Sabtu, Januari 08, 2011

Mati adalah Pasti....

Tahukah anda….jika anda menggosok belakang tapak tangan anda dengan menggunakan telapak tangan sebelah lagi….cuba anda dengar bunyi geseran tersebut…jika anda masih lagi mendengar bunyi geseran tersebut…alhamdulillah… ini bermakna anda masih boleh menarik nafas lega kerana umur anda masih lagi panjang… akan tetapi jika anda tidak mendengarnya..walaupun sudah beberapa kali menggosoknya…bermakna cepat-cepatlah anda bertaubat..kemungkinan umur anda tidak panjang dan tinggal beberapa minggu sahaja….Cubalah… Sebenarnya, saya sendiri pun takut untuk mencubanya…takut untuk menghadapi hari-hari terakhir kematian….bukan apa…bekalan belum cukup untuk di bawa ke alam tersebut… Bagaimana dengan mereka yang sudah tau jangka hayat hidup mereka...cuma tinggal 3 bulan sahaja.....mesti mereka takut untuk menghadapi hari-hari terakhir mereka... Teringat kisah di kampung saya dulu…..ada seorang budak lelaki yang sebaya dengan saya…dia tidaklah pandai sangat....kerjanya adalah membantu emak dan bapanya menjual ikan dan sayur dengan menggunakan kereta sahaja…setiap hari dia melalui hadapan rumah saya… Tiba-tiba saya perasan bahawa saya sudah lama tidak melihat dia berniaga…..apabila saya bertanya kepada emak saya….emak saya mengatakan bahawa dia sudah meninggal dunia….. “Sakit apa, mak?”... “Mak pun tak taulah…..Tapi yang mak dengar cerita..siangnya dia sihat aje…malamnya dia makan banyak buah anggur… lepas tu dia sesak nafas…” “lepas tu apa jadi mak?” “Emak dia bawaklah ke hospital… dalam sesak-sesak nafas tu ..dia cakap ngan mak dia…..” “Mak!!!!...abang tak mau mati lagi……abang tak mau mati…. “Mak!!! abang takut mati….. abang takut mati…. Tak lama masuk wad kecemasan… terus dia meninggal…..Inalillah…. Semua orang takut mati tetapi kematian adalah sudah pasti bagi sesuatu yang hidup…. Dan kita tidak tau bila kematian akan menjemput kita…entah hari ni…malam nanti?….esok?…minggu depan?....tahun depan?....entahlah kita pun tidak tau bila… Teringat saya dengan arwah ayah long saya….sihat sahaja…jarang sakit-sakit…tup…tup…. Pukul 3.30 pagi, tiba-tiba telefon saya berbunyi …terkejut saya bila telefon berbunyi masa-masa macam gini…mesti ada berita yang tak baik berlaku….. Sah….memang betul pun tekaan saya… "Kak siti, abah masuk CCU…kritikal….. sekarang kat HSI…." CCU? Apa tu?...ICU tu biasalah aku dengar… OOO rupa-rupanya macam ICU juga tapi CCU khas untuk pesakit jantung… Semalaman masuk CCU, ayah long saya pun meninggal…. Sampai sekarang saya masih merasakan ayah long saya masih ada di dunia ini….Al-fatihah… Adakah anda tidak takut mati?????

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...