Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi..
Semalam pagi, sekolah saya ada buat pertunjukan tarian naga untuk pelajar-pelajar cina sempena hari terakhir persekolahan sebelum mereka menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan . Saya dan guru-guru Islam pula duduk di surau kerana Panitia Agama Islam mahu melancarkan kempen Jom Khatam Al-Quran.
Alhamdulillah, semua program berjalan lancar...
Selesai sahaja program tersebut, saya naik ke bilik guru. Di atas meja tamu terdapat sekotak buah limau mandarin yang dibawa oleh seorang pelajar cina..Tidak pulak saya ketahui siapa yang memberinya..Tapi kalau dah di atas meja tu, memanglah untuk dimakan...so saya ambil lah 2 biji untuk mengalas perut sebelum masuk ke kelas 1 KAA..
Balik dari kelas sahaja, di atas meja saya pula sudah tersedia 2 biji buah limau mandarin yang dibungkus cantik bersama-sama 3 biji gula-gula dan coklat..Rupa-rupanya buah ini ditaja oleh Panitia Bahasa Cina.. Terima kasihlah sebab ingat dengan guru-guru beragama Islam juga..
Tidak lama kemudian, KEBIRU pula membawa 3 kotak lagi buah mandarin untuk semua guru-guru sesi pagi dan sesi petang..saya ambil sedikit untuk dibawa pulang...ramai juga cikgu yang menjamu limau tersebut di meja tamu bilik guru tu...Jangan sampai kembung sudahlah...
“Selamat Tahun Baru Cina, cikgu”..saya ditegus oleh 2 orang pelajar perempuan cina.
“Eh, sepatutnya saya yang ucapkan pada awak , bukan awak ucapkan pada saya...Selamat Tahun Baru Cina yea..” jawab saya.
“Cikgu, saya nak angpau...”pinta pelajar tersebut dalam nada gurau..
“Nasib baik saya bukan orang cina, kalau tidak saya kena kasi awak angpau...” balas saya dalam nada gurau juga...
Begitulah, para pelajar ni..tak kira perayaan apa pun..mesti mintak duit raya...walhal saya tak kenal pun pelajar cina tersebut...
Balik sekolah, saya terus pergi mengambil anak saya di Tadika Suria Bistari..Asyraf juga mendapat 2 biji buah limau mandarin...
Bila Afiqah balik dari sekolah, dia juga dapat 2 biji limau mandarin jugak..katanya kawan dia yang berbangsa cina beri...
Malam tu, anak-anak makan limau mandarin sahaja sampai bersepah-sepah biji limau dan kulitnya di hadapan tv...
Petang tadi, saya dan anak-anak pergi ke Tasco Tebrau. Di ruangan bawahnya terdapat demo jualan barangan penjagaan muka. Semua pekerjanya berbangsa cina..Saya lihat semua pengunjung yang berminat dijamu dengan buah limau juga...
Limau, limau, limau....
Tahun ini keadaan cuaca tidak menentu...buah limau mahal sekarang ni...dan buah limau pun tak begitu manis...kata cikgu cina di sekolah saya, buah limau sudah semakin berkurangan disebabkan musim yang tidak menentu di negara Cina..Musim salji dan cahaya matahari tidak mencukupi telah menyebabkan buah limau tidak manis dan masam...
Dalam masam- masam manis ni..ada juga khasihatnya..Diantaranya ialah limau ni mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.
Selain itu juga, nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahanan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
Limau ini juga sangat sesuai bagi yang ingin berdiet...Serat tinggi yang larut dalam air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Banyak jugalah kelebihannya kalau kita memakan limau ni..tapi jangan banyak makan sangat nanti jadi mudarat pulak...
p/s: Tahun lepas kerana terlalu banyak memakan buah limau, kami sekeluarga asyik batuk-batuk sahaja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan