Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Sabtu, Januari 01, 2011
MATA DUITAN..
wang...wang....wang...Jika anda berduit, orang akan memandang tinggi terhadap anda...berlainan dengan orang yang tiada duit ( miskin )..orang tidak akan pandang dengan sebelah mata pun...aneh...aneh...
Dahulu, jika kita memperkatakan tentang mata duitan..mesti kita terbayangkan seorang wanita yang suka mengikis harta orang lain atau pisau cukur.. tetapi pada saya, dunia sekarang mata duitan ini bukan sahaja kepada wanita pisau cukur tetapi kepada klinik swasta, hospital swasta, teksi awam,dan lain-lain lagi...semuanya mata duitan...masuk sahaja dah kena caj yang mahal...
Bercakap mengenai duit ini...ingin saya berkongsi tentang dunia pendidikan sekarang ini, mata duitan juga...Kasihan kepada ibu bapa yang kurang berduit atau berada...dan mempunyai anak bersekolah yang ramai...mereka terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk menyekolahkan anak-anak mereka..
untuk mendaftar ke sekolah tadika sahaja sudah memerlukan yuran pendaftaran lebih RM500.00...untuk anak di sekolah rendah pula yuran perlu dijelaskan ialah RM65.00 dan perbelanjaan alat tulis sebanyak RM90.00..sementara di sekolah Agama pula, yuran termasuk alat tulis dan kitab pula sebanyak RM145.00 perlu dibayar...Jika terdapat anak di sekolah menengah pula, yuran yang perlu dibayar ialah lebih kurang RM112.00...dicampur dengan alat tulis sebanyak RM94.00...
Lihatlah ..betapa banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa...Perbelanjaan ini belum dikira dengan baju seragam sekolah dan sepasang kasut yang baru...Boleh bangkrup kalau macam ini...Perbelanjaan ini melebihi daripada perbelanjaan semsa perayaan hari raya...
Jika ada duit simpanan di dalam bank, bolehlah dikeluarkan dahulu tetapi jika masih tidak mencukupi, macam mana???...adakah kita perlu meminta derma, sedekah atau masuk ke rancangan Bersamamu...Jadi sebagai ibu bapa, kita mestilah telah merancang kewangan kita sejak dari awal tahunlagi...mungkin dengan cara menyimpan sebanyak RM100.00 sebulan...berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit...
Dan di zaman sekarang banyak alternatif lain boleh digunapakai...seperti menanam sikap suka menabung dalam kalangan anak-anak...atau membuat insuran pelajaran untuk anak-anak supaya mempunyai mempunyai tabungan di masa akan datang...
Sementara itu, jika kita sebagai seorang anak..kita mestilah perihatin dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa kita...melihat kesusahan ibu bapa kita untuk menyediakan kelengkapan dan persekolahan kita,sepatutnya kita perlu sedar dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh..supaya apabila kita sudah berkeluarga nanti..masalah seperti ini tidak akan berlaku kepada diri kita...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan