Isnin, Januari 17, 2011

Kenapa di berhentikan....

Semalam, saya blog walking kat blog-blog teman-teman baru...dalam masa yang sama saya mencari idea bagaimana untuk memeriahkan lagi blog saya ni.. Begitu banyak blog-blog yang cantik dan mempunyai design-design yang tersendir..sampai saya cemburu dengan kemahiran para blogger ini Dalam menjenguk-jenguk , terbaca pula satu artikel tentang pemberhentian serta merta slot legenda "Sakti Delima"..Menurut artikel tu lagi, pemberhentian cerita ini adalah sebab unsur tahyul yang melampau... Terkejut saya bila membacanya...ini kerana saya adalah salah seorang peminat cerita-cerita drama dalam slot legenda ini... bila pukul 4.30 ptang sahaja saya sudah ternanti-nanti akan cerita-cerita yang ditayang oleh TV3 ini...sebelum cerita Sakti Delima ini, saya suka menonton cerita Putera Katak... Cerita ini mempunyai persamaan dengan filem lama dulu iaitu Panca Delima...kalau tak salah saya pelakon perempuannya adalah Hashimah Yon dan pelakon lelakinya dipegang oleh Jins Samsuddin.. Dalam filem ini, pelakon lelaki disumpah menjadi ular dan boleh berubah kembali menjadi manusia dengan menggunakan panca delima.. Sementara cerita Sakti Delima pula, Bienda menjadi pelakon utama dan Iqram menjadi heronya..dalam cerita ini, hero bukan disumpah menjadi ular tetapi disumpah menjadi burung... Walaupun cerita-cerita tersebut memang tidak masuk akal..tetapi sekurang-kurangnya saya boleh melepaskan tension setelah seharian bekerja...sekurang-kurangnya habis juga satu bakul kain untuk dilipat ketika menonton... Sebenarnya, pada mula nya saya tidak suka juga menonton cerita ini..tapi bila saya tengok penderitaan bienda didera oleh 2 orang kakak yang garang..rasa seronok dan menarik pula ceritanya...melihat gelagat pelakon shiela rusly dan safura...menggelikan hati pula... Sebenarnya saya memang meminati lakonan safura...tapi lakonan nya dalam cerita ini gedik sikit...dan masih menarik! Selain itu juga, saya suka dengan penggunaan bahasa percakapan dalam cerita ini...Semua pelakon menggunakan bahasa Baku...Bahasa Melayu Lama..Seronok.. Sebagai guru Bahasa Melayu, saya tidak menggunakan penggunaan Bahasa Baku dalam pengajaran dan pembelajaraan kecuali kalau saya mengajar puisi atau pun sajak.... Oleh itu, saya telah menyarankan kepada para pelajar saya supaya melihat cerita ini..agar penggunaan bahasa mereka semakin baik... Dalam cerita ini, para pelakonnya tidak menggunakan bahasa yang ringkas...contohnya penggunaan bahasa pasar...susunan dialognya juga diolah dengan menarik sekali..memang saya suka sangat-sangat.. Minggu lepas, selama satu minggu saya menantikan cerita ini... bila petang tiada , saya cuba melihat di TV9 pula pukul 8.30 malam...namun tetap juga tiada...saya tidak taulah pula tentang pemberhentian serta merta cerita ini... Patutlah slot tersebut telah digantikan dengan cerita si tanggang..cerita ni saya dah menontonnya banyak kali...so, agak boringlah... Tapi apa-apa pun, pemberhentian ini mungkin ada hikmahnya...terlalu banyak unsur-unsur tahyul...yea lah..kejap dunia nyata...kejap dunia bunian...ada disumpah jadi burung..ada yang boleh menyamar jadi kucing pulak...tu yang tak faham ni... Sebagai peminat slot legenda...saya menantikan cerita yang lebih menarik lagi dari TV3... p/s...takut nak tengok filem KHURAFAT....macam seram sangat-sangat...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...