Jumaat, Januari 28, 2011

Berilah saya ruang....

Dah 2 hari saya tidak mencatatkan tinta saya di ruangan ini..Terlalu banyak kekangan-kekangan yang menghalang saya daripada terus berkarya di sini... Kerjaya sebagai seorang guru dan suri rumah tangga pada malam hari agak membataskan saya untuk menulis.. Lebih-lebih lagi di awal bulan ini, terlalu banyak kerja pengurusan yang perlu dilakukan.. Antara tugasan yang telah diamanahkan kepada saya ialah:- a) Guru Jadual waktu - Saya menjadi guru penggubal jadual waktu untuk sesi pagi....Jadi orang bercuti, saya sudah sibuk membuat jadual pada hujung bulan 12..mesti siap sebelum sesi persekolahan dibuka...Terlalu banyak cabaran....kena tahan karenah guru-guru... b) Guru Tingakatan - Tahun ni masih lagi menjadi guru tingkatan walaupun dah senior...Tingkatan 3 Dinamik 3....Masih dalam proses mengenali pelajar-pelajarnya yang 1 Malaysia....Ini tugas yang paling berat sekali....kutip yuran, masukkan data SMM, enrolment setiap hari, kehadiran pelajar, keceriaan kelas....dan macam-macam lagi... c) Guru Disiplin - alhamdullilah, dah tak pegang jawatan setiausaha Lembaga Disiplin tapi masih lagi kekal sebagai guru disiplin.. d) Guru Penyelaras Persatuan dan Kelab Akademik - jawatan baru bagi tahun ini...bertambahlah lagi tanggungjawab saya..Memastikan semua persatuan akademik di bawah saya bergerak dan menghantar laporan tepat pada masanya... e) Ketua Panitia Geografi - Jawatan ini tetap saya pegang walaupun KP lain terlah berganti kepada guru-guru muda...Mudah-mudahan pada tahun hadapan, bolehlah diberikan kepada guru lain pula...Dah penat membuat headcount.... dan analisa item..... dan post mortem... f) Guru Penasihat Persatuan Geografi dan Alam Sekitar - Ini dah macam jawatan tetap dan berpencen saya...Sudah tak ada yang layak kecuali saya sahaja.... kesian kat saya.... g) Guru penasihat Kadet Bomba....Tahun ini macam ada semangat tengok pasukan kadet bomba sekolah saya...sudah semakin mantap....semoga dapat bersaing dengan pasukan Kadet Polis...Chayuukkkkk Bomba SMKTD2... h) Guru Pasukan Rumah Hijau...Tahun lepas, sekolah saya mempunyai 4 rumah sukan ...saya pula di rumah merah...Tetapi tahun ni dah tukar rumah semula kepada 6 rumah pasukan....dan saya ditukar kepada rumah Hijau pulak....warna kegemaran saya.... i) Guru Pendidikan Alam Sekitar... Dah 2 tahun pegang jawatan ini walaupun sebagai pembantu kepada En Ahmad....rasa macam nak tukar je.....dah penat nak jaga stesen alam sekitar sekolah ini....Tahun lepas menyertai anugerah sekolah2 Lestari....Penyertaan aja.....tapi okeylah..... j) Guru Bahasa Melayu - Puan Pengetua mendesak saya mengajar BM tingkatan 4....tapi saya tak mampu rasanya....walaupun dah pernah mengajar BM tingkatan 4....Tahun ni mengajar Tingkatan 1 KAA....Kelas Aliran Arab.....kira okeylah...Insya Allah, jika ada keupayaan, tahun hadapan saya akan mengajar tingkatan 4 pula... k) Guru Geografi...Sejak sekolah ini dibuka, saya telah diamanahkan mengajar mata pelajaran Geografi Tingkatan 3....walaupun saya bukan opsyen, namun demi mendidik mereka, saya teruskan... Inilah antara tugas-tugas saya di sekolah.... Bila balik ke rumah pula, terpaksa mengurus rumah pula....kadang-kadang saya hanya dapat menjenguk blog ini sahaja ...akan tetapi saya seboleh-bolehnya cuba untuk menulis di ruangan ini... Untuk menulis kembali pengalaman-pengalaman saya dan diadaptasikan dalam bentuk cerita pendek ( cerpen ) memerlukan masa tenang....Jadi sabarlah yea....saya akan tetap menulis untuk dijadikan pengajaran kepada semua.... p/s.... sibuk memenuhi tempahan gelang kristal...kerja sambilan saja.... Nukilan:

2 ulasan:

ab@h_Izz berkata...

Hanya suami kpd seorg isteri bergelar guru jua yg memahami beban yg dgalas.....

Siti Mariam Mat Noh berkata...

kdg2 ada juga suami yg tidak memahami...masy selalu memendang kerjaya cikgu ni mudah....hanya cikgu shja memahaminya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...