Kelakar...kelakar....Lawak antarabangsa...
Macam dah tak ada cerita lain pulak nak ditulis di ruangan ini...Bukan apa...cuma nak lepaskan
tension saja...Saya sendiri pun tidak tau bahawa kambing tak pernah demam...
Itulah statement yang dikeluarkan oleh cikgu-cikgi di dalam kantin tadi...Buat lawak saja...
Bila tanya, betul ke kambing tak pernah demam?....
Ada menjawab, sebab kambing tak pernah kena hujan?....Kambingkan takut air...
Ada juga yang menjawab, sebab kambing ada susu kambing ( jawapan loyar buruk )....susu kambing kan panas....
Macam mana dengan kambing jantan?..mana ada susu kambing...kwang..kwang...kwang...
Lepas buat lawak pasal kambing...boleh lak cerita tentang lawak ayam pulak....
Ayam mengeram.....sambil duduk ke?...ha ha ha
Lepas tu kecoh, semua cikgu dan cikgi nak bercakap.....ayam mencangkunglah...ayam meniaraplah...ayam baringlah...macam-macam...
Bercakap tentang ayam ni...semua orang suka menggunakan alasan cap ayam pada produk-produk yang tidak standart ( murahan la..)
Bila nak pekena orang lain pun, boleh gunakan cap ayam ni jugak...kira cop ayam ni glamour jugaklah...
Macam pengalaman saya membeli bateri kereta...punya lah mahal bateri kereta sampai mencecah harga RM270.00...Mahalnya...
Seperti biasa, saya pun menyulam bahasa yang indah-indah untuk menawar-nawar lagi harganya.. ( macam nak beli kain pulak..)
Tapi terkedu dan tak terkata apa-apa bila cina jual bateri tu cakap...Haiyaaa, ini bateri bukan cap ayam ma.... ( tersenyum saya ...cina pun ada tag cap ayam jugalah...)
Tapi dek kerana kereta yang tidak boleh distart-start tu...kenalah beli juga...
Tapi tahun lepas, anak-anak saya mengaji di Pusat pengajian Iqra' berdekatan dengan rumah saya...banyak sangat aktiviti yang telah dilaksanakan... balik daripada program semua anak-anak saya mendapat cenderahati sekeping piring kuih...cantik...
Yang pasti...piring kuih tu CAP AYAM......... Ini baru betul...real punya...
Betulkan CAP AYAM....buka sardin je tau ada cap ayam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan