Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Isnin, Januari 03, 2011
Terima Kasih, Cikgu....
Terima kasih, cikgu....Ucapannya lembut sahaja sehingga saya sendiri hampir tidak mendengarinya... saya suruh pelajar tersebut mengulanginya....Terima kasih, cikgu...ucapan kali ke dua itu barulah jelas ke telinga saya...Saya terpana....terkedu...terharu...
Sebenarnya ucapan terima kasih ini keluar daripada mulut seorang pelajar perempuan cina di tingkatan 3 Dinamik 9....Apa istemewanya ucapan ini kepada saya?...kenapa saya perlu terharu dengan ucapan yang diucapkan oleh pelajar cina ini?...Saya sendiri pun tidak tau macam mana nak terangkan...apabila saya menceritakan kepada rakan-rakan saya, mereka juga rasa tersentuh...
Selama saya menjadi seorang guru iaitu hampir 12 tahun, setiap kali habis pengajaran didalam kelas..ucapan terima kasih akan diucapkan kepada saya...hampir setiap hari saya akan mendengar ucapan tersebut..."bangun, terima kasih cikgu"....namun ucapan terima kasih seperti ini sudah kerap kali saya dengari....dan saya seperti sudah lali dengannya..
Tetapi ucapan terima kasih daripada pelajar cina tersebut sangat membuatkan saya terharu...penuh dengan keikhlasan...walhal saya baru pertama kali masuk ke kelas ini...kelas ini pula merupakan kelas yang terakhir daripada 10 kelas tingkatan 3 di sekolah ini...dan saya pun belum mengenali nama dan keperibadian pelajar tersebut...
Sebenarnya, disebabkan kelas akhir, saya telah memberikan latihan berpandukan buku teks...saya melihat pelajar ini duduk berseorangan di hadapan kelas..dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jawapan kepada soalan yang telah berikan...soalan yang saya berikan tersangatlah mudahnya kerana saya mengikut ayat-ayat didalam buku teks...namun pelajar ini tidak dapat menjawab soalan no. 1...apabila saya lalu disebelahnya, saya pun cuba membantu dia dan menunjukkan jawapan yang betul untuk dia...
selepas itu, saya pun berjalan ke belakang kelas untuk melihat latihan pelajar lain..apabila saya ke hadapan semula, saya lihat pelajar ini memanggil saya dan cuba mengatakan sesuatu..saya ingat dia mahu bertanyakan soalan..namun bila saya bertanya semula apa yang ingin dia perkatakan..pelajar tersebut telah mengucapkan terima kasih...dengan penuh keikhlasan...rasa terharu terus bersarang di hati saya...selama ini belum pernah mana-mana pelajar cina yang begitu bersopan santun mengucapkan terima kasih atas apa yang telah saya ajarkan kepada mereka..tetapi pelajar ini sangat berbeza....
Mungkin pada guru lain, perkara ini sudah biasa mereka lalui...tetapi pada saya..inilah kali pertama..yealah..saya merupakan guru disiplin...dan saya rasa ramai yang tidak menyukai saya...lebih-lebih lagi pelajar cina...dan mereka juga tidak menghormati saya..saya pula bukanlah seorang guru yang terbuka....
Hakikatnya, walaupun mereka dalam katogeri yang tidak pandai dan lemah namun mereka masih lagi mempunyai budi pekerti yang tinggi.....Sebenarnya mereka mahukan bimbingan yang betul bukan diabaikan.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan