Khamis, Januari 27, 2011

Cikgu, Tolong maafkan saya........

Sambungan daripada kisah budak sekolah yang lalu..Jangan Cabar Saya..
"Ahhh, malasnya nak masuk kelas ni.....dahlah kelas hujung, tingkat 4 pulak..." keluh saya.. Belum apa-apa lagi, saya sudah tidak senang hati untuk mengajar di kelas 3C3....ini semua gara-gara perangai Shazwan yang tidak berubah-ubah...ibarat nila yang setitk, habis susu sebelangga. Begitulah persepsi saya terhadap kelas tersebut... "Bangun semua....SELAMAT SEJAHTERA, Pn Siti Mariam." Jerit ketua tingkatan berbangsa cina itu seperti biasa sejurus sahaja saya memasuki kelas tersebut... "Selamat sejahtera...pastikan bawah meja awak semua tiada sampah...kalau ada sampah, sila punggut dan buangkan ke luar....jangan duduk selagi tidak bersih..." arahan biasa saya sebelum membenarkan pelajar duduk.. Memang sudah menjadi tabiat saya, memastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran... "Baiklah kelas, Hari ni, kita akan belajar tajuk Sumber Mineral Di Malaysia...sila keluarkan buku nota."kata saya untuk meneruskan pengajaran.. "Cikgu! buku nota ke buku latihan?" tanya seorang pelajar dari belakang kelas..... Saya cam suara tersebut...suara Shazwan.... Namun dek hati yang masih panas lagi, saya tidak menoleh langsung muka Shazlan dan tidak menjawab soalannya... "Biar padan dengan muka dia!..selagi dia tidak minta maaf dengan aku, aku tak akan melihat sedikit pun muka dia dalam kelas ini...."kata saya didalam hati.. Begitulah hari-hari seterusnya, saya masih tidak menghiraukannya... Namun, pada suatu hari.... "Pah,aku sedih sangatlah masa aku duduk kat dalam bilik utiliti tadi...." Luah saya kepada cikgu Sharipah.. "Kenapa pulak?"tanya cikgu Sharipah. Sebenarnya, unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. Motivasi ini telah dijayakan oleh sebuah syarikat motivasi swasta...Memang sangat berkesan...lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan pengorbanan ibu bapa dan para guru... Sedang saya kushyuk bercerita dengan Cikgu Sharipah, tiba-tiba saya ternampak Shazwan masuk ke bilik guru berseorangan...Saya pun terus bercerita tanpa menghiraukan kehadirannya... Tanpa saya sedari, Shazwan meluru ke arah saya.... "Cikgu, maafkan saya cikgu.." kata Shazwan perlahan dengan getaran suara yang hiba... Saya diam sahaja..... "Cikgu, tolonglah maafkan saya...saya banyak buat salah dekat cikgu...."kata Shazwan lagi...mata shazwan sudah mulai merah dan perlahan-perlahan dia mengalirkan air mata... Shazwan menanggis!.... "Cikgu, saya tau saya bersalah...saya tak mahu ulangi lagi kesalahan saya lagi...cikgu...maafkan saya cikgu.." rayu Shazwan lagi.. Hati saya mulai sayu...saya sendiri terkejut dengan situasi ini...begitu juga dengan cikgu Sharipah... Akhirnya...jatuh juga air mata saya.... "Sudahlah...jangan menanggis lagi...saya maafkan awak..." akhirnya saya dapat juga luahkan dengan linangan air mata. "Awak belajarlah bersungguh-sungguh yea...saya nak awak berjaya... saya lupakan apa yang telah awak buat pada saya...." nasihat saya lagi dengan nada sedih.... Shazwan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengesat air matanya.. "Sudahlah....saya dah maafkan awak...awak mesti berjanji tidak akan membuat saya marah lagi..."sambung saya bila melihat Shazwan masih lagi menanggis dan tidak mahu berganjak... "Terima kasih cikgu.." Sejurus kemudian, Shazwan pergi dan meninggalkan saya yang masih-masih tidak mempercayai apa yang telah berlaku...persis drama... saya tidak sangka ia terjadi kepada diri saya....Cikgu Sharipah sendiri pun terkedu.... Setelah PMR keluar, pelajar ini telah berpindah ke sekolah berdekatan...sampai sekarang saya tidak pernah terserempak dengannya...namun sekarang, pelajar mungkin sudah bekerja...Inilah kenangan yang tidak dapat saya lupakan... P/s: Hampir menanggis bila saya menceritakan semula dalam catatan ini....rasa sebak mula menguasai... Nukilan:-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...