn Hadijah Misran....tidak sangka rupa-rupanya Pn Hadijah suka memancing... Pukul 12.30 tengah hari, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk check-out dan meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru...Sebelum itu, saya singgah sebentar di Felda Air Tawar 5 iaitu rumah ibu bapa saya untuk menjenguk mereka...Malamnya barulah saya bertolak balik ke Johor Bahru... Memang menyeronokkan dan menggembirakan..itu sahaja yang saya boleh katakan..rugi bagi yang tidak menyertai namun saya harap tahun 2011 nanti akan diadakan hari keluarga yang lebih menyeronokkan lagi di bawah naungan pengerusi baru iaitu Pn Hadijah...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...