Ahad, Januari 02, 2011

Maafkan Saya, Mak....

Tiga minggu lalu, emak saya ada telefon...emak cakap emak sakit..."mak sakit apa?"....emak kata lagi emak sakit kaki...kaki mak bengkak dan tidak boleh jalan....kesian pulak saya dengar rintihan emak saya....tapi saya tidak dapat balik kampung sebab suami saya tiada di rumah....Jadi saya pun beritahu abang ipar saya supaya balik ke kampung untuk melihat keadaan emak...sambil itu saya bertanya juga keadaan emak saya bila saya berjumpa dengan adik saya di pasir Gudang... Walaupun saya bercuti lama..namun saya lebih suka duduk di rumah saya sahaja..Rumah emak saya bukannya jauh sangat...di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi sahaja...Tapi hati saya begitu keras dan sentiasa mengatakan bahawa kaki emak saya tidak akan serius... Hati saya tidak begitu risau tentang emak saya kerana adik saya telah menjenguk keadaan emak saya pada minggu yang berikutnya...Dan pada minggu lepas pula kakak saya pula telah mejenguknya...menurut cerita kakak saya, emak kena teguran..sebab itu kakinya bengkak..ditambah pula dengan penyakit kencing manisnya tu telah menyebabkan kakinya menjadi lebam dan hitam... Apabila saya mendengar cerita kakak saya itu, hati saya menjadi tidak keruan...kesian mak...sebenarnya emak sudah lama mahu saya pulang ke kampung ..mungkin dia sudah terlalu rindu dengan cucu-cucunya itu...Tapi bila saya mahu pulang ke kampung, suami saya pula yang sibuk dengan kerjanya...kadang-kadang suami saya penat... Tiba-tiba saya teringatkan satu kisah yang pernah saya alami sendiri....semasa itu, saya mengajar di SMK Taman Daya...saya pula dalam pantang kerana melahirkan anak ke tiga saya...saya telah mendapat khabar bahawa seorang cikgu perempuan...saya telah terlupa namanya...telah disyaki menghidapi barah tahap kritikal..umurnya, jangkaan doktor cuma tiga bulan sahaja...Nauzubillah.... Terkilannya saya dengan kisah ini ialah saya tidak pernah menziarahi cikgu ini selama dia sakit..saya hanya mendengar daripada cikgu-cikgu yang lain sahaja tentang tahap kesihatan dia..satu hari cikgu ini telah datang ke sekolah..keadaannya cukup kurus namun masih boleh tersenyum...kalau kita melihat diri cikgu tersebut, keadaannya semakin beransur sihat... Namun tanpa disangka, kunjungan tersebut merupakan kunjungan yang terakhir....tidak berapa lama kemudian, saya mendapat berita cikgu ini sedang nazak...namun saya masih tidak menziarahinya di rumah...Takdir Allah tidak dapat di elak, dan akhirnya berita kematian cikgu ini tersebar di sekolah....saya sungguh terkejut dan terkilan kerana tidak dapat menziarahi cikgu tersebut semasa hidupnya walaupun sekali...memang kejadian ini membuatkan saya terkilan dan bersedih.... Apabila saya mengimbas semua kejadian yang menimpa saya ini, jiwa saya menjadi tidak tenang dan gelisah...saya mahu pulang ke kampung juga bersama anak-anak saya walaupun tanpa suami saya...namun minggu lepas jadual kerja saya begitu padat..jadi saya terpaksa menunda semula rancangan tersebut... Akhirnya pada hari sabtu lepas , sempena hari pertama tahun baru 2011, saya pun berangkat ke kampung untuk menjenguk orang tua saya...rindu dengan emak saya memang tidak dapat ditahan....kesian mak...baru minggu ini, dia dapat berjalan dan membuat sedikit-sedikit kerja di rumah... Keadaan di rumah agak suram dan tidak terurus..rumput di sekeliling rumah sudah semakin meninggi...hinggakan pokok kangkung di belakang rumah sudah hampir sampai ke pintu belakang...semak samun....nyamuk begitu banyak di dalam dan luar rumah...tiada sesiapa yang membantu mak... Pagi tadi, saya dan suami sepakat membersihkan belakang rumah mak...suami mula menajak dan saya mencabut dengan tangan rumput-rumput yang panjang...selain itu saya juga telah mengemas belakang rumah emak saya dan membuang barangan yang tidak digunakan lagi...suami saya juga telah memotong rumput di keliling rumah mak saya dengan menggunakan mesin rumput....memang penat...Bayangkan, dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang barulah kerja-kerja membersihkan rumah habis...Walaupun penat tapi hati kami puas...puas kerana dapat memuaskan hati emak saya... Sesungguhnya kepulangan saya ini walaupun sebentar...saya rasakan sungguh bermakna...hati saya tidak akan terkilan lagi...emak saya pun sudanh semakin tua dan tidak berupaya untuk membersihkan rumahnya...macam-macam penyakit dihidapinya... Sebenarnya, saya terfikir ...saya akan tua juga satu hari nanti...bagaimana pula dengan sikap anak-anak saya terhadap saya....saya takut jika anak-anak saya tidak akan mengendahkan saya...tidak memperdulikan saya...atau lebih teruk menghantar saya ke rumah orang-orang tua...nauzubilllah... Benarlah kata orang ...seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak namun sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...